Showing posts with label Iskandar Zulkarnain. Show all posts
Showing posts with label Iskandar Zulkarnain. Show all posts

Monday, January 23, 2012

Nabi Sulaiman Leluhur Bangsa Melayu, dalam Genealogy, King Khosrow I of Persia (531-578)

Inilah Susur Galur Bitjitram Syah (Sang Sapurba), keturunan Iskandar Zulqarnain yang turun dari Bukit Siguntang Mahameru (Palembang)…


“… asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulqarnain, nisab kami daripada Raja Nusirwan, Raja Masyrik dan Maghrib dan pancar kami daripada Sulaiman ‘alaihis salam… ” (Sejarah Melayu (SM), karangan Abdullah ibn Abdulkadir Munsyi, bait 2.2).




Bitjitram Syah (Sang Sapurba), diceritakan menikah dengan Wan Sendari anak Demang Lebar Daun, Penguasa Palembang (anak cucu Raja Sulan, keturunan Raja Nusirwan ‘Adil bin Kibad Syahriar), kelak keturunannya menjadi cikal bakal raja-raja di Negeri Melayu.

Apa rahsia Saguntang berpiramid? Lambang ini dominan di takhta istana. Bentuk ini juga direalisasi daengan 7 tingkat pada panca persada tempat (mandi) bersiram DiRaja dan juga pada ukiran di kalangan Raja Raja Melayu yang keturunannya  berasal dari Bukit Saguntang


Bitjitram Syah (Sang Sapurba), di dalam sejarah dikenali sebagai Raja Sriwijaya abad ke-13, yang bernama Sri Tri Buwana, yang mendirikan Kerajaan Keritang (Indragiri) dan Kerajaan Kandis di Kuantan. Salah seorang putera Sang Sapurba, bernama Sang Nila Utama, membangun Kerajaan Tumasik, yang saat ini dikenal dengan nama Singapura.


Silsilah Bangsa Melayu

Ibn Abd Al Rabbih di dalam karyanya Al Iqd al Farid, yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya “Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII” menyebutkan adanya korespodensi antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada sekitar tahun 100 H (abad ke-8M) (Kunjungi : Sriwijaya Pintu Masuk Islam Ke Nusantara), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah sebagai berikut :



Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya”



(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan seribu raja ?


(?) Benarkah raja Sriwijaya, adalah keturunan Iskandar Zulqarnain dan Nabi Sulaiman?


(?) Siapa yang dimaksud dengan Raja Nusirwan ‘Adil, Raja Masyrik (Timur) dan Maghrib (Barat), seperti terdapat dalam Sejarah Melayu?



Berpedoman kepada Sejarah Melayu, sebagaimana diuraikan sebelumnya, diperoleh informasi Salasilah Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba bertemu pada Raja Nusirwan ‘Adil.


Di kalangan ahli sejarah, memperkirakan Raja Nusirwan ‘Adil indentik dengan King Anushirvan “The Just” of Persia (memerintah pada tahun 531-578 M, di Kerajaan Persia Dinasti Sassanid), beliau adalah putera Kavadh I of Persia atau dalam sejarah melayu disebut Raja Kibad Syahriar.


Melalui penyelusuran Genealogy, diperoleh Silsilah King Anushirvan (Khosrow I of Persia), dengan perincian sebagai berikut :



1. Susur Galur dari Cyrus II “The Great” of Persia (Zulqarnain)



Maharaja Nusirwan ‘Adil (Anushirvan/King Khosrow I “The Just” of Persia) bin Maharaja Kibad Syahriar (Kavadh I of Persia) bin Firuz II of Persia bin Yazdagird II of Persia bin Bahram V of Persia bin Yazdagird I of Persia bin Shapur III of Persia bin Shapur II “The Great” of Persia bin Ifra Hormuz binti Vasudeva of Kabul bin Vasudeva IV of Kandahar bin Vasudeva III of Kushans bin Vasudeva II of Kushans bin Kaniska III of Kushans bin Vasudeva I of Kushans bin Huvishka I of Kushans bin Kaniska of Kushanastan bin Wema Kadphises II of Kunhanas bin Princess of Bactria binti Calliope of Bactria binti Hippostratus of Bactria bin Strato I of Bactria bin Agathokleia of Bactriai binti Agathokles I of Bactriai bin Pantaleon of Bactria bin Sundari Maurya of Magadha (menikah dengan Demetrios I of Bactriai*), keturunan Raja Iskandar (Alexander III “The Great” of Macedonia)) binti Princess of Avanti (menikah dengan Brihadratna Maurya of Magadha**), keturunan King Ashoka) binti Abhisara IV of Avanti bin Abhisara III of Pancanada bin Abhisara II of Taxila bin Abhisara I of Taxila bin Rodogune Achaemenid of Persia binti Artaxerxes II of Persia bin Darius II of Persia bin Artaxerxes I of Persia bin Xerxes I “The Great” of Persia bin Atossa of Persia (menikah dengan Darius I of Pesia***), keturunan Bani Israil) binti Cyrus II “The Great” of Persia

Sumber : Khosrow I `the Just’ (Anushirvan) (Shah) of PERSIA dan Menemukan Zul-Qarnain, dalam Sejarah

2. Susur Galur dari Alexander III of Macedonia (Raja Iskandar Zulqarnain)


Alexander the Great


*) Demetrios I of Bactriai bin Berenike of Bactria binti Princess of Syria binti Laodice I of Syria bin Aesopia the Perdiccid of Macedonia binti Alexander III ”The Great” of Macedonia


3. Susur Galur dari King Ashoka




**) Brihadratna Maurya of Magadha bin Dasaratha of Magadha bin Kunala of Taxila bin King Ashoka (Asoka) Vardhana



4. Susur Galur dari Nabi Sulaiman



***) Darius I of Persia bin Meshar binti Salathial bin Tamar binti Johanan bin Josias bin Amon bin Manasses bin Ezechias bin Achaz bin Joatham bin Uzziah bin Amaziah bin Joash bin Ozias bin Jehoram bin Jehoshapat bin Asa bin Abia bin Roboam bin Nabi Sulaiman


Apa yang diakui raja Sriwijaya (Sri Indravarman), sebagai keturunan seribu raja, ternyata bukanlah isapan jempol melainkan sebuah fakta, melalui Susur Galur leluhurnya, Maharaja Nusirwan ‘Adil, telah membuktikannya.



Dan melalui penyelusuran Genealogy juga, kita dapat saksikan bahwa Raja Iskandar Zulqarnain (Alexander III of Macedonia), Zulqarnain (Cyrus II of Persia) dan Nabi Sulaiman sebagai Leluhur Bangsa Melayu, adalah sebuah kenyataan dan bukan sekadar angan-angan.



Sumber
kanzunqalam
-Ibn Abd Al Rabbih di dalam karyanya Al Iqd al Farid,
-Khosrow I `the Just’ (Anushirvan) (Shah) of PERSIA dan Menemukan Zul-Qarnain, dalam Sejarah
-Abdullah ibn Abdulkadir Munsyi, bait 2.2).

Friday, November 19, 2010

Melayu Mudah Lupa

Salam,


Bila dikatakan bahawa Si Kitol Tak layak dibawa masuk Kabinet maka timbul pelbagai polemik. Kita lupa peranan Si Kitol membawa masuk Kalimullah semasa pemerintahan almentua. Kita lupa peranan Si Kitol  dan budak Tingkat 4 mencatur calon pilihanraya sehingga  Kerajaan Melayu Islam BN gagal mempertahankan majoriti  2/3 di Parliment. dalam PRU12.

Saya hanya berkata apa yang tersirat. Mungkin Melayu Islam dan seluruh manusia sejagat mudah lupa akan perjanjian yang lebih besar iaitu La Ila Ha Illallah. Muhammad Dar Rasululullah yang diucapkan sewaktu di alam Ruh.


Tak mengapalah. Hari ini kemusnahan 360 darjah telah berlaku dan .......... Melayu Islam perlahan lahan dibuai rasa selamat dan dalam safe zone . Ya kita maseh ingat kita berada di zon selamat sedangkan kita sudah dimamah virus dalam bentuk fahaman Militen Wahhabi, Syiah, Kwarij, mujassimah yang membidaah dan menghukum oranng Islam lain kafir. Lupakah mereka bahawa yang menuduh orang Islam kafir akan dibalikkan tuduhan itu kepadanya?

Tak cukup lagi Melayu Islam dinodai  gara gara meliberalisasikan ugama dengan membenarkan orang kafir masuk masjid, gunasama  Kalimah Allah dan mengizin orang murtad! Langkah membawa masuk Si Kitol akan hanya memudahkan pelaksanaan tugas tugas yang belum selesai.




Melayu lupa akan janjinya kepada Nabi Noh dan Nabi Ibrahim untuk mengembalikan keluhuran Islam diakhir zaman. Melayu suka lupa dan alpa tentang kata-kata dan hikmat janji tok nenek mereka kepada nabi-nabi.



Melayu juga lupa janji mereka kepada keturunan Rasulullah dan Sahabat Rasullulah ketika mereka (Keturunan Rasullulah dan Sahabatnya) diancam bunuh oleh orang-orang islam ditanah Arab. Keturunan Rasullulah dan para sahabat pilihan telah menyampaikan risalah Muhamad kepada penduduk Jawi yang sudah bergama Hanif di Nusantara. Keturunan Rasullulah dan para sahabat pilihannya telah berkahwin dengan bangsa Jawi.Sememangnya orang kita mengenang budi, maka atuk nenek kita telah membuat akujanji untuk membawa panji kemenangan Islam balik ketanah sebelah barat iaini Madinah, Mekah dan Baitul Maqdis. Kata nabi Muhammad s.a.w, "Islam akan bangun dari Timur", "Islam asalnya asing dan akan kembali asing, maka berbahagialah orang-orang asing itu".

Sebaliknya Melayu lebih rela dijajah minda oleh bangsa lain mahupun dari segi agama, bangsa dan kemajuan teknologi.


Perjanjian Anak Sulong Nabi Noh

Apakah gugusan ORION(Rumah Allah) yang menjadi saksi kepada perjanjian anak sulong nabi Nuh dilupakan.Perjanjian yang lama dimeterai semenjak zaman banjir besar Nabi Nuh, anak sulongnya mengucapkan lafaz keramat suci bahawa "anak keturunanku dari kepulauan jawi akan membawa islam dari Timur balik ke Barat". Janji mesti dikota cuma masih belom ada Melayu yang mahu mengambil piala kebangkitan Islam dari Timur ini.


Bintang-Bintang Yang Menjadi Tunjuk Arah Bagi Mereka Yang tidak Mahu Sesat dan Sudah Sesat



Nah! Lihat saja apa gugusan bintang ORION(Rumah Allah) ingin memberitahu kita Melayu anak sulong kepada Nabi Noh. Perjanjian zaman silam keturunan orang Melayu:




Orion dan kedudukan Baitulmuqaddis

Nusantara tempat mendaratnya bahtera Nabi Nuh selepas Banjir Besar

Pada kali ini aku ingin memamparkan peta Nusantara sebelum dan selepas banjir Noh. Peta ini boleh dijadikan sebagai rujukan bagi perbincangan yang dahulu dan selepas ini. Aku akan cuba menerangkan apa cerita-cerita yang disembunyikan kepada pembaca. Didalam Islam selalu disebut pemerintahan Masyrik dan Maghrib jadi tidak hairanlah juga Nabi Noh bergerak mengikut panduan "Orion Belt" yang menunjuk kearah bintang timur(Saif Al Jabbar).Semuanya memang sudah dititipkan didalam Al Qurannul Qareem.



Peta Nusantara


Tanah Nusantara ini sebenarnya adalah satu dataran yang luas dan mempengaruhi plate "Cimmeria" dan kehidupan subur "Malecia". Ditanah subur inilah adalah tempat pertama burung Merpati membawa balik pucuk pokok kepada Nabi Noh, maka tidak hairanlah mengapa Hutan Malaysia dikatakan adalah hutan yang paling tertua di dunia(menjangkau 130juta tahun dan juga difaktakan sebagai hutan yang tidak terjejas oleh "Glacial Age" dimana hampir seluruh dunia diliputi Ais).

Tersenyumlah Nabi Noh dan anak-anaknya mengetahui terdapat tanah yang boleh mereka mendarat. Ketika itu Yafids bin Noh menjadi Nakhoda Kapal. Maka tidak asinglah bagi orang orang Nusantara menjadi pakar didalam teknik pelayaran dunia dengan hanya berpandukan bintang-bintang dilangit. Terbuka juga bukti sang "Enrique" yang menjadi penjelajah benua dunia yang pertama diketahui selepas zaman Christ dan terbuka juga petunjuk bagi kemasukan orang-orang "Pelaut" atau Kerajaan Laut atau juga Kerajaan Atlantis ke tanah Mesir, Timur Tengah, Israel dan Cana'an(Can'an adalah didalam negara israel juga).Menjadi kehairanan tahap gaban apabila pihak yahudi bangga dengan perintah ALLAH kepada Ibrahim supaya tidak mengahwini penduduk asal Can'an iaini Israel juga.


Tidak hairanlah kenapa ada hikayat dan riwayat Melayu yang mengatakan rajanya adalah dari keturunan Noh, Ibrahim, anak-anak dari keturunan perkahwinan Nabi Sulaiman dan Balqis yang menetap diTimur hasil dari penemuan burung Hud-Hud dan juga Iskandar Dzulkarnain, gergasi Jaluth yang berhadapan dengan Daud serta kaitan gergasi didalam Hikayat Merong Mahawangsa dan juga kesah-kesah Nabi-Nabi Goyyim/Ajam yang tertulis didalam Al Quran. Dunia ini beralih zaman hingga kezaman kita yang dinamakan zaman sains dan teknologi. Dari zaman adam yang turun dari syurga, zaman musa penuh dengan kesah sihir, zaman Sulaiman dengan pemerintahan jin dan manusia dan macam macam zaman lagi adalah kerana ALLAH berbuat sesukanya. Inilah tanda tanda keEsaan ALLAH.





Rujukan

http://minda-appzak.blogspot.com/2010/01/melayu-sengaja-lupa.html

http://minda-appzak.blogspot.com/2010/02/peta-nusantara-seblum-banjir-nabi-nuh.html

http://anakbukitgantang.blogspot.com/p/malaysia-ialah-negara-islam.html

http://rmf7.wordpress.com/2010/02/17/isu-keselamatan-siapa-dalangnya/