Bonsom Bonyanid seorang warga Thailand dan tuan punya tanah di Pulau Pinang ditipu bila tandatangannya ditiru seolah sudi menjual tanahnya kepada Adorna Property Sdn Bhd.
Penghakiman sebelumnya yang menyebabkan KONTROVERSI membenarkan Adorna menyimpan tanah tersebut atas alasan tanah dibeli dari si penipu atas dasar good faith.
Bagaimanapon 9 tahun kemudian, pada 21 Januari 2010, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa YAA Hakim telah terkhilaf semasa menyebelahi Adorna yakni pihak ketiga membeli tanah atas dasar good faith. Dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan, maka tanah tersebut kembali ke waris Bonsom Bonyanid (Bonsom mati setelah mengetahui tanahnya dijual secara penipuan)
Kes tersebut akhirnya dijadikan asas untuk membuat amendment ke atas loop hole di Seksyen 340 dalam National Land Code (1965) Rujukan lanjut kes di raslanloong
Penipuan jualbeli tanah wakaf dalam kes Madrasah Salihiah
Dalam kes Tanah Wakaf Madrasah Salihiah, waris tanah wakaf khas maseh wujud. Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) hanyalah pemegang amanah TANAH WAKAF KHAS dan bukan pentadbir tanah tersebut.
Menurut KedahTimes
" Kini MAIK yang bukan merupakan tuan tanah wakaf khas berkenaan namun bertindak menjual tanah bukan miliknya kepada kerajaan negeri melalui agensinya PKNK yang kemudiaan menjualkannya semula kepda Sony Ho untuk pembangunan semula PLAZA TUNKU YAAKOB kian gelisah dan menyedari kesilapan merekaJika MAIK bukannya tuan tanah MAIK yang bukan merupakan tuan tanah wakaf khas berkenaan namun bertindak menjual tanah bukan miliknya kepada kerajaan negeri melalui agensinya PKNK yang kemudiaan menjualkannya semula kepada Sony Ho untuk pembangunan semula PLAZA dan hanya berperanan sebagai pengelola dan pengurus tanah wakaf berkenaan, mengapa MAIK sanggup menerima wang jual beli tanah berkenaan berjumlah RM1.48 juta dan disimpan dalam akaun MAIK? Rujuk KedahTimes
Oleh itu isu tanah wakaf Madrasah Salihiah ini dari segi perundangan ialah kes PENIPUAN PENJUALAN TANAH oleh pihak kedua yang tidak ada hak ke atas tanah tersebut.
Maka pada 602 (6hb februari 2012), jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Alor Setar, proses 'hearing' writ saman ke atas MAIK, PENTADBIR TANAH KOTA SETAR DAN Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Ustaz Azizan akan bermula.
Dimanakan sifat AMANAH seorang pemimpin dan party yang kononnya memperjuangkan ISLAM??
Rujukan
raslanloong.
KedahTimes
No comments:
Post a Comment