Showing posts with label MP. Show all posts
Showing posts with label MP. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Antara Hi Tea, Birthday Bash dan Sambutan Maulid

Baru baru ini saya dapat mesej dari kawan PAS yang diwakili MP Bukit Gantang buat ceramah di Changkat Jering

Isi kandungan mesej :

"Ceramah pas di changkat jering, taiping ... cuba hasut rakyat supaya tiru macam rakyat mesir, supaya negara jatuh bankrap, pelabur2 asing lari, pelancong2 takut ziarah malaysia, semua peniaga2 tutup niaga, semua rakyat tak dapat bealan makanan, mereka juga harap polis & tentera tak campur, biarkan jenayah berleluasa ... supaya negara kucar kacir, tak harmoni, tak aman ... baru PAS boleh menang piliharaya !"

Selepas itu bila saya berjalan jalan di Bangi saya ternampak bunting yang memaklumkan perkara ini

"Hi Tea bersama MP Bukit Gantang

Tarikh Khamis 10 Feb (Hari ini)
Masa 530 petang - 7.00 malam
Tempat Restoran Jelitra Sungai Merab, Selangor"

Apa Nizar buat di Selangor? Apakah Nizar dan PAS dah tukar taktik cermah jadi majlis Hi Tea supaya tak perlu dapat  tauliah menyampaikan ceramah politik dan pemesongan ugama dari Jabatan Ugama Islam Selangor (JAIS)?

JAIS dan polis kena siasat. Jelas tak dapat permit berhimpun.....

Bercakap pasal Hi Tea teringat harga birthday kek yang mahal untuk seorang Menteri Besar  di Kelantan. Soalan saya tak sambut Maulidur Rasul ker? Maulid itu juga birthday Nabi Muhammad S.A.W. Tak perlu sebesar Birthday bash Menteri Besar, cukuplah majlis tazkirah sejarah dakwah ugama Nabi Muhammad, selawat dan sedikit bacaan Quran.....

Lihatlah beda sambutan dan harga birthday kek yang mahal  bagi Nik Aziz berbanding  sambutan beliau  ke atas hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Lihat  reaksi Nik Aziz ke atas sambutan Maulid Nabi  seperti dilaporkan oleh seorang pelajar pondok.


Kek sambutan harilahir Menteri Besar Kelantan mahal setimpal dengan gahnya majlis . Mana yang lebih layak disambut besar besaran? Manusia bernama Nik Aziz atau Nabi Muhammd?

......dan ini  dia sifat Nik Aziz sebenarnya mengenai sambutan bagi menyambut kelahiran Nabi Muhammad /Maulid

Cerita dari Tok guruku.

"Berkaitan dengan hal maulud ni kita masih ingat cerita dari baba pasir mas.......satu ketika seorang murid dari pondok sungai durian mengadakan majlis maulud di rumahnya kebetulan pelajar ini ada juga belajar dengan nik aziz....dia pun menjemput almarhum tok guru hj abd rahman sg durian dan nik aziz....kedua-dua hadir di majlis tersebut ......pada awal majlis berjalan dengan lancar ......sebaik sahaja....semua bangun untuk berselawat...nik aziz masih duduk bersama ayahnya.....tok guru hj abd rahman kata..."anta tak bangun berselawat ".....nik aziz pun jawab"tiada nas"...kata tok guru" anta tak buka kitab fekah yang banyak tu.....perdebatan panjang berlaku...majlis agama islam ....pun nak anjur majlis debat......bila tiba ketikanya...puak parti larang....tak mahu debat dianjurkan.......takut rosak parti....wahabi disebarkan melalui parti di kelantan".........catatan Abuamir Aiman


Sama sama kita renungkan, apakah berbaloi kita menyokong perjuangan satu party yang memperjuangkan politik - bertopengkan ugama dan lebih malang lagi menyebarkan dakyah Wahhabi sebenarnya!

Saturday, December 19, 2009

Gelang GPS untuk pantau MP boleh?

Sistem untuk memantau MP BN di Parlimen....

Saya teringat era 1990-an pemantauan berkesan bagi officer on duty adalah telefon bimbit, era 2000-an pemantauan berkesan adalah dengan telefon bimbit yang ada akses internet, tapi era 2010-an mungkin elok jika diberikan gegelang GPS dan pemanatauan melalui satelit bagi MP BN supaya peristwa black December 14 2009 tidak berulang lagi.

Apapun jika seseorang berkhidmat dengan ikhlas, dan ada internal locus of control (disiplin) yang kuat, tentu peristiwa Black Disember tidak terjadi.

Baca petikan berita Utusan Malaysia di sini


..................................................................................................

Satu sistem penyelarasan perlu diwujudkan untuk memantau bilangan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) semasa Dewan Rakyat bersidang agar insiden kemenangan majoriti tipis ketika meluluskan Bajet tahun 2010 pada 14 Dis. lepas tidak berulang.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) boleh memainkan peranan mereka dalam sistem penyelarasan itu dengan memastikan bilangan anggota Parlimen BN sentiasa mencukupi berbanding anggota Parlimen pembangkang pada sebelah pagi, tengah hari dan petang.

"Anggota Parlimen BN perlu memberi perhatian serius terhadap kehadiran mereka dalam Dewan Rakyat kerana pada bila-bila masa mungkin akan timbul usul tergempar yang tidak dapat ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat,” katanya.