Tuesday, February 9, 2010

Sujud Syukur ke Hadrat Illahi-MB Perak Milik DS Dr. Zambry

ASSALAMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH,

Akhirnya kemarau setahun di Perak kerana pemimpin politik terlalu menurut nafsu dan mengheret kes perlantikan MB Perak DS Dr. Zambry Abdul Kadir oleh Kebawah DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang amat arif dengan undang-undang sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan berakhir sudah.

Hakim sebulat suara menetapkan bahawa DS Dr Zamry adalah MB Perak yang sah!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm

Rakyat Perak pon sujud syukur kerana sekarang MB dapat tumpukan perhatian kepada program menjaga kebajikan rakyat Perak dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi -sosial/keugamaan yang memanfaatkan rakyat negeri itu.

Datuk Seri seorang yang komited untuk membangunkan negeri Perak dan menjana ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri juga seorang yang rajin turun padang untuk melihat sendiri masalah rakyat.

Seperkara lagi, jika Mahkamah Persekutuan dah sahkan MB Perak milik Datuk Seri Zamry, kita kena berfikir, perkara ini juga ditakdirkan berlaku dengan izin Allah.

Selepas ini janganlah ada orang yang nak mempersendakan ugama dengan menjunjung Al-Quran atau solat hajat nak tukar keputusan, atau ada yang nak bikin huru hara sebab tak mahu menerima takdir Illahi.

Sesuatu perkara yang berlaku tentu ada hikmahnya.

Bagi rakyat Perak, kami dah bosan dengan permainan politik pembangkang yang keterlaluan sehingga perkara asas dan keperluan rakyat tidak diambil peduli.

Bagi DS Nizar Jamaluddin pula Allah dah bagi amanah menjaga dua kawasan, satu kawasan DUN di Pasir Panjang dan satu lagi kawasan Parlimen di Bukit Gantang.

Seeloknya jagalah amanah Allah itu dengan berusaha lebih komited untuk menghasilkan kebaikan, bukannya huru hara di negeri Perak.

Bagai kata orang Perak, kome asyik berpolitik, mikeme (kami semua) dah jemoih (jemu)!

2 comments:

ISAC said...

Betul bro, ni masanya untuk DS Dr. Zambry dan barisan barisan Exconya bekerja dan mengutamakan rakyaat.


Bukannya berpolitik X sudah2 mcm Pakatan....


Mohon Tuan wujudkan tempat "your blog list", untuk publshkan blog kawan2...& lawan. Bolehlah publish kan blog kawan sekali; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan

10 BUDAK HITAM said...

Salam,

Tahniah dan syukur kehadrat illahi kita masih diberi peluang utk berkhidmat dan membuktikan sesuatu kepada Rakyat Perak.Rapatkan Saf dan Bersatu padu dalam menyiapkan jentera pertahanan agar kita tidak lagi lemah dan lalai seperti sebelumnya.Buktikan Sokongan kita yang tidak berbelah bahagi dan bersama-sama kita membantu dalam menyelesaikan kekusutan serta masalah rakyat jelata.

----------------------------------

Kami Terjah, Kami Bongkar & Kami Kerjakan di 10SIBUDAKHITAM.BLOGSPOT.COM