Sunday, January 8, 2012

Tanda tanda PAS musnah

Dah lama saya perhatikan. Sejak seorang kawan mengatakan bekas Mufti di Negeri Sembilan pernah berkata satu hari nanti PAS akan musnah ditangan orangnya sendiri

Kemusnahan pertama masuknya Wahhabi sebagai Presiden dan Murshidul Am PAS

Menaikkan golongan bukan Islam ASWJ sebagai kepimpinan teratas party bermula dengan naiknya Wahhabi sebagai Murshidul Am dan Presiden PAS. Ia telah bermula sejak awal penubuhan PAS pada tahun 1966 lagi dengan fikrah sebenar Ustaz Fuad, Dr Burhanuddin Al Helmi yang berpaksi Kaum Muda (Wahhabi).

Kemusnahan ini bertambah nyata setelah PAS di terajui oleh Nik Aziz Nik Mat setelah menang menawan Kelantan pada tahun 1990. Perkembangan fikrah wahhabi bertambah pesat sejak PAS menerajui Kelantan dan semakin marak sejak PAS menang di beberapa negeri seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dalam PRU12.


Kemusnahan kedua membawa golongan Anwaristas dan Liberalisme ugama dalam PAS

Bila Anwar dipecat oleh Tun Dr Mahathir selepas gagal menangani Krisis Matawang tahun 1999, golongan Anwaristas yang sepatutnya memasuki UMNO mengalihkan pandangan dan masuk ke dalam PAS secara besar besaran. Hari ini mereka bukan sahaja AJK PAS Pusat  dan Bendahari party tapi sayap mereka dah merebak ke negeri lain terutamanya  Selangor dengan nama nama seperti  Khalid Samad dan Dr. Zulkifli menyumbang kepada beberapa isu utama yang diperjuangkan Pakatan dari isu gereja sehingga ke isu pluralisme ugama dengan sokongan terbuka dalam Parlimen.

Kemusnahan TOTAL menyah -keluarkan  golongan ulama Islam ASWJ (ulama tradisi) dari PAS

Apabila golongan Syiah dan Anwaristas yang memenangi Muktamar Am PAS pada tahun 2011 saya sudah agak perkara ini akan menyusul. Sesungguhnya kekalahan gang ulama Ustaz Nasya dan Haron Din sudah diduga. Hari ini Hassan Ali pula menyusul:-



Mungkin langkah ini telah pon disenaraikan dengan terperinci dalam buku ini yang saya ambil sedikit untuk menunjukkan apa yang berlaku dalam PAS hari ini

"Strategi barat untuk mencari "PARTNER"



* Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi DEMOKRASI dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang untuk usaha menentang kebangkitan Islam.


* mereka menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan sekular, golongan pemerintah dan pemikir sekular bukan lagi tindakan yang semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini.-rujuk perubahan pemimpin yang berlaku di Mesir, Libya, Tunisia

* Ini kerana, kebanyakan orang Islam sudah menyedari golongan ini dan tidak menjadikan mereka sebagai rujukan dalam masalah politik mahupun agama.


* RAND mencadangkan untuk memberi sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang modenis- golongan Wahhabi dan DSyiah diberi kuasa seperti yang berlau di Mesir, Libya dan Tunisia.


* Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka yang mereka anggap Islami.


* Maka mereka perlu diberikan peluang bergerak dalam politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap mereka.


* Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan dan pengiktirafan-Pengiktirafan dunia kepada Anwar Ibrahim yang diberi peluang menjadi Penasehat Ekonomi Negara Arab yang pro Amerika



 
Anwar diberi peluang muncul di banyak publikasi media Barat.

* Manakala golongan tradisionalis, mereka kurang membahaskan masalah politik.

* Maka kebiasaannya golongan tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan konsep politik lain.


* Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan.


* Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama’ seperti ini mengalihkan pandangan ummat, dan menimbulkan keraguan ummat terhadap golongan fundamentalis- keraguan mulai ditimbulkan kepada golongan pondok Islam ASWJ seperti penginiayaan di Kelantan ke atas TG Abdullah Sammah, Baba Lee dan banyak lagi ulama Islam ASWJ yang di LARANG berceramah di masjid di Kelantan. Bukan Ustaz Azhar Idrus sahaja yang dilarang berceramah di Kelantan


* Ini kerana golongan tradisionalis biasa mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan institusi pendidikan tradisional.

* Manakala bagi ulama’ tradisionalis yang boleh menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk kedepan sekarang makin sedikit ualam tradis ini diberi peluang-dan Hassan Ali antara tang terakhir di ban.


* Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran ummat Islam.


* Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya tidak boleh dibawa berkompromi.


Musuh Islam iaitu Barat menghasut umat Islam agar bermusuhan sesama sendiri dengan menjadikan musuh utama barat (golongan fundamentalis) sebagai musuh utama umat Islam yang lain. -Cheryl Benard- Penulis Civil Democratic Islam "



Rujukan

Civil Democratic Islam



8 comments:

Anonymous said...

KAMI TIADA HALANGAN KEPADA PERKARA MELIWAT. SEORANG SUAMI BOLEH MELIWAT SEORANG ISTERI. BEGITU JUGAK HAK KEBEBASAN MELIWAT HENDAKLAH DIBERIKAN KERANA ITU MERUPAKAN HAK INDIVIDU. KAMI AKAN MENYOKONG KEBESAN BERKAHWIN DAN MELIWAT SUKA SAMA SUKA, OLEH ITU UNDANG-UNDANG JUMUD HENDAKLAH DIUBAH DAN KEBESAN INI HENDAKLAH DIBERI SECARA MUTLAK. KEADILAN UNTUK SEMUA ORANG SEPERTI GAY DAN LESBIAN SERTA HOMOSEXUAL. BEBASKAN ANWAR..

Neilkie69 said...

Hanjing untuk anon 6;56

swyi said...

tukar font la bro, sakit mata la nak baca.. Tapi still good content.

Anonymous said...

alaa font Impact ko pakai ni, pakai la font Arial, Verdana, Times New Roman ke bang...

Anakbukitgantang said...

komen tuan tuan telah saya ambil tindakan-terima kaseh kerana memberi feedback

Anonymous said...

insyALLAH... PAS masih berada di landasan yg betul...

Anonymous said...

macaam mana nak kata PAS di landasan betul?

Murshidul Am Wahhabi
Presiden Wahhabi
Timbalan President Syiah

Guru ugama saya katagolongan Syiah dan Mutasyabihah/Wahhabi tu SESAT

Ukhti Rb said...

Ana sokong Anakbukitgantang... teruskan menyebarkan yang hak..I.Allah