Showing posts with label tanah wakaf. Show all posts
Showing posts with label tanah wakaf. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

kesah tanah wakaf di Kedah vs Wilayah Persekutuan

Tanah Wakaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan sudah di gazetkan keputusannya berdasarkan Mesyuarat Tanah dan Galian peringkat negeri yang dipengrusikan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara sebagai tanah yang TIDAK BOLEH DIJUALBELI kepada pehak ketiga.

Kes ini timbul bilamana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam MERAYU (dan beriya riya) nak menjual tanah wakaf kononnya untuk mendapat HASIL. Dan hasilnya rayuan MAIWP dan JAWI untuk menjual tanah wakaf DITOLAK.

Keputusan ini bukan sahaja menjaga AMANAH si mati tapi bersesuaian dengan takrifan harta WAKAF seperti yang dikatakan oleh Imam Syafie- "harta  yang perlu diuruskan oleh badan/orang yang diamanahkan secara KEKAL"



MAIWP dan JAWI disarankan untuk membangunkan kawasan tanah wakaf  secara komersil dan HASILNYA boleh digunakan secara kesinambungan dan pada JANGKA MASA YG LEBIH LAMA  untuk membantu asnaf (golongan yang layak dapat zakat) dan membangunkan ekonomi golongan miskin di Wilayah Persekutuan.

Sesungguhnya inilah yang dikatakan VISI kepimpinan dan PENTADBIRAN ISLAM yang ada pada pegawai Kerajaan.

Memandangkan pergolakan semasa di mana golongan miskin diMURTADKAN dengan umpan bantuan kewangan keputusan yang dibuat pada tahun 2008 ini amat bertepatan.


Tanah wakaf di Kedah

Sepatutnya PRECEDENCE ini digunapakai di negeri lain bagi isu penjualan tanah wakaf yang di bawah jagaan Majlis Agama Negeri. Berbalik kepada isu penjualan tanah wakaf di mana terletaknya MADRASAH SALIHIAH   Mesyuarat Pejabat Tanah dan Galian di peringkat negeri di pengerusikan oleh Menteri Besar. Oleh itu isu penjualan tanah wakaf yang diAMANAHkan ke atas Majlis Agama Islam Kedah dipengerusikan oleh Menteri Besarnya.



Saya hairan kenapa Ustaz Zizan mengaku dia "tak tahu " dalam isu penjualan tanah wakaf dan urusan merobohkan madrasah tersebut untuk membina shopping complex. Keadaan menjadi parah kerana tanah wakaf di mana terletaknya madrasah tersebut dijual kepada seorang Cina bukan Islam.

Komen seorang blogger pro pembangkang yang mendakwa jika menimbulkan isu penjulan tanah wakaf bermakna "menderhaka" kepada Sultan Kedah amatlah tidak benar- sebab yang mempengerusikan Mesyuarat Pejabat Tanaha Dan Galian Kedah adalah Menteri Besar Kedah!

Maka sudah berlaku 3 kesalahan disini iaitu :

1- Menteri Besar Kedah TIDAK MENASEHATI KDYMM Sultan isu yang sebenar iaitu ianya TANAH WAKAF dan sewajarnya TIDAK BOLEH DIJUAL kepada pihak ketiga apatah lagi orang bukan Islam

2- Menggunakan nama Sultan untuk rubber stamp keputusan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi-ini jelas bila wakil Kerabat DiRaja Kedah melarang keras penjualan TANAH WAKAF tersebut bukti di Kerabat DiRaja Kedah


 Persatuan Kerabat DiRaja Kedah (PKDK) yang diketuai oleh Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya tampil "menampar" Azizan dan Kerajaan PAS Negeri Kedah dan menuntut agar madrasah tersebut dikekalkan

" "Saya dilahir dan dibesarkan di bandar raya ini dan saya rasa sejak kecil lagi Madrasah Salihiah sudah wujud di Kancut.



"Apabila kerajaan negeri mahu merobohkan madrasah ini, saya sebagai anak jati Alor Setar berasa sedih kerana kerajaan negeri langsung tidak prihatin dengan nilai sejarah yang ada pada madrasah tersebut.


"Madrasah Salihiah patut dibiarkan beroperasi ditapak asal jika kerajaan negeri tetap mahu meneruskan projek pembangunan di kawasan tersebut.


"Di dalam kompleks beli-belah pihak pemaju memang perlu sediakan surau, jadi jangan jadikan alasan surau yang akan dibina ini menjadi ganti kepada Madrasah Salihiah yang telah lama wujud di Kedah," - Tengku Zainol Rashid

3-Meruntuhkan kesan sejarah pendakwah Islam di negeri Kedah. Untuk makluman semua  TANAH TAPAK MADRASAH SALIHIAH, DIWAKAFKAN OLEH KETURUNAN HAJI SAADI berasal dari YAMAN. Anaknya  HAJI JAAFAR (1830-1910) pernah MENJADI MUFTI KEPADA SULTAN KEDAH. Nama SALIHIAH diambil sempena nama salah seorang anak Haji Jaafar. (Nama anak HAJI Jaafar yang seorang lagi SOFIAH diabadikan pada Taman Sofiah, Jalan Kuala Kedah.Anak LELAKI kepada Haji Jaafar iaitu Haji Mohd Saad hasil perkawinan Haji Jaafar dengan Siti HAWA pula pernah menjadi Guru Agama di Istana Sultan Kedah. dan sehinga kini waris berkenaan sudah masuk ke generasi ke 8, dan mereka semuanya sepakat untuk jihad pertahankan tanah wakaf khas ini. Syed Razak Syed Zain dan Dato Lat Shariman adalah atara waris dari susur galur keturunan Saadi ini menerusi jurai perkahwinan.


Dalam budaya Melayu , Sultan tidak akan dilihat melarang keras tetapi akan menggunakan proksinya iaitu Kerabat DiRaja Kedah untuk menyatakan ketidakpuasan Baginda Sultan.

Setelah tembelang KERAJAAN PAS KEDAH pecah kerana TIDAK MELAPOR DENGAN AMANAH  terhadap pemerintah iaitu KDYMM  Sultan Kedah dan tidak AMANAH terhadap tanah wakaf yang diAMANAHkan ke atas MAIK, apakah rakyat akan berdiam diri?

Sama sama kita lihat perkembangan seterusnya.

Tuesday, December 29, 2009

Menyalahguna Amanah Simati -Tanah Wakaf

Isu tanah wakaf menjadi isu yang besar yang meletup-letup waktu terkini.

Dari tanah wakaf yang cuba diambilbalik untuk tujuan komersil di Pasir Panjang Pulau Pinang ke Tanah Perkuburan Islam di Batu Tiga Shah Alam yang "dirampas" secara menanam mayat bukan Islam di Selangor hingga ke penjualan Tanah Wakaf di Kelantan, negeri Serambi Mekah!

Lebih menyedihkan Tanah Wakaf yang diamanahkan oleh simati dijual pula oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan demi sekelumit keuntungan dunia.

Awal 2008 selepas PRU12 saya diberitakan bahawa penjawat awam di Kelantan "senang hati" kerana kerajaan Negeri kononya tidak campur tangan dalam pentadbiran Kerajaaan Negeri...soalnya betulkah penyataan tersebut?

Rupanya senang hati kerana bersekongkol menjual tanah wakaf yang dalam bidang kuasa Majlis Perbadaran Kota Bharu.

Padanlah ada waris terdekat TGNA yang tak ada kerja dah boleh beli kereta mewah jenama Honda ! Ada pula yang menjadikan tiket YB si abang sebagai tiket Ringgit Ka-sorga dengan membina rumah banglo mewah bewarna hijau di kampong di Kelantan.

Rupanya kemewahan melimpah ruah untuk anak-ipar-duai dan keluarag sebaik sahaja bergelar YB.

Menangislah orang Islam yang mewakafkan tanahnya untuk tujuan mendirikan masjid...nampaknya ulamak akhir zaman rupanya ular dalam semak!

Thursday, September 17, 2009

tanah wakaf di Pulau Pinang

Macam macam yang berlaku diakhir zaman ini. Maklumlah Pulau Mutiara tanahnya sedikit, apa-apa yang diamanahkan oleh simati pula sanggup dikhianati hanya kerana berberhalakan RM.

Malang sekali, entiti yang diamanahkan untuk menjaga hartanah wakaf cuba meruntuhkan masjid yang dibina kerana nak mengkomersialkan hartanah tersebut.

Nasib baiklah ada waris simati En Isa memfailkan writ saman memohon injunksi supaya perkara tersebut (merobohkan masjid) tidak dapat dilaksanakan.

Jika sungguhpun isu kesempitan tanah dan nak menjana wang dan ekonomi Islam di Pulau Mutiara menjadi isu, kenapa tidak dinaiktarafkan Masjid Jamek Hj Abdul Wahab, dan pembangunan yang dibuat ke atas ruang yang lebih luas dimanfaat ke arah menjana ekonomi umat Islam yang makin hari makin terpinggir di Pulau Mutiara itu.

Pembangunan mampan yang berteraskan Islam (Sustainable development which includes socially- and in this case - religiously responsible development) perlu dijadikan wadah perjuangan oleh semua Majlis Ugama Negeri.

Apa salahnya jika ruang yang bertambah semasa masjid asal dinaiktaraf digunakan untuk disewakan kepada perusahan orang Islam yang menjalankan pusat dialisis ( buah pinggang), ruang pejabat NGO Islam yang membuat kaunselling/mentoring ke atas umat Islam yang dhaif dan bermasalah, tempat perlindungan sementara mualaf dan ibu tunggal atau mangsa dera (gereja memang melakukannya, jangan sampai ada insan malang umat Islam terpaksa berlindung disana), kelas mengajar al Quran, kelas mengajar kemahiran hidup seperti kelas jahitan, sulaman kepada golongan dhaif ( sekali lagi gereja melakukannya, dan harap jangan ada umat Islam terpinggir yang masuk ke gereja untuk mendapatkan ilmu disitu) ruang taska dan tadika Islam, kiosk ATM, kedai buku, kedai cenderahati tulisan khat dan lain lain kraftangan kesenian Islam, mini muzium Islam dan sebagainya.

Majlis ugama negeri negeri perlu berfikir " out of the box" dan menjana paradigma baru bagi menjana pendapatan tanpa merosakkan fungsi masjid yang terbina di atas tanah wakaf. Oleh itu, pendekatan yang perlu diambil adalah untuk menjadikan kompleks masjid yang telah dinaiktaraf sebagai satu ruang multipurpose berpaksikan nilai nilai Islam yang mempunyai wadah memertabatkan umat Islam di Malaysia.

Apa salahnya,meniru pendekatan mubaligh kristian yang berjaya menjadikan kompleks gereja mereka supaya menjadi tumpuan orang ramai, namun tidak sampai menjadikan ia sebagai kompleks beli belah,apartment atau hotel!

Jika ruang tersebut tidak dikhaskan untuk tujuan murni , maka pembangunan tidak terkawal ke atas semua tanah wakaf di negara (implikasi kes ini menjadi precedence ke atas semua tanah wakaf lain di Malaysia) memungkinkan ruang komersil atas hartanah yang telah dimajukan dibeli atau disewakan untuk dijadikan pusat karaoke, pusat siber yang ada unsur perjudian, restoran yang menjual makanan berasaskan babi dan minuman beralkohol, spa dan rumah urut, kedai serbaguna yang menjual arak mahupun hotel yang aktivitinya diragui.

Atas amanah untuk mendirikan masjid yang diwasiatkan oleh simati iaitu Hj Abdul Wahab, wajar permohonan rayuan merobohkan masjid (Jamek Hj Abdul Wahab) oleh plaintif iaitu Majlis Ugama Pulau Pinang DITOLAK kerana Majlis tersebut (Mahkamah Kadi Besar Pulau Pinang) dibawah sub subseksyen 40(3)(b) Enakmen Undang Undang Islam Negeri Pulau Pinang 1959, seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tiada kuasa membangunkan hartanah kerana perenggan i sehingga iv su subsekyen berkenaan hanya membenarkan Majlis Ugama Pulaua Pinang membicarakan hal hal kekeluargaan sahaja.


Penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Pulaua Pinang ini jelas tidak memihak kepada plaintif iaitu Majlis Ugama Islam Pulau Pinang yang ingin membangunkan tanah wakaf yang bernilai bermilion ringgit. ( rujuk seksyen 2 dan 3 penghakiman)

Syabas kepada waris simati iaitu En Isa kerana menjuangkan hak waris waris simati, amanat si mati untuk mewakafkan hartanya ke jalan Allah (Fiisabilillah) dan hak orang Islam di Pulau Pinang. Implikasi kes ini besar kerana jika majlis ugama negeri dibenarkan berluasa membangunkan tapak tanah wakaf tanpa hadnya, maka masih adakah orang Islam yang mahu mewakafkan tanahnya?

Penghakiman mahkamah ini dipetik dari blog Ariff Omar Penghuni Gua rujuk disini

http://arifomar.blogspot.com/2009/09-sistem-keadilan-jenayah-kes-bidang_15.html