Saya tertarik untuk mempersoalkan betapa liciknya cubaan " tangan tersembunyi" menghuru harakan Malaysia dan memperlekehkan ugama Islam yang menjadi ugama rasmi Malaysia.
Pada hari ini seolah- olah ada syncronised effort di mana Malaysia diserang bertubi tubi dari luar dan dalam.
Serangan dari dalam adalah isu kuil ( sebenarnya isu ini akibat kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat membuat keputusan serta menilai sentimen rakyat Islam di Shah Alam , Selangor dan Malaysia, serta kegagalan Kerajaan PR mentadbir negeri ) dan yang terkini isu membuat kalongan selipar ke atas Tun Dr Mahathir, seorang Negarawan Malaysia oleh MIC!. Untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan terkini isu kuil Seksyen 23, sila rujuk di sini Utusan Malaysia Online - Kota
Serangan dari luar pula adalah mengenai isu tarian pendet yang dimasukkan secara salah dalam program Discovery Channel ( benarkah begitu?) yang menyebabkan rakyat Indonesia seolah olah naik syeikh dan nak mengamuk dengan buluh runcing terhadap rakyat Malaysia.
Paling menarik adalah kenyataan Mohd Ezam Mohd Nor yang baru menubuhkan NGO bari iaitu Yayasan Generasi Baru Nusantara bahawa ada sesuatu yang tak kena (dengan isu kemarahan tak bertempat rakyat Indonesia yang boleh membawa impak lebih besar iaitu mengeruhkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia ) dan meminta perkara tersebut disiasat dengan lebih terperinci.
Adakah isu -isu terbitan ini akan membuatkan Perdana Menteri lalai menyelesaikan isu sebenarnya di Malaysia? Saya amat berharap agar isu terbitan ini tidak menyimpangkan tumpuan Datuk Seri Najib bagi memulihkan ekonomi Malaysia dan yang paling penting memulihkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional .
Perlu diingatkan bahawa sesiapapun yang memegang tampok pemerintahan Malaysia sebenarnya diberikan amanah yang amat besar oleh Allah untuk membawa kepada era keemasan Malaysia , Nusantara dan dunia. Lihat lebih lanjut kaitannya dengan The Lost Israeli Tribe, kaitan anak anak Nabi Ibrahim a.s dengan Keturah, puteri dari kerajaan Melayu lama (Champa?), kebangkitan Islam akhir zaman dari timur dalam blog Sang Tawal disini http://sangtawal.blogspot.com/2009/09/tanah-melayu-pernah-dijajah-bangsa.-html dan petikan ucapan Raja Muda Perak Raja Nazrin Being Unreasonable yang disiarkan oleh The Sun disini www.sun2surf.com/article.cfm?id=18846
Oleh itu saya amat berharap agar rakyat Malaysia ( dan Indonesia jua) yang berugama Islam agar dapat mempergiatkan semua usaha ibadah dan doa di bulan Ramadhan ini untuk membuka petunjuk ke arah perpaduan umat Islam di Malaysia (dan juga Indonesia) kerana matlamat kita masih jauh dan amanah kita bagi menaikkan kembali syiar Islam di dunia perlu ditunaikan.
Semoga Allah memberkati usaha kita dan meringankan bebanan yang kita tanggung. Ameen.
No comments:
Post a Comment