Salam
dan selamat hendaknya kepada semua pembaca. Dalam posting kali ini kita akan
menyambung pengembaraan untuk mencari kaitan diantara bangsa Sumeria dan bangsa
Nusantara atau Austronesia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kita bertuah kerana
sudah ada sedikit sebanyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji barat mengenai
fenomena yang boleh dikatakan sangat misterius ini.
Sebenarnya
terdapat banyak persamaan diantara bangsa kita atau Austronesia dengan Sumerian
ini, seperti dalam sudut bahasa, keagamaan atau Theologi, kebudayaan dan juga
mitos-mitos kewujudan. Ada sesetengah pengkaji yang menolak persamaan ini dan
mengatakan ia hanyalah kebetulan semata-mata. Namun adakah suatu kebetulan boleh
muncul dengan banyak sekali? Sudah tentunya tidak! Oleh itu mari kita
bersama-sama menelusuri zaman purba untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa
sebenarnya yang telah berlaku.
Seperti
yang dikaji ahli sejarah diperkirakan bahawa zaman gangsa
dimulai sekitar 5000-6000 tahun yang lalu sekaligus menjadi salah satu tonggak
sejarah terpenting dalam bidang pembuatan
logam.
Gangsa
dipebuat
dari peleburan yang kompleks dari tembaga dan timah dan masih di keluarkan
hingga sekarang. Di
kawasan Mediteranian
logam
timah adalah sangat kurang,
ini
berbeza dengan Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai
sumber timah terbesar di dunia baik dari zaman
kuno hingga sekarang. Oleh
sebab itulah perdagangan diantara kawasan Nusantara dan Asia Barat sangat
penting pada zaman purba. Tetapi
pada saat itu timah bukanlah satu-satunya yang dibawa oleh orang Asia dan
Austronesia ke dunia sebelah barat kerana para arkeologi telah menemukan cengkih
di dalam bejana kapal di Syria dengan bukti tahun setidaknya 1721 SM. Bangsa
Pheonicia ternyata telah membawa cengkih di awal kelahiran aksaranya, bahkan
lebih awal lagi, kira-kira tahun 3000 SM, Mesopotamia telah menggunakan tumbuhan
Nusantara itu untuk daging yang sudah tidak segar lagi, sekaligus untuk
pengubatan.
Kerana
zaman keemasan perdagangan cengkih antara Nusantara dengan pedagang-pedagang
dari berbagai bangsa seperti India, Arab, Eropah, adalah berterusan beberapa
ribu tahun kemudian, maka cengkih tentunya dikonsumsi sendiri oleh orang Sumer
dan Pheonicia.
Hubungan dagang yang sudah terjalin sejak awal peradaban ini menandakan mereka
berkomunikasi dengan bahasa yang sama, atau setidaknya satu bahasa lingua franca
yang difahami bersama .Orang Sumeria sering menyebut orang-orang laut dan
pedagang tersebut sebagai bangsa Magan dan Meluhha/ Melukha (Mungkin Maluku atau
Malayu/Malaka?).
Hubungan
ini
wajar jika dilihat dari yang tertulis di dalam dialog Kritias. Plato menulis
bahawa
di awal kehidupan, ada dua komuniti
yang berbeza
yang dibaratkan
sebagai ‘gembala’ dan ‘pelaut’. Kanaan
(Pheonicia)
dan Sumeria adalah bangsa pelaut berorientasikan
hilir sekaligus
merupakan
pembina
kota-kota pelabuhan pertama di Timur Jauh yang tentunya mempunyai tradisi yang
sama dengan pelaut-pelaut ulung Austronesia.
Sumeria
merupakan
peradaban tertua di dunia termasuk yang pertama menyumbangkan ilmu-ilmu
peradaban seperti; penulisan,
irigasi, undang-undang,
agama, ilmu-ilmu sains
(aritmatik, geometri, kalender, senibina),
dan sebagainya. Kota-kota Sumeria
adalah yang pertama mempunyai
sistem
pertanian yang sistematik
sejak 5300 SM dan perkembangan sistem penulisannya sudah dimulai sejak 3500 SM.
Karya-karya Sumer adalah yang tertua di dunia dan tetap terpelihara hingga era
Babilon, lalu berkembang hingga ke Timur Tengah dan Mediteranian, dan memberi
sumbangan khususnya kepada tamadun Yunani dan Yahudi. Misalnya, dua dari empat
sungai taman Eden
dalam kitab mereka
bernama Tigris dan Euphrates.
Selain
itu, seperti yang telah saya sebut berdasarkan
kajian ke atas kesusasteraan Akkadia dan Sumeria Purba. Kapal-kapal Melayu
adalah di antara kapal-kapal yang datang dari laut-laut jauh yang panggil
sebagai Dilmun, Magan dan Melluha. Menurut pengkaji budaya Melayu dari Eropah,
adalah mungkin perkataan asli bagi bahasa Sumeria untuk sungai Tigris dan Furat
adalah berasal dari asal-usul Malayo-Polinesia. Di dalam bahasa Pangasinan (satu
bahasa puak di Luzon),perkataan 'siglat' yang bermaksud pantas atau cepat
mempunyai persamaan linguistik dengan kata 'idigna' bagi Sumeria dan 'idiglat'
bagi Akkadia merujuk kepada sungai Tigris.
Di
dalam bahasa itu juga,kata 'burakan' yang bermaksud 'gelombang','berayun-ayun'
atau 'melayari' adalah kelihatan sama dengan perkataan Sumeria 'Buranun'(
Beralun dlm bahasa Melayu) dan Akkadia bagi 'Pu-rat-tu' merujuk kepada sungai
Furat. Selain itu perkataan GU dalam bahasa Sumerian ada persaman dengan
perkataan KU atau AKU dalam bahasa Melayu kerana maknanya adalah sama iaitu saya
manakala perkataan KAMI dalam bahasa Sumeria adalah ME. Di bawah saya sertakan
sebuah jadual berserta dengan perbandingan diantara bahasa Sumeria dengan bahasa
Melayu. Saya hanya menyediakan 7 persamaan sahaja sedangkan ada berpuluh lagi
persamaan yang boleh kita jumpa. Melalui jadual ini kita dapat lihat betapa
dekatnya persamaan tersebut.
MELAYU
|
SUMERIA
|
AKU
|
GU
|
KAMI
|
ME
|
SIAPA?
|
ABA?
|
AYAH
|
AYA
|
INI
|
NE
|
ORANG
|
UR
|
PANAH
|
PANA
|
Selain
itu bahasa Sumeria
tidak sama dengan rumpun Indo-Eropah
atau Afro-Asiatik (Mesir, Berber, Semit, dsb)
yang terdapat di sekelilingnya, seolah-olah ia bahasa asing yang
terpulau.
Meskipun
sudah lama pupus,
Paul Kekai Manansala, menjumpai
banyak kata-kata Sumer di dalam rumpun Austrik (Asia Tenggara, Asia Selatan,
Oceania
termasuk bahasa Melayu)
. Apatah lagi di samping cengkih,
Sumer juga menggunakan kerbau Asia, berkemungkinan kerbau
ini berasal dari jenis Asia Tenggara (kerbau bubalus bubalis carabanesis),
seperti yang terlihat pada sigil
Sumerian
abad ke-3 SM.
Mungkin
ada diantara anda yang terlepas pandang klu-klu yang terdapat di seluruh
Nusantara. Seperti juga ahli-ahli Freemason, orang-orang Nusantara terutama
Melayu-Polenesia gemar menyorok klu tentang rahsia bangsa mereka dalam senibina
rumah atau bangunan yang dibina mereka. Anda tidak percaya? Sebagai contoh rumah
adat Toraja satu arkitektur tradisional dikenali sebagai Tongkonan. Materialnya
adalah terbuat daripada kayu uru, kayu lokal yang sekuat kayu jati. Arahnya
selalu menghadap ke utara. Atapnya berbentuk melengkung seperti Minangkabau.
Meskipun orang Toraja ini tinggal di kawasan pegunungan, namun atap melengkung
indah tersebut ternyata berkait rapat dengan lautan atau perairan. Bentuk rumah
dengan atap lengkung itu menggambarkan sebuah perahu atau kapal. Model atap
tersebut menggambarkan perahu yang digunakan Puang Buralangi pada masa berlayar
ke Toraja, ribuan tahun silam. Dalam mitologi Toraja, Puang Buralangi adalah
manusia pertama yang diciptakan Tuhan.
Buralangi
diciptakan Tuhan di bahagian utara langit dan kemudian diturunkan di daerah yang
disebut Pongko sebelum pergi ke Toraja dan beranak-pinak di sana. Pongko itu
berada di daerah utara. Itu sebabnya, tongkonan selalu menghadap ke utara. Tidak
ada kepastian di mana Pongko itu berada. Ada yang berpendapat ianya China,
Wallahhua’lam. Kisah penciptaan Buralangi juga berkait tentang banjir besar yang
meneggelamkan daerahnya. "Kerana keadaan ini juga Puang Buralangi menggunakan
perahu untuk ke Tanah Toraja. Perahu ini kemudiannya diabadikan dalam bentuk
atap rumah.
Kemegahan rumah Nias ini seakan-akan memberi gambaran
kepada kita akan Bahtera Nabi Allah Nuh.
Terdapatnya
versi lain tentang mitologi banjir di Toraja, yang diungkap oleh Stephen
Oppenheimer mengenai teori yang ditulis dalam bukunya, Eden in the East: Benua
yang Tenggelam di Asia Tenggara. Buku ini sangat menarik untuk dibincangkan.
Ianya agak sensasi tapi amat memikat hati kita kerana bersangkut-paut dengan
masa lalu sejarah kita yang misterius ini. "Karakter khas mitologi di kawasan
Nusantara dan Asia Tenggara adalah banyaknya cerita banjir," kata
Oppenheimer dari Universiti Oxford, London. Kata-kata ini sangat penting kerana
ianya adalah klu yang terawal dan terpenting yang harus kita baca dan
faham jika kita mahu merungkai sejarah purba bangsa Nusantara. Kisah banjir ini
yang menjadi dasar teori Oppenheimer bahwa banyak peradaban tertua di dunia
berasal dari kawasan Nusantara, terutama dari wilayah Pentas Sunda, yang
sekarang sudah tenggelam menjadi Laut Sunda dan Laut Cina Selatan. Bukti lain
yang digunakan Oppenheimer adalah pemetaan genetik.
Pentas
Sunda atau Sundaland adalah wilayah dataran luas yang berada di wilayah
Indonesia dan Malaysia sekarang. Sebelum dipisahkan oleh laut kerana Zaman Ais
berakhir sekitar 6.000 tahun sebelum Masihi, Sumatera, Jawa, dan Borneo masih
menyatu dengan Asia. Daratan ini juga menghubungkan Kalimantan dengan wilayah
selatan Cina. Oppenheimer percaya, pada masa Pentas Sunda itu belum tenggelam,
penduduknya sudah memiliki kemampuan teknologi bertani, mencari ikan, atau
membuat tembikar. Kemampuan pertanian ini boleh dikatakan paling tua di
dunia. "Belum ada masyarakat lain (di dunia masa itu) yang boleh
melakukannya," kata Oppenheimer.
Apabila
Pentas Sunda dibanjiri air secara mendadak, penduduknya mula berpindah. Mereka
membawa bersama teknologi pertanian dan sebagainya ke seluruh dunia. Di barat,
pengaruh para imigran dari wilayah kita dan sekitarnya sampai Eropah, sedangkan
di timur mereka sampai ke Benua Amerika dengan melalui Selat Bering, yang ribuan
tahun lalu masih boleh dilalui dengan berjalan kaki, tidak perlu menggunakan
perahu. Menurut Oppenheimer, oleh sebab itulah peradaban Sumeria, 5.000
tahun SM, juga dipengaruhi oleh peradaban orang-orang bertutur bahasa
Austronesia- dalam keluarga bahasa yang mencakup bahasa-bahasa di
Indonesia-Malaysia dari Asia Tenggara. Selama ini ahli sejarah menyatakan di
Sumeria sistem undang-undang sudah dikembangkan, teknik ketenteraan sudah cukup
maju sehingga terjadinya perang diantar kota-kota atau City -state. Roda, adalah
salah satu penemuan teknologi paling berpengaruh di dunia, juga sudah diciptakan
pada masa ini. Dan terutama sekali huruf telah pun digunakan, iaitu dalam bentuk
huruf paku atau cuneiform.
Baca selanjutnya di SINI
No comments:
Post a Comment