Showing posts with label munafik. Show all posts
Showing posts with label munafik. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

sifat munafik ....bahagian 2

Maaf, ada beberapa perkara yang perlu perhatian saya lewat ini, dan beberapa peristiwa yang menarik perhatian saya untuk diulas

Oleh itu sifat sifat munafik tersebut saya letakkan ke back burner sehinggalah saya ada kesempatan untuk menulisnya malam ini

Berikut adalah sifat munafik dari 26 sehingga 50

26 -memakan harta anak yatim
27-duduk bercampur dengan orang yang memperolokkan ayat al Quran
28-mengambil tanah orang tanpa hak
29-merasa aman dari murka Allah bila berbuat dosa
30-membuka rahsia/aib orang lain
31-memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai
32-menghalang orang dari mengamalkan ugama Islam
33-suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang
34-bermuka-muka/pura pura
35-menyanjung dan membodek orang tanpa mengetahui perkara sebenar
36-sombong sesama manusia
37-berbantah dan bertengkar sesama Islam
38-melampaui batas
39-berputus asa dalam hidup
40-membazir nikmat Allah
41-keluh kesah bila ditimpa musibah
42-mengkhianati amanah
43-memutuskan siratul rahim
44-memecahbelahkan perpaduan sesama Islam
45-menghalalkan perkara yang haram
46-membuat kerosakan pada muka bumi
47-menduh orang yang beriman bodoh
48-mengubah dan salahuna ayat Quran
49-bersumpah dengan nama lain selain Allah
50-merasa gembira bila musibah menimpa umat Islam

p/s Bersumpah dengan Iman (bermakna percaya /beriman kepada Allah, Malaikat,Nabi, Al Quran, Qadar dan Qadar...-itu adalah sebahagian dari rukun iman)

Monday, January 18, 2010

senarai semak ciri ciri orang munafik

Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengingatkan sesama kita tentang cubaan yang akan kita tempuhi bagi mencapai tahap insan kamil.



Dalam perjalanan kerohanian seseorang yang membersihkan dirinya dari dosa akan cuba sedaya upaya untuk mendapat



1-sebanyak mungkin ilmu ugama

2-membuat sebanyak mungkin taubat

3-mengurangkan segala halngan syaitan, nafsu, kecintaan dunia dan manusia

4-menangani godaan musibah,taqdir dan buruk sangka

5-mempunyai pendorong dalaman dan luaran/persekitaran

6-mengurangi perosak iman seperti ujub dan riak

7-memanjat sebanyak mungkin puji dan syukur ke hadrat Allah



Untuk tujuan itu juga dari masa ke semasa kita digalakkan untuk membuat senarai semak sifat sifat munafik yang masih bertapak dalam diri kita.



50 sifat munafik tersebut adalah seperti berikut



1-malas ibadah kepada Allah

2-lupa kepada Allah

3-melalaikan solat fardhu

4-mempercepatkan rukun solat

5-gemar meninggalkan solat jumaat

6-melakukan dosa secara sembunyi

7-menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

9-menyembunyikan ilmu pengetahuan

10-mengamal riyak

11-hasad dengki

12-dusta

13-mungkir janji

14-bakhil

15-fitnah

16-mencaci/memaki

17-mengumpat

18-mengungkit pemberian

19-menginkari takdir Allah

20-mempersendakan kesucian ugama

21-enggan berjihad ke jalan Allah

22-menghina para sahabat Rasulullah

23-menyembunyikan persaksian

24-menangguhkan pembayaran hutang

25-menipu dalam jual beli



malam ini bila membaca jangan lupa buat senarai semak kerana dalam senarai 1-25, kita telah gagal untuk dapat markah penuh.



26-50 akan saya akan sambung lagi esok

Saturday, January 16, 2010

50 tanda anda seorang munafik

Assalamualaikum,

Di akhir zaman ini terlalu banyak fitnah yang melanda umat Islam.

Saya baru balik dari mengikuti kursus Rahsia Alam Diri aka Agenda Akhir Zaman. Bagaimanapun kursus tersebut memakan masa 2 hari, iaitu hari ini dan esok.
Seperti yang dijanjikan dulu saya akan cuba berkongsi maklumat dengan pembaca.
Munafik pulak adalah sifat yang berpura pura menjalani atau menghayati rukun Islam dan rukun Iman.
Saya akan masukkan senarai semak ini kelak dan sama sama kita menilai diri sendiri dulu sebelum menuduh orang lain.
Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini kita akan menjadi ummah yang lebih baik dan mantap keimanannya terhadap Allah, ugama Islam, kitab Al Quran......
bersambung.............

Sunday, August 16, 2009

tanda orang munafik bila berjanji tidak tepati


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama yang baik. Al Fatehah kepada Allahyarham Ustaz Asri


Assalamualaikum,

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim.

Sudah agak lama ABG tidak menulis, dan ABG mohon maaf sebab lewat ini sibuk dengan beberapa assignment dan hal peribadi.

Alhamdulillah, Allah telah memberikan rezeki kepada ABG berupa ilmu dan kelapangan masa untuk mengikuti majlis ilmu, yang mana ABG cuba untuk kongsikan dengan pembaca sekelian. Majlis ilmu ini telah diadakan di dua tempat yang berasingan dan alhamdulillah ABG dapat meluangkan masa untuk mengikuti majlis ilmu ini dari seorang ustaz yang sama.

Untuk makluman jua, majlis ilmu ini di host 2 orang professor dari dua buah universiti di Lembah Klang, yang zuhud dan tawaduk. Mereka walaupun mempunyai PhD dalam bidang masing masing serta mendapat anugerah akademik atas research yang dijalankan masih sudi meluangkan masa dan ikhlas menghulurkan wang ringgit untuk sponsor majlis ilmu sebegini.


Catatan dari majlis ilmu:-

Sejarah wujudnya orang munafik

Dizaman Rasulullah, baru wujudnya orang munafik. Sebelum itu, hanya ada 2 golongan manusia iaitu golongan beriman dan golongan kafir.

Orang munafik diketuai oleh Abdullah bin Ubai, iaitu seorang Yahudi di Yathrib (Madinah). Bersama 4 orang rakan lagi mereka berpakat untuk menakluki Yathrib dan mengangkat Abdullai Bin Ubai sebagai raja di sana.

Bagaimanapun sepandai mana manusia merancang, Allah jua yang menentukan. Ditakdirkan, Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Madinah dan seterusnya adalah sejarah pengembangan ugama dan tamaddun Islam di Madinah Munawarah, dan akhirnya ke seluruh dunia.

Abdullah bin Ubai tidak berputus asa dan sebaliknya berpura pura masuk Islam dan menyebelahi Rasulullah. Bagaimanapun, orang munafik tidak ikhlas beriman kepada Allah dan Rasulnya. Tujuannya orang munafik ialah merosakkan Islam dari dalam.


Tanda orang munafik

Tanda orang munafik ada 3 iaitu

i- Bila bercakap - berbohong

ii- Bila berjanji - mungkir janji

iii. Bila diberi amanat- berlaku khianat


Disini, ada beberapa jemaah yang menanyakan ustaz yang mengajar mengenai keadaan politik semasa ditanah air.

Menurut ustaz, bahawa adalah lebih selamat jika berjanji tepati janji dan jika tidak dapat menepati janji jangan berjanji.
Selain itu, bila bercakap atau berdakwah, pastikan nasihat tersebut diamalkan dulu oleh yang bercakap/pendakwah berkenaan.

Contohnya Rasulullah, bila ditanya mengenai buruk baiknya memakan gula, baginda telah menyuruh seorang sahabat menunggu 3 hari. Selepas 3 hari barulah baginda memaklumkan bahawa memakan gula banyak keburukan. Baginda menunguu 3 hari untuk memaklumkan kepada sahabat baginda kerana baginda amat menjaga adab dan budi pekerti diri sendiri. (sebenarnya dalam masa 3 hari tersebut, baginda memutuskan semua makanan yang mengandungi gula. Selepas 3 hari barulah baginda mahu bersabda mengenai buruk baiknya memakan gula. Begitulah murninya budi pekerti baginda Rasulullah)


Allah telah berkata dalam surah Al Baqarah Ayat 13, jangan membuat kerosakan di muka bumi ini. Sebaliknya hiasilah bumi ini dengan adab yang mulia.


Selain baginda Rasulullah dalam kesah di atas, contoh paling mudah disekeliling kita yang boleh di ambil masakini adalah mengambil contoh budi pekerti mulia seorang pendakwah yang juga penyanyi Nasyid yang baru dipanggil ke rahmatullah iaitu Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Walaupun beliau seorang yang terkenal, beliau amat berhemah, sentiasa menjaga tingkah laku, lembut budi pekerti dan tidak pernah berjanji jika tak dapat tepati janji jika telah ada temujanji lain.(Kebetulan pula allahyarham Ustaz Asri satu sekolah ugama dengan ustaz yang berdakwah di majlis majlis ilmu ini.)

Selain itu, untuk mengetahui agenda rahsia Yahudi, banyakkanlah membaca Surah Al Anfal dan Surah At Taubah. Semoga dengan membaca surah surah tersebut. Allah turunkan petunjuk bagaimana untuk menangani agenda Yahudi dan golongan munafik ini. Amen.

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya jua. Wassalam.