"During the attacked on Kedah by invading Rama II forces in 1821, Nai Lang was the Raja of Bukit Gantang. He tentatively blocked the invading thai armies with his armies of elephants and well armed men at Durian Burong."history-of-datuk-panglima-bukit-gantang
Dalam buku A History Of The State Of Perak” oleh Winsted ada tercatat Sultan Mudzafar Syah melantik putera raja dari Kedah, tak lain dan tak bukan ialah Syed Alang Alauddin, anakandanya sendiri menjadi Bendahara (atau Raja Muda). Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin @ Nai Lang adalah anak sulong dari 5 bersaudara iaitu Megat Terwis, Megat Shuib, Megat Manja dan Megat Iskandar. Baginda telah dikahwinkan dengan puteri Mahararaja China Manchu yang beragama Islam sejarah-datok-panglima-bukit-gantang
Kawasan Bukit Gantang yang berbukit dan sejuk menyebabkan Bukit Gantang menjadi pilihan untuk para sufi bersuluk. Selepas bersuluk mereka ini mendirikan pondok pondok ugama dan berdakwah . Sebab itu di sekitar Bukit Gantang banyak pondok pengajian ugama.
Begitu besar peranan dan jasa Panglima Bukit Gantang sehingga keturunannya yang terkemudian- Panglima Bukit Gantang -adalah antara 6 orang wakil pemimpin tempatan yang bermesyuarat dan menderaf Perlembagaan UMNO dan seterusnya menjadi salah satu tenaga di sebalik kemerdekaaan Malaya UMNO dan Panglima Bukit-Gantang.
Bukit Gantang sudah sinonim dengan mempertahankan kedaulatan negara dan ugama Islam. Malangnya Bukit Gantang "jatuh" semasa PRK Bukit Gantang di tangan proksi DAP iaitu Nizar Jamaluddin (dari PAS)
Mungkin sebab itu ceramah Hassan Ali yang di"jatuhkan" kerana mempertahankan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu di Bukit Gantang satu petanda Islam akan bangkit....... tapi bukan bersama PAS.
Sudah tiba masanya Hassan Ali, bersama MP BEBAS yang lain seperti Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali membentuk third force yang mesra kepada UMNO, iaitu parti dominan Melayu Islam dan MASIH memerintah negara ini - saya berpedapat untuk ugama Islam dan umat Melayu Islam BERSATU perlu ada MP BEBAS yang menjadi pendesak ke atas isu umat Islam (seperti gerakan anti MURTAD, dan menjadi Check and Balance kepada UMNO tapi pada masa yang sama TIDAK MELEMAHKAN penyatuan ummah Islam.
ceramah Hassan Ali di Bukit Gantang |
Malah artikel saya terdahulu mengenai virus dalam PAS boleh disifatkan sebagai PAS hari ini telah 100 peratus diserapi musuh Islam yang memasang proksinya dalam kepimpinan tertinggi PAS tanda-tanda-pas-musnah
Sesungguhnya pemecatan Hassan Ali ada hikmahnya- iaitu umat Islam diminta BERSATU .....UMNO dan BEBAS perlu BERSATU supaya umat Islam kembali kuat dan kedaulatan ugama Islam kembali menyirna.
Bagaimana dengan PAS? Pedulikan PAS kerana PAS sudah musnah kerana ketamakan pemimpinnya mengejar syurga duniawi dan merosakkan akidah ummah melalui Wahhabi, Syiah dan Liberalisasi ugama -dan merosakkan ukhuwah sesama umat Islam sehingga kita diancam pupus di negara yang menobatkan Islam sebagai ugama rasminya sendiri.
No comments:
Post a Comment