Wednesday, May 25, 2011

Haram solat dibelakang imam yang menjisimkan Allah dan menuduh orang Islam lain kafir- Ustaz Zamihan Al Ghairi

Ustaz Zamihan Al Ghairi adalah Penolong Pengarah dan Pendakwah di JAKIM

Beliau terkenal sebagai seorang pejuang yang menentang fikrah Wahhabi.

Beliau memberikan ceramah di sebuah surau di Taman TAR, Ampang dan antara isi pentingnya ialah haram solat berimamkan seorang imam yang diketahui saheh menjisimkan Allah (iaitu mengatakan Allah berjari, bertempat dll) serta terbukti telah mengkafirkan orang Islam yang lain.

Semoga ia menjadi panduan kita semua supaya "tidak sesat dalam terang".


PERHATIKAN  TIDAK SAH SOLAT BERIMAMKAN ORANG  YG MENJISIMKAN ALLAH ATAU PERNAH MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM LAINNYA  DARI SAAT KE 0.44 HINGGA 2.04



4 comments:

Anonymous said...

Ade bukti ke dia ckp camtu

Anakbukitgantang said...

semoga anda dapat hidayah

lihat semula saat 0.44 hingga 2.04

Wahhabi boleh deny ini tapi saya memperrjuangkan Islam, maka saya minta anda bertaubat dan hentikan jadi cybertrooper dengan Standard Questions Without Facts

Anakbukitgantang said...

ini satu lagi komen dari fb wall ustaz Zamihan sendiri

" TIDAK SAH solat sebagai ma'mum dibelakang "imam Musyabbih" yang menyamakan Allah dengan makhluk&menserupakan Allah dengan manusia. Dikalangan Musyabbihah ini sering menyatakan Allah itu JISIM dan mengkafirkan keseluruhan umat Islam tanpa hak.Tidak sah solat dibelakang mereka ini.-Rujuk Imam Syafie' nukilan Al-Qadhi Husain dlm Mukhtasar Al-Ifadat.. "

KALAU NAK BUKTI LAGI SILAKAN KE WALL USTAZ ZAMIHAN-LEPAS INI SAYA MAHU ANON MAY 26 7.11 AM BERTAUBAT

Dot said...

dia takkan terima la anakbg! sbb yg beri nasihat (walaupun bersandarkan ayat suci AlQuran)itu bukan wali agong mrk!!