Isi kandungan mesej :
"Ceramah pas di changkat jering, taiping ... cuba hasut rakyat supaya tiru macam rakyat mesir, supaya negara jatuh bankrap, pelabur2 asing lari, pelancong2 takut ziarah malaysia, semua peniaga2 tutup niaga, semua rakyat tak dapat bealan makanan, mereka juga harap polis & tentera tak campur, biarkan jenayah berleluasa ... supaya negara kucar kacir, tak harmoni, tak aman ... baru PAS boleh menang piliharaya !"
Selepas itu bila saya berjalan jalan di Bangi saya ternampak bunting yang memaklumkan perkara ini
"Hi Tea bersama MP Bukit Gantang
Tarikh Khamis 10 Feb (Hari ini)
Masa 530 petang - 7.00 malam
Tempat Restoran Jelitra Sungai Merab, Selangor"
Apa Nizar buat di Selangor? Apakah Nizar dan PAS dah tukar taktik cermah jadi majlis Hi Tea supaya tak perlu dapat tauliah menyampaikan ceramah politik dan pemesongan ugama dari Jabatan Ugama Islam Selangor (JAIS)?
JAIS dan polis kena siasat. Jelas tak dapat permit berhimpun.....
Bercakap pasal Hi Tea teringat harga birthday kek yang mahal untuk seorang Menteri Besar di Kelantan. Soalan saya tak sambut Maulidur Rasul ker? Maulid itu juga birthday Nabi Muhammad S.A.W. Tak perlu sebesar Birthday bash Menteri Besar, cukuplah majlis tazkirah sejarah dakwah ugama Nabi Muhammad, selawat dan sedikit bacaan Quran.....
Lihatlah beda sambutan dan harga birthday kek yang mahal bagi Nik Aziz berbanding sambutan beliau ke atas hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Lihat reaksi Nik Aziz ke atas sambutan Maulid Nabi seperti dilaporkan oleh seorang pelajar pondok.
Kek sambutan harilahir Menteri Besar Kelantan mahal setimpal dengan gahnya majlis . Mana yang lebih layak disambut besar besaran? Manusia bernama Nik Aziz atau Nabi Muhammd? |
......dan ini dia sifat Nik Aziz sebenarnya mengenai sambutan bagi menyambut kelahiran Nabi Muhammad /Maulid
Cerita dari Tok guruku.
"Berkaitan dengan hal maulud ni kita masih ingat cerita dari baba pasir mas.......satu ketika seorang murid dari pondok sungai durian mengadakan majlis maulud di rumahnya kebetulan pelajar ini ada juga belajar dengan nik aziz....dia pun menjemput almarhum tok guru hj abd rahman sg durian dan nik aziz....kedua-dua hadir di majlis tersebut ......pada awal majlis berjalan dengan lancar ......sebaik sahaja....semua bangun untuk berselawat...nik aziz masih duduk bersama ayahnya.....tok guru hj abd rahman kata..."anta tak bangun berselawat ".....nik aziz pun jawab"tiada nas"...kata tok guru" anta tak buka kitab fekah yang banyak tu.....perdebatan panjang berlaku...majlis agama islam ....pun nak anjur majlis debat......bila tiba ketikanya...puak parti larang....tak mahu debat dianjurkan.......takut rosak parti....wahabi disebarkan melalui parti di kelantan".........catatan Abuamir Aiman
Sama sama kita renungkan, apakah berbaloi kita menyokong perjuangan satu party yang memperjuangkan politik - bertopengkan ugama dan lebih malang lagi menyebarkan dakyah Wahhabi sebenarnya!
1 comment:
BAGI PAS SAMBUTAN MAULID TAK ADA NAS TAPI SAMBUTAN BIRTHDAY ADA NAS
Post a Comment