Thursday, February 11, 2010

bagai meminang Puteri Gunung Ledang

Arakian tersebutlah kesah Raja Melaka terlalu berkenan dengan dengan Puteri Gunung Ledang. Maka jatuh berahi Baginda sehingga tak lalu makan tak boleh tidur.

Maka dihantarkan rombongan meminang tuan puteri dengan diketuai oleh Laksamana Hang Tuah.

Sampai di satu tempat Laksamana telah bertemu Nenek Kebayan.

Nenek Kebayan telah memaklumkan syarat-syarat utama Puteri Gunung Ledang, yang menurut riwayatnya menyatakan syarat yang tak termampu dilaksanakan oleh baginda dengan KPI seperti berikut

7 dulang hati nyamuk- Boleh
7 dulang hati unggas-Boleh
Jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang-Boleh
Semangkuk darah Raja Muhamad-Putera Mahkota-Tak boleh

Ceritera tadi mengingatkan kita perihal orang Melayu yang kaya budi bahasa, maksud disulam dalam gurindam, tidak mahu di hati walau di mulut kata mahu !

Di khabarkan ceritera lagi bahawa Sultan Melaka dan keluarganya telah mengembara selepas kejatuhan Melaka, terjadi juga kesah Tun Fatimah yang mulanya merajuk kerana ayahandanya Bendahara Tun Ali serta suaminya dibunuh bagi mendapatkan Baginda permaisuri akhirnya setuju ikut Sultan Melaka......(kes tak mahu tapi mahu)


Maka berlabuhlah rombongan diRaja ke jajahan mereka di Perlak Indonesia..disana anak Tun Fatimah dengan Sultan Melaka dirajakan......merajuk dengan nendanya Sultan Melaka, cucunda gahara dari anak gahara (yang mangkat setelah mempertahankan negeri Melaka semasa perang dengan Portugis) cucunda gahara larilah ke Perak.

Di sana waris Sultan Melaka ditabalkan menjadi Raja Perak yang pertama.

Rupanya riwayat Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang tak habis disitu

Lihat pula al kesah riwayat peminangan pemimpin politik moden yang berlaku di Perak

Wahai DS Nizar, kalau tak mahu bekerjasama katakan tak mahu...................jangan hikayat lama disulam dalam politik Perak Moden


Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Rujukan

Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang

1 comment:

anakbukitgantang said...

http://msomelayu.blogspot.com/2010/02/surat-kepada-politik-perak.html

baca surat terbuka ini