Thursday, December 24, 2009

Harapan menjelang 10 Muharram.

10 Muharram pada tahun 2009 disambut dua kali, kali pertama pada 9 Januari dan kali kedua pada 26 Disember. 10 Muhharam memang diakui sebagai hari yang mulia bukan sahaja oleh umat Islam bahkan oleh kaum Yahudi. Yahudi menyambut 10 Muharram dengan berpuasa sebagai tanda syukur mereka kerana kaum Yahudi terselamat dari kekejaman Firaun.

Dikalangan umat Islam pula, kita disunatkan berpuasa pada 9 Muharram dan 10 Muharram sebagai membezakan puasa kita dengan puasa orang Yahudi.

Banyak peristiwa bersejarah berlaku pada 10 Muharram. Antaranya peristiwa menyayatkan hati yang berlaku di Karbala dan menyaksikan kewafatan cucunda Rasullullah S.A.W, Saidina Hussein.

Selain itu pada 10 Muharram juga diberitakan berlabuhnya bahtera Nabi Nuh setelah banjir besar. Pada tarikh yang sama juga Allah telah menerima taubat Nabi Adam dan menyembuhkan penyakit Nabi Ayub.

10 Muharram menandakan kemenangan perjuangan yang benar mengatasi yang bathil/jahat.

Alhamdulillah perjuangan para bloggers memberikan penjelasan dengan fakta yang betul kepada rakyat Malaysia telah menampakkan kejayaan.

Terbaharu laman web bloggers pro establishment telah diserang oleh hackers yang menjadikan blog Analisis Ringan Kumbang sebagai pengkalan untuk menyerang blog-blog lainnya.

Ini menandakan bahawa ada beberapa pihak yang tidak senang dengan perkembangan terkini.

Saya amat berharap semua rakan bloggers dapat teruskan tugas memberikan fakta yang benar kepada rakyat Malaysia. Tugas kita adalah untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia tidak disajikan dengan berita palsu dan dakyah musuh negara yang tujuannya hanya satu- untuk meruntuhkan segala kesenangan, kemajuan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia yang kita bina dan kecapi selama ini.

Semoga kedatangan 10 Muharram membawa sinar kemenangan kepada kita semua; Kemenangan yang benar ke atas yang bathil.

No comments: