Saturday, December 19, 2009

Gelang GPS untuk pantau MP boleh?

Sistem untuk memantau MP BN di Parlimen....

Saya teringat era 1990-an pemantauan berkesan bagi officer on duty adalah telefon bimbit, era 2000-an pemantauan berkesan adalah dengan telefon bimbit yang ada akses internet, tapi era 2010-an mungkin elok jika diberikan gegelang GPS dan pemanatauan melalui satelit bagi MP BN supaya peristwa black December 14 2009 tidak berulang lagi.

Apapun jika seseorang berkhidmat dengan ikhlas, dan ada internal locus of control (disiplin) yang kuat, tentu peristiwa Black Disember tidak terjadi.

Baca petikan berita Utusan Malaysia di sini


..................................................................................................

Satu sistem penyelarasan perlu diwujudkan untuk memantau bilangan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) semasa Dewan Rakyat bersidang agar insiden kemenangan majoriti tipis ketika meluluskan Bajet tahun 2010 pada 14 Dis. lepas tidak berulang.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) boleh memainkan peranan mereka dalam sistem penyelarasan itu dengan memastikan bilangan anggota Parlimen BN sentiasa mencukupi berbanding anggota Parlimen pembangkang pada sebelah pagi, tengah hari dan petang.

"Anggota Parlimen BN perlu memberi perhatian serius terhadap kehadiran mereka dalam Dewan Rakyat kerana pada bila-bila masa mungkin akan timbul usul tergempar yang tidak dapat ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat,” katanya.

4 comments:

ISAC said...

Salam ABG....

Nak lagi senang, bagi engkau dengan aku aje bertanding pada PRU13 nanti...Gerenti datang sidang dewan dari pagi sampai malam....

Cuma takut.... X menang aje lah pulak.... :)

Are You Gonna Go My Way said...

What a great idea...just like what they did for prisoners on parole..
And add an electric shock device in case they stray too far..maybe to thailand to marry some young actress.

(just push the button..dia org mesti terhenjut2 macam kera)

pakcik said...

..itu tanda2 awal la kot..next PRU gerombolan BN pulak jd pembangkang..

anakbukitgantang said...

salam,

DS Najib kena tengok tengok sama nasib orang Melayu.

Orang Melayu ini amat penyantun, jika berkata tidak dalam berlapik, lihat balik mana mana polisi yang dibuat dan melukakan hato orang Melayu

Bagaimanapun saya masih yakin, UMNO masih ada harapan yang cerah dalam PRU13 jika langkah pemulihan dibuat