Saya teringat era 1990-an pemantauan berkesan bagi officer on duty adalah telefon bimbit, era 2000-an pemantauan berkesan adalah dengan telefon bimbit yang ada akses internet, tapi era 2010-an mungkin elok jika diberikan gegelang GPS dan pemanatauan melalui satelit bagi MP BN supaya peristwa black December 14 2009 tidak berulang lagi.
Apapun jika seseorang berkhidmat dengan ikhlas, dan ada internal locus of control (disiplin) yang kuat, tentu peristiwa Black Disember tidak terjadi.
Baca petikan berita Utusan Malaysia di sini
..................................................................................................
Satu sistem penyelarasan perlu diwujudkan untuk memantau bilangan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) semasa Dewan Rakyat bersidang agar insiden kemenangan majoriti tipis ketika meluluskan Bajet tahun 2010 pada 14 Dis. lepas tidak berulang.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) boleh memainkan peranan mereka dalam sistem penyelarasan itu dengan memastikan bilangan anggota Parlimen BN sentiasa mencukupi berbanding anggota Parlimen pembangkang pada sebelah pagi, tengah hari dan petang.
"Anggota Parlimen BN perlu memberi perhatian serius terhadap kehadiran mereka dalam Dewan Rakyat kerana pada bila-bila masa mungkin akan timbul usul tergempar yang tidak dapat ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat,” katanya.