Showing posts with label sejarah melayu. Show all posts
Showing posts with label sejarah melayu. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

"membatalkan" Perjanjian Pangkor

Petang itu kami berselawat secara berjemaah menuju ke pantai di Lumut Perak. Kalau pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor telah mengubah landskap politik negara dan Sultan Sultan di Tanah Melayu dicaturkan mengikut kehendak British, maka pada hari ini keturunan Kesultanan Melaka yang bertaburan di Nusantara dari Malaysia, Temasek dan Indonesia datang untuk berselawat dan membaca Hisb Bahar di bawah pimpinan Habeeb Abu Aswad Al Kubra serta para daie dari sebuah pasentren dari Kelantan.

Semasa Melaka diserang Portugis tahun 1511 para ahlul bayt yang menjadi Sultan dan bangsawan dibantu oleh para ulama dan daie serta orang Besar Besar dan  hulubalang. Rujuk menjejaki-nyemah-mulya dan Raden Pati Unus di minit 48:56 dan  Raja Haji Ali Fiisabilillah diminit 13:37

Link video dan sedutan menarik HIKMAH 111 boleh dirujuk di bawah


 
 
Pesanan Cik Srikandi yang memberikan slide Alter Terahsia Bangsa Melayu pula di bawah
 
 

 
 
 
 
 Doa kami moga Nusantara ini aman dan bebas dari pengaruh penjajahan baru New World Order- yang kini makin meruncing secara penjajahan politik, ekonomi dan amat membimbangkan akidah umat Islam cuba diMURTADkan pasca PRU12. Kami amat berharap agar semua   umat Islam bangkit BERSATU dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam di Nusantara. Semoga dimakbulkan dengan izin Allah. Biznillah!
 
 
 

 

Wednesday, October 31, 2012

akhirnya Tamadun Lembah Lenggong diiktiraf dunia

 


 


PENEMUAN rangka manusia 'Lelaki Perak' di Lembah Lenggong, Perak pada tahun 2001 menarik perhatian dunia. Rangka manusia ini berusia 11,000 tahun .


Saya pernah mendedahkan dalam artikel Melayu Bukan Pendatang   di SINI  bahawa manusia yang mendiami bumi Malaysia ini adalah ibu segala bangsa. Dr Mokhtar Saidin,  Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeology Global atau Global Archeological Research (CGAR) di  Universiti Sains Malaysia baca  SINI  telah menemui kesan tamadun purba di Bukit Bunuh, Lenggong. Sementara itu  Dr Stephen Oppheimer Pakar Genetik University Oxford mendedahkan "Peradaban agrikultur Indonesia dan Malaysia lebih dulu ada dari peradaban agrikultur lain di dunia," dengan tapak penanaman padi tertua di dunia ditemui di tepi tasek purba Lenggong, Perak! Rujuk SINI
 
 Team Dr Mokhtar  Saidin dari USM di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak.

Hari ini adalah hari yang paling bersejarah di mana hasil usaha Dr Mokhtar dan team dari USM selama 25 tahun telah berjaya membuktikan bahawa Lembah Lenggong adalah pusat bermulanya peradaban dunia. Dalam kajian arkeology, peradaban manusia diukur melalui aktiviti pertanian dan/atau penanaman padi (contoh di Lenggong, Perak, Malaysia) bagi membuktikan kehidupan bermukim (sedentary lifestyles). Maknanya leluhur manusia Melayu proto  yang mendiami  Bukit Bunuh, Lenggong 1.83 juta - 1,700  tahun dahulu sudah bertamadun kerana penemuan peralatan kapak genggam, workshop menempa logam dan bukti penanaman padi di tepi tasek purba di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak!  Lelaki Perak yang ditemui berusia 11,000 tahun!  Melayu bukanlah Pendatang di Malaysia seperti dakwaan pembangkang . Rujuk SINI dan  SINI.

Keberadaan manusia di Lenggong itu melepasi beberapa zaman dari zaman Paleolithic (dibuktikan dengan penemuan kapak genggam). Hujan meteorite yang menjunam jatuh pada  1.83 juta tahun dulu telah menahan dan mengubah aliran sungai sehingga mengekalkan artifak zaman Palaeolithic di  Bukit Bunuh. Kapak Genggam yang ditemui di Bukit Bunuh adalah yang tertua ditemui di luar Afrika. Inilah bukti tertua bahawa manusia sudah berada di Asia Tenggara dan Asia!

Letupan katastropik gunung berapi  Toba sekitar  70,000 b.p. tahun dulu  menyebabkan tertimbusnya workshop tertua menempa logam di Asia itu. Tinggalan arkeologi workshop ini boleh didapati di  Kota Tampan. Workshop lain didapati di tempat yang  berusia 200,000-100,000 BP adalah di  Bukit Jawa, 40,000 BP di  Bukit Bunuh dan  1000 BP di  Gua Harimau dan bukti leluhur Melayu proto sudah berada di Lembah Lenggong di Zaman Logam.

Lelaki Perak adalah lelaki tertua yang ditemui di Asia Tenggara. Karbon dating menunjukkan usia Lelaki Perak sekitar 10,120 BP (11.000 tahun) dan diidentifikasikan sebagai Australomelanesoid, iaitu manusia yang mendiami Asia Tenggara zaman Pleistocene dan awal  Holocene.

Situs perkuburan pre historik  didapati di Bukit Kepala Gajah iaitu di  Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar and Gua Kajang.  Inilah bukti secara berperingkat bahawa manusia iaitu leluhur bangsa Melayu sudah mendiami kawasan ini dan penemuan ini tiada bandingannya di Asia.-Terjemahan artikel UNESCO oleh penulis.

Berita dari News Straits Times dan Kosmo 31 Oktober 2012

Prof Mokhtar Saidin, the director of the Centre for Global Archaeological Research (CGAR) at Universiti Sains Malaysia, could not help but heave a sigh of relief at the culmination of more than 25 years of hard work.

"I've had sleepless nights and yesterday was one of the most anxious days in my life," he said, following the announcement by Minister of Information, Communications and Culture Datuk Seri Dr Rais Yatim yesterday.

Mokhtar was a member of the archaeological team which discovered the paleolithic site in Lenggong Valley and the Perak Man, which was unearthed in 1991, the first complete human skeleton so far discovered in Southeast Asia.

The team was led by Heritage Commissioner Pro Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid, then a lecturer at USM. Rujuk   lenggong-valley-declared-world-heritage-site-
 
BUKIT MERTAJAM – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Lembah Lenggong yang terletak di Hulu Perak, Perak sebagai Tapak Warisan Dunia kelmarin.
 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penemuan rangka manusia purba iaitu ‘Lelaki Perak’ yang ditemui pada 2001 dan ‘Wanita Perak’ pada 2004 di kawasan terbabit menarik perhatian UNESCO dalam menyenaraikan kawasan tersebut sebagai tapak warisan dan lokasi pelancongan dunia.
 
Pengiktirafan itu merupakan satu kejayaan paling membanggakan buat kerajaan dan rakyat Malaysia,” katanya.

 

Rujukan

UNESCO
Lembah Lenggong Warisan Dunia (Kosmo 31 Oktober 2012)

Wednesday, March 23, 2011

Atlantis yang tenggelam berada di Nusantara

Saya sambung lagi posting terdahulu yang dibuat secara bersiri. Tujuan saya hanya satu bahawa orang Melayu tahu jatidiri serta sejarah nenek moyang mereka. Ini penting kerana pada bahu orang Melayu Islam terletaknya AMANAT penting untuk membangkitkan Islam dari Timur. Dan atas sebab itulah Nabi Muhammad S.A.W telah memerintahkan para sahabatnya mengIslamkan Raja Raja Melayu pada kurun ke 3 Hijrah iaitu sewaktu baginda maseh hidup lagi.

Kesah pengIslaman Raja Raja Melayu,   itu termaktub dalam kitab Hikayat Si Merah Silu, Kesah Raja Samudra Pasai yang bermimpi mengucapkan  2 kalimah  syahadah beberapa hari sebelum dia benar benar memeluk Islam dengan bantuan pelayar berbangsa Arab seperti yang dicatatkan oleh Tun Sri Lanang di Sejarah-Melayu

Atlantis dan Teori Out Of Nusantara (Out Of Sundaland)

Hari ini yang tinggal dari Sundaland benua ajaib yang memegang peradaban pertama dunia hanyalah kepingan plat tectonic benua yang dipanggil plat Sunda. Di atas plat Sunda ini diapungkan beberapa pulau yang dulunya puncak gegunung dan tenggelam akibat Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Pulau pulau yang dulunya puncak puncak gunung  itu adalah Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Singapura,Bali,Sulawesi, Maluku, Borneo, Filipina dan Papua New Guinea.

Kajian geologi, genetik, arkeologi, antropologi dan linguistik menunjukkan manusia yang beroeradaban tinggi bermigrasi keluar dari Sundaland atau Nusantara

Keberadaan Peradaban di Sundaland, dikemukakan Profesor Aryso Santos dari Brasil, melalui bukunya Atlantis, The Lost Continent Finally Found, The Definitive Localization of Plato’s Lost Civilization (2005). Di dalam bukunya itu, Profesor Santos menyatakan, Sundaland adalah benua Atlantis, yang disebut-sebut Plato di dalam tulisannya Timeus dan Critias.

Sebelumnya pada tahun 1998, Oppenheimer menerbitkan buku berjudul,”Eden in the East : The Drowned Continent of Southeast Asia”. Secara singkat, buku ini mengajukan thesis bahwa Sundaland pernah menjadi suatu kawasan berbudaya tinggi, tetapi kemudian tenggelam, dan para penghuninya migrasi  ke tempat lain (out of Sundaland), yang pada akhirnya menurunkan ras-ras baru di bumi.

Hipotesis ini ia bangun berdasarkan penelitian atas geologi, arkeologi, genetika, linguistk, dan folklore atau mitologi. Berdasarkan geologi, Oppenheimer mencatat bahwa telah terjadi kenaikan permukaan laut dengan menyurutnya Zaman Ais terakhir. Laut naik setinggi 500 kaki pada periode 14.000-7.000 tahun yang lalu dan telah menenggelamkan Sundaland. Arkeologi membuktikan bahwa Sundaland mempunyai kebudayaan yang tinggi sebelum banjir terjadi. Kenaikan permukaan laut ini telah menyebabkan manusia penghuni Sundaland menyebar ke mana-mana mencari daerah yang tinggi.


Gambaran Atlantis

Sokongan bagi hipotesis Oppenheimer (1998), datang dari sekelompok peneliti arkeogenetika yang sebahagian merupakan rakan sejawat Oppenheimer. Kelompok penyelidik dari University of Oxford dan University of Leeds ini mengumumkan hasil peneltiannya, melalui jurnal berjudul “Molecular Biology and Evolution” edisi Mac dan Mei 2008, yakni pada makalah berjudul “Climate Change and Postglacial Human Dispersals in Southeast Asia” (Soares et al., 2008) dan “New DNA Evidence Overturns Population Migration Theory in Island Southeast Asia” (Richards et al., 2008).

Menurut Richards et al. (2008) berdasarkan penelitian DNA menentang teori konvensional saat ini bahwa penduduk Asia Tenggara (Filipina, Indonesia, dan Malaysia) datang dari Taiwan 4000 (Neolithikum) tahun yang lalu. Pasukan Penyelidik  menunjukkan apa yang terjadi adalah sebaliknya, bahwa penduduk Taiwan berasal dari penduduk Sundaland, yang bermigrasi akibat Banjir Besar di Sundaland.

Ciri garis-garis DNA menunjukkan penyebaran populasi pada saat yang bersamaan dengan naiknya permukaan laut di wilayah ini, dan juga menunjukkan migrasi ke Taiwan, ke timur (New Guinea dan Pasifik), dan ke barat (daratan utama Asia Tenggara), terjadi dalam masa sekitar 10.000 tahun yang lalu.

Sementara itu Soares et al. (2008) menunjukkan bahwa haplogroup E, yang merupakan komponen penting dalam keanekaragaman mtDNA (DNA mitokondria), secara dramatik tiba-tiba menyebar ke seluruh pulau-pulau Asia Tenggara pada periode sekitar awal Holosen, pada saat yang bersamaan dengan tenggelamnya Sundaland menjadi laut-laut Jawa, Melaka, dan sekitarnya.

Lalu komponen ini mencapai Taiwan dan Oceania, pada sekitar 8.000 tahun yang lalu. Ini membuktikan bahwa global warming dan sea-level rises pada ujung Zaman Es 14.000–7.000 tahun yang lalu, sebagai penggerak utama human diversity di wilayah ini (Sumber : mail-archive).


Orang Melayu sudah mempunyai peradaban tinggi 9000 tahun dulu 

Kemunculan buku Eden In The East karya Prof. Dr. Stephen Oppenheimer, seorang ahli genetika & struktur DNA manusia dari Oxford University, Inggeris membuktikan keistimewaan bangsa Melayu yang merangkumi semua ras ras Melayu di Nusantara ini. Oppenheimer Theory yang dengan tegas menyatakan bahwa nenek moyang dari induk peradaban manusia modern (Mesir, Mediterania dan Mesopotamia) adalah berasal dari Tanah Melayu yang sering disebut dengan Sundaland.!



Eden In The East mendasarkan kesimpulannya kepada penelitian yang dilakukan selama puluhan tahun. Dokter ahli genetik dengan struktur DNA manusia tersebut melakukan riset struktur DNA manusia sejak manusia modern ada selama ribuan tahun yang lalu hingga saat ini. Guru Besar dari Oxford University ini menguasai filosofi pendekatan dasar yang digunakan disiplin keilmuan kedoktoran, geologi, linguistik, antropologi, arkeologi, linguistik, folklore.

Lebih lanjut, Prof. Dr. Stephen Oppenhenheimer yang menjadi peneliti ahli sekaligus penulis tetap Oxford Science Review tersebut dan juga telah menulis The Origin Of The British (Asal Mula Nenek Moyang Orang-Orang Inggris) menegaskan bahwa orang-orang Polinesia (penghuni Benua Amerika) bukan berasal dari Cina sebagaimana yang terpampang dalam setiap teks sejarah buku pelajaran, melainkan dari orang-orang yang datang dari dataran yang hilang dari pulau-pulau di Asia Tenggara. Penyebaran kebudayaan dan peradaban tersebut disebabkan “banjir besar” yang melanda permukaan bumi pada 30.000 tahun yang lalu. Hal tersebut diperkuat oleh catatan-catatan cerita masyarakat Asia Tenggara yang banyak sekali tersimpan di museum purbakala mengenai banjir besar di periode tersebut.

Tidak berhenti sampai di situ, Oppenheimer yang teori nya didukung oleh scientist dari Oxford University dan Leeds University tersebut mengatakan bahwa budi daya bercocok tanam /penanaman padi pertama kali bukan berasal dari Cina atau India melainkan penduduk di Semenanjung Tanah Malayu pada 9000 tahun yang lalu. Teori penyebaran budaya dan peradaban dunia yang berasal dari Tanah Melayu tersebut bahkan dikuatkan oleh research tahunan yang dilakukan Dr. Joanna Nichols yang berakhir pada kesimpulan besar, bahwa arus migrasi besar-besaran dunia berasal dari masyarakat Semenanjung Melayu menuju Cina selanjutnya menyebar ke tempat lain bukan sebaliknya sebagaimana teori yang menyebutkan bahwa nenek moyang Asia Tenggara berasal dari Cina.

Temuan tersebut memperkuat buku lain yang telah muncul sebelumnya Atlantis, The Lost Contiennt Finally Found karya Prof. Arysio Santos dengan sejumlah argumentasi ilmiah yang juga melakukan pendekatan dari berbagai disiplin ilmu. Baik Prof. Arysio Santos dan Prof. Dr.Stephen Oppenheimer memperlihatkan dengan jelas bagaimana sebuah pendekatan multi disiplin sangat penting digunakan untuk merekontruksi sebuah missing link yang hilang dalam sejarah peradaban manusia modern.

Team ekspedisi Berekofen dan Hans Berekofen, selama lebih dari 15 tahun terakhir telah menyusuri Semenanjung Melayu (Indonesia, Malaysia dan Singapura) untuk mengumpulkan bukti-bukti lapangan yang menunjukkan bahwa pusat peradaban dunia terkubur di bawah puluhan meter permukaan tanah Semenanjung Melayu sundaland.


Sebagai satu bangsa besar satu masa dulu, orang Melayu/Bani Jawi perlu berjiwa besar  dan memberi respons positif  dan proaktif  yang akan berpengaruhi sebahagian besar kehidupan di dunia ini.


















Saturday, February 13, 2010

Peranan Raja Makin Terasa bila dua puak bertelagah pendapat..........





Sementelah saya menulis mengenai sejarah yang selama ini tersimpan dalam lipatan sejarah, maka terjumpa saya beberapa artikel mengenai peranan raja-raja melayu menjaga kedaulatan negara di masa silam.

Di masa silam, peranan raja bukan sahaja memerintah, tapi mereka juga mengetuai angkatan tentera menentang penjajah. Artikel ini saya petik dari sebuah forum mengenai peranan putera (Sultan Alauddin ) mengetuai bala tentera Melaka menghadapi Portugis pada tahun 1511.

Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi ingin saya ingatkan pembaca institusi Beraja adalah satu institusi yang bebas dari politik (above politics) di negara ini.


Saya ingin mengingatkan pembaca semua kepada Bersumpah dengan Iman yang dilaksanakan oleh Kebawah DYMM Sultan Johor yang Ke 5 baru baru ini.


Intipati sumpahnya nya menyatakan kesediaan seorang insan -dalam Islam -insan bermaksud hamba Allah yang senantiasa tawaduk, zuhud dan melaksanakan perintah Allah (Sebagai Sultan) untuk melaksanakan tugasan baginda dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab seperti berikut:-

Bahawa adalah saya, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada masa memegang jawatan Pemangku Raja bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dan segala takluknya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk-penduduk negeri Johor dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara dan menghormatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kuat dengan Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor dan juga Undang-undang Negeri,"


Perlu diingatkan bahawa Iman adalah percaya kepada Allah, Malaikat dan perkara ghaib,Al Quran, Rasul dan Nabi, Qadar dan Qadar serta Hari Akhirat .......jadi maksud bersumpah dengan iman merujuk kepada bersumpah dengan nama Allah dan segala kebesaranNya.


Apapon peranan raja raja Melayu sudah semakin diperlukan masa kini, bagi merungkai permasalahan kerana mereka bersifat neutral dan memegang tanggung jawab yang besar ke atas ugama , bangsa dan negara...dengan adanya camportangan Raja Raja Melayu harapnya tidak ada lagi puak puak yang berani mencabar artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara , artikel 11(4) yang menghalang penyebaran ugama lain dikalangan orang Islam artikel (153) Akta yang sama yang memartabatkan kedudukan Melayu sebagai bangsa pribumi, artikel (159) yang meletakkan peranan YDP Agong dan Raja Raja Melayu sebagai tunggak pemerintahan negeri dan negara serta lain lain lagi yang menjadi intipati kontrak perjanjian sosial yang makin dilupakn di Malaysia. Baca ulasan seterusnya disini

http://al-ghari.blogspot.com/2010/02/atasi-segera-isu-kalimah.html

atau petikan dari artikel yang sama disini

Raja-Raja Melayu beri jaminan pertahankan kedaulatan, kesucian Islam sebagai agama rasmiKUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam dan mempertahankan kedaulatan serta kesuciannya Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain.Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-220 selama dua hari di Istana Negara semalam juga menjelaskan isu penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan, baru-baru ini perlu ditangani segera bagi memastikan ia tidak menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.
Serentak itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam yang menzahirkan rasa dukacita mereka mengenai penterjemahan perkataan God kepada Allah.Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam, penterjemahan itu banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam."Isu ini jika tidak ditangani segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam negeri."Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain. Raja-raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.Raja-Raja Melayu juga berpandangan sebarang perbuatan yang merosakkan rumah ibadat adalah perbuatan provokatif yang amat membahayakan dan tidak harus dibenarkan berlaku sama sekali."Perbuatan khianat yang didorong oleh emosi wajib dihentikan kerana tidak direstui, malah ditegah daripada dilakukan oleh semua agama. Perbuatan itu jenayah yang perlu dibendung secara tegas dan segera," katanya.
Raja-Raja Melayu turut merakamkan penghargaan kepada polis yang bertindak secara profesional bagi mengawal keadaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.Raja-Raja Melayu amat memahami tugas berat yang terpaksa mereka hadapi dan menyeru agar usaha pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam diberikan sokongan sepenuhnya.Selain itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan.Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak Tuanku Azlan Shah turut membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama
Sumber :
Berita Harian
Posted by Zamihan Mat Zin AL-GHARI at 8:25 PM