Showing posts with label bukit gantang. Show all posts
Showing posts with label bukit gantang. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Apa ada di Bukit Gantang?

Bukit Gantang adalah kubu terakhir tentera Perak yang bertahan dari serangan tentera Thai. pada tahun 1821  Kedah sudah jatuh ke tangan Thai.  Syed Alang Alauddin (Nai Lang) , merangkap Raja Ligor adalah  Panglima Bukit Gantang waktu itu. Panglima Bukit Gantang berkubu di Bukit Gantang dan berjaya mematahkan serangan Thai.

"During the attacked on Kedah by invading Rama II forces in 1821, Nai Lang was the Raja of Bukit Gantang. He tentatively blocked the invading thai armies with his armies of elephants and well armed men at Durian Burong."history-of-datuk-panglima-bukit-gantang

Dalam buku A History Of The State Of Perak” oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda). Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam sejarah-datok-panglima-bukit-gantang


Kawasan Bukit Gantang yang berbukit dan sejuk menyebabkan Bukit Gantang menjadi pilihan untuk para sufi bersuluk. Selepas bersuluk mereka ini mendirikan pondok pondok ugama dan berdakwah . Sebab itu di sekitar Bukit Gantang banyak pondok pengajian ugama.

Begitu besar peranan dan jasa Panglima Bukit Gantang sehingga keturunannya  yang terkemudian- Panglima Bukit Gantang -adalah antara 6 orang wakil pemimpin tempatan  yang bermesyuarat dan menderaf Perlembagaan UMNO dan seterusnya menjadi salah satu tenaga di sebalik kemerdekaaan Malaya UMNO dan Panglima Bukit-Gantang.


Bukit Gantang sudah sinonim dengan mempertahankan kedaulatan negara dan ugama Islam. Malangnya  Bukit Gantang "jatuh" semasa PRK Bukit Gantang di tangan proksi DAP iaitu Nizar Jamaluddin (dari PAS)

Mungkin sebab itu ceramah Hassan Ali yang di"jatuhkan" kerana mempertahankan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu di Bukit Gantang satu petanda Islam akan bangkit....... tapi bukan bersama PAS.

Sudah tiba masanya Hassan Ali, bersama MP BEBAS yang lain seperti Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali membentuk third force yang mesra kepada UMNO, iaitu parti dominan Melayu Islam dan MASIH memerintah negara ini - saya berpedapat untuk ugama Islam dan umat Melayu Islam BERSATU perlu ada MP  BEBAS yang menjadi pendesak ke atas isu umat Islam (seperti gerakan anti MURTAD, dan menjadi  Check and Balance kepada UMNO tapi pada masa yang sama TIDAK MELEMAHKAN penyatuan ummah Islam.



ceramah Hassan Ali di Bukit Gantang
PAS telah GAGAL menjadi Check and balance yang baik-malah ketamakan PAS merebut kuasa dengan dakyah politik menyalahkan UMNO dalam semua hal tapi PAS sendiri terbukti tak mampu mentadbir negeri apatahlagi medaulatkan Islam dalam beberapa isu nasional seperti Kafir masuk masjid- penggunaan kalimah Allah yang menjadi Gateway kepada Gerakan Murtad Umat Islam malah GAGAL  melaksanakan kawalan penjualan arak dan rumah urut seperti yang dibuat oleh UMNO menyebabkan kedaulatan ugama Islam terancam dan ketuanan Melayu semakin mengikis.

Malah artikel saya terdahulu mengenai virus dalam PAS boleh disifatkan sebagai PAS hari ini telah 100 peratus diserapi musuh Islam yang memasang proksinya dalam kepimpinan tertinggi PAS tanda-tanda-pas-musnah

Sesungguhnya pemecatan Hassan Ali ada hikmahnya- iaitu umat Islam diminta BERSATU .....UMNO dan BEBAS perlu BERSATU supaya umat Islam kembali kuat dan kedaulatan ugama Islam kembali menyirna.

Bagaimana dengan PAS? Pedulikan PAS kerana PAS sudah musnah kerana ketamakan pemimpinnya mengejar syurga duniawi dan merosakkan akidah ummah melalui Wahhabi, Syiah dan Liberalisasi ugama -dan merosakkan ukhuwah sesama umat Islam sehingga kita diancam pupus di negara yang menobatkan Islam sebagai ugama rasminya sendiri.

Tuesday, July 5, 2011

TPM melawat parlimen Bukit Gantang



Sumber Perak Today/Taipingmali

Saturday, December 4, 2010

Teguran terbuka kepada MP Bukit Gantang

Wahai Nizar Jamaluddin,

Bagaimanakah KPI kamu?

Apakah dengan berceramah di majlis kahwin dan menjadi penceramah tak bertauliah di Selangor kamu sudah menjalankan tugasmu di Bukit Gantang?

Orang Bukit Gantang di Trong banyak yang bergantung pada hasil getah dan pertanian. Dimanakah ladang rakyat untuk mereka?

Bagaimana dengan sekolah pondok yang banyak di Batu 8, 9, dan menuju ke Padang Rengas yang kamu anaktirikan berbanding dengan sekolah Cina semasa kamu menjadi Raja di Perak selama beberapa bulan?

Orang Bukit Gantang di Changkat Jering jelak dengan banjir yang melanda rumah setiap kali hujan lebat sebab jalan dibuat lebih tinggi dari aras rumah dan lomgkang pula lebih tinggi dari aluran air hujan. Kenapa kamu tak dengar keluhan mereka ?

Peniaga di Pekan Sehari Changkat Jering mengeluh hasil jualan makin merosot. Kenapa kamu tak dengar keluhan mereka?

Apakah kamu benar mendengar keluhan nelayan di Kuala Sepetang? Atau hanya bersiar siar dengan kereta four wheeler kamu?

Soalan kamu di Dewan Undangan Negeri amat memalukan! Apakah "ancak"  lebih penting dari naseb penduduk Bukit Gantang dan Paser Panjang? Nampaknya kemarau memanjang lah di Perak kalau begini sebab tiada keberkahan ke atas negeri kerana pemimpin sebegini

Seeeloknya kami tak akan undi lagi MP seperti ini untuk mewakili kami di peringkat Parlimen!

Sunday, November 14, 2010

Dari Bukit Gantang ke Putrajaya

Salam kepada semua pembaca setia blog ini.

Terima kaseh kepada semua pembaca setia blog ini . Bagi kawan kawan yang memaut link blog saya, jutaan terima kaseh saya ucapkan kerana menghargai blog picisan ini.

Mulai hari ini blog saya akan dikenali dengan nama baru iaitu "Anakbukitgantang in Putrajaya".

Bagaimanapun saya maseh memakai url yang sama.

Pertukaran nama ini juga agar saya dapat cover berita tempatan di Putrajaya.

Tunggukan .......

Tuesday, February 9, 2010

Sujud Syukur ke Hadrat Illahi-MB Perak Milik DS Dr. Zambry

ASSALAMUALAIKUM,

ALHAMDULILLAH,

Akhirnya kemarau setahun di Perak kerana pemimpin politik terlalu menurut nafsu dan mengheret kes perlantikan MB Perak DS Dr. Zambry Abdul Kadir oleh Kebawah DYMM Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang amat arif dengan undang-undang sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan berakhir sudah.

Hakim sebulat suara menetapkan bahawa DS Dr Zamry adalah MB Perak yang sah!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm

Rakyat Perak pon sujud syukur kerana sekarang MB dapat tumpukan perhatian kepada program menjaga kebajikan rakyat Perak dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti ekonomi -sosial/keugamaan yang memanfaatkan rakyat negeri itu.

Datuk Seri seorang yang komited untuk membangunkan negeri Perak dan menjana ekonomi negeri demi kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri juga seorang yang rajin turun padang untuk melihat sendiri masalah rakyat.

Seperkara lagi, jika Mahkamah Persekutuan dah sahkan MB Perak milik Datuk Seri Zamry, kita kena berfikir, perkara ini juga ditakdirkan berlaku dengan izin Allah.

Selepas ini janganlah ada orang yang nak mempersendakan ugama dengan menjunjung Al-Quran atau solat hajat nak tukar keputusan, atau ada yang nak bikin huru hara sebab tak mahu menerima takdir Illahi.

Sesuatu perkara yang berlaku tentu ada hikmahnya.

Bagi rakyat Perak, kami dah bosan dengan permainan politik pembangkang yang keterlaluan sehingga perkara asas dan keperluan rakyat tidak diambil peduli.

Bagi DS Nizar Jamaluddin pula Allah dah bagi amanah menjaga dua kawasan, satu kawasan DUN di Pasir Panjang dan satu lagi kawasan Parlimen di Bukit Gantang.

Seeloknya jagalah amanah Allah itu dengan berusaha lebih komited untuk menghasilkan kebaikan, bukannya huru hara di negeri Perak.

Bagai kata orang Perak, kome asyik berpolitik, mikeme (kami semua) dah jemoih (jemu)!