Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

Laut China Selatan dulunya dikenali sebagai Laut Champa- update




Hebuh bila ada politikus Cina ultra kiasu berkiblatkan PRC China mengatakan semua yang bermana China milik PRC China. Untuk makluman, sebelum digelar Laut China Selatan, kawasan laut tersebut telebih dulu digelar Laut Champa. Rujuk posting saya terdahulu pada 2014


Ya kenapa digelar Laut Champa? Sebab Champa ialah Empayar Besar dunia Melayu  ketika itu. Syeikh Jamaludin Al Kubra juga bermastautin di Champa selama 19 tahun sebelum mendarat di Kelantan.

Untuk generasi muda, Champa adalah nama bagi Empayar Melayu yang menjurus ke Utara sehingga Danang dan pernah menempati bumi Vietnam dan Kemboja. Menurut seorang pakar sejarah Champa, nama Da Nang asalnya dari nama Air yang Besar Da Nang

Empayar Champa mengandungi beberapa negara kota seperti tertera dalam peta di bawah



Empayar ini diasaskan pada sekitar abad ke-7M  dan bertahan sehingga tahun  1832M. Sepanjang tempoh tersebut, Empayar Champa mengalami pelbagai peristiwa turun naik sehingga memaksa ibukotanya dipindahkan beberapa kali iaitu di Indrapura (875-978M), Vijaya (978-1485M) dan terakhir di Panduranga (1485-1832M) setelah diasak oleh orang-orang Viet (Vietnam) yang berasal dari Utara (Selatan China)

Empayar Champa dikatakan mencapai zaman kemuncak kekuasaannya sekitar tahun 800-1000M. Sepanjang tempoh tersebut, orang-orang Champa menguasai perdagangan rempah dan kain sutera di antara China, Nusantara dan Kerajaan Abbasiah di Baghdad.

Orang-orang Champa merupakan pelaut dan pedagang yang mahir. Menurut Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Ismail Hussein, Presiden Gabungan Persatuan  Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Laut China Selatan ini asalnya dikenali sebagai LAUT CHAMPA. Ia menjadi tempat atau gelanggang utama perdagangan dan pelayaran orang-orang Champa.
Keagungan dan kemasyhuran Empayar Champa di samping kehebatan serta kemahiran orang-orang Champa dalam perdagangan dan pelayaran diakui dan terkenal bukan sahaja di Nusantara bahkan juga ke seluruh dunia sehingga laut di sekitarnya lebih dikenali sebagai LAUT CHAMPA.


Sumber 





Tuesday, August 6, 2013

Bila Raja Empayar Langkasuka ditangkap



Malaysia dikejutkan bila seorang yang mengakui Raja Empayar Langkasuka ditangkap. Berita penangkapan di sini:

 



Sekitar jam 4 pagi 5 Ogos 2013 sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur dalam cubaan kononnya nak rampas Istana !!

Kumpulan ini terdiri seramai 8 orang lelaki dan 2 orang perempuan berpakaian serba hitam menaiki 3 buah kereta.

Mereka mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.

Tangkapan terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers. 

Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini.

Setiap kenderaan di pasang bendera bertulisan kalimah tauhid dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua. 

Suspek yang d tahan adalah seperti berikut :
1. HASBUL JALIL B HASSAN, KPT: 730719-02-5087, 
Alamat: 204, KG KUALA SAMAK, 09300 KUALA KETIL, KEDAH

2. MOHD ZULKIFLE B HJ HAMIDI, KPT: 600708-08-5177, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR RANTAU PANJANG 34110 SELAMA, PERAK

3. ZULHILMI B. SARIMAN, KPT: 890417-01-5847, Alamat: NO 79, JLN KEMPAS, TAMAN MEGAH RIA, 81750 MASAI, JOHOR

4. AZHAR B. HAMIDI, KPT: 720210-08-6355, Alamat: LOT 88, KG GAROK, SG BAYOR 34110 SELAMA, PERAK


5. MOHD HAZIQ HILMI B SALLEH, KPT: 891227-01-6181, Alamat: NO. 54, JLN NENAS 2, TMN KOTA MASAI, 81750 MASAI, JOHOR

6. ABDUL HAFIZ B SULAIMAN, KPT: 880327-04-5453, Alamat: LOT 241, KG GHAFAR BABA, 76400 TANJONG KELING, MELAKA

7. RAJA NOORAINI BT RAJA AHMAD, KPT: 611222-08-5760, Alamat: NO. 31, LORONG 5, TMN SRI KURAU, KEMUNTING 34010 TAIPING, PERAK

8. MADKAYA B ABDUL GAPUL, KPT: 690714-12-5229

Sebelum ini peminat sejarah Melayu di Fb dikejutkan dengan watikah ini yang tersebar luas di alam maya

ddd
 
 
Maklumat lanjut berkenaan group ini boleh didapati di RajaNusantaragroup-Empayar-Langkasuka-Nusantara fb group ini
 
 
 

Saya sedeh kerana sebagai peminat sejarah tempatan , saya mengenali banyak keturunan Merong Mahawangsa, Kesultanan Perak-Melaka, Majapahit,  Pattani, Legeh, Ligor dan Reman di luar dan di  dunia maya.
 
Namun mereka semuanya rasional dan tidak akan mengangkat senjata ke atas ke atas Yang DiPertuan Agong atau pemerintah Islam di Negara mereka.
 
Kebanyakan yang terlibat  dalam rampasan kuasa atau group fb tersebut  bersifat  delusional  dan mengimpikan sejarah  silam keluarga mereka kembali menerjah. Mereka ini kumpulan yang mempunyai taraf sosio ekonomi yg rendah dan menjadikan masa silam sebagai escapism kepada masalah hidup yang sentiasa menggigit mereka.






 

Saturday, November 10, 2012

update -wasiat Raja Haji Ali Fisabilillah dan survival peradaban Melayu kini

WACANA HIKMAH 4 Nov 2012 di Yayasan Restu Shah Alam sayu bila waris Raja Haji Ali Fiisabilillah membacakan wasiat pejuang sejurus sebelum shahid ditembak meriam lela rentaka yang di berikan pembesar Melayu yang belot. Tambah sedeh bila lela rentaka (meriam), tarakul (pistol) dan pemuras (senapang) iaitu  persenjataan "moden kala itu" ciptaan empayar Melayu dan Uthmaniyah digunakan untuk membunuh pahlawan terbilang nusantara itu.

Wasiat Raja Haji Ali Fiisabilillah dibacakan oleh warisnya Raja Shukri

Link asal http://youtu.be/9V1eRKw5R6A dari minit 13.37 sehingga 31.30.


 
 
Wasiat Raja Haji Ali Fisabilillah yang mangkat syahid pada 8 Julai 1794 melawan Belanda setelah berkubu di Teluk Ketapang (Melaka) dibacakan oleh warisnya Raja Shukri.

Hari ini perkara yang sama berlaku di mana Melayu berhati MUNAFIK berkerjasama dengan kaffir untuk memusnahkan Pemerintahan Islam yang sudah diakui dunia sebagai negara Islam contoh. Empayar Melaka tak pernah musnah kerana sistem pemerintahannya dan waris Empayar Melaka mewarisi beberapa  negeri negeri Melayu di Malaysia seperti Perak (Sultan Muzaffar Shah 1) , Pahang (Raja Ahmad)  dan Johor-Riau-Lingga (waris Sultan Mahmud dan Tun Fatimah) . Adat pertabalan sultan dan undang undang Tubuh Negeri maseh menggunapakai beberapa warisan undang undang Melaka. Jadi bila kita berbicara pasal kerajaan dan peradaban Melayu sebenarnya kita berbicara pasal kerajaan dan peradaban silam kita yang hebat dari segi budaya, perundangan, teknologi, kemahiran seni  dan filosofi, seni pertahanan diri dan lain lain.

Semoga wasiat ini dapat mengingatkan kita tentang bahaya berkerjasama dengan kafir untuk memusnahkan pemerintahan dan peradaban  Melayu Islam dan menjadi pelajaran kepada generasi kini- Rujuk Raja Haji Ali Fiisabilillah

Sengaja saya beri introduction shahidnya Raja Haji Ali Fiisabilillah yang memimpin ketumbukan tentera Melayu melawan Belanda yang menjajah Melaka,menindas umat Islam, memurtadkan umat Islam serta mengenakan cukai yang amat tinggi tatkala umat Melayu Islam berpecah kerana indokrinasi politik. Masalah  ini sebenarnya menghantui Kerajaan dan ketamadunan Melayu Islam selama ini.

Politik zaman dulu menyaksi fraksi politik yang didalangi pembesar negeri mengemukakan  waris Sultan tertentu bagi  merebut takhta. Perpecahan yang terjadi menyebabkan  penjajah masuk menjajah kerana pertahanan negeri lemah akibat sikap berpuak puak.

Di zaman sekarang sikap berpuak maseh ketara di kalangan pemimpin politik yang sanggup mengkafirkan saudara seIslam kerana politik.

Kerana sikap berpuak itu maka kesatuan Umat Melayu Islam lemah dan menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan Pakatan pasca PRU12 yang jelas membawa agenda memusnahkan ugama, bangsa, ekonomi sekaligus warisan peradaban Melayu di Malaysia.


Perlu pentingnya  mengekalkan Raja Berpelembagaan dan kuasa politik yang ada 

Payung umat Melayu Islam di Malaysia  tetap Rajanya . Sistem monarky bukan warisan feudal kerana Raja Berpelembagaan ini adalah Ketua Ugama Islam yang mana adalah "above politics". Peri penting TAAT pada Pemerintah selagi pemerintah beugama Islam boleh dirujuk dalam bab Taat Pada pemimpin Hadis Sahih Bukhari  dan Kitab Munyatul Musolli.

Kuasa politik dan Raja di dunia Melayu saling berkait. Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) dan Singpura asalnya sama tapi setelah Singapura keluar dari Malaysia maka, dengan kuasa politik PAP "Singapore for Singaporians" dihapuskan 3 perkara penting iaitu ;

- yang berkait dengan Ugama Islam sebagai Ugama sesebuah negara,
-Raja/YDP Agong sebagai peneraju utama dalam sesebuah pemerintahan dan
-hak Melayu sebagai pribumi.

Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah menjadi benteng umat Islam di Malaysia

Umat Melayu Islam lupa bahawa Wahhabi dan Syiah yg meresap dalam party politik memecahbelahkan umat Islam. Mereka lupa bahawa Syeikh Al Mandili yang menjadi rujukan sebagian besar ahli PAS menyatakan bahawa umat Islam wajib bekerjasama sesama Islam. Syeikh Al Mandili mengharamkan tahaluf Siyasi (kerjasama ) dengan kafir untuk meruntuhkan Kerajaan Islam yang ada. Rujuk dari minit 0.08  ke atas http://youtu.be/ZsV65mWqlOE

3
 
Tuan Guru Hj Abdullah Sammah Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan dan satu satunya ulama yang maseh hidup tatkala PAS merujuk golongan ulama untuk bekerjasama dengan UMNO selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969  membentangkan  berkenaan Tahaluf Siyasi yang dibenarkan dalam Islam  dengan menunjukkan bukti bersandarkan dalil dan nas . Rujuk http://youtu.be/byvCeEOh0CY  

Nota penulis- Nik Aziz Nik Mat kala itu belum menjadi kepimpinan tertinggi PAS dan tak terlibat dalam musyawarah tersebut. Kepimpinan "ulama" atau sebenarnya rampasan kuasa Kaum Muda (Wahhabi) dalam PAS bermula pada lewat 1970-an masa mereka menjatuhkan Datuk Asri Haji Muda.
 

 
Masalah yang terjadi di Malaysia kini ialah kerana pengaruh Wahhabi dan Syiah telah didikronasi di kalangan ahli party tersebut bagi  menggalakkan meruntuhkan Kerajaan Islam yang ada. Inilah pelajaran dari kemusnahan Empayar Uthmaniyah dan Empayar Melaka silam  yang perlu dielakkan dari terjadi  di Malaysia

Kekalkan jatidiri Melayu

Nabi Muhammad saw  tidak pernah mengatakan cintakan bangsa itu adalah assobiyah. Konsep assobiyah yang sebenar telah di hijack dari kecintaan atau perasaan jumud kepada perkumpulan kecil seperti politik.

Umat Islam Melayu di Nusantara telah menerapkan dan membudayakan Islam dalam kehidupan seharian. Malah ilmu alam dan sains yang advance telah diserapkan dalam seni persilatan yang amat rapat dengan bangsa Melayu. Ada code rahsia yang diperturunakan dari keturunan dulu kepada generasi masa depan.

Umum mengetahui amalan sunnah yang sudah dibudayakan seperti mendahulukan  masukkan kaki kanan ke dalam masjid dan rumah. Begitu juga bila keluar dari tandas atau keluar dari rumah maka didahulukan menggunakan kaki kiri.

Setiap langkah kaki dan hembusan nafas  diiringi zikir "Allah" (kaki kanan) dan "Hu" (kaki kiri). Setiap langkah yang disertakan zikrullah sebenarnya mengerakkan energy batin yang kuat yang dinamakan "jurus " dalam dunia persilatan. Jurus dan bacaan zikir yang tertentu menjadi senjata ampuh umat Melayu Islam menentang musuh Islam semasa peristiwa penting dalam sejarah dari Perang Melaka, Perang Naning, Perang di Pahang (Mat Kilau dan ilmu Pati Rahsia), Perang Tok Janggut melawan British di Kelantan, Perang Tok Lebai dan Imam menentang Bintang 13 Komunis semasa 1948 (ilmu Barisan, Selempang Merah dan Parang Terbang) dan terkini semasa 13 Mei 1969!

Selain itu adat menempa keris adalah teknik alloy dengan menggunakan bahan dari tahi bintang (meterorite), menyebabkan keris yang ditempa sangat keras dan utuh. Keris yang ditempa dengan teknik ini dikatakan mempunyai "besi  khursani" .Teknik tempaan keris menggunakan alloy ini sebenarnya ialah teknik kimia  terkini. Inilah rahsia ilmu besar yang diwariskan generasi silam kepada bangsa Melayu.

Tajul Muluk bukan sekadar adat kepercayaan karut. Ia juga mempunyai code rahsia survival bangsa Melayu yang menjadikan petunjuk dari alam, ilmu falak & takwim Islam  serta  ilmu kaji bumi (geologi?)  sebagai panduan dalam membina rumah, belayar, berperang, membina  perkampungan, bermukim , mendirikan pelabuhan seterusnya kerajaan dan empayar.

Jika kita ingin meneruskan peradaban bangsa Melayu yang tertua seperti pengiktirafan Unesco  baru baru ini,  Rujuk Tamadun Lembah Lenggong   tamadun-lembah-lenggong. sebagai Tapak peradaban Dunia 11,000 tahun dulu , kita perlu kekalkan konsep Melayu-Islam-Beraja








 

Wednesday, October 31, 2012

akhirnya Tamadun Lembah Lenggong diiktiraf dunia

 


 


PENEMUAN rangka manusia 'Lelaki Perak' di Lembah Lenggong, Perak pada tahun 2001 menarik perhatian dunia. Rangka manusia ini berusia 11,000 tahun .


Saya pernah mendedahkan dalam artikel Melayu Bukan Pendatang   di SINI  bahawa manusia yang mendiami bumi Malaysia ini adalah ibu segala bangsa. Dr Mokhtar Saidin,  Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeology Global atau Global Archeological Research (CGAR) di  Universiti Sains Malaysia baca  SINI  telah menemui kesan tamadun purba di Bukit Bunuh, Lenggong. Sementara itu  Dr Stephen Oppheimer Pakar Genetik University Oxford mendedahkan "Peradaban agrikultur Indonesia dan Malaysia lebih dulu ada dari peradaban agrikultur lain di dunia," dengan tapak penanaman padi tertua di dunia ditemui di tepi tasek purba Lenggong, Perak! Rujuk SINI
 
 Team Dr Mokhtar  Saidin dari USM di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak.

Hari ini adalah hari yang paling bersejarah di mana hasil usaha Dr Mokhtar dan team dari USM selama 25 tahun telah berjaya membuktikan bahawa Lembah Lenggong adalah pusat bermulanya peradaban dunia. Dalam kajian arkeology, peradaban manusia diukur melalui aktiviti pertanian dan/atau penanaman padi (contoh di Lenggong, Perak, Malaysia) bagi membuktikan kehidupan bermukim (sedentary lifestyles). Maknanya leluhur manusia Melayu proto  yang mendiami  Bukit Bunuh, Lenggong 1.83 juta - 1,700  tahun dahulu sudah bertamadun kerana penemuan peralatan kapak genggam, workshop menempa logam dan bukti penanaman padi di tepi tasek purba di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak!  Lelaki Perak yang ditemui berusia 11,000 tahun!  Melayu bukanlah Pendatang di Malaysia seperti dakwaan pembangkang . Rujuk SINI dan  SINI.

Keberadaan manusia di Lenggong itu melepasi beberapa zaman dari zaman Paleolithic (dibuktikan dengan penemuan kapak genggam). Hujan meteorite yang menjunam jatuh pada  1.83 juta tahun dulu telah menahan dan mengubah aliran sungai sehingga mengekalkan artifak zaman Palaeolithic di  Bukit Bunuh. Kapak Genggam yang ditemui di Bukit Bunuh adalah yang tertua ditemui di luar Afrika. Inilah bukti tertua bahawa manusia sudah berada di Asia Tenggara dan Asia!

Letupan katastropik gunung berapi  Toba sekitar  70,000 b.p. tahun dulu  menyebabkan tertimbusnya workshop tertua menempa logam di Asia itu. Tinggalan arkeologi workshop ini boleh didapati di  Kota Tampan. Workshop lain didapati di tempat yang  berusia 200,000-100,000 BP adalah di  Bukit Jawa, 40,000 BP di  Bukit Bunuh dan  1000 BP di  Gua Harimau dan bukti leluhur Melayu proto sudah berada di Lembah Lenggong di Zaman Logam.

Lelaki Perak adalah lelaki tertua yang ditemui di Asia Tenggara. Karbon dating menunjukkan usia Lelaki Perak sekitar 10,120 BP (11.000 tahun) dan diidentifikasikan sebagai Australomelanesoid, iaitu manusia yang mendiami Asia Tenggara zaman Pleistocene dan awal  Holocene.

Situs perkuburan pre historik  didapati di Bukit Kepala Gajah iaitu di  Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar and Gua Kajang.  Inilah bukti secara berperingkat bahawa manusia iaitu leluhur bangsa Melayu sudah mendiami kawasan ini dan penemuan ini tiada bandingannya di Asia.-Terjemahan artikel UNESCO oleh penulis.

Berita dari News Straits Times dan Kosmo 31 Oktober 2012

Prof Mokhtar Saidin, the director of the Centre for Global Archaeological Research (CGAR) at Universiti Sains Malaysia, could not help but heave a sigh of relief at the culmination of more than 25 years of hard work.

"I've had sleepless nights and yesterday was one of the most anxious days in my life," he said, following the announcement by Minister of Information, Communications and Culture Datuk Seri Dr Rais Yatim yesterday.

Mokhtar was a member of the archaeological team which discovered the paleolithic site in Lenggong Valley and the Perak Man, which was unearthed in 1991, the first complete human skeleton so far discovered in Southeast Asia.

The team was led by Heritage Commissioner Pro Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid, then a lecturer at USM. Rujuk   lenggong-valley-declared-world-heritage-site-
 
BUKIT MERTAJAM – Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf Lembah Lenggong yang terletak di Hulu Perak, Perak sebagai Tapak Warisan Dunia kelmarin.
 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penemuan rangka manusia purba iaitu ‘Lelaki Perak’ yang ditemui pada 2001 dan ‘Wanita Perak’ pada 2004 di kawasan terbabit menarik perhatian UNESCO dalam menyenaraikan kawasan tersebut sebagai tapak warisan dan lokasi pelancongan dunia.
 
Pengiktirafan itu merupakan satu kejayaan paling membanggakan buat kerajaan dan rakyat Malaysia,” katanya.

 

Rujukan

UNESCO
Lembah Lenggong Warisan Dunia (Kosmo 31 Oktober 2012)

Wednesday, September 5, 2012

Negeri Saba di zaman Nabi Sulaiman di Nusantara-KH Fahmi Basha

Beberapa dapatan kajian membuat hipotesis bahawa negeri Saba sebearnya berada di Nusantara. Hasil kajian  dari KH Fahmi Basya dan para Muridnya, mengenai kebenarannya tentu masih harus diteliti lebih lanjut secara komprehensif dan detail. (Red. Ahmad Yanuana Samantho). Beberapa bukti dinyatakan di artikel dibawah. Jika ini benar ia memberi insight kenapa Nusantara sentiasa diburu kerana kekayaan hasil buminya.  Rujuk kajian dibawah yang diambil dari Blog Bayt Al Hikmah. Kajian Sejarah: Menarik Benang Merah Indonesia Sebagai Pusat Peradaban Atlantis Dan Negeri Saba’


Indonesia selain dikenal sebagai pewaris Peradaban Benua Atlantis yang hilang, dikenal juga sebagai Pusat Peradaban Negeri Saba’

Ada pembahasan yang cukup menarik dan sekaligus sangat menggelitik pikiranku, yaitu seperti yang pernah saya baca mengenai sebuah kajian tentang “INDONESIA NEGERI SABA” yang disampaikan oleh KH. Fahmi Basya, Beliau menggambarkan begitu detil sekali berawal dari pembahasaan Al-Qur’an Surat Saba’ ayat 18 sebagai berikut:
وَجَعَلْنَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ الْقُرَى الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا قُرًى ظَاهِرَةً وَقَدَّرْنَا فِيهَا السَّيْرَ سِيرُوا فِيهَا
لَيَالِيَ وَأَيَّامًا آمِنِينَ
Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah padanya beberapa malam dan siang dengan aman.
[QS. Saba'/34: 18]
 
 

Ya sebelum membahas Negeri Saba’, silahkan baca terlebih dahulu: Fakta Ilmiah: Benua Atlantis Yang Hilang Itu Ternyata Indonesia, karena nanti kita akan menemukan benang merahnya.!
Indonesia Negeri Saba’

Ternyata berdasarkan hasil riset Lembaga Studi Islam dan Kepurbakalaan yang dipimpin oleh KH. Fahmi Basya, dosen Matematika Islam UIN Syarif Hidayatullah, bahwa sebenarnya “CANDI BOROBUDUR” adalah bangunan yang dibangun oleh “TENTARA NABI SULAIMAN” termasuk didalamnya dari kalangan bangsa Jin dan Setan yang disebut dalam Alqur’an sebagai “ARSY RATU SABA”, sejatinya PRINCES OF SABA atau “RATU BALQIS” adalah “RATU BOKO” yang sangat terkenal dikalangan masyarakat Jawa, sementara patung-patung di Candi Borobudur yang selama ini dikenal sebagai patung Budha, sejatinya adalah patung model bidadara dalam sorga yang menjadikan Nabi Sulaiman sebagai model dan berambut keriting. Dalam literatur Bani Israel dan Barat, bangsa Yahudi dikenal sebagai bangsa tukang dan berambut keriting, tetapi faktanya justru Suku Jawa yang menjadi bangsa tukang dan berambut keriting ( perhatikan patung Nabi Sulaiman di Candi Borobudur ).

Hasil riset tersebut juga menyimpulkan bahwa “SUKU JAWA” disebut juga sebagai “BANI LUKMAN” karena menurut karakternya suku tersebut sesuai dengan ajaran-ajaran LUKMANUL HAKIM sebagaimana tertera dalam Alqur’an. Perlu diketahui bahwa satu-satunya nabi yang termaktub dalam Alqur’an, yang menggunakan nama depan SU hanya Nabi Sulaiman As dan negeri yang beliau wariskan ternyata secara kebetulan diperintah oleh keturunannya yang juga bernama depan SU yaitu Sukarno, Suharto, dan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) serta meninggalkan negeri bernama SLEMAN di Yogyakarta – Jawa Tengah. Nabi Sulaiman As mewarisi kerajaan dari Nabi Daud As yang dikatakan didalam Alqur’an dijadikan Khalifah di Bumi ( menjadi Penguasa Dunia dengan Benua Atlantis sebagai Pusat Peradabannya), Nabi Daud juga dikatakan raja yang mampu menaklukkan besi (membuat senjata dan gamelan dengan tangan, beliau juga bersuara merdu) dan juga menaklukkan gunung hingga dikenal sebagai Raja Gunung. Di Nusantara ini yang dikenal sebagai Raja Gunung adalah “SYAILENDRA” , menurut Dr. Daoed Yoesoef nama Syailendra berasal dari kata saila dan indra, saila = gunung dan indra = raja.
 
Jadi sebenarnya Bani Israel yang sekarang menjajah Palestina bukan keturunan Israel asli yang hanya terdiri 12 suku, tapi mereka menamakan diri suku ke 13 yaitu Suku Khazar (yang asalnya dari Asia Tengah) hasil perkawinan campur Bani Israel yang mengalami diaspora dengan penduduk lokal, posisi suku Khazar ini mayoritas di seluruh dunia. Sedang Yahudi asli Telah menghilang yang dikenal sebagai suku-suku yang hilang “The Lost Tribes” yang mana mereka pergi ke timur dan banyak yang menuju ke “THE PROMISED LAND” yaitu Indonesia....dan Nusantara
 
Dan kalau kita merunut lagi kembali seperti apa yang telah disampaikan oleh KH. Fahmi Basya tentang Candi Borobudur, maka akan semakin tampak jelas bahwa ketika beliau menjelaskan tentang Negeri Saba’ disitu dikatakan bahwa sebuah pemerintahan yang sangat kuat karena dipimpin oleh Nabi Sulaiman As dan Ratu Balqis dari hasil riset dengan di dukung oleh data-data yang ada, maka terbukti bahwa NEGERI SABA’ itu adalah INDONESIA dengan pusat pemerintahan di Jawa dan ARSY SABA’ yang dipindahkan atas perintah Nabi Sulaiman As adalah Candi Borobudur yang dipindahkan dari Istana Ratu BOKO, dan NEGERI SABA’ inilah yang kemudian dikatakan oleh KH Fahmi Basya ada kemiripan antara Cerita dengan BENUA ATLANTIS yang hilang itu. Dan sungguh luar biasa kalau fakta itu benar, berarti Negeri ini telah mewarisi peradaban besar bangsa-bangsa.
Kembali ke pembahasan tentang NEGERI SABA’ ada 15 (lima belas) point penting yang menjadi bukti berdasarkan Al-Qur’an bahwa SABA’ itu ada di pulau Jawa (Indonesia) dan bukan di YAMAN!
 
1. Di buku-buku Ilmu Sejarah kita disebutkan bahwa Candi Borobudur didirikan pada abad ke-7 Masehi, tetapi menurut Teori paruh waktu , bahwa penelitian terhadap batu candi tersebut tidak bisa dihitung umurnya dengan Isotop C (Carbon). Sehingga bisa ditarik Hipotesa, bahwa Candi Borobudur tidak dibuat pada abad ke-7 Masehi.

Candi Borobudur

2. Adanya phenomena angka 19 di Candi Borobudur. Adapun mengenai phenomena angka 19 itu terdapat di dalam Alqur’an berasal dari kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim yang terdiri dari 19 huruf. Kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim ini yang memperkenalkannya kepada kita adalah nabi Sulaiman As. ketika beliau berkirim surat kepada Ratu Saba’
Kop Surat dari Surat nabi Sulaiman As itu adalah kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim .
Isi suratnya adalah: ” Alla ta’luu ‘alaiyya, wa’tuunni muslimiin ” ( Jangan menyombong kepadaku dan datanglah kepadaku dengan berserah diri ). Dan perlu diketahui surat itu sampai sekarang masih ada yaitu di Musium Nasional berupa lempengan emas bertuliskan Bismillah, surat itu awalnya ditemukan dikolam dekat Candi borobudur.

Lempengan emas bertuliskan kalimat ‘Bismillah”
Jadi, dapat dikatakan bahwa phenomena 19 itu sudah diketahui oleh Nabi Sulaiman As. Oleh sebab itu di Candi borobudur ada phenomena 19.

Phenomena angka 19

3. Adanya phenomena posisi tiga buah candi terletak segaris lurus, yaitu: Candi Borobudur, Pawon dan Mendut.

Karena yang membuat Candi Borobudur itu bukan manusia saja, tetapi juga Jin, maka segaris lurusnya tiga candi, yaitu Borobudur, Pawon dan Mendut, bukanlah hal kebetulan. karena Jin bisa melihatnya dari atas.

Untuk apa mereka membuat ketiga candi itu segaris lurus?
Untuk membuat gambar Gerhana. Dengan demikian mereka memberitakan bahwa Borobudur itu gambar Matahari, Pawon itu gambar Bulan dan Mendut adalah gambar Bumi. Itu sebab Mendut mewakili Manusia. Disana ada sebuah patung Manusia sebagai wakil penduduk bumi adalah manusia.
Mengapa Borobudur itu gambar Matahari.? Karena Ya..si Ratu Saba’ itu dulunya kan penyembah Matahari, jadi ‘Arsy dia itu ada nuansa mataharinya.
4. Diceritakan pula di dalam Al-qur’an istananya berbentuk piring-piring dan patung-patung, sementara itu candi borobudur berbentuk piring dan banyak patung-patungnya, disinyalir patung Nabi Sulaiman As.



5. Candi Borobudur adalah peninggalan Nabi Sulaiman As. dan Indonesia adalah negeri SABA yg diceritakan Al-qur’an dalam surat As-Saba (34). karenanya ada nama daerah Sleman di DI. Yogyakarta – Jawa Tengah yang diambil dari nama Nabi Sulaiman As.

Peta Sleman DI Yogyakarta

6. Sementara itu masih di kota Jogjakarta, tepatnya di daerah Prambanan ada candi ratu Boko yang di ambil dari nama Ratu Bulqo/Bilkis.



Candi ratu Boko

Kolam Pemandian di Candi ratu Boko

7. Di dalam Qur’an Surat As-Saba tanda-tanda daerahnya ada buah pahit, sementara disekitar candi borobudur ada buah: Mojo Pahit. bahkan sebuah kerajaan besar yang pernah jaya di pulau jawa dulu rela menamakan kerajaannya dengan nama Kerajaan Majapahit.



Peta Kesultanan Islam Majapahit

8. Lalu diceritakan di dalam Al-qur’an lagi: bahwa daerah Saba’ dikelilingi dua hutan, sementara itu Borobudur disana ada daerah Wanagiri dan WanaSABA, dimana dalam kamus bahasa jawa kawi; wana = hutan, saba = pertemuan.

9. Dimana seperti dalam Alqur’an Nabi Sulaiman menggunakan dua lembar kain dan kain yang luar adalah sutra seperti patung di candi yang terdapat lipatan sutra.


10. Diceritakan lagi di Nabi Sulaiman sering beristirahat dan berlibur di pantai sebelah timur negeri Saba, sementara di sebelah timur Indonesia deket papua ada pulau Solomon, yang di ambil dari nama Nabi Sulaiman As.

11. Relief-relief di candi mengambarkan cerita tentang Nabi Sulaiman diantaranya gambar burung yang mengantar surat kepada ratu Bilkis.

Sedangkan relief yang bergambar burung berkepala manusia, memberikan penjelasan bahwa burung hud-hud tersebut bisa berbicara dengan Nabi Sulaiman.

12. Di dalam Al-Qur’an surat As-Saba’ diceritakan negeri SABA telah di azab Allah karena penduduknya kufur dan tidak beriman, yaitu berupa dengan mengirim banjir besar yang menghancurkan negeri Saba’ menjadi berkeping-keping. Karenanya hanya Indonesia-lah satu-satunya negara di Dunia yang mempunyai 17.000 pulau lebih.



13. Indonesia adalah negeri SABA yang hilang, yang oleh Plato dan para ilmuwan barat diistilahkan benua Atlantis yang hilang.

14. Diantara Ribuan jumlah para Nabi, hanya Nabi Sulaiman As yang mempunyai nama Jawa yang berawalan “SU”, sebagaimana Suparmin, Suharto, Sukarno, Supratman, Sulistyono dll.

Nama jawa (Misal: SUlistiyono)
15. Adanya angin muson di Indonesia semakin menguatkan bukti bahwa Indonesia adalah negeri Saba’.



Dan masih banyak lagi fakta-faktanya yang lain.!


Nah kalau hasil penelitian ini benar adanya, bahwa yanag dimaksud dengan Negeri Saba’ adalah Indonesia hasil peninggalan Nabi Sulaiman As dan Ratu Bulqis. Sungguh luar biasa bangsa ini, kita telah mewarisi peradaban yang mulia itersebut. Wallahu ‘alam bissawaab.



Artikel terkait: Fakta Ilmiah : Benua Atlantis Yang Hilang Itu Ternyata Indonesia, Fakta Sejarah Tersembunyi: Kerajaan Majapahit Adalah Kasultanan Islam
sumber:
http://ssq-dla.com
http://id.wikipedia.org
http://rudycoolarema.blogspot.com
http://indonesianspaceresearch.blogspot.com

Friday, August 31, 2012

Sang Saka Merah Puteh yang disalah sangka-Pakatan yang tak tahu sejarah!

Bendera Malaysia menerapkan Sang Saka Merah Puteh iaitu lambang bendera PERANG zaman berzaman bagi Kerajaan Kerajaan  Islam di Nusantara ini.
 
Sang Saka Merah puteh dah lama diserapkan dalam Bendera Malaysia dan Bendera Indonesia. Dan ia terkait dengan sejarah nusantara. Malaysia (Kelantan) adalah Majapahit 11 sementara Majapahit di Jawa yang pernah menguasai Nusantara sampai ke Champa adalah Majapahit 1! Kaitan Kelantan dan Jawa SINI

Sejarah Majapahit 1 dan 11 ini juga terkait dengan gerakan dakwah pendakwah gelombang pertama Syeikh Jamaludin Al Kubra yang merupakan leluhur kepada kesultanan di Pattani, Champa, Malaysia, Brunei , Sulu (Mindanao) dan Sunan-sunan di Tanah Jawa! 


Sang Saka Merah Puteh Malaysia ada 14 jalur untuk melambangkan 14 negeri dalam Persekutuan
 
Sang Saka Merah Puteh Indonesia -pertama kali digunakan dalam Peperangan Majaahit dan Demak. Pendiri Kerajaan Demak Raden Fatah adalah anakanda Maharaja Majapahit (Brawijaya V) dengan seorang puteri Kerajaan Chermin  (Kelantan tua) yang Islam
 
 
 
Di Malaysia Sang Saka Merah Puteh dibuat jalur 14 bagi melambangkan 14 buah negeri dalam Persekutuan  Malaysia. Rujukan kenapa warna kuning (DiRaja), Bintang (Lambang Islam) dan biru (rakyat) dimasukkan ada di SINI
 
Di Indonesia Sang Saka Merah Puteh diletak menyeluruh tanpa camporan apa  apa warna lagi bagi menunjukkan ia  sebagai satu republik!

Peristiwa sedeh yang menyebabkan Malaysia tidak jadi menyertai gagasan Indonesia dirakam dengan pembunuhan 5 Sultan dalam tempoh satu malam 3 Mac 1946 di Sumatera Timur raja-dibunuh-oleh-pakatan-komunis-di-indonesia-65-tahun-yang-lampau/. Malah ia menjadi pemangkin untuk penubuhan UMNO di Istana Johor pada tahun 1946!
 
variasi Sang Saka di bendera UMNO
 

Hari ini bendera Komunis Malaya "Sang Saka Malaya"  cuba dikibarkan pada malam 30 Ogos 2012 oleh pendokong pembangkang yang buta sejarah. Mereka lupa Malaya merdeka dengan doa para wali dan dipilih pada tarikh falak yang membawa Berkah dan Aman kepada Negara. Baca posting terdahulu saya di  Baldatun Toyyibatun
 


Apakah ini langkah Pakatan juga sebagai SIMBOLIK untuk memusnahkan INSTITUSI  RAJA  di Malaysia seperti yang pernah berlaku di Indonesia?
 
 
Siapa Pakatan untuk memusnahkan sejarah Nusantara dengan perbuatan biadab mengibarkan bendera yang tak menunjukkan sejarah nusantara di sebelah sini dan hakikat Malaysia maseh mempunyai Sultan (dan Yang Di Pertuan Agong) sebagai Ketua Ugama Negeri (dan Negara) serta Ugama Islam adalah Ugama Persekutuan!

Sunday, March 27, 2011

Dari Bayan Lepas ke Gunung Santubong

Isu DAP cuba untuk mencampori politik Sarawak bukan baru.

Bagi mereka yang maseh naive dalam politik, umum mengetahui impian 3S Singapura iaitu menggabungkan  Singapura, Sarawak dan Sabah.

DAP yang menjadi proksi utama Singapura di Malaysia akan berusaha agar Sarawak dapat ditawan.

Ada bebeberapa pertimbangan kenapa Sarawak diintip dan diidamkan oleh Singapura.

Merealisasikan konsep 3S bagi  Singapura-raya

1-Sarawak kaya dengan hasil buminya iaitu petroleum, gas, kayu balak dan herba. Selain itu Sarawak juga ada potensi dimajukan dengan perlancongan ekosistem yang hebat mengalahkan Pulau Sentosa (dulunya Pulau Belakang Mati)

2- Empangan Bakun, yang kawasan tadahannya sebesar Singapura, sudah beroperasi dan dapat menjana sumber elektrik dari tenaga hidro. Dulu ada cadangan agar kabel bagi menyalurkan tenaga elektrik di dasar laut dibuat bagi menyalurkan elektrik ke Semenanjung.

3-Bentuk muka bumi Sarawak yang pelbagai adalah training ground terbaik bagi pasukan tentera darat, udara  dan laut Singapura yang kekurangan tempat latihan

4-Saiz Sarawak yang besar membolehkan population growth bagi Singapura yang kekurangan tanah

5- Demografi penduduk Sarawak yang sebahagian besarnya berbangsa Dayak (Bumiputera etnik Iban, Bidayuh dan Melanau dan berugama Kristian) adalah mesra-Singapura

6-Menurut kajian, peperangan di masa depan akibat berebut sumber utama dunia waktu itu iaitu AIR. Saiz Sarawak yang besar amat positif untuk rain harvesting dan mencarigali air menggunakan teknik hidrologi.

Faktor Sejarah- Jangan bayan terlepas lagi

Mungkin ramai yang lupa atau tidak tahu bahawa Bayan Lepan mendapat nama dari burung  bayan yang terlepas dari 7 orang putera Brunei

Menurut ceritanya akibat persengketaan dan perebutan takhta, 7 orang putera Brunei dan 2 orang puteri Brunei lari ke Sarawak. Kaum Aristokrat Brunei yang tinggal di Sarawak kini dikenali dengan nama Melayu Abangan dan memakai geralan Abang, Dayang dan Pangeran di pangkal nama. Kebanyakan mereka maseh berada di Kuching di sebuah kampong di tengah tengah ibukota tersebut.

Untuk makluman semua, Kesultanan Brunei adalah berasal dari salah seorang putera Syeikh Jamaluddin Al Kubra yang diputerakan di kawasan yang sekarang ini menjadi   Tasek Tok Uban, Kelantan.

Kerana perjalanan ke Tanah Besar Malaya merbahaya, maka 2 orang puteri itu ditinggalkan oleh putera putera itu di kawasan yang kini dikenali dengan nama Gunung Santubung.

Kesah tragik terjadi ke atas keluarga diraja ini kerana sesampai ke tujuh putera di Pulau Pinang, burung bayan mereka terlepas -Tempat itu digelar Bayan Lepas sekarang.

Berkenaan nasib kedua puteri tersebut, mereka hidup aman pada mulanya di Gunung Santubong. Orang-orang dayak disitu memuji kecantikan puteri puteri itu sehingga hasutan syaitan menjadikan mereka sombong, bongkak dan riyak. Mereka bertengkar kerana maseng maseng mengaku dia yang terlebih cantek.

Perkelahian tersebut membawa padah kerana mereka akhirnya mereka disumpah. Puteri Santubong menjadi Gunung Santubong dan Puteri Sejinjang menjadi Pulau Kera (Sejinjang).

Kamek cerita Sejarah Sarawak sambil pesan - Ouk kamek doakan orang Sarawak idup aman nyaman. Belajar dari kesah tragik silam dan sik boleh bayan  (negeri Sarawak ) terlepas kepada orang lain  kerana beranok-anok sesama kitak. Madah orang tua-tua anok sik bawak berkat idup.

Nya aku carik kesah Puteri Santubong dalam youtube. Dengar cerita jadi teladan. Ouk!















Friday, March 11, 2011

Mungkinkah ada piramid di Malaya?

Gunung Jabar di Jawa Indonesia yang sedang dibuat penggalian bagi menemui batuan piramid dibawah heavy vegetation / flora

Gambar Gunung Kenderong di Perak menunjukkan bentuk piramid

Piramid-piramid  kecil di ladang teh di Cameron Highlands

Kali ini saya membawa pembaca mencari jawapan kepada bentuk bukit yang menyerupai piramid di Malaya. Ini adalah lanjutan saya dari  posting terdahulu piramid-di-indonesia.  untuk menunjukkan bahawa mungkin piramid yang ditemui di Indonesia mempunyai "kembar" dan tertanam di bawah heavy vegetation di Malaya

Lihat sahaja bentuk bukit menyerupai  piramid yang ada di Cameron Highlands dan Gunung Kenderong di Tapah, Perak. Kedua dua tempat ini letaknya tidak jauh dari tapak penemuan penempatan dan peradaban purba di Lenggong Perak yang dibincangkan dahulu di melayu-bukan-pendatang.,   melayu-bukan-pendatang-bahagian-2. , rahsia-kenapa-bangsa-melayu-terawal Islam

Apakah ada rahsia besar di Nusantara yang menyebabkan Raja Raja Nusantara diarah diIslamkan oleh Nabi Muhammad SA.W melalui sahabat Baginda?

Bersambung..........