Showing posts with label sundaland. Show all posts
Showing posts with label sundaland. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

Laut China Selatan dulunya dikenali sebagai Laut Champa- update




Hebuh bila ada politikus Cina ultra kiasu berkiblatkan PRC China mengatakan semua yang bermana China milik PRC China. Untuk makluman, sebelum digelar Laut China Selatan, kawasan laut tersebut telebih dulu digelar Laut Champa. Rujuk posting saya terdahulu pada 2014


Ya kenapa digelar Laut Champa? Sebab Champa ialah Empayar Besar dunia Melayu  ketika itu. Syeikh Jamaludin Al Kubra juga bermastautin di Champa selama 19 tahun sebelum mendarat di Kelantan.

Untuk generasi muda, Champa adalah nama bagi Empayar Melayu yang menjurus ke Utara sehingga Danang dan pernah menempati bumi Vietnam dan Kemboja. Menurut seorang pakar sejarah Champa, nama Da Nang asalnya dari nama Air yang Besar Da Nang

Empayar Champa mengandungi beberapa negara kota seperti tertera dalam peta di bawah



Empayar ini diasaskan pada sekitar abad ke-7M  dan bertahan sehingga tahun  1832M. Sepanjang tempoh tersebut, Empayar Champa mengalami pelbagai peristiwa turun naik sehingga memaksa ibukotanya dipindahkan beberapa kali iaitu di Indrapura (875-978M), Vijaya (978-1485M) dan terakhir di Panduranga (1485-1832M) setelah diasak oleh orang-orang Viet (Vietnam) yang berasal dari Utara (Selatan China)

Empayar Champa dikatakan mencapai zaman kemuncak kekuasaannya sekitar tahun 800-1000M. Sepanjang tempoh tersebut, orang-orang Champa menguasai perdagangan rempah dan kain sutera di antara China, Nusantara dan Kerajaan Abbasiah di Baghdad.

Orang-orang Champa merupakan pelaut dan pedagang yang mahir. Menurut Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein, Presiden Gabungan Persatuan  Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Laut China Selatan ini asalnya dikenali sebagai LAUT CHAMPA. Ia menjadi tempat atau gelanggang utama perdagangan dan pelayaran orang-orang Champa.
Keagungan dan kemasyhuran Empayar Champa di samping kehebatan serta kemahiran orang-orang Champa dalam perdagangan dan pelayaran diakui dan terkenal bukan sahaja di Nusantara bahkan juga ke seluruh dunia sehingga laut di sekitarnya lebih dikenali sebagai LAUT CHAMPA.


Sumber 





Saturday, July 27, 2013

Peradaban Atlantis Nusantara

Artikel ini adalah adalah dari Siri Atlantis di Nusantara dan Melayu Bukan Pendatang. Kali ini  saya muatnaikkan dari youtube hasil suntingan Ahmad Samatho pengarah dan professor di Bayt Al Hikmah Institute.
 
Perhatikan relief relief sejarah di situs sejarah Candi Panataran Blitar Indonesia semasa Kerajaan  Majapahit (1293- 1500  M) yang pernah mendunia. Perhatikan bahawa Raja Majapahit duduk atas singgahsana dan berdiri di belakangnya (ke kiri Raja dalam relief)  ialah bangsa Mayan, Champa dan Han (Cina). Melutut di bawah dalam posisi yang submisif  adalah bangsa Yahudi (di kenali dengan memakai kopiah kecil yang kini maseh dipakai golongan ugamawan  mereka) 
 
 
 
 
 
 
Apa ada di Blitar ya? Kenapa Candi Panataran di Blitar  ini istimewa dan kenapa makam President Indonesia yang pertama Bung Karno  terletak di Blitar juga. Apa yang disembunyikan di sini?

Monday, July 15, 2013

asal usul Melayu dan Cina

Dalam teori Migrasi Dari Sundaland, iaitu benua yang tenggelam, migrasi penduduk dunia  keluar dari benua Sunda yang tenggelam ke merata tempat didunia. Maka benarlah Melayu itu leluhur segala bangsa (dikenali sebagai Austranesian)! Kepada yang mengatakan Melayu ini berasal dari  China ....dan stake claim ke atas Tanah Melayu  sila tarik balik claim anda. Paling mengujakan  kajian ini mengesahkan bahawa peradaban di Sundaland sudah wujud lama pada 50,000 tahun dulu berbanding peradaban China yang hanya wujud terkemudian pada 10,000 tahun dulu!.




Teori migrasi manusia bermula dari Asia Tenggara (benua Sunda yang tenggelam ke Taiwan bukan sebaliknya)


Kepada yang skeptikal, lihat di sini (terjemahan anakbukitgantang)

Kajian terbaru dari University Leeds yang dikeluarkan dalam Molecular Biology and Evolution menunjukkan bahawa dapatan DNA Mitokondria ( bahan genetic) membuktikan bahawa susur galur manusia moden bermula dari Sunda sebuah benua yang tenggelam dan kini menjadi kepulauan-kepulauan  kecil  di Asia Tenggara. Benua ini dikenali sebagai Sundaland. Migrasi manusia moden dari Asia Tenggara berkait rapat  dengan kenaikan paras air laut  setelah berakhirnya Zaman Ais. Migrasi ini menyebabkan manusia moden berpindah dari benua Sundaland   sehingga ke Taiwan pada tempoh 10,000 tahun yang lalu. Kenaikan paras air laut juga menyebabkan benua yang tenggelam itu hanya dapat diduduki di bahagian yang tinggi dan menyebabkan munculnya kepulauan-kepulaan  kecil seperti  Sumatera dan Jawa di Indonesia, Semenanjung di  Malaysia , pulau Borneo dan juga  Filipina hari ini.


Dapatan terkini dari Human Genome Association juga mendapati populasi manusia moden berfokus di selatan Asia  kerana ia dapat dikesan melalui  persamaan genetic di seluruh Asia Tenggara (bahagian selatan Asia) . Kajian juga mendapati diversity genetic paling besar ialah dari Utara Asia  (Cina dan Taiwan)  ke Selatan Asia (bahagian Asia Tenggara). Kajian juga mendapati bahawa walaupon populasi bangsa China sangat besar tapi tiada perbedaan genetic yang ketara antara mereka . Namun perbedaan genetic bangsa China dengan penduduk Asia Tenggara sangat besar  (kawasan asal Sundaland) -ini bermaksud bahawa pertambahan populasi kaum China berlaku sangat lewat iaitu pada 10,000 tahun kebelakangan setelah berlaku perkembangan dalam pertanian di China!

Dr Oppheimer  (pakar genetic) telah membuat konklusi bahawa asal Austronesian ialah di Sundaland. Melalui kajian genetic, diketahui  benua Sundaland telah mulai  diduduki manusia sekitar 50,000 tahun dulu dan ini menyangkal teori sebelumnya bahawa migrasi manusia moden di Asia Tenggara adalah dari Taiwan! Sebaliknya migrasi manusia berlaku  dari Asia Tenggara ke bahagian utara iaitu Taiwan (dan  China serta Jepun).

Text asal  dalam bahasa Inggeris

A study from Leeds University and published in Molecular Biology and Evolution. Examination of mitochondrial DNA lineages shows that human have been evolving within Islands of Southeast Asia for a longer period than previously believed. Population dispersals occurred at the same time as sea levels rose, which may have resulted in migrations from the Philippine Islands to as far north as Taiwan within the last 10,000 years.[5] The population migrations were most likely to have been driven by climate change — the effects of the drowning of a huge ancient continent Sundaland. This happened during the period 15,000 to 7,000 years ago following the last Ice Age. The rising sea levels in three massive pulses caused flooding and the submergence of the Sunda Continent, creating the Java and South China Seas and the thousands of islands that make up Indonesia and the Philippines today.
 
The new findings from Human Genome Organisation also shows that Asia was populated primarily through a single migration event from the south.[1]They found genetic similarities between populations throughout Asia and an increase in genetic diversity from northern to southern latitudes. Although the Chinese population is very large, it has less variation than the smaller number of individuals living in Southeast Asia, because the Chinese expansion occurred very recently, following the development of rice agriculture — within only the last 10,000 years.
 
Oppenheimer locate the origin of the Austronesian in Sundaland and its upper regions.[6] Genetic research reported in 2008 indicates that the islands which are the remnants of Sundaland were likely populated as early as 50,000 years ago, contrary to a previous hypothesis that they were populated as late as 5,000 years ago from Taiwan.[7]
 
 

NOTES AND REFERENCES

  1. a b A study done by HUGO showed that the continent was likely populated primarily through a single migration event from the south.
  2. ^ The physical geography of Southeast Asia by Avijit Gupta, 2005, ISBN 0-19-924802-8 , page 403
  3. ^ Till Hanebuth, Karl Stattegger and Pieter M. Grootes, “Rapid Flooding of the Sunda Shelf: A Late-Glacial Sea-Level Record”Science288 12 May 2000:1033–35.
  4. ^ Distributation of the River Threadfin
  5. ^ Dr. Martin Richards. “Climate Change and Postglacial Human Dispersals in Southeast Asia”. Oxford Journals.http://www.physorg.com/news130761648.html. Retrieved 2010.
  6. ^ Oppenheimer 1999
  7. ^ New research forces U-turn in population migration theory

Further reading


http://www.asiafinest.com/forum/lofiversion/index.php/t219634-50.html
This is part of a much larger discussion over Robert Lindsay’s disscussions over the Cavalli-Sforza genetic studies on race and language. This goes with a larger chart which would be confiusing to reproduce, but it basically all means all Asians and Americans basically derive from Sundaland

I still believe Amis and South Chinese, and even the Altaics came from Sundaland. As proper interpretation of genetic studies prove. Lindsay has a politicized interpretation favoring South China homeland and yet his cited reference, the study by Chu et al concluded that East Asians came from Southeast Asia(Sundaland or Mu) and nowhere can I see a South China homeland from that study. If one is too concerned about the homeland concept, you can even go further than Sundaland to India, then finally, Africa. But accdg to Solheim and Oppenheimer, it is in Sundaland where agriculture and domestication of animals originated and radiated from, away from the hunter-gatherer and nomadic lifestyle of our ancestors in Africa and in India. For now, orthodox academicians still favor the Bellwood theory and a South China origin of agriculture as against Oppenheimer’s and Solheim’s Sundaland theory but with their own review of the right interpretation of the newer genomic studies turning up, they’ll soon shift to the latter. In anthropology, the Sundadont are ancestral to the Sinodont. While the supposed to be pure Amis have some sinodontification. If the Amis are ancestral to the Filipinos, the latter should have predominant sinodontification as well. Some are finding it deceptive; Lindsay’s assertion of Filipinos are South Chinese. Might as well say the South Chinese and the aboriginal Taiwanese as Filipinos.” (Comment posted in discussion at Asia’s Finest)
Below, two Cavalli-sforza diagrams illustrating relatedness among ethinc groups on the one on the right, the small olive spot is “Caucasian” and the larger spread fanning out toward the bottom are the diverse types radiating out of Sundaland, including the various populations of Asiatics, Australians, Pacific Islanders and American Indians. And although this is not precisely my interpretation I will readily admit that the Sundalanders were first to colonise the Americas and that the more recent “Paleoindians” absorbed a previously-existing stratum of Sundalander “Australoids”.
 

Sunday, July 14, 2013

Benarkah Candi di Lembah Bujang mengadap Kiblat? Bahagian 2



Photo benua Sundaland; Malaysia, Indonesia dan  Borneo pernah bersatu dengan Tanah besar Asia Rujukan Sundaland

Dari teori geologi plat tektonik bumi ini sentiasa berubah berubah sesesuai dengan Firman Allah dalam ayat Al Quran
 
"Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..." (Al Qur'an, 21:31)"
 
"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (Al Qur'an, 78:6-7)

Dengan perpanjangannya yang menghujam jauh ke dalam maupun ke atas permukaan bumi, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi yang berbeda, layaknya pasak. Kerak bumi terdiri atas lempengan-lempengan yang senantiasa dalam keadaan bergerak. Fungsi pasak dari gunung ini mencegah guncangan dengan cara memancangkan kerak bumi yang memiliki struktur sangat mudah bergerak.

Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan tumbukan dari lempengan-lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk perpanjangan yang dalam ke bawah. Ini berarti gunung mempunyai bagian yang menghujam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi
.

Dalam tulisan ilmiah, struktur gunung digambarkan sebagai berikut:

Pada bagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pegunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. (General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305). Baca Selengkapnya Di:
SINI
 
 
Kita kembali ke kedudukan Candi di Lembah Bujang -apakah ia benar sebuah Candi Buddha /Hindu  atau sebuah Mihrab seorang Islam atau ugama Hanif ? (bahagian depan tempat solat seorang Imam). Berdasarkan teori pergerakan benua Sundaland, Malaysia dan Sumatera pernah bersatu. Maka  Radzi Sapiee telah membuat satu photoshop bagi melihat Candi asal di Lembah Bujang pada sudut yang lain;
 
 


Dengan menggunakan Photoshop saya mencabut dan menyengetkan Semenanjung pada 32.09 darjah kemudian merapatkannya dengan Pulau Sumatera.
 
Pada kedudukan ini candi di Lembah Bujang akan menghadap Kaabah. !
 
Jika begitu benarlah ruang di hadapan "candi" itu adalah sebuah MIHRAB.
 
Sebenarnya banyak prasasti dan warisan arkeologi di nusantara yang telah diselewengkan faktanya. Islam  dan ugama Hanif  telah bertapak lama di Nusantara!
 
Jika begitu kitab sejarah Bangsa Bani Jawi  seperti Babad Tanah Jawi , Sulatus Salikin , Merong Mahawangsa, Hikayat Amir Hamzah, Sejarah Melayu  wajar dikaji balik dan di cross check dengan Al Quran dan Hadis, catatan Ptolemy dan sejarawan Arab, Cina, India  serta Yunani kerana ia memberi gambaran geografi, geology, sejarah serta  rahsia besar  di Nusantara. Berdasarkan kitab kitab dan cerita orang lama tentang pergerakan benua dan lain lain kita dapat dapatan  ini;

1. Fasa satu : Separuh tanah Asia Tenggara pernah bersambung dan terletak di hujung Tanah Arab. Kemungkinan begitulah keadaannya semasa zaman Nabi Sulaiman sehingga Yaman dan Asia Tenggara termasuk di dalam jajahan kerajaan Saba' yang diperintah Ratu Balqis. Petunjuknya ada pada cerita kanak-kanak Sang Kanchil yang asyik menyebut tentang Raja Sulaiman.

2. Fasa dua : Bahagian Asia Tenggara itu telah berpecah dari Tanah Arab lalu bersambung dengan kawasan benua besar Asia yang kita kenali sebagai Indo China. Ketika ini Sumatera masih sebahagian dari Semenanjung dan ini pernah dilukiskan di dalam peta pemikir Yunani bernama Ptolemy yang dibuat sebelum atau sekitar zaman Nabi Isa AS. Keadaan ini masih berlangsung sehingga zaman para sahabat Nabi Muhammad SAW lalu jika kapal belayar dari Tanah Arab atau India untuk ke China mesti melalui pantai barat Sumatera. Maka naiklah pelabuhan-pelabuhan seperti Barus juga daerah Minangkabau sebagai persinggahan segala dagang.

3. Fasa tiga. Sumatera dan Semenanjung berpisah dari Indo China. Laluan dagang dari India ke China dan sebaliknya perlu melepasi utara Aceh yang rapat dengan Pattani dan Kelantan. Lalu kawasan-kawasan ini dan sekitarnya menjadi tempat persinggahan utama.

4. Fasa empat. Sumatera terpisah dari Semenanjung sedangkan Semenanjung bersambung kembali dengan Indo China lalu menutup laluan fasa tiga. Maka muncullah Selat Melaka sebagai laluan utama antara India dan China dan naiklah kerajaan Melaka.

5. Fasa lima? Kita sudah melihat bagaimana peristiwa Tsunami 26 Disember 2006 boleh mengalihkan seluruh Pulau Sumatera sejauh beberapa meter dan mengubah garisan pantai di beberapa tempat. Dengan segala macam gerakan seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi yang mungkin terjadi, tidak mustahil nanti Sumatera akan bersambung kembali dengan Semenanjung dan Selat Melaka kembali menjadi sebesar sungai untuk memenuhi hadis akhir zaman tentang "negeri di belakang sungai".
 

Saturday, July 13, 2013

candi di Lembah Bujang mengadap kiblat?

Benarkan Kembah Bujang itu tapak candi? Atau benarkan memang terdapat dan juga masjid di sana? Lembah Bujang ialah tapak pelabuhan antarabangsa di zamannya dan juga tapak Kerajaan Kedah Tua.
 
Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat. Kemakmuran Lembah Bujang telah menarik minat ramai pedagang, terutama daripada India, China dan Arab untuk singgah di sini. Manakala perkataan "Bhujangga" diambil daripada perkataan asal iaitu "Phujangga" yang membawa maksud golongan cerdik pandai atau "Brahmin" di dalam sistem kasta Hindu. Dengan erti kata lain, nama Lembah Bujang diambil daripada perkataan Sanskrit yang mempunyai pengaruh Hindu - Buddha
 
Hasil tinjauan 2 rakan saya iaitu Puan Herleny yang sedang membuat PhD dalam Seni Mihrab serta Radzie Sapiee penulis blog Merah Silu saya bawakan di sini.
 
 
Mihrab berada di ruang paling hadapan (Gambar Kiri). Runtuhan kubah di dapati dalam gambar sebelah kanan (Gambar Kanan)
 
Gambar kiri  menunjukkan Mihrab rumah Rasulullah SAW . Gambar kanan menunjukkan saiz ruang mihrab di Lembah Bujang yang hampir sama saiz dengan mihrab Rasulullah SAW dan mihrab tradisional lainnya di sebelah kiri
 
Benarkah mihrab mengadap kiblat?
 
Saya bawakan tulisan Radzi Sapiee untuk renungan pembaca
 
 
Lembah Bujang di Merbok di dalam google map
 
Melalui Google Earth kita boleh melihat ia menghadap pada sudut 323.48 darjah jika diukur menurut arah jam bermula dari paksi utara
 
 
 
Sekarang kita tarik garisan itu jauh hingga ke separuh bumi. Mak ooiii... jauh betul dari Semenanjung Arab. Dari utara India dah lepas ke atas Laut Kaspian masuk ke Eropah hingga ke United Kingdom hampir ke London. Candi ni menghadap ke Stonehenge ke hapa
 

Cuba kita tarikh garis yang sama hingga ke Mekah.

Nah. Sudut yang menghadap kiblat adalah lebih kurang 291.39 darjah. Ada perbezaan 32.09 darjah berbanding arah yang dihadap oleh candi di Lembah Bujang. Kesimpulannya, candi di Lembah Bujang tidak menghadap kiblat di Kaabah. Nak menghadap kiblat lama di Baitul Muqaddis atau Jerusalem pun bukan kerana sudutnya adalah pada 302.31 darjah.......tapi tunggu dulu.....(bersambung)
 

Wednesday, July 10, 2013

kajian genetik membuktikan Melayu Bukan Pendatang!

KUALA LUMPUR 9 Julai - Kajian ilmiah oleh seorang penyelidik mengesahkan bahawa orang Melayu adalah kaum asal di rantau Nusantara ini dan bukannya golongan pendatang seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
 
Penulis dan penyelidik sejarah, Zaharah Sulaiman yang bakal menerbitkan hasil kajiannya tidak lama lagi berkata, bukti menerusi pemetaan genetik dan artifak arkeologi mendapati masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda (Asia Tenggara) merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan kaum Melayu hari ini.
 
"Pengesahan ini jelas sekali menolak dakwaan buku Contesting Malayness: Malay Identity Across Boundaries yang diterbitkan oleh National University of Singapore (NUS) yang menyatakan kaum Melayu berasal daripada campuran kaum-kaum dari selatan China dan India," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam Wacana Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya anjuran Kelab Wartawan Muda Malaysia di sini, semalam.
 
Buku susunan Profesor Madya di Jabatan Sejarah NUS, Timothy P. Barnard yang diterbitkan pada 2004 mendakwa kaum Melayu tiada asas untuk menjadi kaum yang nyata kerana ia adalah campuran daripada kaum-kaum lain.
 
Ekoran itu, buku berkenaan mencadangkan kaum Cina dan India di Malaysia diberikan taraf bumiputera kerana orang Melayu sebenarnya berasal daripada salasilah kedua-dua kaum itu.
Zaharah berkata, kajian yang dilakukannya bersama beberapa penyelidik lain sejak 2009 mendapati masyarakat Semang dan Senoi berasal daripada manusia asal di Afrika yang berhijrah ke rantau ini sejak 65,000 tahun dahulu.

"Kumpulan yang telah berhijrah ke Benua Sunda ini merupakan nenek moyang kepada manusia moden hari ini termasuk di Asia Timur dan Amerika.

"Kajian juga mendapati orang Jawa, Dayak, Batak, Champa, Madagascar dan Polynesia juga mempunyai genetik asal daripada Semang dan Senoi dan oleh itu mereka juga orang Melayu," katanya.

"Saya harap kajian ini akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan membuatkan mereka tidak lagi malu menjadi Melayu yang mengikut sejarah, panggilan ini bermaksud 'orang gunung'," katanya.

Tambahnya, faktor letusan gunung berapi, gempa bumi, banjir besar dan tsunami menyebabkan Benua Sunda telah terpisah sehingga membentuk Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Filipina dan Borneo.


"Selat Melaka sekarang sebenarnya adalah salah satu daripada sungai-sungai yang terdapat di Benua Sunda dan ini dapat menjawab persoalan para pengkaji kenapa selat ini sangat cetek," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130710/dn_05/Kajian-sahkan-Melayu-bukan-pendatang#ixzz2Yc2QkiIh
© Utusan Melayu (M) Bhd


Artikel Anakbukitgantang yang terkait

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2011/03/melayu-bukan-pendatang.html

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2011/03/melayu-bukan-pendatang-bahagian-2.html

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2012/10/akhirnya-tamadun-lembah-lenggong.html







Sunday, June 2, 2013

Peradaban Sumeria dari Nusantara

Salam dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting kali ini kita akan menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.


Sebenarnya terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau Austronesia dengan Sumerian ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan atau Theologi, kebudayaan dan juga mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji yang menolak persamaan ini dan mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. Namun adakah suatu kebetulan boleh muncul dengan banyak sekali? Sudah tentunya tidak! Oleh itu mari kita bersama-sama menelusuri zaman purba untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.


Seperti yang dikaji ahli sejarah diperkirakan bahawa zaman gangsa dimulai sekitar 5000-6000 tahun yang lalu sekaligus menjadi salah satu tonggak sejarah terpenting dalam bidang pembuatan logam. Gangsa dipebuat dari peleburan yang kompleks dari tembaga dan timah dan masih di keluarkan hingga sekarang. Di kawasan Mediteranian logam timah adalah sangat kurang, ini berbeza  dengan Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai sumber timah terbesar di dunia baik dari zaman kuno hingga sekarang. Oleh sebab itulah perdagangan diantara kawasan Nusantara dan Asia Barat sangat penting pada zaman purba. Tetapi pada saat itu timah bukanlah satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan Austronesia ke dunia sebelah barat kerana para arkeologi telah menemukan cengkih di dalam bejana kapal di Syria dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM. Bangsa Pheonicia ternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan lebih awal lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhan Nusantara itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk pengubatan.



Kerana zaman keemasan perdagangan cengkih antara Nusantara dengan pedagang-pedagang dari berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusan beberapa ribu tahun kemudian, maka cengkih tentunya dikonsumsi sendiri oleh orang Sumer dan Pheonicia. Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal peradaban ini menandakan mereka berkomunikasi dengan bahasa yang sama, atau setidaknya satu bahasa lingua franca yang difahami bersama .Orang Sumeria sering menyebut orang-orang laut dan pedagang tersebut sebagai bangsa Magan dan Meluhha/ Melukha (Mungkin Maluku atau Malayu/Malaka?).


Hubungan ini wajar jika dilihat dari yang tertulis di dalam dialog Kritias. Plato menulis bahawa di awal kehidupan, ada dua komuniti yang berbeza yang dibaratkan sebagai ‘gembala’ dan ‘pelaut’. Kanaan (Pheonicia) dan Sumeria adalah bangsa pelaut berorientasikan hilir sekaligus merupakan pembina kota-kota pelabuhan pertama di Timur Jauh yang tentunya mempunyai tradisi yang sama dengan pelaut-pelaut ulung Austronesia.


Sumeria merupakan peradaban tertua di dunia termasuk yang pertama menyumbangkan ilmu-ilmu peradaban seperti; penulisan, irigasi, undang-undang, agama, ilmu-ilmu sains (aritmatik, geometri, kalender, senibina), dan sebagainya. Kota-kota Sumeria adalah yang pertama mempunyai sistem pertanian yang sistematik sejak 5300 SM dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai sejak 3500 SM. Karya-karya Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetap terpelihara hingga era Babilon, lalu berkembang hingga ke Timur Tengah dan Mediteranian, dan memberi sumbangan khususnya kepada tamadun Yunani dan Yahudi. Misalnya, dua dari empat sungai taman Eden dalam kitab mereka bernama Tigris dan Euphrates.



 

Selain itu, seperti yang telah saya sebut berdasarkan kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang panggil sebagai Dilmun, Magan dan Melluha. Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah, adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia. Di dalam bahasa Pangasinan (satu bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat' bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.


Di dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun' atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun'( Beralun dlm bahasa Melayu) dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai Furat. Selain itu perkataan GU dalam bahasa Sumerian ada persaman dengan perkataan KU atau AKU dalam bahasa Melayu kerana maknanya adalah sama iaitu saya manakala perkataan KAMI dalam bahasa Sumeria adalah ME. Di bawah saya sertakan sebuah jadual berserta dengan perbandingan diantara bahasa Sumeria dengan bahasa Melayu. Saya hanya menyediakan 7 persamaan sahaja sedangkan ada berpuluh lagi persamaan yang boleh kita jumpa. Melalui jadual ini kita dapat lihat betapa dekatnya persamaan tersebut.


MELAYU
SUMERIA
AKU
GU
KAMI
ME
SIAPA?
ABA?
AYAH
AYA
INI
NE
ORANG
UR
PANAH
PANA


Selain itu bahasa Sumeria tidak sama dengan rumpun Indo-Eropah atau Afro-Asiatik (Mesir, Berber, Semit, dsb) yang terdapat di sekelilingnya, seolah-olah ia bahasa asing yang terpulau. Meskipun sudah lama pupus, Paul Kekai Manansala, menjumpai banyak kata-kata Sumer di dalam rumpun Austrik (Asia Tenggara, Asia Selatan, Oceania termasuk bahasa Melayu) . Apatah lagi di samping cengkih, Sumer juga menggunakan kerbau Asia, berkemungkinan kerbau ini berasal dari jenis Asia Tenggara (kerbau bubalus bubalis carabanesis), seperti yang terlihat pada sigil Sumerian abad ke-3 SM.



 

Mungkin ada diantara anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di seluruh Nusantara. Seperti juga ahli-ahli Freemason, orang-orang Nusantara terutama Melayu-Polenesia gemar menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalam senibina rumah atau bangunan yang dibina mereka. Anda tidak percaya? Sebagai contoh rumah adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai Tongkonan. Materialnya adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat kayu jati. Arahnya selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung seperti Minangkabau. Meskipun orang Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun atap melengkung indah tersebut ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan. Bentuk rumah dengan atap lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau kapal. Model atap tersebut menggambarkan perahu yang digunakan Puang Buralangi pada masa berlayar ke Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologi Toraja, Puang Buralangi adalah manusia pertama yang diciptakan Tuhan.





 

 

Buralangi diciptakan Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian diturunkan di daerah yang disebut Pongko sebelum pergi ke Toraja dan beranak-pinak di sana. Pongko itu berada di daerah utara. Itu sebabnya, tongkonan selalu menghadap ke utara. Tidak ada kepastian di mana Pongko itu berada. Ada yang berpendapat ianya China, Wallahhua’lam. Kisah penciptaan Buralangi juga berkait tentang banjir besar yang meneggelamkan daerahnya. "Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi menggunakan perahu untuk ke Tanah Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan dalam bentuk atap rumah.



 

Kemegahan rumah Nias ini seakan-akan memberi gambaran kepada kita akan Bahtera Nabi Allah Nuh.

 

Terdapatnya versi lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap oleh Stephen Oppenheimer mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in the East: Benua yang Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk dibincangkan. Ianya agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana bersangkut-paut dengan masa lalu sejarah kita yang misterius ini. "Karakter khas mitologi di kawasan Nusantara dan Asia Tenggara adalah banyaknya cerita banjir," kata Oppenheimer dari Universiti Oxford, London. Kata-kata ini sangat penting kerana ianya adalah klu yang terawal dan terpenting yang harus kita baca dan faham jika kita mahu merungkai sejarah purba bangsa Nusantara. Kisah banjir ini yang menjadi dasar teori Oppenheimer bahwa banyak peradaban tertua di dunia berasal dari kawasan Nusantara, terutama dari wilayah Pentas Sunda, yang sekarang sudah tenggelam menjadi Laut Sunda dan Laut Cina Selatan. Bukti lain yang digunakan Oppenheimer adalah pemetaan genetik.


Pentas Sunda atau Sundaland adalah wilayah dataran luas yang berada di wilayah Indonesia dan Malaysia sekarang. Sebelum dipisahkan oleh laut kerana Zaman Ais berakhir sekitar 6.000 tahun sebelum Masihi, Sumatera, Jawa, dan Borneo masih menyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan Kalimantan dengan wilayah selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas Sunda itu belum tenggelam, penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi bertani, mencari ikan, atau membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh dikatakan paling tua di dunia. "Belum ada masyarakat lain (di dunia masa itu) yang boleh melakukannya," kata Oppenheimer.


Apabila Pentas Sunda dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula berpindah. Mereka membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke seluruh dunia. Di barat, pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnya sampai Eropah, sedangkan di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan melalui Selat Bering, yang ribuan tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalan kaki, tidak perlu menggunakan perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab itulah peradaban Sumeria, 5.000 tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban orang-orang bertutur bahasa Austronesia- dalam keluarga bahasa yang mencakup bahasa-bahasa di Indonesia-Malaysia dari Asia Tenggara. Selama ini ahli sejarah menyatakan di Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik ketenteraan sudah cukup maju sehingga terjadinya perang diantar kota-kota atau City -state. Roda, adalah salah satu penemuan teknologi paling berpengaruh di dunia, juga sudah diciptakan pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pun digunakan, iaitu dalam bentuk huruf paku atau cuneiform.
 
Baca selanjutnya di SINI