Thursday, November 18, 2010

Surat Terbuka kepada PM Najib - KJ Ke Kabinet?

Salam,

Wahai Datuk Seri Perdana Menteri.

Saya bukan ahli politik mahupon blogger upahan. Saya hanyalah seorang penulis yang menulis di waktu lapang di tengah tengah kesibukan saya mencari rezeki di sebuah syarikat.

Tapi keprihatinan saya ke atas Umat Islam dan Malaysia mengatasi segala galanya.

Wahai Tuan Presiden UMNO,

Jadi bila saya menulis saya tidak ada menyelitkan kepentingan peribadi. Apa yang ada hanyalah luahan kata kata dari akar umbi yang sayangkan negaranya.

Tuan Presiden UMNO,

Tragedi Pulau Batu Puteh maseh berdarah lagi   PULAU BATU PUTEH  . Dokumen Istana yang sepatutnya menjadi afidavit (bahan bukti) di Mahkamah Antarabangsa di The Hague "dihilangkan". Angkara siapakah itu?



Tuan Presiden UMNO,

Eksplorasi  Petronas di Blok L dan M di Limbang Sarawak  yang sah dalam kawasan Malaysia (dalam akhbar dikatakan kawasan tradisional Malaysia) di hentikan. Petronas dan syarikat Murphy Oil dari Amerika Syarikat terpaksa pula berunding dengan Brunei dan mendapatkan hasil minyak secara sharing basis. Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan Malaysia terlalu Pemurah di MALAYSIA'S GENEROSITY . Lebih lebih lagi bila Tun Abdullah mengatakan bahawa perkara itu telah diselesaikan di BRUNEI MENGALAH? sedangkan Brunei menidakkankannya di BERI MINYAK PADA BRUNEI .  Angkara siapakah itu?

Tuan Presiden UMNO,

Dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO seseorang telah menggunakan kediaman bapa mentuanya untuk mengurung sebanyak 300 perwakilan pemuda UMNO. Akhirnya undi memihak kepada orang yang diragui samada telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai menantu atau wang ringgit yang ada. Tun Dr Mahathir menulis mengenainya dan dilaporkan di SINI

Juga Pendedahan GAP mengenai merger  2 Institusi Kewangan untuk dijadikan bank. Selepas krisis kewangan 1998, Bank Negara mengarahkan  pengurusan kewangan Isntitusi Kewangan diketatkan dan bank di Malaysia di kurangkan saiz tak melebihi 10, siapakah pula yang ada kuasa melebihi Bank Negara ? "Khairy arah ecm libra dan avenue capital bergabung untuk dijadikan bank. senarionya makin menjadi bualan apabila anak muda bernama khairy mampu membeli saham ecm libra dengan jumlah RM9.2 juta".  GAP ada cerita di SINI

Saya dah tak larat nak defend UMNO lagi jika Datuk Sri Presiden terus dengan keputusan untuk melantik liability terbesar UMNO sebagai menteri kabinet seperti dilaporkan di LIABILITY 1, LIABILITY 2, LIABILITY 3

12 comments:

Ameno said...

Tak kan dah tak sanggup jadi pencacai dah!...

Anonymous said...

Kalau betoi KJ dilantik....bloggers semua boikot je..jgn defend BN/UMNO lagi sehingga KJ disingkirkan semula...PRU13 nanti tgk la apa nak jadi..DS Najib tlglah jgn jadi Melayu yg mudah lupa..petualang tetap petualang..bermuka2 adalah sifat petualang!

TKasih tidak terhingga sekiranya khabar angin ini tidak menjadi kenyataan..Hidup Melayu!

joemasry said...

Kita harus menghormati apa jua keputusan PM jika benar rombakan kabinet berlaku, jika benar semua yg berlaku disebabkan oleh KJ lapor saja kepada SPRM dan PDRM mengapa harus takut jika benar apa yg dikata, serta bukti-bukti jikalau ada. usah la bersendiwara

usin said...

mudah je wahai PM, KJ naik, BN telungkup. X caya cubalah... nasihat hamba, KJ bukan sapa2, pak mentua diapun dh xde kuasa. jangan rosakkan hati org kampung wahai PM...

Anonymous said...

Liabiliti semasa itu siapa? Yang kata ada liabiliti itulah sebenarnya yang ada agenda sendiri di belakang agenda yang satu lagi. Sudah tentu big bos sedar semua itu. Sudah tentu DSN lebih arif yang mana satu liabiliti dan yang mana satu potensi dan yang mana satu balaci. Masakan DSN tidak kenal duri dalam daging pada 2004. Jangan merepek ler!

Anonymous said...

Salam Datuk SERI Najb

Setakat naa bawak KJ masuk kabinet hentikanlah Datuk Seri sebelum terlambat.Kehebatan KJ memang pandai melingkupkan ......Datuk fikirlah sendiri selebihnya dan peluang nk menang PRU13 teramatlah tipis sakali sebab ramai yang tak boleh tengok muka.........hehehehehe menyampahhhhh. PERJUANGAN KU MASIH BELUM SELESAI DAN INGAT MELAYU TU MUDAH LUPA BAK KATA TUN

Anonymous said...

Salam.KJ naik.undi aku ke pembangkang huhu aku peduli hapa.Aku hidup bukan UMNO yang bagi makan

Anonymous said...

Kalaulah yang defend tu bagus sangat masakan pernah menang tipis aje (1999).

Kalau yang tidor tu adalah lemah masakan bilangan kerusi terbanyak adalah pada 2004.

Jadi siapa yang buat konklusi yang tidak berpandukan kepada fakta? Dan dari konklusi itu mahu jadi kuasa penentu? Bingai kot?

Yang bakal mengundi tu pun bukannya sume puak yang kata mampu defend. Entah-entah menyamar aje.

Yang kata mampu defend tapi kemampuan cume bertahap jaguh kampung tak guna juga. Masakan jaguh kampung mampu memenangi jati pengundi bukan Melayu.

Jadinya tak perlulah bersandiwara disebalik tujuan yang tersirat. Ingatlah kehebatan satu puak tidak banyak nilainya dalam iklim persaingan yang ada.

Kalau dengan kepaduan yang ada, Che Det boleh kata 2/3 tidak akan berada dalam genggaman, inikan pula kalau ada yang berasakan dengan kepaduan kurang dari itu 2/3 boleh dicapai.

Akhir kata jangan mudah terpedaya dengan penyamaran berupa "kami adalah golongan marhaen!", kami adalah suara akar umbi", "kami orang kampung" dan bla, bla terutama dalam laman maya.

Anonymous said...

Dulupun Pak Hj Hadi menyampah juga dengan LKS. Sekarang macam mana? Peluk erat bah! Ini bermakna politik bukan macam agama. Dalam politik hari ini tak sama dengan hari semalam dan hari esok tidak sama dengan hari ini. Makanya kalau Hj Hadi mampu berubah kenapa ada yang mahu menjadi jumud? Pelik bin hairan!

PARPUKARI said...

Aku nak jawab si anon yang tanya soalan ini:

Kalaulah yang defend tu bagus sangat masakan pernah menang tipis aje (1999).
-Hello brader, pada tahun tu BN menang 2/3 malah dapat penambahan kerusi lagi tau, kau nak tipu sapa?


Kalau yang tidor tu adalah lemah masakan bilangan kerusi terbanyak adalah pada 2004.
Bukan sebab Tun Dol Sleepy BN menang besar ok, ianya sebab masa tu Tun M sudah membuktikan ekonomi Malaysia pulih dan dia berjaya jadikan Malaysia terbaik


Jadi siapa yang buat konklusi yang tidak berpandukan kepada fakta? Dan dari konklusi itu mahu jadi kuasa penentu? Bingai kot?
Fakta kepala bapak kau? Kau nak tipu sapa beb?


Yang bakal mengundi tu pun bukannya sume puak yang kata mampu defend. Entah-entah menyamar aje.
Yalah si kj dan geng dia je yang ikhlas kan? Suci dan baik mereka kan? Sebab tu negara dijual kepada Temasek kan?


Yang kata mampu defend tapi kemampuan cume bertahap jaguh kampung tak guna juga. Masakan jaguh kampung mampu memenangi jati pengundi bukan Melayu.
Kalau khiary lebih yahudi dari yahudi sendiri, nak cakap apa beb, apa kau fikir undi bukan melayu sudah boleh tubuh kerajaan?


Jadinya tak perlulah bersandiwara disebalik tujuan yang tersirat. Ingatlah kehebatan satu puak tidak banyak nilainya dalam iklim persaingan yang ada.
Masalahnya sampai hari ini kita tertunggu-tunggu apakah kehebatan Khairy? Apa dia? Habaq mai la


Kalau dengan kepaduan yang ada, Che Det boleh kata 2/3 tidak akan berada dalam genggaman, inikan pula kalau ada yang berasakan dengan kepaduan kurang dari itu 2/3 boleh dicapai.
Takap kurang sikit pun, dari simpan dia lagi tak guna, silap2 buang dia BN terus disayangi ramai! Belum cuba belum tahu, toksah nak tipu la


Akhir kata jangan mudah terpedaya dengan penyamaran berupa "kami adalah golongan marhaen!", kami adalah suara akar umbi", "kami orang kampung" dan bla, bla terutama dalam laman maya.
Jadi kamu nak mereka cakap apa? KAMI ADALAH GOLONGAN ELITIS? Kami adalah anak duta? Kau tanya bos kau tu, pernahkah dia rasa susah dalam hidup dia? Mana bisa begitu kerna dia adalah jutawan yang tak berkerja, mana dia dapat harta kekayaan sebegitu?

Anakbukitgantang said...

House PK

Cili kasi Tarok, pedasssss tapi bernas

Kepada semua saya biarkan sahaja komen komen itu, banyak juga "peminat setia" KJ ya

Kepada semua belajarlah analisa keadaan, bukan syok sendiri.

Musuh kita yang paling utama ialah mana mana manusia yang menggadai negara demi cita cita sempit

Aset kita yang utama ialah spiritualiti, kemahiran melihat apa yang tersirat dan kitaran hidup/sejarah yang sentiasa berulang

Jika dengan semua peristiwa yang saya senaraikan diatas maseh tak mampu buka minda dan hati tuan/puan, maka bersedialah untuk kemusnahan bangsa Melayu Islam

Benar kata PK 2/3 maseh didapati oleh Team TDM pada tahun 1999

Tapi pada tahun 2004, Feel Good Feeling/kesejahteraan ekonomi/dasar floodgate Tun Lah yg merelakskan rakyat membuai perasaan rakyat Malaysia dan sebab itu Tun Lah menang selesa.

Tapi pada tahun 2008 dasar elitist sudah mulai membakar diri rakyat maka jadilah landslide dalam PRU12

KJ, kami hanya ada Malaysia, dan kami tiada rumah di Australia. Disinilah kami diberanakkan dan disinilah kami akan mati. Kami hanya nak pastikan anak cucu kami dapat hidup dan menikmati amanat dan wasiat datuk nenek moyang kami semasa neegara ini merdeka 53 tahun dulu.

Anonymous said...

orang kampung x marah sangat pada KJ...rasanya yang ada kepentingan aja yang marah...masa PRU13 nti orang kampung aja yang banyak berkorban.....puak2 yang gila duit/pangkat tikam sesama sendiri...?????