Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Surat Terbuka kepada PM Najib - KJ Ke Kabinet?

Salam,

Wahai Datuk Seri Perdana Menteri.

Saya bukan ahli politik mahupon blogger upahan. Saya hanyalah seorang penulis yang menulis di waktu lapang di tengah tengah kesibukan saya mencari rezeki di sebuah syarikat.

Tapi keprihatinan saya ke atas Umat Islam dan Malaysia mengatasi segala galanya.

Wahai Tuan Presiden UMNO,

Jadi bila saya menulis saya tidak ada menyelitkan kepentingan peribadi. Apa yang ada hanyalah luahan kata kata dari akar umbi yang sayangkan negaranya.

Tuan Presiden UMNO,

Tragedi Pulau Batu Puteh maseh berdarah lagi   PULAU BATU PUTEH  . Dokumen Istana yang sepatutnya menjadi afidavit (bahan bukti) di Mahkamah Antarabangsa di The Hague "dihilangkan". Angkara siapakah itu?



Tuan Presiden UMNO,

Eksplorasi  Petronas di Blok L dan M di Limbang Sarawak  yang sah dalam kawasan Malaysia (dalam akhbar dikatakan kawasan tradisional Malaysia) di hentikan. Petronas dan syarikat Murphy Oil dari Amerika Syarikat terpaksa pula berunding dengan Brunei dan mendapatkan hasil minyak secara sharing basis. Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan Malaysia terlalu Pemurah di MALAYSIA'S GENEROSITY . Lebih lebih lagi bila Tun Abdullah mengatakan bahawa perkara itu telah diselesaikan di BRUNEI MENGALAH? sedangkan Brunei menidakkankannya di BERI MINYAK PADA BRUNEI .  Angkara siapakah itu?

Tuan Presiden UMNO,

Dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO seseorang telah menggunakan kediaman bapa mentuanya untuk mengurung sebanyak 300 perwakilan pemuda UMNO. Akhirnya undi memihak kepada orang yang diragui samada telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai menantu atau wang ringgit yang ada. Tun Dr Mahathir menulis mengenainya dan dilaporkan di SINI

Juga Pendedahan GAP mengenai merger  2 Institusi Kewangan untuk dijadikan bank. Selepas krisis kewangan 1998, Bank Negara mengarahkan  pengurusan kewangan Isntitusi Kewangan diketatkan dan bank di Malaysia di kurangkan saiz tak melebihi 10, siapakah pula yang ada kuasa melebihi Bank Negara ? "Khairy arah ecm libra dan avenue capital bergabung untuk dijadikan bank. senarionya makin menjadi bualan apabila anak muda bernama khairy mampu membeli saham ecm libra dengan jumlah RM9.2 juta".  GAP ada cerita di SINI

Saya dah tak larat nak defend UMNO lagi jika Datuk Sri Presiden terus dengan keputusan untuk melantik liability terbesar UMNO sebagai menteri kabinet seperti dilaporkan di LIABILITY 1, LIABILITY 2, LIABILITY 3