Saturday, February 13, 2010

Peranan Raja Makin Terasa bila dua puak bertelagah pendapat..........





Sementelah saya menulis mengenai sejarah yang selama ini tersimpan dalam lipatan sejarah, maka terjumpa saya beberapa artikel mengenai peranan raja-raja melayu menjaga kedaulatan negara di masa silam.

Di masa silam, peranan raja bukan sahaja memerintah, tapi mereka juga mengetuai angkatan tentera menentang penjajah. Artikel ini saya petik dari sebuah forum mengenai peranan putera (Sultan Alauddin ) mengetuai bala tentera Melaka menghadapi Portugis pada tahun 1511.

Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi ingin saya ingatkan pembaca institusi Beraja adalah satu institusi yang bebas dari politik (above politics) di negara ini.


Saya ingin mengingatkan pembaca semua kepada Bersumpah dengan Iman yang dilaksanakan oleh Kebawah DYMM Sultan Johor yang Ke 5 baru baru ini.


Intipati sumpahnya nya menyatakan kesediaan seorang insan -dalam Islam -insan bermaksud hamba Allah yang senantiasa tawaduk, zuhud dan melaksanakan perintah Allah (Sebagai Sultan) untuk melaksanakan tugasan baginda dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab seperti berikut:-

Bahawa adalah saya, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada masa memegang jawatan Pemangku Raja bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dan segala takluknya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk-penduduk negeri Johor dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara dan menghormatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kuat dengan Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor dan juga Undang-undang Negeri,"


Perlu diingatkan bahawa Iman adalah percaya kepada Allah, Malaikat dan perkara ghaib,Al Quran, Rasul dan Nabi, Qadar dan Qadar serta Hari Akhirat .......jadi maksud bersumpah dengan iman merujuk kepada bersumpah dengan nama Allah dan segala kebesaranNya.


Apapon peranan raja raja Melayu sudah semakin diperlukan masa kini, bagi merungkai permasalahan kerana mereka bersifat neutral dan memegang tanggung jawab yang besar ke atas ugama , bangsa dan negara...dengan adanya camportangan Raja Raja Melayu harapnya tidak ada lagi puak puak yang berani mencabar artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara , artikel 11(4) yang menghalang penyebaran ugama lain dikalangan orang Islam artikel (153) Akta yang sama yang memartabatkan kedudukan Melayu sebagai bangsa pribumi, artikel (159) yang meletakkan peranan YDP Agong dan Raja Raja Melayu sebagai tunggak pemerintahan negeri dan negara serta lain lain lagi yang menjadi intipati kontrak perjanjian sosial yang makin dilupakn di Malaysia. Baca ulasan seterusnya disini

http://al-ghari.blogspot.com/2010/02/atasi-segera-isu-kalimah.html

atau petikan dari artikel yang sama disini

Raja-Raja Melayu beri jaminan pertahankan kedaulatan, kesucian Islam sebagai agama rasmiKUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam dan mempertahankan kedaulatan serta kesuciannya Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain.Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-220 selama dua hari di Istana Negara semalam juga menjelaskan isu penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan, baru-baru ini perlu ditangani segera bagi memastikan ia tidak menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.
Serentak itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam yang menzahirkan rasa dukacita mereka mengenai penterjemahan perkataan God kepada Allah.Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam, penterjemahan itu banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam."Isu ini jika tidak ditangani segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam negeri."Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain. Raja-raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.Raja-Raja Melayu juga berpandangan sebarang perbuatan yang merosakkan rumah ibadat adalah perbuatan provokatif yang amat membahayakan dan tidak harus dibenarkan berlaku sama sekali."Perbuatan khianat yang didorong oleh emosi wajib dihentikan kerana tidak direstui, malah ditegah daripada dilakukan oleh semua agama. Perbuatan itu jenayah yang perlu dibendung secara tegas dan segera," katanya.
Raja-Raja Melayu turut merakamkan penghargaan kepada polis yang bertindak secara profesional bagi mengawal keadaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.Raja-Raja Melayu amat memahami tugas berat yang terpaksa mereka hadapi dan menyeru agar usaha pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam diberikan sokongan sepenuhnya.Selain itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan.Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak Tuanku Azlan Shah turut membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama
Sumber :
Berita Harian
Posted by Zamihan Mat Zin AL-GHARI at 8:25 PM









No comments: