Tuesday, November 23, 2010

Warga akademik sambut baik perlantikan KSU baru Kementerian Pengajian Tinggi

Perlantikan Tuan Hj. Ab Rahim Mohd. Nor sebagai KSU Kementerian Pengajian Tinggi disambut baik oleh warga akademik.

Sebagai bekas rakan sejawat beliau, saya mengenali  Tuan Haji Ab Rahim sebagai seorang yang cekap, pintar, rajin, amanah dan tak mudah lemah semangat.

Tuan Haji Ab Rahim bertanggungjawab menggubal  "Pelan Blue print  Human Resource" yang digunapakai  di organisasi lama saya.

Berikut adalah e mail yang saya terima dari warga akademik mengenai berita perlantikan Tuan Hj. Ab Rahim ke jawatan tersebut:-

Salam sahabat ku xxxx,

Kami ahli akademik amat bersyukur akan perlantikan KSU KPT yang baru iaitu Tuan Haji Abd Rahim Mohd Nor. Dia terkenal se orang yang kuat bekerja, bersih amanah dan cekap.


Kami harap perlantikan beliau :


1. akan merapatkan jurang yang sedia ada antara KPT dan akademik IPTA.


2.akan memertabatkan konsep intergriti dan akauntabiliti dalam pengurusan IPTA.

3.akan mengkaji dan menyelesaikan masalah-masalah serta ketidak puasa hati para akademik IPTA


Amin


Ab. Rahim KSU baru Kementerian Pengajian Tinggi-Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Ab. Rahim Md. Noor dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi mulai 25 November ini.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, Ab. Rahim menggantikan Tan Sri Dr. Zulkefli A. Hassan yang menamatkan perkhidmatannya pada 24 November ini.


Sidek berkata, Ab. Rahim yang kini Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan, Pengurusan dan Transformasi) MAMPU, berusia 53 tahun berkelulusan Sarjana Sains Polisi dari Universiti Saitama, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda bidang Geografi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


“Ab. Rahim memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 9 Januari 1984.

“Saya percaya pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki Ab. Rahim akan membolehkan beliau mengemblengkan semua pihak di kementerian untuk menyediakan keperluan persekitaran pengajian tinggi yang terbaik menjelang tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

2 comments:

Sahabat Langkawi said...

Alhamdulilah....kalau benar kata anakbukitgantang.

Sememangnya, bersyukurlah warga akademik.

Ini di sebabkan ada pemimpin yang di lantik menjadi peneraju beberapa organisasi di bawah KPT, kewibawaan serta integriti dan pegangan mereka kepada konsep akauntabiliti menjadi tanda soal.

Kami berdoa, allah mudahkan segala urusan Encik Rahim Mohd Nor, dunia dan akhirat. Ya allah ya rahman lindungilah beliau (Encik Rahim)sepenuhnya dan bukalah pintu hati en rahim untuk melihat segala kebenaran, dan jauhilah beliau dari bahaya dan malapetaka, serta di jauhi dari orang orang yang zalim. Sejahterakan kehidupan beliau dan keluarga.

Amin

Anonymous said...

Akhirnya ke sampah sarap... Nyanya orang lagi masa d kpt..