Saturday, January 21, 2012

Cukuplah PAS agungkan ustaz Nik Aziz dan Hadi Awang, UMNO jangan angkat Fathul Bari

Cukuplah PAS mengangkat menjadi pimpinan Agung Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi Awang. Cukuplah kemusnahan ke atas umat Islam yang dilakukan oleh mereka dengan fatwa menghalalkan Kalimah Allah, mencaci Allah dan mengatakan Allah samseng serta mengkafirkan orang Islam kerana politik.

Amanat Hadi Awang

Saudara-saudara sekelian percayalah,



Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Hari ini PAS telah termusnah dengan bala yang mereka cari sendiri. Ucapan Hassan Basri Mantan Ketua penerangan PAS menjelaskan kerosakan dalam PAS sekarang;





Apakah UMNO belajar dari semua kemusnahan tersebut?

Cukuplah PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun dan melahirkan kader politik Wahhabi yang berserban. Cukuplah Budhha diagungkan dan Islam ASWJ diketepikan.


Tafsir Surah Yunus -Nik Aziz mengatakan "Allah duduk bersila"-fahaman Wahhabi yg menjisimkan Allah


Tok Ca ni sama muka dengan kawe


UMNO tak perlu import virus Wahhabi dengan mengangkat Ustaz Fathul Bari.

Ustaz ini pernah ditangkap di Negeri Sembilan kerana berceramah tanpa tauliah. Sebab dia tak mendapat tauliah sama sahaja dengan sebab Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi Awang tak dapat tauliah di Selangor dan Wilayah Persekutuan-kerana mereka wahhabi.




Mengangkat dan menjadikan Fatul Bari calon dalam PRU13 nanti akan menjai biawak hidup kepada UMNO .  UMNO tak perlu menambah beban dengan menjadikan Fathul Bari calon dan ceramahnya sebagai panduan. Ia hanya liability besar buat kami pejuang di barisan hadapan.

Lewat sekarang golongan ilmuan Islam dan anak muda yang cenderong kepada Islam  sudah mulai kembali mendokong UMNO . Dengan mengangkat Fathul Bari sebagai Ulama Muda UMNO akan meminggirkan mereka ini.

14 comments:

Anonymous said...

apa yg wahhabi nya ust fathul bari?
kebanyakkan salafi amat berpegang dgn hujah syariah mazhab Hanbali. ASWJ laa juga tu

Panglima Perang Cyber said...

Sokong pandangan Hajjah yang tulus ikhlas ini.

Kita sedar kekurangan info menyebabkan ramai tidak sedar perkara ini.

Semoga Allah memelihara akidah umat dari virus wahabi.

Kita bukan mahu berperang tetapi sekadar mempertahan kebenaran dari dikalahkan oleh kebatilan.

Ayuh kita perangi virus wahabi dengan pena maya yang kita ada.

Penuh hikmah dan hujjah.

Anonymous said...

ni semua dah terkena virus azhar idrus habis semua orang yg tak sebulu dilabel wahhabi, seronok laa PAS bila semua terpengaruh dgn virus Azhar Idrus ni.. hahaha

Anonymous said...

ssapa masalah nko nie..

ape wahabinya UFB?? dia cuma ulas isu2 yang ditanya dan memberi pendapat drp pandangan2 ulama2 lepas.

nak harapkan pemuda UMNO sedia ada, jauh panggang. setau aku UFB yang buat org muda kembali ke UMNO. Bukan sebab nak sangat kan UMNo tapi dengan hadirnya golongan ilmuan agama spt UFB, seakana da sinar kembali dlm UMNO.

ni nampak sgt belum pun tercalon etc, dah nak cantas org. UFB pun tak mintaq dicalonkan.

Anonymous said...

Kalau dah semua ilmuan dianggap tidak benar siapa agaknya yang boleh diangkat sebagai ustaz ya. takkan anuar kut lagi tak jadi. Kembalilah kepada AlQuran wahai saudara seislamku.....

Anonymous said...

UFB wahhabi?Kesiannya penulis sendiri tak selidik dulu sebelum menulis..atau penulis sendiri takut akan kebangkitan ulamak muda dari pihak UMNO yang pandangan mereka makin didengar kerana mengamalkan kesedarhanaan dalam membuat komen2 politik.

Tidak macam kebanyakan ustaz2 PAS yg komen mereka penuh dengan maki-hamun dan lawak jenaka...isi taraakkkk

Servant of God said...

Maaf, aku tak nampak dan tak faham bagaimana Ustaz Fathul Bari tuh wahabi dpd ulasan kamu.

Anonymous said...

Yg herannya...bila di mekah tak pula dia mufarakah dari Imam Masjidilharammm...di M'sia bukan main merepek lagi...

Anonymous said...

kepada penulis :

aku penyokong pas sejak sekian lama...tetapi sejak kekhilafan antara UAI dan UFB...aku mula tertarik dengan ulasan yang disampaikan oleh UFB secara jelas, tertib dan ilmiah...secara terus memetik nas2 alquran dan hadis sohih nabi saw dengan penuh tawaduk...tanpa mendahulukan emosional dan realiti, yang sangat menarik minat dan hati ana ialah beliau seorang haffiz alquran dan hadis...yang mana setiap soalan yang dikemukakan oleh pendengar, akan dikupas UFB secara jelas dengan berlandaskan alquran dan hadis sohih...dan dapat menerangankan tentang kekhilafan secara teliti antara 4 mahzab (AS-sunnah)berbeza dengan ustaz2 yang ada sekarang dimalaysia (kebanyakannya utz parti pas atau umno) menjawab soalan dengan terus menghukum atau terus menjatuh boleh atau tak boleh, salah atau tak salah, haram atau halal...tanpa rujukan secara terus (memetik) ayat2 alquran dan hadis terlebih dahulu....ana bersyukur pada Allah SWT kerana menganugerahkan seorang ilmuan islam dan ulamak seperti UFB yang bersederhana dalam ucapannya lebih2lagi sangat tersentuh jiwa ana ini semasa UFB menjadi khattib dan menyampaikan khutubah jumaat secara ilmiah tanpa merujuk pada teks....kini hati ana kurang politik extream tetapi mencari keredhaan Allah SWT....amin

Anonymous said...

UFB bukan maksum dan jauh dari sempurna.

tapi cuba bandingkan akhlak & tutur kata beliau yg selalu di jaga tertibnya.. bukan kah itu sepatutnya pemimpin masyarakat buat?? bukan kah itu kualiti yg kita mahu dari pemimpin??

beliau Wahabi??? saudara tau ker ape tu wahabi?? beliau pernah menyatakan beliau seorg pengikut Wahabi ker?? ataupun dengan hanya memberi rumusan pandangan dgn mengambil kira serta membentangkan hujah2 drp semua Iman2 Mazhab serta pandangan2 ulamak2 yg berbeza maka automatik beliau di sahkan Wahabi? & mana2 ulamak yang hanya memakai hujah & pandangan mazhab Syafie semata2 adalah Islam yang sebenar?

apa tuan ingat zaman Rasulullah, zaman sahabat & semua umat Islam sebelum 150Hjrh tak betul la Islam nya sebab Iman Syafie belum lahir? & guru beliau Iman Malik pun tak betul la jugak sebba gurunya yg menyebabkan wujudnya Mazhab Maliki?

ahli UMNO bukanlah secetek itu utk mengangkat pemimpin membuta tuli tampa menyelidik. dan juga kami tidak bebal hanya kerana UFB seorg yg beragama maka kami akan menyimpan gambarnya di kalendar, sticker kereta, di baju, di bilboard etc.. itu bukan org UMNO.

nada teguran saudara terlalu berbaur politik. mohon maaf, tetapi ia seakan saudara cuba mengurangkan pengaruh UFB hanya kerana beliau kini dilihat mampu mengugat mana2 kerusi EXCO PEMUDA, malahan kerusi KP itu sendiri!!! Wahabi @ tidak itu hanyalah khabar angin. cuba saudara mendengar ceramah agama beliau, byk ilmu, nas, dalil2 yg selama ini kita hanya tahu BOLEH @ TIDAK BOLEH sahaja!!

Anakbukitgantang said...

Di kalangan pejuang siber di alam maya nama Ustaz Fathul Bari UFB adalah liability kepada UMNO

Umum mengetahui saya tidak berparty- cuma saya mendokong Pemimpin Islam yang ada sekarang kerana berpandukan Hadis dan tertib Saidina Ali ra dan anakandanya Saidina Hassan dan Hussein-iaitu dalam Hadis bab Fitnah/Fitan Sahih Bukhari-adalah HARAM seorang muslim mengakat senjata menetang Pemimpin Islam"

UMNO adalah benteng terakhir Islam ASWJ dan kebangkitan umat Islam serta ahlul PAS yang telah menyedari mereka tertipu selama ini wajar kita sambut dan sediakan platform yang terbaik bagi mereka berjuang-utk menyediakan platform ini UMNO perlu dilihat ikhlas memperjuangkan Islam dan berpegang kpd Mazhab yg 4 iaitu Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Berkenaan UFB cukuplah video beliau ditangkap oleh Jabatan Ugaam Islam Negeri Sembilan sebagai bukti beliau tidak mendapat TAULIAH kerana fikrahnya Wahhabi (sama spt Nik Aziz dan Hadi Awang)

Ada banyak video di youtube yang menunjukkan UFB menjisimkan Allah dan mentafsir ayat Quran dengan mengatakan Allah berjari-untuk makluman semua juga sebarang usaha mentafsir ayat Quran secara mutasyabihat dan menjisimkan Allah ialah ciri utama Wahhabi

"Allah berjari tapi tak sama dengan makhluk" sama seperti yang diucapkan oleh Hadi Awang dan Nik Aziz menjelaskan mereka sebenarnya berfikrah Wahhabi

Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah mengkategori golongan mutasyabihah yang mentafsir ayat Quran (dan menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia) sebagai golongan yang sesat.

Berkenaan Ustaz Azhar Idrus pula umum tidak mengetahui bahwa beliau banyak kepada Fiqh . Guru beliau memaklumkan untuk menjadi pendakwah yang baik pendakwah tersebut perlu berdakwah dengan berhemah, ikhlas dengan ilmu dan tidak berpihak. Tugas memaklumkan dna mengingatkan UAI ini saya serahkan kepada rakan saya yang telah diAMANAHKAN utk menegurnya kerana mereka adalah TEMAN SEGURU dengan UAI. Itu adalah lebih baik dalam keadaan ini.

tokpakirkd said...

Salam, sekadar memperbetul sedikit `golongan musyabihah` bukan mutasyabihah. Ada kesilapan typo.

Setuju dengan tuan blog bahawa UMNO mesti mencerminkan pembawaan arus perdana. Umno tidak boleh menjadi agen merubah status quo yg disepakati dalam hal Agama, Bangsa & Kenegaraan. Umno hanyalah patut bergerak dlm konteks yang telah disepakati.

Jika Umno melampaui skop di atas Umno juga akan menjadi anti-establishment yg memberi maksud sudah terjerat dgn jarum musuh.

Fathul bari mesti faham hal ini jika dia ikhlas.

Salam
TokPakirKdD

Anakbukitgantang said...

noted and thanks Tok Pakir- atas pembetulan typo error tu...

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu