
latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Friday, December 6, 2013
Thursday, December 5, 2013
# Banjir- Pengurusan Krisis vs Idli, Idle dan ahli politik yang sewaktu dengannya......
| Idli makanan India yang dibuat dari tepung beras masam yang dicicah dengan susu masam
Cerita ni sedap didengar sambil kunyah Idli di kedai mamak. Idli adalah makanan dari tepung beras yang dicampor dengan susu masam untuk menguatkan rasa masamnya.
Idle pula mengikut kamus Oxford:-
idle
Pronunciation: /ˈʌɪd(ə)l/
Translate idle | into French | into German | into Italian | into Spanish
adjective
|
![]() |
Apakah penerangan ini secara instagram sahaja akan dapat menenangkan hati rakyat yang sedang kegelisahan kerana banjir? Tunggu jawapan sambil makan Idli dan kita Idle (tak buat kerja)
|
# Banjir- Mana Pengurusan Krisis Fuziah MP Kuantan?
Dari carian dokumen pdf Majlis Keselamatan Negara dan Tatacara menghadapi banjir didapati SOP simple seperti ini:-
1- Jabatan Meteorologi akan mengumumkan kemungkinan berlaku hujan lebat dan amaran banjir akan digerakkan
2- Jabatan Parit, Tali air dan Saliran akan memantau aras sungai. Bila sudah mencecah paras bahaya-zon kuning maka persediaan EVAKUASI akan dibuat
3- Evakuasi banjir akan dilakukan oleh JPA3 (Jabatan Pertahanan Awam), Tentera,Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan dibantu oleh PBT(Majlis [Perbandaran Kuantan dan Majlis Perbandaran Kemaman) yang mengenalpasti kawasan selamat seperti sekolah, masjid dan bangunan awam lain yang boleh dijadikan tempat tinggal sementara;pihak hospital pula akan menatau kejadian cirit birit dan thypoid yang sentiasa meningkat di musim banjir.
4- Kesemua perbelanjaan menyelamat dan evakuasi , penempatan sementara, makanan, perubatan, selimut ,pakaian dan perbelanjaan kakitangan telah disiapkan Kerajaan Negeri Pahang dan berjumlah RM 1.2 million seperti petikan Yahoo News di bawah:-
The media reported that the relevant agencies were fully prepared for the flood.
On November 15, state secretary Datuk Seri Muhammad Safian Ismail said the Pahang government was ready to face the flood, which was expected at the end of November.
According to him, 579 evacuation centres were identified, and 60% of these were school buildings. Basic necessities such as food would be stored at 73 centres from November 18, spending an allocation of RM1.2 million.
"Six thousand helpers from 14 departments and agencies are involved directly to render assistance to the flood victims," said Safian.
Despite this, the first day of the flood in Kuantan caused utter chaos, and social media such as Facebook and Twitter capitalised on the flood
P/S maknanya MP tak perlu bising tak dapat buat kerja kerana tak der dana dan bising nak kutip derma sebab bantuan wang dan disediakan untuk One Off operation semasa banjir ni.

Shaberi Cheek MP Kemaman tak ke Parlimen kerana melakukan kerja kerja menyelamat dengan anggota Bomba , Tentera dan Polis.
Fuziah MP Kuantan berdrama di Parlimen, walaupon penerangan dah diberikan Shahidan Kassim dan Speaker Dewan Rakyat. Saya nak tanya di manakan PENGURUSAN KRISIS Fuziah MP Kuantan selain stage drama hebat minggu ini di Parlimen? Memang betul kata Bung Mukhtar..."lebih baik awak balik dan tolong orang Kuantan"
Wednesday, March 23, 2011
Atlantis yang tenggelam berada di Nusantara
![]() |
| Kajian geologi, genetik, arkeologi, antropologi dan linguistik menunjukkan manusia yang beroeradaban tinggi bermigrasi keluar dari Sundaland atau Nusantara |
Keberadaan Peradaban di Sundaland, dikemukakan Profesor Aryso Santos dari Brasil, melalui bukunya Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitive Localization of Plato’s Lost Civilization (2005). Di dalam bukunya itu, Profesor Santos menyatakan, Sundaland adalah benua Atlantis, yang disebut-sebut Plato di dalam tulisannya Timeus dan Critias.
![]() |
| Gambaran Atlantis |
Sokongan bagi hipotesis Oppenheimer (1998), datang dari sekelompok peneliti arkeogenetika yang sebahagian merupakan rakan sejawat Oppenheimer. Kelompok penyelidik dari University of Oxford dan University of Leeds ini mengumumkan hasil peneltiannya, melalui jurnal berjudul “Molecular Biology and Evolution” edisi Mac dan Mei 2008, yakni pada makalah berjudul “Climate Change and Postglacial Human Dispersals in Southeast Asia” (Soares et al., 2008) dan “New DNA Evidence Overturns Population Migration Theory in Island Southeast Asia” (Richards et al., 2008).
Orang Melayu sudah mempunyai peradaban tinggi 9000 tahun dulu
Thursday, November 18, 2010
Kedah Banjir dan Malaysiakini tandus Ilmu
Transkrip Video
Beta ingin merakamkan penghargaan kepada Agensi Kerajaan Negeri dan Agensi Kerajaan Persekutuan yang membantu mangsa mangsa banjir tanpa mengira fahaman politik.
Pon begita Beta terkilan keranan ada suara sumbang yang "tidak menghargai sumbangan Kerajaan Beta"
Malaysiakini melaporkan "tak menghargai Kerajaan Negeri" ini amat berbeda
dgn erti "tidak menghargai Kerajaan Beta" (Sultan Kedah memberikan RM 100,000 wang peribadi)-Ini tipu daya media yang disengajakan.
Seeloknya wartawan Malaysia kini dihantar belajar kursus protokol memahami bahasa Istana dan adat Istiadat Istana dan Melayu.
Tuesday, November 9, 2010
Kegemilangan BN dicacatkan dengan berita 3 pegawai kerajaan digantung tugas!
Dan yang ini pula menceritakan perihal kegagalan Kerajaan PR Selangor menarik pelabur luar membangunkan kawasan industri terutama di kawasan luar bandar TIADA STATISTIK PELABUR BAGI PEMBANGUNAN KAWASAN INDUSTRI OLEH KERAJAAN PR SELANGOR
Bagaimanapun kegemilangan BN dicacatkan dengan kegagalan menyelamatkan tiga orang (3) pegawai Kerajaan yang merupakan tulang belakang pentadbiran Kerajaan Pusat yang difitnah. Ketiga tiga mereka iaitu Hanim (Penolong Pengarah BTN Wilayah Persekutuan, Pengetua di Kedah dan Pengetua di Johor) telah digantung tugas dan diletakkan dalam sistem pool PEGAWAI KERAJAAN DIGANTUNG TUGAS
Nampaknya strategi STRATEGY BLUE OCEAN DS Najib memakan diri dan terdapat konsep yang di hijack dalam 1Malaysia . DS Najib masih terlalu mengambil hati puak lain sehingga sasaran pengundi asal UMNO seperti di PEGAWAI KERAJAAN DIGANTUNG TUGAS dilupakan
Thursday, November 4, 2010
Mari bantu mangsa banjir
Berita banjir di Kedah dan Perlis serta dimana bantuan boleh disalurkan
Kelab Kelab Belia Malaysia
Banjir yang melanda Perlis dan Kedah kali ini disifatkan paling buruk berbanding Disember 2005 . Lebih dari 35,000 mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara termasuk 25,000 orang di Kedah manakala bandar Kangar lumpuh sepenuhnya.
Persatuan Kelab Kelab Belia Malaysia , MAYC dibawah pimpinan Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi Presiden MAYC Kebangsaan mengambil inisiatif untuk mengurangkan beban mangsa mangsa banjir dengan melancarkan kempen bantuan banjir pada hari ini 4hb November 2010 jam 3.00 petang di Nasmir Hotel, Auto City, Juru, Pulau Pinang.
Madrasah perlukan bantuan
Bantuan untuk Maahad Islamiah Tarbiyah MTID Kedah- Akaun BIMB : 02011020578183 / Hafiz Bin Haji Mustafa / Pendaftar Maahad. Hubungi ABIM KEDAH / ABIM PUSAT :
Pendaftar MTID : 019 5735 741 (Ustaz Hafis Mustafa Lubis)/ Mudir Tafaquh MTID : 013 4605 251 (ustaz Ilyas ismail)
Monday, December 14, 2009
Bersatu untuk Era Kebangkitan Islam
2012 akan berlaku banjir besar atau proses pembersihan?Saya tidak mahu komen lanjut mengenai pergolakan yang berlaku dalam PAS, PKR hatta Pakatan Rakyat sekarang. Semuanya ini bagi manusia yang sentiasa bermuhasabah diri adalah petunjuk dari Tuhan Sekelian Alam, Allah Ya Rabbul Alamin.
Bagi saya apa yang berlaku semasa PRU12 bukanlah semata-mata tsunami politik. Anehnya "Tsunami " dalam istilah biasa juga boleh diterjemah sebagai "Banjir Besar"
Sebenarnya dalam konteks yang lebih besar ialah "Proses Pembersihan" ke atas parti tunjang yang memimpin Negara Semenanjung Tanah Melayu sekarang.
Dan pergolakan apa yang berlaku sekarang ke atas saingan parti yang menjadi alternatif kepada bangsa Melayu atau yang bermula dengan ejaan "Mim" dalam huruf jawinya iaitu PAS juga sebenarnya adalah "Proses Pembersihan". Malah "Proses Pembersihan" ini juga adalah serampang dua mata kerana pada masa yang sama turut mengekang penularan fahaman Wahhabiyah yang ditunjangi oleh beberapa orang dalam parti tersebut seperti dalam beberapa blog di bawah ini
http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/ dan
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/11/ulama-pondok-vs-nik-aziz.html dan
http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html dan
http://korban-demokrasi.blogspot.com/2009/11/1asri-asri-memfitnah-ulama-besar.html dan
http://bankwahabi.wordpress.com/2009/11/22/update-dari-blog-pejuang-pejuang-sunni/
Bahawa-sanya sekarang juga sedang berlaku proses pemurnian Tauhid ke atas Umat Islam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Benarlah kata orang di akhir zaman nanti akan wujud 73 cabang ugama Islam, dan berdoalah semoga kita ditempatkan ke dalam cabang ugama Islam yang benar dan tidak terpesong akidah akibat fahaman Wahhabiyah bersifat assobiyah (yang terlalu senang menghukum orang kafir/kufur/bidaah), Syiah , munafik dan sebagainya.
Peringatan ke atas bangsa "Mim" tadi...semoga mereka tahu dan sedar bahawa perjuangan bangsa "Mim" bukan setakat terhad kepada parti sahaja....malah tugas bangsa Mim tadi adalah untuk penyatuan Ummah Islam di sejagat!
Baca juga petikan blog saya yang terdahulu di sini
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/11/lihat-dari-sudut-hikmah-apa-yang.html dan
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/utusan-malaysia-online-kota.html dan
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/ramalan-para-wali.html
Adapun bangsa Melayu atau "Mim" tadi mempunyai keistimewaan dan umum yang mengetahui sedar bahawa Semenanjung Tanah Melayu memang bergelar Semenanjung Emas atau The Golden Chersonesse dalam riwayat Latin kuno http://capiloton.blogspot.com/2009/04/ancient-name-of-malay-peninsula.html
Apapun klue nya saya dapatkan dari laman blog rakan saya disini iaitu penceritaan beliau mengenai kejadian yang berlaku selepas Banjir Besar.
Baca klue tersebut di sini
http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.html
atau dalam petikan di bawah ini:-
"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat" -ayat 33, surah ali-imran
Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya 'ahli rumah' atau 'ahlul bait' ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.
Kita telah mengetahui tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah) agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files
dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.
Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan 'family tree' para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud 'tinggi' atau 'atap' ini.
Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di tanah yang cukup tinggi.
Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah,
sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi yang telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa (tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh ayat 1)
Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian 'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga kembali.
......................................................................................
Apa tugas bangsa "Mim" Selanjutnya ?
Bersatulah terutama dalam isu ugama, maruah bangsa dan budaya!
Saya sudah jelak dengan gerakan menyahsensitifkan perkara berkenaan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia, pembinaan rumah Ibadah dan hak orang Melayu yang menjadi tunjang Perkara (153) dalam Perlembagaan Malaysia.
Mungkin pembaca boleh baca lebih lanjut di blog ini
http://mistisfiles.blogspot.com/2009/12/tanda-tanda-kedatangan-penyelamat.html
Semoga Allah memberkati kita dalam perjuangan ini. WASSALAM.






