Showing posts with label pas wahhabi. Show all posts
Showing posts with label pas wahhabi. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Che Hasnah muslimah teladan kerana berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar

Di akhir zaman nanti orang Islam akan berpegang kepada ugamanya seperti menggigit tali. Terlalu banyak ujian yang harus dijalani oleh umat Islam yang sayangkan ugama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

SAYA UNJUKKAN KEMBALI VIDEO PENERANGAN AL FADHIL USTAZ ZAMIHAN UTK MENUNJUKKAN SIAPA YANG KAFIR BERDASARKKAN TAFSIRAN IMAM SYAFIE DAN IMAM NAWAWI

Tidak kafir seorang Islam selagi dia solat menghadap kiblat sehinggalah dia menjisimkan Allah, yakni menyamakan Allah dengan sifat mahklukNya-rujuk saat 1.12 dalam video di bawah


jadi kita dapat nilaikan siapa yang kafir dan mengikuti ajaran sesat di bawah ni


Bila seorang bertaklik buta atas pemimpin yang sesat, maka dia jua sesat sehingga dia bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah kembali. 


Mungkin teguran ulama dan ilmuan ugama ini harus dipaparkan sekali lagi kepada bekas suami Che Hasnah- pesan saya , bertaubatlah sebelum terlambat. Kepada Che Hasnah, semoga Allah gantikan rezeki dengan jodoh yang hilang dengan rezeki dan jodoh yang lebih baik di dunia dan di akhirat. Aamiin.









Wednesday, June 27, 2012

Pengaruh Wahhabi dalam PAS -tulisan Manjung Mari yang mengecam Ustaz Zamihan

 
Susulan pendedahan saya berkenaan pengaruh Syeikh Qubt yang radikal dalam Ikhwan Muslimin dan PAS- Keterlibatan pemimpin PAS  yang menyebarkan fikrah sesat Syeikh Qubt adalah dari peringkat pemimpin seperti berikut:
1- "Fadzil Noor  yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah,
2-Abdul Hadi mengajar buku 'Ma’allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di Terengganu
3- Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq] di Kelantan,
4- Yusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia"
-sumber  Blog PAS vs PAS
Hari ini PAS semakin berkuasa di Malaysia setelah menang 22  kerusi Parlimen, membentuk Kerajaan Negeri di  Kelantan dan Kedah sementara di  Selangor dan Pulau Pinang PAS maseh berupaya menyebarkan dakyah Wahhabi dan Syiah kerana menjadi rakan kongsi Pakatan  selepas PRU12. Di Perak pengaruh PAS dan penyebaran ajaran Wahhabi maseh banyak almaklum Perak pernah dijajah rejim Wahhabi ini selama 11 bulan selepas PRU12.


Apakah impak pemikiran Syeikh Qubt dan kesesatan Wahhabi terhadap umat Islam di Malaysia? PAS telah berjaya mendokrinasi  pemikiran rakyat Malaysia yang jahil ugama bahawa bahawa "PAS adalah ugama dan ugama adalah PAS" sejak dari TASKI. Bahaya akidah umat Islam diselewengkan semakin besar-oleh itu saya menyeru semua umat Islam yang sayangkan ugama Islam supaya bersatu di bawah 2 kalimah syahadah ( dan  tanpa mengira batas politik).
Ikuti tulisan Ustaz Mohd Hanif di blog Aqidatul Tanzih iaitu blog kepunyaan Ustaz Zamihan Al-  Ghairi seorang pejuang Islam ASWJ dan mantan pegawai JAKIM yang kini berkhidmat di KDN.


Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan jemaah. Kupasan demi kupasan tentang penyelewengan ajaran Wahhabiy, Syiah dan Hizbut Tahrir dibentangkan agar umat Islam tidak mendekati ajaran-ajaran yang menyeleweng ini. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah swt, maka segala penyampaian untuk menegakkan yang haq dan membenteras ajaran-ajaran yang bathil dapat disempurnakan dengan baik sekali.

Sebagaimana lazimnya, sebelum bertolak ke Manjung untuk sesi ceramah, Al-Fadhil Ustaz Zamihan al-Ghari akan ada blog-blog penyokong Wahhabiy tegar dan mereka yang jahil dalam memahami isu Aqidah akan menyerang Al-Fadhil Ustaz Zamihan di blog-blog mereka.
Salah satunya penulis blog yang pengecut, bersembunyi di sebalik nama manjungmari.blogspot. yang nama sebenarnya ialah Mohd Desa Bin Ahmad akan menulis dengan kata-kata tohmahan dan fitnah terhadap sesiapa sahaja yang menyatakan kebenaran tentang Aqidah dan menyanggah kata-kata bathil dari pemimpin kesayangannya di blognya yang penuh dengan fitnah jahat.
Mohd Desa Bin Ahmad @ Manjung Mari.

Inilah dia wajah yang konon-kononnya berjuang untuk Islam tetapi tidak kenal Aqidah Islam yang sebenarnya. Maka tidak hairanlah, sebelum ini Mohd Desa menyerang Ustaz Kazim Elias, Ustaz Abu Syafiq dan Ustaz Zamihan al-Ghari sendiri di dalam blognya tetapi menjadi kecut apabila hadir dalam ceramah yang diadakan.

Sumber dari sebuah blog Taiping Mali mendedahkan kebiadapan penulis blog Manjung Mari ini yang turut menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Negara kerana beliau gagal dalam mendapatkan habuan kontrak untuk menjadi kontraktor di Pengkalan Tentera Laut, Lumut Perak.

Inilah dia sikap orang yang kecewa kerana nak mendapatkan habuan duniawi sehingga sanggup menjadi alat memecahkan kesatuan umat Islam yang ada.Kepada Mohd Desa Bin Ahmad @ Manjung Mari, nasihat saya, janganlah jadi manusia yang pengecut, menulis di blog kamu setelah semuanya berakhir tetapi tidak berani tampil dan bangkit untuk berhujah secara berilmiah dan beradab dalam majlis ceramah yang diadakan.


-Sumber   Ustaz Mohd Hanif

Monday, June 25, 2012

kerusi Syeikh Al Azhar dalam bahaya susulan kemenangan Ikhwanul Muslimin di Mesir

Syeikh Al Azhar iaitu Syeikh Ali Jumaah menerima tekanan yang hebat bila dia nak melawat Palestine dan Baitulmuqaddis

Tekanan tersebut datangnya dari Ikhwanul Muslimin yang majoritinya Wahhabi.

Saya ulang siar tekanan yang dikenakan ke atas Syeikh Al Azhar. Punca tekanan agar beliau melepaskan jawatan kerusi Syeikh Al Azhar sekaligus jawatan Mufti Mesir.

Isu Semasa

Perkembangan terkini dari Al Fadhil Ustaz Muhammad Husni Ginting;(Musnid Hadis Asia yg berada di Kaherah Mesir)

Puak wahabi dan Ikhwan Muslimin ingin menjatuhkan Dr Ali Jum`ah dari jabatannya sebagai Mufti Mesir. Mereka menjadikan kontroversi hajatnya nak melawat Baitul Muqaddis . Sebahagian orang menghina dan dan mengejeknya dan menganggapnya pengkhianat kerana ziarah ke Baitul maqdis.

Mukadimah
  1. "Fatwa" terkini dari Ikhwan Muslimin tak mengherankan kerana dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin dah banyak wahabi. Mereka Wahhabi mengambil peluang ini utk menjatiuhkan Mufti yang Islam ASWJ. Harap doakan agar Syeikh Ali Jum'ah tidak di singkirkan.
  2. Puak Wahhabi menjadikan masalah lawatan Syeikh Ali ke MBaitul Muqaddis sebagai isu
  3. Berikut adalah penerangan Syeikh Husni Ginting mengenai dalil melawat ke Baitul Muqaddis
  4. Penegahan sebilangan Ulama' ke Masjidil Aqsa bersandarkan kepada dalil-dalil yang yang dibina atas dasar kaedah maslahah ummah dan melihatkan kepada realiti ummah semasa. Kita memahami dan menerimanya.
  5. Namun demikian, hukum boleh berubah dengan berubahnya masa dan ketika. Tambahan terdapat dalil asal yang jelas sunnah ziarah ke sana. Maka dilihat dari kaedah maslahah ammah kembali mana yang lebih .dominan ketika ini. Apatah lagi Syeikh Ali Juma'ah ke sana memberi maslahah besar untuk ummah di sana dan seluruhnya.
  6. Syeikh Ali Juma'ah telahpun menjelaskan ziarah beliau ke sana TANPA menggunakan visa Israel dan hujah-hujah lain yang kukuh.
Sedangkan pandangan Musnid Hadis Asia iaitu Syeikh Husni Ginting adalah tidak salah Syeikh Ali Jumaah melawat Bailtul Muqaddis dan Palestine dengan alasan seperti berikut:

Pandangan serta munaqashah ringkas Al-Fadhil Ustaz Muhammad Husni Ginting:
"Tidak ada dalil yang kuat yang mengaharamkan ziarah dan shalat di Masjid Aqsha, saya sudah lihat dalil2 yang di gunakan Syeikh Ysusf Qardhawi , tetapi dalil tersebut boleh di munaqasyahkan di antara perkara2 yg perlu di perhatikan :

1-Hadis2 yang menganjurkan Syaddur rihal ke Masjid Aqsha,

2 - Hadis 2 yang menceritakan fadhilah shalat di masjid Aqsha,

3 - Tidak ada fatwa pengharaman dari dulu oleh Ulama2 walaupun Baitul Maqdis di bawah jajahan kaum salib dan lain2,

4 - Rasulullah berziarah ke Baitul Maqdis ketika masih di bawah penjajahan Romawi,

5 - Rasulullah umrah ke kota Makkah yg masih di bawah kekuasaan kafir quraisy,

6 - Tidak ziarahnya kita ke Baitul Maqdis membuat penduduk Baitul Maqdis hidup terkucil dan terputusnya silatur rahim antara umat Islam,

7 - pengharaman ziarah ke Baitul Maqdis menguntungkan Yahudi Laknatullah, sebab sudah berpuluh tahun hukum tersebut dijalankan namun tidak ada manfaatnya bahkan yahudi laknatullah semangkin merajalela,

8 - Tidak ada di dalam al-Qur`an dan hadis yg mengharamkan ziarah baitul MAqdis, bahkan sebaliknya di sunnhkan,

9 - Menziarahi umat Islam Baitul Maqdis membantu perekonomian mereka,

10 - jika salah seorang dari saudara kamu di masukkan penjara dengan secara zholim, kemudian kamu minta izin sama penjaga penjara agar menjenguknya, apakah itu di nilai menyetujui hukuman tersebut bagi saudara anda, sama sekali tidak sebab anda berziarah untuk kasih sayang adik anda yg di zolimin,

11-tanah anda di curi orang dan orang tersebut menganggap tanahnya, apakah haram anda menziarahi tanah milik anda sendiri yang anda cintai,

12 - Negeri Fathoni dan Singapura adalah negeri islam yang dijajah orang thai dan china, adakah ulama yang mengharamkan berkunjung ke Singapura dan Fathoni Thailand? , dan lain2....." -Muhammad Husni Ginting

Kepada Harakah lidah rasmi PAS tentunya mereka gembira sebab Wahhabi dah berjaya menguasai Mesir. Ini kerana sebilangan besar pemimpin mereka berfikrah Wahhabi. Rujuk SIAPA TOK AYAH ZID, Islam ASWJ vs Wahhabi, Wahhabi-Nik Aziz dan Hadi Awang, Pemimpin politik wahhabi

Kepada umat Islam ASWJ marilah kita sama sama berdoa agar polisi yang bakal digubal di Mesir tentang ugama Islam tidak menindas Islam ASWJ


Saturday, January 21, 2012

Cukuplah PAS agungkan ustaz Nik Aziz dan Hadi Awang, UMNO jangan angkat Fathul Bari

Cukuplah PAS mengangkat menjadi pimpinan Agung Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi Awang. Cukuplah kemusnahan ke atas umat Islam yang dilakukan oleh mereka dengan fatwa menghalalkan Kalimah Allah, mencaci Allah dan mengatakan Allah samseng serta mengkafirkan orang Islam kerana politik.

Amanat Hadi Awang

Saudara-saudara sekelian percayalah,



Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Hari ini PAS telah termusnah dengan bala yang mereka cari sendiri. Ucapan Hassan Basri Mantan Ketua penerangan PAS menjelaskan kerosakan dalam PAS sekarang;





Apakah UMNO belajar dari semua kemusnahan tersebut?

Cukuplah PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun dan melahirkan kader politik Wahhabi yang berserban. Cukuplah Budhha diagungkan dan Islam ASWJ diketepikan.


Tafsir Surah Yunus -Nik Aziz mengatakan "Allah duduk bersila"-fahaman Wahhabi yg menjisimkan Allah


Tok Ca ni sama muka dengan kawe


UMNO tak perlu import virus Wahhabi dengan mengangkat Ustaz Fathul Bari.

Ustaz ini pernah ditangkap di Negeri Sembilan kerana berceramah tanpa tauliah. Sebab dia tak mendapat tauliah sama sahaja dengan sebab Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi Awang tak dapat tauliah di Selangor dan Wilayah Persekutuan-kerana mereka wahhabi.




Mengangkat dan menjadikan Fatul Bari calon dalam PRU13 nanti akan menjai biawak hidup kepada UMNO .  UMNO tak perlu menambah beban dengan menjadikan Fathul Bari calon dan ceramahnya sebagai panduan. Ia hanya liability besar buat kami pejuang di barisan hadapan.

Lewat sekarang golongan ilmuan Islam dan anak muda yang cenderong kepada Islam  sudah mulai kembali mendokong UMNO . Dengan mengangkat Fathul Bari sebagai Ulama Muda UMNO akan meminggirkan mereka ini.

Friday, June 24, 2011

Bila Wahhabi memilih Wahhabi menjadi Senator

Kenapa Wahhabi yang dipilih jadi Senator?

Inilah sebahagian dari jaringan Wahhabi Malaysia di Jaringan-Wahabbi-Sdn-Bhd dalam usaha mereka mengangkat Wahhabi menjadi kepimpinan tertinggi mereka di Malaysia seperti artikel di kuasa-tiang-kepada-cita-cita-2


Berkenaan fikrah Menteri Besar Kelantan itu kita boleh lihat di mahir-al-hujjah yang saya petik sebahagiannya di sini

Bagaimanapun penulis membuat hipotesis bahawa aliran pengajian tafsir yang mengikut Kaum Muda atau manhaj salaf boleh dikatakan berkembang aktif semenjak kepulangan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari Mesir yang mengembangkan insituti pengajian tafsir di masjid-masjid. Pengajaran beliau pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi khususnya apabila menyentuh masalah fiqh dan aqidah. Oleh yang demikian, beliau dilihat melembutkan pendekatannya walaupun sebenarnya terus mengekalkan    fahaman Kaum Muda/Wahhabi  "

Tuan Guru Abdullah Sammah dari Pondok Geting menyatakan

Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam. Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh PAS sejak negara mencapai kemerdekaan, mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British, Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.”


            
Apa AGENDA utama Nik Aziz melantik Johari Mat mewakili Kelantan dalam  Dewan Negara?


Dr. Johari Mat senator baru wakili Kelantan


20/06/2011 3:14pm- dari Utusan Malaysia

KOTA BHARU 20 Jun - Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat hari ini dipilih sebagai anggota Dewan Negara yang baru bagi mewakili Kelantan berkuatkuasa 7 Julai ini.

Dr. Johari dipilih menggantikan Ahmad Rusli Ibrahim yang telah tamat penggalnya sebagai senator.

Pemilihan Dr. Johari itu dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini yang kemudiannya disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.

Seorang lagi senator yang mewakili Kelantan ketika ini adalah seorang peguam wanita, Mumtaz Md. Nawi yang juga Naib Ketua Dewan Muslimah Pas Pusat. - Bernama

Wednesday, May 25, 2011

Haram solat dibelakang imam yang menjisimkan Allah dan menuduh orang Islam lain kafir- Ustaz Zamihan Al Ghairi

Ustaz Zamihan Al Ghairi adalah Penolong Pengarah dan Pendakwah di JAKIM

Beliau terkenal sebagai seorang pejuang yang menentang fikrah Wahhabi.

Beliau memberikan ceramah di sebuah surau di Taman TAR, Ampang dan antara isi pentingnya ialah haram solat berimamkan seorang imam yang diketahui saheh menjisimkan Allah (iaitu mengatakan Allah berjari, bertempat dll) serta terbukti telah mengkafirkan orang Islam yang lain.

Semoga ia menjadi panduan kita semua supaya "tidak sesat dalam terang".


PERHATIKAN  TIDAK SAH SOLAT BERIMAMKAN ORANG  YG MENJISIMKAN ALLAH ATAU PERNAH MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM LAINNYA  DARI SAAT KE 0.44 HINGGA 2.04



Thursday, February 10, 2011

Antara Hi Tea, Birthday Bash dan Sambutan Maulid

Baru baru ini saya dapat mesej dari kawan PAS yang diwakili MP Bukit Gantang buat ceramah di Changkat Jering

Isi kandungan mesej :

"Ceramah pas di changkat jering, taiping ... cuba hasut rakyat supaya tiru macam rakyat mesir, supaya negara jatuh bankrap, pelabur2 asing lari, pelancong2 takut ziarah malaysia, semua peniaga2 tutup niaga, semua rakyat tak dapat bealan makanan, mereka juga harap polis & tentera tak campur, biarkan jenayah berleluasa ... supaya negara kucar kacir, tak harmoni, tak aman ... baru PAS boleh menang piliharaya !"

Selepas itu bila saya berjalan jalan di Bangi saya ternampak bunting yang memaklumkan perkara ini

"Hi Tea bersama MP Bukit Gantang

Tarikh Khamis 10 Feb (Hari ini)
Masa 530 petang - 7.00 malam
Tempat Restoran Jelitra Sungai Merab, Selangor"

Apa Nizar buat di Selangor? Apakah Nizar dan PAS dah tukar taktik cermah jadi majlis Hi Tea supaya tak perlu dapat  tauliah menyampaikan ceramah politik dan pemesongan ugama dari Jabatan Ugama Islam Selangor (JAIS)?

JAIS dan polis kena siasat. Jelas tak dapat permit berhimpun.....

Bercakap pasal Hi Tea teringat harga birthday kek yang mahal untuk seorang Menteri Besar  di Kelantan. Soalan saya tak sambut Maulidur Rasul ker? Maulid itu juga birthday Nabi Muhammad S.A.W. Tak perlu sebesar Birthday bash Menteri Besar, cukuplah majlis tazkirah sejarah dakwah ugama Nabi Muhammad, selawat dan sedikit bacaan Quran.....

Lihatlah beda sambutan dan harga birthday kek yang mahal  bagi Nik Aziz berbanding  sambutan beliau  ke atas hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Lihat  reaksi Nik Aziz ke atas sambutan Maulid Nabi  seperti dilaporkan oleh seorang pelajar pondok.


Kek sambutan harilahir Menteri Besar Kelantan mahal setimpal dengan gahnya majlis . Mana yang lebih layak disambut besar besaran? Manusia bernama Nik Aziz atau Nabi Muhammd?

......dan ini  dia sifat Nik Aziz sebenarnya mengenai sambutan bagi menyambut kelahiran Nabi Muhammad /Maulid

Cerita dari Tok guruku.

"Berkaitan dengan hal maulud ni kita masih ingat cerita dari baba pasir mas.......satu ketika seorang murid dari pondok sungai durian mengadakan majlis maulud di rumahnya kebetulan pelajar ini ada juga belajar dengan nik aziz....dia pun menjemput almarhum tok guru hj abd rahman sg durian dan nik aziz....kedua-dua hadir di majlis tersebut ......pada awal majlis berjalan dengan lancar ......sebaik sahaja....semua bangun untuk berselawat...nik aziz masih duduk bersama ayahnya.....tok guru hj abd rahman kata..."anta tak bangun berselawat ".....nik aziz pun jawab"tiada nas"...kata tok guru" anta tak buka kitab fekah yang banyak tu.....perdebatan panjang berlaku...majlis agama islam ....pun nak anjur majlis debat......bila tiba ketikanya...puak parti larang....tak mahu debat dianjurkan.......takut rosak parti....wahabi disebarkan melalui parti di kelantan".........catatan Abuamir Aiman


Sama sama kita renungkan, apakah berbaloi kita menyokong perjuangan satu party yang memperjuangkan politik - bertopengkan ugama dan lebih malang lagi menyebarkan dakyah Wahhabi sebenarnya!

Saturday, November 6, 2010

pertembungan Nik Aziz dan Mohd Nor Deris-apa yang tak diketahui umum

Ada beberapa siri video tapi yang diketengahkan hanya waktu Ustaz Mohd Nor Deris (MND) enggan bersalaman dengan Nik Aziz dan ini membantu menyebarkan fitnah mengenai pertembungan dua rakan lama tersebut.

Maka saya mengambil langkah ini utk menyebarkan kesemua video yang ada sebagai penerangan apa yang berrlaku dan menyatakan ia bukan pertembungan politik tapi Ustaz MND menjelaskan akidah sebenar Nik Aziz yang terpesong. Link video tersebut

http://www.youtube.com/watch?v=FH3EC-dJQ8g&feature=player_embedded

atau disini http://www.youtube.com/watch?v=FH3EC-dJQ8g




-antara kesalahan yg disenaraikan Ustaz MND ialah



1-Nik Aziz memfatwa makan tupai dibolehkan ikut hukum akal

2-Sayang sekali orang yang jahil ilmu dah sah Wahhabi (Nik Aziz dan Hadi Awang) mewakili ulama Malaysia ke seminar Islam sedunia lewat 1980an

3-Nik Aziz menentang sambutan Maulid Nabi dan buktinya peristiwa yang berlku di Pondok Tok Guru Abdul Rahman pakar Tasawuf di Pondok Durian, Kuala Krai

4-Nik Aziz tak mahu menyatakan Usolli /Niat solat waktu Takbiratul Ihram /memulakan solat-cukup sekadar menyatakan Allah Hu Akbar (solat Wahhabi)


5-Nik Aziz menghukum menunggu kubor dan mermbaca yasssin, bacaan ayat suci al Quran serta tahlil ke atas si mati sebagai bidaah


Video lain yang berkaitan di sini

http://www.youtube.com/watch?v=ITguCQW17As&feature=player_embedded

Pertembungan nik aziz Bahagian 1
http://www.youtube.com/watch?v=az_WTbpGw0g&feature=player_embedded

Pertembungan Nik Aziz Bahagian 2
http://www.youtube.com/watch?v=ZIWaAJK8Cik&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=ZNKRlH0TiC4&feature=player_embedded

Pertembungan Nik Aziz  bahagian 3

http://www.youtube.com/watch?v=x5fOlOXj3ew&feature=player_embedded

Jelas pertembungan Nik Aziz dan Ustaz Mohd Noor Deris kerana ugama dan Ustaz MND cuba menyelamatkan akidah umat Islam Malaysia


Ini pula komen mereka yang pelajar pondok dan alim dalam ilmu ugama dalam fb ini yang molek dijadikan panduan
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100001171143275

Al-Asyairah Al-Syafii mantap syaikh!!!


Penunggu Kubor crita yg dibawa adalah mutawatir tu...


Faza Ali Hassan berserban..berjubah tp kalau akidah tak betul...tunggulah Allah taala akan zahirkan kehancuran, keaiban dan kejatuhan seseorg tu.... Allahu..Allah...


Lily Hashim saya di fitnah semalam di wall psikik arm oleh Falah bila memaklumkan siapa Nik Aziz sebenarnya-Allah Hu Akbar-hari ini ramai lagi Islam ASWJ tampil memberi maklumat


Hafiz Handasah saya lihat ramai yang hanya postkan bahagian kedua dimana ketika pertembungan ustaz Mohd Nor deris dengan Nik Aziz, tapi mungkin ramai lagi yang belum melihat peristiwa sebenar yang berlaku sebelum Nik Aziz dan orang2nya sampai ke rumah... tersebut .Sebab itulah saya postkan link video penuh dari A sampai Z supaya kita tahu apa sebenarnya yang berlaku .


Bagi saya ustaz Mohd Nor Deris memang berani , hatta ketika Nik Aziz masuk kerumah pun dia tak tunjukkan yang dia ni hipokrit, malah dia terus sound direct kat Nik Aziz tanpa rasa takut walaupun dikelilingi oleh ramai orang kuat Nik Aziz. Apa yang disampaikan ustaz deris tu memang fakta yang benar.

Belum tentu ada antara kita yang betul2 boleh buat macam ust deris tu bila berhadapan dengan Nik Aziz. Tidak menghairankan kerana mereka berdua pernah berkawan baik.


Bagi pendapat saya ,kata2 beliau yang terhadap Nik Aziz itu memang patut dan masih beralas lagi , kerana orang yang menghina Allah dan Rasulnya sepatutnya diberi penghinaan yang lebih teruk.


Sementara yang ini pula dikatakan fakta yang dah menyeleweng
 http://www.facebook.com/note.php?note_id=286093884981

pakat2 kaji deh sumber dalam link ni btol ko dop

Semoga tuan /puan mendapat manfaat dari pendedahan ini dan saya hanya menunaikan amanah sahaja.

Friday, October 29, 2010

Fitnah Wahhabi PAS terhadap Tok Guru Abdullah Samaah



"AS wahabi ta'sub habis hujjah lalu fitnah di tabur kpd al'alim al'allamah tuan guru hj abdullah bin sa'amah,pengasas pondok geting hafizohuLLAHu wa qaddasaLLAHusirrahu

Terkejut saya selepas pergi ke pondok tok ayah geting 7 mac 2010 lepas jam 10.30am ..saya diberitahu bahawa beberapa puak yg taksub menyebarkan surat2 layang memfitnah tok ayah Lah di tangga masjid As somadi..saya paparkan surat tersebut di blog ini spya diperlihat "kebajikan" puak2 yg taksub ini terhadap tok ayah lah yg telah berkhidmat lebih kurang 30tahun di pondoknya...kemudian drpd itu saya pergi berjumpa dgn tok guru haji lah dan kebetulan baba suf dan 2 syeikh dr pondok Pasir Tumboh ada bersama tok ayah membincangkan mslh ugama berkenaan dalil2 dan hujjah untuk menentang agama wahabiyyah mujassimah yg semakin menular diwaktu senja ini..."

yg benar

al fakir yg hina

leekubo@gmail.com
 
Lagi petikan dari link
http://www.facebook.com/home.php?#!/photo.php?fbid=127003580663322&set=a.123022154394798.13723.100000610413345&comments&pid=192144&id=100000610413345



Pasal Nik Aziz menjisimkan Allah dan campor tangan PAS Wahhabi memaksa guru halakah mengajar "Allah bertempat dan berjisim"serta Tok Guru UMNO (BN) yang mengekalkan Pembelajaran  Kitab Kuning

yang saya dukacita di kelantan ..apabila nik aziz dok mengajar tuhan dok sila atas aras....maka riuh rendah habis orang kampung... di geting ada kata ;;kenapa aras tu besar ke boleh lah...dalam mesyuarat guru halajah ...dia kata tu nabi ...gi naik langit jumpa dengan tuhan ..tidak ke tuhan dok langit...kawan saya kata...memang nabi dok langit ..tuhan tiada tempat.senyap majlis halakah...kemudian guru halakah dipanggil oleh ulama pas ...saya malas sebut siapa...suruh jelaskan kepada orang kampung tuhan dok atas atas...(guru halakah cerita...pening kepala dia..)...mubalig bn hok tak sir ke islam suruh mengajar kitab kuning...ini lah suasana di kelantan..ni lah padah pas dok mengekalkan mursidul am wahabi...nak buang guana sebab dia ketua..See More


Pasal Kesepakatan Tok Guru Ugama Kelantan menentang Fahaman Wahhabi Nik Aziz

 .Abuamir Aiman tok ayah ni...dulu di kenali ibrahim libya..kuat nya .saya masih ingat gambar ibrahim libya ditampal dipintu madrasah hok kayu...tapi selepas kematian tok guru hj abd rahman sungai durian...sekitar tahun 88..nik aziz dok mengeluarkan macan-...macan ..karut marut...lalu wujud gerakan pakatan antara ..tok guru abg lah sepa..ust khairi ..ust rahim (dari pasir tumbuh) dan tok ayah membersikan .najis-najis ni...rombongan ni pergi jumpa tok guru hok tua tua untuk mendapat pandangan..saperti hj nor boot ketereh..paling senior (tok guru kkpd hasbullah mufti kelantan) ..hj abd rahman wakaf bharu...hj hj abd rahman lubuh tapah(ayah tok guru hj lah)....saya pernah cerita dlm fb