Friday, November 19, 2010

Melayu Mudah Lupa

Salam,


Bila dikatakan bahawa Si Kitol Tak layak dibawa masuk Kabinet maka timbul pelbagai polemik. Kita lupa peranan Si Kitol membawa masuk Kalimullah semasa pemerintahan almentua. Kita lupa peranan Si Kitol  dan budak Tingkat 4 mencatur calon pilihanraya sehingga  Kerajaan Melayu Islam BN gagal mempertahankan majoriti  2/3 di Parliment. dalam PRU12.

Saya hanya berkata apa yang tersirat. Mungkin Melayu Islam dan seluruh manusia sejagat mudah lupa akan perjanjian yang lebih besar iaitu La Ila Ha Illallah. Muhammad Dar Rasululullah yang diucapkan sewaktu di alam Ruh.


Tak mengapalah. Hari ini kemusnahan 360 darjah telah berlaku dan .......... Melayu Islam perlahan lahan dibuai rasa selamat dan dalam safe zone . Ya kita maseh ingat kita berada di zon selamat sedangkan kita sudah dimamah virus dalam bentuk fahaman Militen Wahhabi, Syiah, Kwarij, mujassimah yang membidaah dan menghukum oranng Islam lain kafir. Lupakah mereka bahawa yang menuduh orang Islam kafir akan dibalikkan tuduhan itu kepadanya?

Tak cukup lagi Melayu Islam dinodai  gara gara meliberalisasikan ugama dengan membenarkan orang kafir masuk masjid, gunasama  Kalimah Allah dan mengizin orang murtad! Langkah membawa masuk Si Kitol akan hanya memudahkan pelaksanaan tugas tugas yang belum selesai.




Melayu lupa akan janjinya kepada Nabi Noh dan Nabi Ibrahim untuk mengembalikan keluhuran Islam diakhir zaman. Melayu suka lupa dan alpa tentang kata-kata dan hikmat janji tok nenek mereka kepada nabi-nabi.



Melayu juga lupa janji mereka kepada keturunan Rasulullah dan Sahabat Rasullulah ketika mereka (Keturunan Rasullulah dan Sahabatnya) diancam bunuh oleh orang-orang islam ditanah Arab. Keturunan Rasullulah dan para sahabat pilihan telah menyampaikan risalah Muhamad kepada penduduk Jawi yang sudah bergama Hanif di Nusantara. Keturunan Rasullulah dan para sahabat pilihannya telah berkahwin dengan bangsa Jawi.Sememangnya orang kita mengenang budi, maka atuk nenek kita telah membuat akujanji untuk membawa panji kemenangan Islam balik ketanah sebelah barat iaini Madinah, Mekah dan Baitul Maqdis. Kata nabi Muhammad s.a.w, "Islam akan bangun dari Timur", "Islam asalnya asing dan akan kembali asing, maka berbahagialah orang-orang asing itu".

Sebaliknya Melayu lebih rela dijajah minda oleh bangsa lain mahupun dari segi agama, bangsa dan kemajuan teknologi.


Perjanjian Anak Sulong Nabi Noh

Apakah gugusan ORION(Rumah Allah) yang menjadi saksi kepada perjanjian anak sulong nabi Nuh dilupakan.Perjanjian yang lama dimeterai semenjak zaman banjir besar Nabi Nuh, anak sulongnya mengucapkan lafaz keramat suci bahawa "anak keturunanku dari kepulauan jawi akan membawa islam dari Timur balik ke Barat". Janji mesti dikota cuma masih belom ada Melayu yang mahu mengambil piala kebangkitan Islam dari Timur ini.


Bintang-Bintang Yang Menjadi Tunjuk Arah Bagi Mereka Yang tidak Mahu Sesat dan Sudah Sesat



Nah! Lihat saja apa gugusan bintang ORION(Rumah Allah) ingin memberitahu kita Melayu anak sulong kepada Nabi Noh. Perjanjian zaman silam keturunan orang Melayu:




Orion dan kedudukan Baitulmuqaddis

Nusantara tempat mendaratnya bahtera Nabi Nuh selepas Banjir Besar

Pada kali ini aku ingin memamparkan peta Nusantara sebelum dan selepas banjir Noh. Peta ini boleh dijadikan sebagai rujukan bagi perbincangan yang dahulu dan selepas ini. Aku akan cuba menerangkan apa cerita-cerita yang disembunyikan kepada pembaca. Didalam Islam selalu disebut pemerintahan Masyrik dan Maghrib jadi tidak hairanlah juga Nabi Noh bergerak mengikut panduan "Orion Belt" yang menunjuk kearah bintang timur(Saif Al Jabbar).Semuanya memang sudah dititipkan didalam Al Qurannul Qareem.



Peta Nusantara


Tanah Nusantara ini sebenarnya adalah satu dataran yang luas dan mempengaruhi plate "Cimmeria" dan kehidupan subur "Malecia". Ditanah subur inilah adalah tempat pertama burung Merpati membawa balik pucuk pokok kepada Nabi Noh, maka tidak hairanlah mengapa Hutan Malaysia dikatakan adalah hutan yang paling tertua di dunia(menjangkau 130juta tahun dan juga difaktakan sebagai hutan yang tidak terjejas oleh "Glacial Age" dimana hampir seluruh dunia diliputi Ais).

Tersenyumlah Nabi Noh dan anak-anaknya mengetahui terdapat tanah yang boleh mereka mendarat. Ketika itu Yafids bin Noh menjadi Nakhoda Kapal. Maka tidak asinglah bagi orang orang Nusantara menjadi pakar didalam teknik pelayaran dunia dengan hanya berpandukan bintang-bintang dilangit. Terbuka juga bukti sang "Enrique" yang menjadi penjelajah benua dunia yang pertama diketahui selepas zaman Christ dan terbuka juga petunjuk bagi kemasukan orang-orang "Pelaut" atau Kerajaan Laut atau juga Kerajaan Atlantis ke tanah Mesir, Timur Tengah, Israel dan Cana'an(Can'an adalah didalam negara israel juga).Menjadi kehairanan tahap gaban apabila pihak yahudi bangga dengan perintah ALLAH kepada Ibrahim supaya tidak mengahwini penduduk asal Can'an iaini Israel juga.


Tidak hairanlah kenapa ada hikayat dan riwayat Melayu yang mengatakan rajanya adalah dari keturunan Noh, Ibrahim, anak-anak dari keturunan perkahwinan Nabi Sulaiman dan Balqis yang menetap diTimur hasil dari penemuan burung Hud-Hud dan juga Iskandar Dzulkarnain, gergasi Jaluth yang berhadapan dengan Daud serta kaitan gergasi didalam Hikayat Merong Mahawangsa dan juga kesah-kesah Nabi-Nabi Goyyim/Ajam yang tertulis didalam Al Quran. Dunia ini beralih zaman hingga kezaman kita yang dinamakan zaman sains dan teknologi. Dari zaman adam yang turun dari syurga, zaman musa penuh dengan kesah sihir, zaman Sulaiman dengan pemerintahan jin dan manusia dan macam macam zaman lagi adalah kerana ALLAH berbuat sesukanya. Inilah tanda tanda keEsaan ALLAH.





Rujukan

http://minda-appzak.blogspot.com/2010/01/melayu-sengaja-lupa.html

http://minda-appzak.blogspot.com/2010/02/peta-nusantara-seblum-banjir-nabi-nuh.html

http://anakbukitgantang.blogspot.com/p/malaysia-ialah-negara-islam.html

http://rmf7.wordpress.com/2010/02/17/isu-keselamatan-siapa-dalangnya/

6 comments:

Anonymous said...

Permasalahan orang lain jangan diwarisi kepada orang lain. Kelemahan si bapa jangan otomatik mengganggap si anak juga selemah itu.

Belajarlah dari pembangkang. Terperapnya si bapa di Penjara Sungai Buloh tidak menghalang si anak untuk mendapat tempat dalam landskap politik lokal.

Anakbukitgantang said...

uh saya bercakap mengenai polemik bangsa Melayu Islam yang diamanahkan dan amanah yang dipikul oleh para sahabat Nabi Muhammad SAW untuk mengislamkan raja raja Nusantara seperti dalam Hikayat Al Kamil

Maaf tuan, skop perbincangan lebih besar dari Anwar Ibrahim-Sungai Buluh dan Nurul Izzah.

Hari ini saya bercakap mengenai rahsia yg terdapat dalam Kitab kitab tua dan bukan sekadar skop politik semasa yang sempit. Wassalam

eM JaY... said...

salam perkenalan kepada semua rakan blogger's.sila layari blog ambo penulis dari negeri pantai timur dan insyaallah akan sentiasa berkongsi cerita semasa yang berlaku di sini serta dapat berkongsi pendapat dengan segala isu dan permasalahan terkini.~Mj~
http://suaratimur.blogspot.com/

Anakbukitgantang said...

Waalaikum mussalam dan terima kaseh Em Jay-silakan paut link blog picisan saya

abu mohsein said...

Salamun alaikum,

Saya tertarik dengan penulis yang mengatakan Islam bangkit dari Timur. Cuma di sini saya ingin mendapat penjelasan secara micro Timur mana yang dimaksudkan itu. Adakah secara georafi yang kita fahami, dan bagaimana pula istilah "syarq' dan "gharb" yang Allah sebutkan dalam Al-Quran. Adakah kita yang Melayu Islam ini yang memberi makna Timur merujuk kepada Nusantara atau secaratuntasnya Malaysia seperti apa yang diyakinkan oleh Abuya dan pengikut2nya.

Kalau siapa yang pernah bersembanhyang Jumaat di Masjid India, Jalan masjid India akan selalu mendengar khutbah Khatib yang akan menyebut dalam doanya "al Hasanu wal Hussein, Imamul masyariqi wal magharib", Imam Timur dan Barat.....

Bagitu juga Rasulullah s.a.w menyebut Maghrib dan Mashriq itu adakah merujuk kepada malaysia khasnya?

Ternyata mungkin kita terpengaruh banyak dengan idealisma Al Arqam yang masih berpendirian bahawa Timur itu Malaysia.

Sila rujuk ayat Quran dalam surah Muhammad dan surah Jumaah dan hadis mengenainya tentang akhir zaman nanti bangsa mana yang akan mempertahankan Islam dan menaikkan semula Islam.

Kalau ktia benar2 mengakui mengikut Al Quran dan Hadis Rasul maka keinginan micro dalam diri kita itu perlu dibuang sejauhnya.

Kembalilah kepada Al Quran dan Sunnahnya Rasul s.a.w.

Anakbukitgantang said...

Tuan,

Bila dikatakan Islam akan bangkit dari Timur, bukanlah bermaksud secara spesifik dari Malaysia.

Timur disini bermaksud Nusantara dan meliputi kepulauan Melayu yang mana luas jajahannya sebelum dipecahkan mebgikut border politik British, Peranchis, Belanda dan Sepanyol/Amerika.

Artikel yang saya sampaikan setelah merujuk kepada hadis yang mengatakan Islam itu dagang dan kembali dagang serta bumi Hijaz akan kembali Islam setelah ketrunan Rasulullah menyebarkannya kembali - Islam yang dimaksudkan disini ialah Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Seperti mana yang tuan ketagui sekarang, Bumi Hijaz adalah dibawah pengarih Wahhabi dan Wahhabi menurut fatwa Al Azhar dan Majlis Fatwa Malaysia ialah mujassimah.

Ya kita perlu kembali kepada Al Quran dan Sunnah. Tapi ingat jika kita kurang ilmu , elok berguru dengan ulama muktabar atau guru murshid yang dapat ilmu secara bersanad dan ilmu itu bertalaqqi hingga ke Rasulullah.

Itulah sebab dikatakan belajar ilmu ugama dan hidup mengikut Quran,Sunnah,sebarang hukum perlu dirujuk jika quwatir kepada Ijmak Ulama Muktabar (dan kitab mereka kerana mereka ini hidup dalam jarak 300 tahun pertama selepas Hijrah oleh itu tiada penyelewengan ilmu) dan Qiyas. Wassalam.