Penjelasan tentang isu Qazaf yang telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah telah diedarkan oleh Blog Ustaz Moden dan diharap saudara/i dapat menyebarkannya seluas mungkin penjelasan ini.
Memandangkan Suara keadilan edisi 19 - 26 Jan 2010 halaman 6 -7 telah menyentuh tentang isu qazaf dengan menyiarkan tajuk " Mahkamah Tinggi Syariah perlu bicara kes qazaf Saiful" maka di sini kita kita perlu menyebarkan jawapan balas terhadap artikel tersebut.
Dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.
Justeru dalam hal ini Saiful adalah mangsa dan jelas TERLIBAT dalam kes liwat ini.
Maka akta di atas tidak dapat dikenakan terhadap Saiful kerana beliau adalah mangsa liwat dan bukan pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.
Harap kerjasama tuan/puan untuk menyebarkan penjelasan ini..
............................................................................
Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?
Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:
i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².
ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf ⁴. Hukumannya ialah ta'zir⁵.
Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?
Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi⁶. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat⁷, bukannya pengadu.
Soalan 3 : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?
Jawapan : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :
i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti⁸ yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.
Firman Allah⁹, "Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik".
ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia akan dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf¹⁰.
Soalan 4 : adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?
Jawapan : Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.
Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut:
i. Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;
ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman¹¹;
iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.
Dalil kenyataan-kenyataan di atas ialah keterangan Imam Abd al-Bar. Beliau menyatakan:
Para ulama telah berijma'¹² bahawa perogol [dikenakan]¹³ keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya]¹⁴ atau dia mengakuinya¹⁵. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya¹⁶ hukuman¹⁷ dan tiada sebarang hukuman ke atasnya¹⁸ apabila terbukti bahawa dia¹⁹ memaksa dan mendesaknya²⁰ [melakukan zina tanpa kerelaannya] . [Wujudnya paksaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] meminta pertolongan dan jeritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, yang boleh diketahui melalui darahnya²¹ dan seumapanya yang boleh menerangkan keadaannya [bahawa dia dipaksa]²² ...Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf²³ di kalangan ulama bahawa [wanita] yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud²⁴ [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpamanya"
Soalan 5 : Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?
Jawapan : Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam²⁵, bukti tersebut seperti:
i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;
ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau
iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya²⁶ secara paksa.
Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.
Soalan 6 : Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan?²⁷.
Jawapan : Dalilnya iala keterangan Imam al-Baji²⁸. Beliau berkata :
"Jika kedua-dua³⁰ orang [saksi] tidak melihatnya³¹ dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan]³², tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya³³ dalam keadaan berdarah³⁴ jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda... maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] "dia tidak dikenakan [hukuman] hudud³⁵ disebabkan tuduhannya ke atasnya³⁶".
Soalan 7 : Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan³⁷, bagaimana dengan tertuduh?
Jawapan : Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut:
i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa³⁸. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat³⁹; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol⁴⁰.
ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta'zir-iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim-ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.
iii. Hukuman ta'zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak⁴¹.
[PERBICARAAN KES QAZAF MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH MALAYSIA]
Soalan 8 : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?
Jawapan : Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivi atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.
Soalan 9 : Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?
Jawapan : Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.
Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasanganya melakukan zina dengannya.
____________ _________ _________ ________
1. Iaitu pengasas Mazhab Hanafi
2. Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait: Maktabah al-Falah, hlm 75
3. Ibid
4. Humana qazaf iaah 80 kali sebatan
5. Ta'zir ialah hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, cetakan ketiga, Damsyiq : Dar al-Fikr, jld 6 hlm 18.
6. Iaitu empat orang saksi yang menyaksikan kejadian rogol atau liwat.
7. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, peliwat hanya akan dikenakan hukuman ta'zir, bukannya hukum hudud. Lihat Ibn al-Hamam, Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul wahid, Fath al-Qadir, Damsyiq : Matba'ah Mustafa al-Hilabi, Jld.5, hlm. 263
8. Contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini.
9. Surah an-Nur :4
10. Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan pada halaman berikutnya.
11. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan.
12. Ijma' ialah "persepakatan para mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w, dalam mana-mana zaman, berkenaan sesuatu hukum syarak". Lihat al-Zuhayli, wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, Jld. 1, hlm 490.
13. Perkataan dalam [ ] adalah tambahan penulis bagi menerangkan maksud asal teks.
14. Iaitu empat orang saksi yang melihat dengan jelas kejadian rogol tersebut seperti melihat pen dimasukkan ke dalam tudungnya. Apabila wujud saksi seperti ini, progol dikenakan hukuman hudud.
15. Yakni mengakui bahawa dia merogol. Pengakuan tertuduh dianggap bukti yang boleh dijatuhi hukuman hudud.
16. Iaitu tertuduh.
17. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang dituduh merogol tetap akan dihukum apabila terdapat bukti. Jika bukti yang ada adalah selain daripada empat orang saksi-akan dinyatakan selepas ini-, tertuduh dikenakan hukuman ta'zir. Dengan ini, dapat difahami, dalam kes rogol, empat orang saksi diperlukan bagi mensabitkan hukuman hudud ke atas perogol. Tetapi bagi membebaskan mangsa rogol dari hukuman qazaf, empat orang saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah bukti-bukti yang akan disebut selepas ini-yang menunjukkan berlakunya kes rogol.
18. Iaitu mangsa rogol yang mengadu kes rogol.
19. Iaitu tertuduh.
20. Iaitu pengadu.
21. Iaitu darah yang keluar dari kemaluannya akibat dirogol.
22. Keterangan Imam Abd a-Bar ini bermakna bukti-bukti yang menunjukkan seseorang pengadu dirogol, tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam teks di atas.
23. Perselisihan pandangan.
24. Samada hukuman zina atau qazaf.
25. Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto' Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini.
26. Iaitu rumah tertuduh
27. Lihat jawapan bagi Soalan 5
28. Beliau merupakan ulama dari Mazhab Maliki.
29. Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto' Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jld 4 hlm. 21.
30. Imam al-Baji menyebut 'kedua-dua saksi' kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka 'dua orang saksi' diambil sebagai contoh bagi saksi yang kurang daripada empat orang.
31. Iaitu wanita yang mendakwa dirogol.
32. Maksudnya saksi tidak memberikan sebarang keterangan yang menunjukkan kemungkinan mangsa dirogol seperti melihat mangsa dilarikan, mangsa dikasiri tertuduh dan sebagainya.
33. Iaitu pada tertuduh
34. Maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah.
35. Iaitu hukuman qazaf.
36. Iaitu tertuduh
37. Lihat jawapan bagi soalan 5.
38. Dalam menentukan kadar semasa mas kahwin hendaklah dilihat kepada status, pendidikan, tempat tinggal mangsa dan sebagainya.
39. Seperti tertuduh dilihat membawa mangsa masuk ke dalam rumanya secara paksa seperti yang dinyatakan.
40. Al-Baji (1992), op.cit, jld 4, hlm 21.
41. Zaydan, Abdul karim (1992), Usul ad-Da'wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, hlm. 293
Tulisan Panglima Perang Cyber ini disunting dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Showing posts with label mahkamah syariah. Show all posts
Showing posts with label mahkamah syariah. Show all posts
Wednesday, March 3, 2010
Thursday, September 17, 2009
tanah wakaf di Pulau Pinang
Macam macam yang berlaku diakhir zaman ini. Maklumlah Pulau Mutiara tanahnya sedikit, apa-apa yang diamanahkan oleh simati pula sanggup dikhianati hanya kerana berberhalakan RM.
Malang sekali, entiti yang diamanahkan untuk menjaga hartanah wakaf cuba meruntuhkan masjid yang dibina kerana nak mengkomersialkan hartanah tersebut.
Nasib baiklah ada waris simati En Isa memfailkan writ saman memohon injunksi supaya perkara tersebut (merobohkan masjid) tidak dapat dilaksanakan.
Jika sungguhpun isu kesempitan tanah dan nak menjana wang dan ekonomi Islam di Pulau Mutiara menjadi isu, kenapa tidak dinaiktarafkan Masjid Jamek Hj Abdul Wahab, dan pembangunan yang dibuat ke atas ruang yang lebih luas dimanfaat ke arah menjana ekonomi umat Islam yang makin hari makin terpinggir di Pulau Mutiara itu.
Pembangunan mampan yang berteraskan Islam (Sustainable development which includes socially- and in this case - religiously responsible development) perlu dijadikan wadah perjuangan oleh semua Majlis Ugama Negeri.
Apa salahnya jika ruang yang bertambah semasa masjid asal dinaiktaraf digunakan untuk disewakan kepada perusahan orang Islam yang menjalankan pusat dialisis ( buah pinggang), ruang pejabat NGO Islam yang membuat kaunselling/mentoring ke atas umat Islam yang dhaif dan bermasalah, tempat perlindungan sementara mualaf dan ibu tunggal atau mangsa dera (gereja memang melakukannya, jangan sampai ada insan malang umat Islam terpaksa berlindung disana), kelas mengajar al Quran, kelas mengajar kemahiran hidup seperti kelas jahitan, sulaman kepada golongan dhaif ( sekali lagi gereja melakukannya, dan harap jangan ada umat Islam terpinggir yang masuk ke gereja untuk mendapatkan ilmu disitu) ruang taska dan tadika Islam, kiosk ATM, kedai buku, kedai cenderahati tulisan khat dan lain lain kraftangan kesenian Islam, mini muzium Islam dan sebagainya.
Majlis ugama negeri negeri perlu berfikir " out of the box" dan menjana paradigma baru bagi menjana pendapatan tanpa merosakkan fungsi masjid yang terbina di atas tanah wakaf. Oleh itu, pendekatan yang perlu diambil adalah untuk menjadikan kompleks masjid yang telah dinaiktaraf sebagai satu ruang multipurpose berpaksikan nilai nilai Islam yang mempunyai wadah memertabatkan umat Islam di Malaysia.
Apa salahnya,meniru pendekatan mubaligh kristian yang berjaya menjadikan kompleks gereja mereka supaya menjadi tumpuan orang ramai, namun tidak sampai menjadikan ia sebagai kompleks beli belah,apartment atau hotel!
Jika ruang tersebut tidak dikhaskan untuk tujuan murni , maka pembangunan tidak terkawal ke atas semua tanah wakaf di negara (implikasi kes ini menjadi precedence ke atas semua tanah wakaf lain di Malaysia) memungkinkan ruang komersil atas hartanah yang telah dimajukan dibeli atau disewakan untuk dijadikan pusat karaoke, pusat siber yang ada unsur perjudian, restoran yang menjual makanan berasaskan babi dan minuman beralkohol, spa dan rumah urut, kedai serbaguna yang menjual arak mahupun hotel yang aktivitinya diragui.
Atas amanah untuk mendirikan masjid yang diwasiatkan oleh simati iaitu Hj Abdul Wahab, wajar permohonan rayuan merobohkan masjid (Jamek Hj Abdul Wahab) oleh plaintif iaitu Majlis Ugama Pulau Pinang DITOLAK kerana Majlis tersebut (Mahkamah Kadi Besar Pulau Pinang) dibawah sub subseksyen 40(3)(b) Enakmen Undang Undang Islam Negeri Pulau Pinang 1959, seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tiada kuasa membangunkan hartanah kerana perenggan i sehingga iv su subsekyen berkenaan hanya membenarkan Majlis Ugama Pulaua Pinang membicarakan hal hal kekeluargaan sahaja.
Penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Pulaua Pinang ini jelas tidak memihak kepada plaintif iaitu Majlis Ugama Islam Pulau Pinang yang ingin membangunkan tanah wakaf yang bernilai bermilion ringgit. ( rujuk seksyen 2 dan 3 penghakiman)
Syabas kepada waris simati iaitu En Isa kerana menjuangkan hak waris waris simati, amanat si mati untuk mewakafkan hartanya ke jalan Allah (Fiisabilillah) dan hak orang Islam di Pulau Pinang. Implikasi kes ini besar kerana jika majlis ugama negeri dibenarkan berluasa membangunkan tapak tanah wakaf tanpa hadnya, maka masih adakah orang Islam yang mahu mewakafkan tanahnya?
Penghakiman mahkamah ini dipetik dari blog Ariff Omar Penghuni Gua rujuk disini
http://arifomar.blogspot.com/2009/09-sistem-keadilan-jenayah-kes-bidang_15.html

Subscribe to:
Posts (Atom)