Friday, November 19, 2010

Yes to " Ku Li", No to KJ


Kempen katakan "TIDAK"


Hari ini saya buat survey ke atas beberapa blog lain. Terima kaseh kepada Parpu Kari yang menyiarkan surat terbuka saya kepada DS Najib


Perlantikan KJ juga adalah tanda Umno mengistiharkan perang kepada pengundi atas pagar dan blogger.

Pelantikan KJ juga merupakan hadiah peluru berpandu tanpa had kepada pembangkang dan blogger-blogger pembangkang untuk dtembak kembali kepada Umno.

Pelantikan KJ akan menghenti dan menukar arah momentum sokongan rakyat kearah BN dan Umno hasil usaha keras Najib dan penyokong Umno, termasuk blogger selama ini.

Perlantikan KJ menggambarkan bahawa manusia amanah dan tidak rasuah sudah pupus dalam Umno, seolah-olah Umno sudah tiada lagi pemimpin sehingga manusia setaraf KJ perlu dilantik kedalam kabinet.

Tindakan dan usaha yang sama tidak akan memberi hasil yang berlainan. Lantik KJ sebagaimana Mac 2008, dimana Abdullah Badawi menjadi tukang pelaksana idea KJ, bermakna hasil keputusan PRU-13 akan sama dengan Mac 2008.-: KEDAH TIMES




Tengku Razaleight (Ku Li) adalah negarawan dan dah terbukti kepakarannya serta kesetiannya




Ada khabar angin bertiup kencang yang berlegar di lobi-lobi Putrajaya mengatakan bahawa Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li akan dilantik sebagai Menteri ataupun Timbalan Menteri.

Ini berikutan kejayaan Ku Li menundukkan pengaruh Nik Aziz dan PAS sewaktu PRK N45 Galas yang dimenangi selesa oleh UMNO/BN.

Didalam cakap-cakap yang kedengaran, antara sebab-sebab Ku Li bakal dipilih masuk ke dalam barisan Kabinet Najib selapas rombakan pada waktu terdekat ini adalah...,

1) PAS dilihat amat lemah jika bertembung dengan Tengku Razaleigh. Ini dilihat atas dasar Tengku Razaleigh ni anak raja dan mempunyai pertalian rapat dengan Kerabat Kesultanan Kelantan.


2) Tengku Razaleigh akan dilantik sebagai Panglima Perang baru UMNO Kelantan untuk merampas atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti kerusi PAS di Kelantan.


4)Ku Li amat berpengaruh buat masa sekarang di Kelantan. Dengan "kebijaksanaan" Ku Li nanti, PAS Bakal berputih mata di Gua Musang+Kuala Krai+Jeli+Machang+Bachok+Dabong+Pengkalan Kubor dalam PRU 13.-    

5) Imej Tengku Razaleigh yang bersih dari sebarang skandal bakal menjadi penyelamat UMNO-BN dalam PRU 13 khususnya bagi menawan Kelantan dari PAS.- MEDIA PERMATANG PAUH












5 comments:

Mas said...

Saya setuju..pelantikan KJ dalam kabinet akan membawa bencana kepada UMNO dan BN...pemimpin seperti KJ tidak diperlukan..

Indie band said...

Silap KJ pemimpin muda yang moden, hangpa je bodoh tak boleh terima hakikat. Dasar otak satu dimensi.

Anonymous said...

KJ patut masuk kabinet idea bagus boleh tarik pengundi muda.

Anonymous said...

Ku Li sebagai seorang yang amat senior di dalam UMNO dan juga politik Malaysia perlu di beri jawatan sebagai senior minister menerajui kementerian kewangan sebagai contoh.Latar belakangnya mencorak ekonomi Malaysia dahulu perlu di kembalikan.Lagi pun PM terdahulu selalu nya menjadi Home Minister kecuali Tun M telah menggambil portfolio finance ministry, ini kerana waktu itu si pengkhianat negara telah memporak peranda kan negara. Telah sampai waktu nya untuk cabinet clean up, cukup lah dengan segala pak menteri yang tainted with scandals or rumors pak menteris mengumpul harta di rehatkan.Saya ingin mengesyorkan suatu pandangan yang extreme. Kenapa tidak melantik Tun M officially as adviser to the government with full ministrial capacity.Ini sudah tentu akan melemahkan dan menakutkan pembangkang.Use his wisdom,charisma and his style of forward thinking to the fullest.He is not hardup for power anymore, if he is then he would never step down in the first place.He is an asset to Malaysia.We dont have to employ con-sultans to pay them zillions of dollars, when we have our very own Tun M.

Anonymous said...

Itulah yang dikatakan dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada kawan yang kekal.

Dan begitu juga kalau dulu individu itu terpinggir (dipinggirkan?) dari arus perdana parti politik, bukanlah bermakna ia akan terpinggir buat selama-lamanya.

Dalam masa yang sama kalau dulu tangan itu dijabat pada kadar jarang-jarang tetapi kini tangan itu semacam akan dikucup berkali-kali bagi menebus kembali apa yang telah tidak berlaku selama ini. Politik, politik.