Thursday, December 19, 2013

# Banjir- Selangor batal projek tebatan banjir 745 juta dan buat persediaan banjir sebanyak 16.17 juta saja?

Selangor umumkan membatalkan projek banjir RM 745 juta di 745-juta-untuk-projek-tebatan-banjir dan di laporan Sinar Harian selangor-kl/batal-projek-tebatan-banjir
 
 
Projek Canal city atau tebatan banjir dirancang semasa Kerajaan Barisan Nasional dan berharga 745 juta melibatkan 1,960 hektar . Ia termasuklah projek tebatan banjir sepanjang 18 km terowong yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat. Projek ini bernilai RM745 juta. Sebagai balasannya, kerajaan negeri terdahulu memberikan pemajunya, K-Euro hak untuk memajukan 1,960 hektar tanah.  Jadi terdapat 2 elemen dalam Projek Canal City iaitu projek tebatan banjir dan projek memajukan hartanah.
 
Laporan Sinar Harian 1 Mei 2013 menunjukkan transaksi hartanah yang mencurigakan selepas DUN Selangor dibubarkan;
 

"SHAH ALAM - Kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan urus niaga penjualan tanah tebatan banjir bernilai RM1.3 bilion yang berlaku pada 15 April lalu.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Sri Mohd Zin Mohamed berkata, berdasarkan maklumat, urus niaga itu berlaku antara anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Dijaya Corporation Berhad (Dijaya) selepas Dun dibubarkan.

Menurutnya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini cuba menafikan urus niaga itu dan menyatakan ia masih di peringkat semakan.

“Namun, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omas mengesahkan bahawa berlakunya urus niaga penjualan tanah tebatan banjir kepada Dijaya.

Mengapa urus niaga itu dilaksanakan tergesa-gesa selepas Dun dibubarkan dan tidak tunggu selepas pilihanraya? Bukankah ketika ia berlaku kerajaan negeri di bawah kerajaan sementara yang sepatutnya tidak boleh buat keputusan seperti itu,” katanya ketika sidang media di Bangunan Umno, di sini semalam"-Sinar Harian ; Selangor Batal Projek Tebatan Banjir , 1 Mei 2013

 
Peliknya Selangor umumkan penjualan tanah yang telah di kenalpasti untuk projek tebatan banjir kepada Dijaya selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan?. Harga Transaksi ialah RM 1.3 billion. Soalan cepumas untuk Kerajaan Ngeri Selangor-sah ker transaksi selepas DUN dibubarkan ??
 
Hari ni setelah banjir teruk di Pantai Timur, Selangor back track dan  umumkan projek persediaan menghadapi banjir  sebanyak RM 16.17 juta rujuk di Selangor kini. Soalan saya ke mana perginya wang Kerajaan pusat sebanyak RM 745 juta?  Atau ke mana perginya wang transaksi jualan tanah sebanyak RM 1.3 Billion bagi 1,960 hektar tanah tersebut?
 

 
Alahai takkan bagi projek tebatan banjir dan persediaan menghadapi banjir yang sebegitu penting bagi penduduk Selangor berharga 16.17  juta sahaja? P.S ada beda antara tebatan banjir dan persedian menghadapi banjir yer.....pi research ler.

Teringat pepatah kata Bahasa Inggeris-"you pay peanuts you get monkeys" (as your state legislators)

Monday, December 9, 2013

# Banjir- Tengku Puan Pahang memasak untuk mangsa banjir di Kuantan, Pahang


Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang mencemar duli menolong mangsa banjir.

Gambar dan video adalah candid jadi semua komen tak ditapis.

Sungguh bagai dikata ADAB dan BUDI itu diWARISI dari keluarga yang baik baik. Nak memilih pemimpin perlulah lihat asal wal asal keturunan jua.

Dirgahayu Tuanku!





Saturday, December 7, 2013

# Banjir- sebutir permata dari istana Pahang@Instagram Tengku Puan Pahang

Musibah datang membawa hikmah-Di kala kesusahan ini rakyat dapat melihat siapa yang benar -benar membantu. Di tengah banjir tersebut Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Maimunah Ibni Al Marhum Sultan Iskandar (Johor) sanggup mencemar duli membantu membantu mangsa banjir.

Sikap merendah diri baginda dan membantu memasak makanan buat mangsa banjir di dapur sangat sangat disenangi rakyat baginda.


Setelah penat membantu Tengku Puan Pahang, duduk makan. Tiada pembantu istana, tiada dedayang untuk membantu. Lihat komen semua rakyat terhadap Tengku Puan Pahang:-
 
 
 
 
 


Semua gambar gambar baginda diambil secara candid dan bukan ber "posing" sakan seperti setengah ahli politik yang baru baru ini berdrama di Parliament.

Teguran ikhlas saya kepada 2 ahli politik di bawah:-



Fuziah Salleh MP Kuantan- Janganlah berposing tapi bantulah seperti Tengku Puan Pahang. Anak Raja sendiri turun ke dapur, awak datang hanya duduk duduk sahaja.

Kepada Ibdillah Ketua BMB-di mana foto instagram awak menolong mangsa banjir? Jangan cakap berkokok kokok satu kerja pon tak buat!

Betul komen seorang pembaca-nampaknya golongan istana lebih mulia dan kemulian mereka ditonjolkan dengan keperibadian yang baik , sentiasa membantu dan perihatin dengan kesusahan rakyat.

Friday, December 6, 2013

Thursday, December 5, 2013

# Banjir- Pengurusan Krisis vs Idli, Idle dan ahli politik yang sewaktu dengannya......


Idli makanan India yang dibuat dari tepung beras masam yang dicicah dengan susu masam

Cerita ni sedap didengar sambil kunyah  Idli di kedai mamak. Idli adalah makanan dari tepung beras yang dicampor dengan susu masam untuk menguatkan rasa masamnya.
 
Idle pula mengikut kamus Oxford:-
 

idle

Pronunciation: /ˈʌɪd(ə)l/

adjective (idler, idlest)

  • 1(of a person) avoiding work; lazy:idle students
  • (of a person) not working; unemployed: 10.3 per cent of the workforce is now idle
  • (especially of a machine or factory) not active or in use:the mill has been standing idle for eight years
  • [attributive] (of time) characterized by inaction or absence of significant activity:at no time in the day must there be an idle moment

  • 2without purpose or effect; pointless:he did not want to waste valuable time in idle chatter
  • (especially of a threat or boast) without foundation:I knew Ellen did not make idle threats
  • 3(of money) held in cash or in accounts paying no interest.

verb

  • 1 [no object] spend time doing nothing:four men were idling outside the shop [with object]:we idled the afternoon away
  • [no object, with adverbial of direction] move aimlessly or lazily:Robert idled along the pavement
  • [with object] North American take out of use or employment:he will close the newspaper, idling 2,200 workers

 
Seorang ahli politik yang bunyi namanya seakan akan  "Idli" dan "Idle"  telah menaikkan kemarahan  para blogger dengan mengatakan blogger memerluan imbuhan untuk bertindak.......
 
Siapakah si Idli yang dah jadi Idle itu???

 
 
Saya dengar banyak blogger merajuk sebab mulut Idli tak dapat ditutup.
 
Malam ini dari gambar satelit hujan akan mencurah lagi di Pantai Timur dan Malaysia Timur. Mulut blogger kena senyap .....jom kita lihat gambar dari SATELIT dan bukan Instagram yer
 
 
Apakah penerangan ini secara instagram sahaja  akan dapat menenangkan hati rakyat  yang sedang kegelisahan kerana banjir? Tunggu jawapan sambil makan Idli dan kita Idle (tak buat kerja)
 
 
 
 

# Banjir- Mana Pengurusan Krisis Fuziah MP Kuantan?

Kedudukan georafi Kuantan dan Kemaman sangat berdekatan. Bila hujan melimpah maka kedua dua tempat rendah dan mempunyai kuala sungai ini akan banjir. Kejadian banjir menjadi lebih buruk bila fenomena alam iaitu  paras air laut naik dan menyebabkan air tertolak ke dalam sungai. Ini menyebabkan  limpahan air dari darat tidak dapat mengalir ke laut. Limpahan air yang sangat cepat dari hujan lebat dan limpahan air laut pasang  ini menyebabkan kawasan yang rendah atau sama aras dengan aras laut mengalami banjir . Sebab itulah kedua dua tenpat banjir serentak.

 
Menyedari keadaan fenomena banjir yang sering terjadi di Malaysia maka Majlis Keselamatan Negara telah pon menyediakan SOP bagi menghadapi keadaan banjir.
 
Amat malang sekali bila MP yang dilantik rakyat tidak memahami keadaan ini dan cuba menyalahkan pihak lain atau menyalahkan takdir Illahi dalam hal ini.

Dari carian dokumen pdf Majlis Keselamatan Negara dan Tatacara menghadapi banjir didapati  SOP simple seperti ini:-

1- Jabatan Meteorologi akan mengumumkan kemungkinan berlaku hujan lebat dan amaran banjir akan digerakkan

2- Jabatan Parit, Tali air dan Saliran akan memantau aras sungai. Bila sudah mencecah paras bahaya-zon kuning maka persediaan EVAKUASI akan dibuat

3- Evakuasi banjir akan dilakukan oleh JPA3 (Jabatan Pertahanan Awam), Tentera,Bomba dan Penyelamat, Polis Marin dan dibantu oleh PBT(Majlis [Perbandaran Kuantan dan Majlis Perbandaran Kemaman)  yang mengenalpasti kawasan selamat seperti sekolah, masjid dan bangunan awam lain yang boleh dijadikan tempat tinggal sementara;pihak hospital pula akan menatau kejadian cirit birit dan thypoid yang sentiasa meningkat di musim banjir.

4- Kesemua perbelanjaan menyelamat dan evakuasi , penempatan sementara, makanan, perubatan, selimut ,pakaian  dan perbelanjaan kakitangan  telah disiapkan Kerajaan Negeri Pahang dan berjumlah RM 1.2 million seperti petikan Yahoo News di bawah:-

The media reported that the relevant agencies were fully prepared for the flood.

On November 15, state secretary Datuk Seri Muhammad Safian Ismail said the Pahang government was ready to face the flood, which was expected at the end of November.

According to him, 579 evacuation centres were identified, and 60% of these were school buildings. Basic necessities such as food would be stored at 73 centres from November 18, spending an allocation of RM1.2 million.

"Six thousand helpers from 14 departments and agencies are involved directly to render assistance to the flood victims," said Safian.

Despite this, the first day of the flood in Kuantan caused utter chaos, and social media such as Facebook and Twitter capitalised on the flood


 P/S maknanya MP tak perlu bising tak dapat buat kerja kerana tak der dana dan bising  nak kutip derma sebab bantuan wang dan disediakan untuk One Off operation semasa banjir ni.
 
Hayati al kesah  cerita Tales Of Two Members Of Parliament dan bandingkan cara mereka bertindak semasa krisis. Pesan saya lain kali jangan ambil  MP suka berdrama sebab banjir pon nak di capitalised di Parlimen (meminjam kata kata Yahoo News)
 
 
Shaberi Cheek MP Kemaman  tak ke Parlimen kerana  melakukan kerja kerja menyelamat dengan anggota Bomba , Tentera dan Polis.

Fuziah  MP Kuantan berdrama di Parlimen, walaupon penerangan dah diberikan Shahidan Kassim dan Speaker Dewan Rakyat. Saya nak tanya di manakan PENGURUSAN KRISIS Fuziah MP Kuantan  selain stage drama hebat minggu ini di Parlimen? Memang betul kata Bung Mukhtar..."lebih baik awak  balik dan tolong orang Kuantan"



 
 
atau Rujuk di link  sini http://youtu.be/rw1HDB_pNf4
 
 
 


 
 
 

Saturday, November 23, 2013

Dr Asri dedahkan Nik Aziz Wahhabi

Heboh bila Dr Asri Zainal Abidin (MAZA) dikenapasti sebagai penganut  ugama Wahhabi oleh Datuk Mufti Negeri Kedah.
 
Dalam mempertahankan dirinya, MAZA pula menunding jari bahawa Nik Aziz Mantan MB Kelantan (PAS) adalah seorang  Wahhabi. Saya syorkan lebih ramai Wahhabi didedahkan tanpa mengira warna party politik bagi mengelakkan kesesatan di kalangan orang awam.
 
Saksikan screen shot di bawah di mana Dr Asri mendedahkan kewahabian Nik Aziz (perenggan kedua akhir)

 
 
MAZA tuduh Nik Aziz Wahhabi. Artikel penuh MAZA di MINDA TADJID
 
 
Wahhabi adalah fikrah sesat yang di perkenalkan oleh Ibn Tamiyyah dan diistihar sebagai SESAT oleh JAKIM dan beberapa negeri  di Malaysia (kecuali Kelantan yang mengatakan Wahhabi tak sesat dalam portal rasmi MAIK)
 
Berikut adalah kenyataan rasmi  JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN &  JAKIM mengenai Wahhabi.

KERAJAAN MALAYSIA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH BERDASARKAN:

1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,

2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,

3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,

4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,

5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,

6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,

7- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,

8- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-20 PADA TAHUN 2002,

9- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.

KESEMUA KEPUTUSAN ADALAH MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH KERANA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

SUMBER DARI:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

DAN

JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS)




 
 
 
 
 
 

Friday, November 15, 2013

Isu Comango- taklimat pasca UPR oleh saudara Azril Mohd Amin

Taklimat Pasca UPR


Apa itu COMANGO dan apa pembentangan yang dibuat oleh Saudara Azril Ketua DelegasiMuslim PrO di Geneva
 
Tarikh pembentangan malam ini 15 Nov
Tempat Auditorium Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya
Masa 8.30 malam

 

Monday, November 4, 2013

Biarlah AMANAT Ustaz Azizan pada Mukhriz dapat ditunaikan

Sewaktu Mukhriz Mahathir melawat Ustaz Azizan yang sedang sakit di hospital, Allahyarham Ustaz seakan mengetahui masanya hampir tiba. Ustaz Azizan bisikkan dengan perlahan kepada Mukhriz Mahathir yang baru menjawat jawatan Menteri Besar baru Kedah supaya diselesaikan masalah KUIN dan menjaga Kedah dengan baik.

Apakah pesan seorang ulama Islam ASWJ kepada MB baru yang juga Islam ASWJ agaknya? Kesah sedeh begaimana beliau dipinggirkan sendiri oleh puak PAS yang gilakan pangkat telah diceritakan sendiri oleh Sanusi Setiausaha Politik beliau dan pernah disiarkan dalam artikel terdahulu blog ini.

Apapon hari ini Mukhriz Mahathir sekali lagi mengulangi janji akan menunaikan AMANAH Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Berilah peluang kepada beliau dan Dr Suhaimi untuk berkhidmat kepada rakyat Sg Limau.



Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Dr Mahathir berkata pesanan bekas Menteri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak kepadanya supaya menjaga Kedah sebaik mungkin, akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

"Apabila saya berjalan di merata tempat di DUN Sungai Limau dan berjumpa ramai rakyat yang ada banyak isu berbangkit seperti rumah perlu dibaiki, surau, jalan yang berlopak, maka saya teringat pesanan Allahyaram Tan Sri Azizan, bekas menteri besar dan bekas Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau).

“Beliau pesan kepada saya supaya jaga Kedah baik-baik. Dengan saranan itu maka saya sudah anggap tanggungjawab paling penting sebagai Menteri Besar dan dibantu rakan-rakan Exco untuk selesaikan masalah rakyat satu persatu dalam masa singkat," katanya di Yan.

Katanya bantuan dan sokongan daripada kerajaan Persekutuan membantu beliau untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin.

Mukhriz berkata adalah menjadi harapannya supaya pengundi di DUN Sungai Limau memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) kerana apabila penduduk kawasan itu memilih wakil rakyat daripada BN, ia adalah daripada parti yang sama seperti parti memerintah Kedah dan juga di peringkat Persekutuan.

"Saya yakin semua permasalahan yang mungkin timbul di DUN Sungai Limau akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Apabila tuan puan (pengundi) pilih seorang wakil daripada kalangan BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, yakinlah di belakang beliau adalah saya untuk pastikan sebarang isu berbangkit diberi perhatian sewajarnya.

"Apabila tuan puan (pengundi) pergi pusat mengundi esok bolehlah sekiranya beri peluang kepada kami tunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan yang memegang amanah sebaik mungkin," kata Mukhriz (gambar).

Pada PRK DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi ditentang calon PAS Mohd Azam Abd Samat.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Allahyarham Azizan, daripada PAS, pada 26 Sept lepas. Azizan menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 1995. - Bernama, November 3, 2013.

Saturday, November 2, 2013

sudah 2 kali Hadi Awang kena tipu dengan puak Anwarinas dalam PAS

Sudah 2 kali Haji Hadi Awang ditipu oleh puak PAS sendiri.
 
Kali pertama kena tipu bila  puak Anwarinas dalam PAS dan Harakah menyiarkan gambar Hadi Awang yang dikatakan  lebih suka jadi nelayan bila isu siapa lebih layak jadi PM di kalangan pemimpin Pakatan dimainkan




Kali kedua bila Program Tok Guru Turun ke Bendang ...sekali lagi Hadi Awang dimalukan oleh puak Anwarinas dalam PAS



Kawan saya orang bendang dan engineer pencen tunjukkan keadaan Tanah yang sesuai untuk menanam anak padi . Beneh anak padi tersebut bukan ditabur atas air tapi di tanam elok -elok dalam tanah yang airnya paras buku lali.


           "Ayark  kena paraih buku lali" -gambar kredit Tuan engineer (pencen)  Fuad Omar

Nampaknya program Tok Guru Turun Ke Bendang dah jadi Tok Guru Tabur makanan ikan.......bolehkah kita percaya PAS bila orang penting dalam PAS boleh dipermainkan puak Anwarinas ni?

Friday, November 1, 2013

Pesan Syeikh Zainul Asri @ umat Islam @ Sungai Limau

Di kalangan ulama yang murshid dan kasyaf dikatakan Pulau Pinang bakal tenggelam sebelum hari kiamat. Perkara ini bukan sahaja didedahkan oleh Syeikh Zainul Asri tapi oleh ulama lain. Bagai diatur Allah, semalam di masjid Jelutong Pulau Pinang berlangsung syarah Syeikh Zainul Asri. dan berikut adalah intipati syarahnya yang bertajuk Umat Islam Akhir Zaman
 

 
Menurut beliau bukan sahaja factor geografi yang menyebabkan Pulau Pinang mudah tenggelam atau dilanda Tsunami (tsunami dari Acheh hanya memerlukan 1 jam untuk saapai ke Pulau Pinang) namun sebahagian dari Pulau Pinang terutama Tanah yang ditebus semula berada di bawah paras laut. Selain itu Syeikh Zainul Asri mengatakan bahawa di Pulau Pinang ugama Islam terpinggir. Tenaga dzikir orang Islam kurang  untuk menghalang bencana.

Perkara bumi yang berkah dengan doa para wali dan ulama memang dititikberatkan malah menjadi amalan para Pemerintah memuliakan para wali untuk memberkahi tanah jajahan mereka. Rujuk artikel saya terdahulu dalam Minyak di Brunei dan Tongkat Tok Paloh. Malah saya pernah ketengahkan dalam artikel terdahulu bahawa bagi menghalang bencana ustaz saya yang mengkaji Al Quran pernah  berpesan kepada kami bahawa dalam sesebuah negeri perlu ada 10 percent populasi rakyatnya yang hidup dengan cara abid supaya bumi tersebut BERKAH dan aman dari bencana.
 
 
Pulau Pinang bukan sebuah negeri yang berkah. Sebenarnya Pulau Pinang dikatakan telah dirancang British menjadi pusat penyebaran Freemason. Memang terdapat Lodge Freemason di Pulau Pinang. Dengan pertukaran  kepimpinan dari Kerajaan yang kafir Zimmi Gerakan yang maseh menghormati ugama Islam kepada Kafir harbi yang merosakkan umat Islam dengan polisinya yang condong kepada Kristianisasi, ia mempercepatkan lagi objektif British menjadikan Pulau Pinang Pusat penyebaran Freemason. Seperti dimaklumkan Syeikh Zainul Asri, Pulau Pinang memang telah ada dalam perancangan ad dajjal di akhir zaman minit  rujuk 40 dan 42:10. 
 
Malah bukan secara kebetulan Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang adalah salah seorang ahli keluarga Illuminati .......Terjemahan kasar dari artikel asal berbahasa Inggeris yang saya ambil rujukan di bawah "Ada 13 keluarga yang membawa bloodline Illuminati , dan salah satu darinya ialah keluarga Li. Di Malaysia panggilan Li di tukar kepada Lim seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dan di Singapura Lee. Ramai yang tak tahu Lee Kuan Yeu serta Lim Kit Siang adalah sepupu".

"  Ever since its formation, DAP has one member who happens to be a relative of PAP leader Lee Kuan Yew. His name is Lim Kit Siang, and in the early years when Lee Kuan Yew was studying in a High School in Batu Pahat, Lim Kit Siang was also schooling there and stayed with Lee Kuan Yew and his family (the historical fact about Lew Kuan Yew’s stay in Johore has been deleted from Singapore texts. So don’t bother yourself seeking verification. If you need corroborative evidence, ask the old folks at Batu Pahat).

I guess you can already guess where I am going with this. Yes, Lee Kuan Yew and Lim Kit Siang are related or at least as close as a relatives as can be. It’s already known in public that Lee Kuan Yew was   Lim Kit Siang‘s mentor  "
Afterdarkwrites-chapter-9-three-stooges. Lagi dari artikel tersebut:
 
"There are currently 13 families bloodlines of the Illuminati namely;
1. Astor,
2. Bundy,
3. Collins,
4. DuPont,
5. Freeman,
6. Kennedy,
7. Li,

8. Onassis,
9. Reynolds,
10. Rockefeller,
11. Rothschild,
12. Russell, and finally
13. Van Duyn Bloodline"   rujukan penuh diambil dari sumber  afterdarkwrites.blogspot.com/2012/03/chapter-9-three-stooges. dan http://www.thewatcherfiles.com/bloodlines/li.htm
 
Syeikh Zainul Asri juga memaklumkan bahawa buat waktu ini pemerintahan Ad Dajjal dah berpindah dari Britain ke Amerika Syarikat. Pemusnahan umat Islam dijalankan oleh Amerika sekarang sejak peristiwa 9/11 -rujuk minit 50:10...
 
Komen pribadi saya - kita perlu  ingat kembali party mana yg terima DANA dari AMERIKA semasa PRU13? Dan agenda ad dajjal rujuk  dajjal-illuminati-freemason.....

Dalam syarahnya semalam, Syeikh Zainul Asri juga menerangkan bahawa sejak tahun 2010 peralihan pemerintahan ad dajjal  dr Amerika kepada Israel ...makna Yahudi akan memerintah dunia, nauzubillah
 
Rujuk Regime Change PRU13 dan kenapa Amerika Syarikat beriya riya membiayai dana Pakatan semasa PRU 13
 
 
Para 3 diterjemah ; Amerika Syarikat melihat Pemimpin UMNO yang memerintah Malaysia sebagai DEGIL dan mereka membiayai Pemimpin Pakatan  melalui NED dengan harapan PAKATAN akan berkuasa dan menjalankan agenda Amerika.


Kembali kepada situasi dalam Negara, dalam demam PRK Sungai Limau, kenapa DAP beriya berkempen di Sungai Limau Kedah?
 
Kenapa DAP beriya riya nak ketuai kempen di Sungai Limau? Ke manakah saluran maklumat yang diintip Amerika disalurkan untuk memastikan kepimpinan yang Amerika sukai memenangi PRU dan PRK? Jelas Pakatan , terutama DAP dan PKR menjadi jagoan dan tunggangan Amerika. Di mana letaknya PAS sebuah party yg menjenamakan dia Islam dalam hal ini? Mahukah kita umat Islam menyokong party PAS yang terang terangan membantu agenda musuh Islam?

 Amerika Syarikat mengintip dari kedutataan di Kuala Lumpur...untuk siapa?
 
 
 
Jadi kita fahamlah sekarang kenapa DAP dan PKR beriya riya menolong PAS di Sungai Limau. Satu undi kepada komponen Pakatan (PAS) adalah satu langkah ke belakang umat Islam kerana telah merosakkan kedaulatan Islam dan pemerintahan Islam  di Malaysia.
 
Pesan Syeikh Zainul Asri lagi , di akhir zaman nanti hanya tenaga NUR yang terbit dari hati mereka yang hafaz 10 ayat pertama Surah Al Kahfi dan 10 ayat terakhir Surah Al Kahfi  sahaja yang dapat membezakan Ad Dajjal , yang buruk dan jahat akan kelihatan baik sementara yang baik akan kelihatan biasa biasa sahaja.
 
 
Pesan saya kepada pengundi Sungai Limau-jangan lupa baca Surah Al Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir dari Surah Al Kahfi  di hari Jumaat ini. Semoga pengundi DUN Sungai Limau dapat mengundi dengan baik dan mengutamakan  mempertahankan kedaulatan  Islam di Malaysia.
 

Friday, October 25, 2013

Kala memilih pemimpin

SELAIN SIFAT2 YANG WAJIB DIMILIKI SEORANG PEMIMPIN, ADA PULA SIFAT DAN PERILAKU YANG DIPANTANGKAN BAGINYA. ORANG TUA2 MENGATAKAN, "SIFAT ELOK SAMA DIPEGANG, SIFAT BURUK SAMA DIPANTANG"; ATAU DIKATAKAN,"ELOK DIPEGANG BURUK DIBUANG".

SIFAT2 YANG DIPANTANGKAN INI IALAH SEMUA SIFAT BURUK YANG BERTENTANGAN DENGAN NILAI2 AGAMA ISLAM, ADAT ISTIADAT SERTA NORMA SOSIAL MASYARAKATNYA. ORANG TUA2 MENGATAKAN, "SIFAT YANG PANTANG, IALAH SIFAT SALAH BERSERTA SUMBANG, SIFAT TAK MENURUTI SYARAK DAN UNDANG, SIFAT MELAWAN ADAT TERBENTANG, SIFAT MENUJU KEBENCIAN ORANG, SIFAT MEMBINASAKAN MUKA BELAKANG". DALAM UNGKAPAN DISEBUT:

BERIMAN DI MULUT, HATI BERLUMUT
BERIMAN DI LIDAH, HATI MENYALAH.

LIDAH BERCABANG, LANGKAH MENYILANG
CAKAP BERLECOH, PERANGAI TAK SENONOH.

TAMAK HARTA, MABUK DUNIA
LOBA PANGKAT, LUPA AKHIRAT
KEMARUK PUJI, LUPA DIRI.

KE TENGAH MEMFITNAH, KE TEPI MENDENGKI
KE LAUT MENGHASUT, KE DARAT MENGUMPAT
KE HULU MENIPU, KE HILIR MENYINDIR
KE ATAS MENGAMPU, KE BAWAH MELAPAH
KE GUNUNG MENYOMBONG, KE LURAH MENISTA.

BERKAWAN DENGAN SETAN, BERGURU PADA NAFSU
BERAJA PADA SELERA, BERSAHABAT PADA MAKSIAT.

BERLABUH PADA YANG TAK SENONOH
BERHENTI PADA YANG KEJI.

BERGANTUNG PADA YANG SERONG
BERPIJAK PADA YANG MEROSAK
BERSANDAR PADA YANG INGKAR
BERUMAH PADA YANG SALAH

ANIAYA KEPADA SAUDARA
KHIANAT KEPAAAAADA SAHABAT
IRI KE ANAK ISTERI
MUAK KE ORNG BANYAK
DERHAKA KE ORANG TUA
MENGHINA PADA YANG MUDA
MENCERCA SAMA SEBAYA

BEKERJA MALAS, MEMIMPIN CULAS
BERSUSAH MALU, BERPAHIT TAK MAU.

BERBUAL MENJUAL, MENOLONG SOMBONG
BERJALAN MELENDAN, BERDIRI MENGEJI
BERJANJI INGKAR, BERSUMPAH MUNGKAR.

DUDUK MENGUTUK, TEGAK MEMBENGAK
BERBUDI MENCACI, BERSEDEKAH MENCERCA.

BERTARING TENGKING-MENENGKING
BERKUKU SETERU-BERSETERU
BERPANGKAT UMPAT-MENGUMPAT
BERHARTA KATA=MENGATA
BERDUIT CUBIT-MENCUBIT.

DIBERI TUAH KERJA MENYALAH
DIBERI DAULAT LUPAKAN UMAT
DIBERI KUASA LUPAKAN BANGSA
DIBERI PETUAH LUPAKAN MARUAH
DIBERI INGAT UMPAT-MENGUMPAT
DIBERI PETUNJUK KUTUK-MENGUTUK
DIBERI BEBAN MENCARI YANG RINGAN
DIBERI TUGAS BERLAKU CULAS
DIBERI TANGGUNGJAWAB LAKU MENYELAP
DIBERI KERJA BERMANJA-MANJA
DIBERI BEKAL SESAL-MENYESAL.

MENDAPAT LABA BERTAMBAH LOBA
MENDAPAT REZEKI TAMBAH MENGIRI
MENDAPAT PANGKAT TAMBAH KHIANAT
MENDAPAT UNTUNG BERTAMBAH SOMBONG.

BILA TINGGI LUPAKAN DIRI
BILA RENDAH BERKELUH KESAH
BILA SENANG LUPAKAN ORANG
BILA KAYA MERAJALELA
BILA MISKIN TAKUT BERLENJIN
BILA SUSAH TAKUT BERLELAH.

BILA SESAK BERTAMBAH KEMAK
BILA SAKIT BERTAMBAH SEMPIT.

KETIKA SENANG TIDAK MEMANDANG
KETIKA SUSAH MENYEMBAH-NYEMBAH
KETIKA KAYA TAK INGAT SAUDARA
KETIKA MELARAT MENCARI KERABAT.

BERCAKAP MENGULUM LIDAH
BERJANJI TIDAK DIISI
BERPESAN TIDAK DITURUTKAN
MENJEMPUT TIDAK DIIKUT.

KERANA SERAKAH LUPAKAN TUAH
KERANA TAMAK LUPA IBU BAPA
KERANA LOBA LUPA SAUDARA
KERANA KEDEKUT LUPA PENGIKUT
KERANA BAKHIL LUPAKAN WAKIL
KERANA DUNIA LUPAKAN USIA
KERANA NAFSU LUPAKAN GURU
KERANA SELERA LUPAKAN AMANAH
KERANA PANGKAT LUPA SAHABAT.

MENGEJAR PANGKAT MAU MENJILAT
MENGEJAR HARTA MAU MELATA
MENGEJAR KEDUDUKAN MAU MELENDAN
MENGEJAR PENGARUH MAU BERGADUH
MENGEJAR DUNIA MAU MENGANIAYA.

KE ATAS MENGAMPU KE BAWAH MEMALU
KE ATAS MEMUJI KE BAWAH MENGEJI
KE ATAS MENJILAT KE BAWAH MENYEBAT
KE ATAS MENYANJUNG KE BAWAH MENYOMBONG
KE ATAS MENYEMBAH KE BAWAH MELAPAH
KE ATAS BERMANIS KE BAWAH MENENGKIS
KE ATAS BERELOK-ELOK , KE BAWAH HARUK-MENGARUK
KE ATAS BERBAIK-BAIK, KE BAWAH CEKIK-MENCEKIK
KE ATAS MEMBERI, KE BAWAH MENCURI
KE ATAS BERSEDAP-SEDAP, KE BAWAH SELAP-MEYELAP.

MENIMBANG TIDAK SEIMBANG
MEYUKAT TIDAK SESUKAT
MENGUKUR TIDAK SEUKUR
MENGHUKUM MEMILH KAUM
MEMAKAI TIDAK SESUAI
MENYURUH TIDAK SENONOH
MEMERINTAH TIDAK SEMENGGAH
MEMINTA DENGAN PAKSA
MENJEMPUT DENGAN BERSUNGUT
MENGANTAR DENGAN KASAR.

DALAM MUSYAWARAH BERBANTAH-BANTAH
DALAM BERUNDING TUDING-MENUDING
DALAM HELAT CACAT-MENCACAT.

SESAMA KELUARGA LAGA-MELAGA
SESAMA KAWAN MAKAN-MEMAKAN
SESAMA SAHABAT SEBAT-MENYEBAT
SESAMA BANGSA PAKSA-MEMAKSA.

SAMA SEDUSUN PULUN-MEMULUN
SAMA SEKAMPUNG HASUNG-MENGHASUNG
SAMA SEDESA CERCA-MENCERCA
SAMA SEGERI IRI-MENGIRI.

HATI GOYANG LIDAH BERCABANG
HATI BERKARAT FIKIRAN TUMPAT
HATI BERBULU TAK TAHU MALU
HATI BERLUMUT KERJA TAK PATUT
HATI BUSUK PERANGAI BURUK
HATI SEMPIT AKAL BERBELIT
HATI LANCUNG FIKIRAN SERONG
HATI GATAL AKAL PUN MAJAL
HATI BEKU FIKIRAN BUNTU
HATI KECIL AKAL PUN KERDIL
HATI ANGKUH AKAL TAK SENONOH
HATI CEMBURU LIDAH BERSEMBILU
HATI IRI LIDAH BERDURI
HATI GELABAH AKAL PUN RENDAH

MAKAN MENYETAN
MINUM MENGERINGKAN.

BANYAK ILMU BERAMAL TAK MAU
BANYAK HARTA BERSEDEKAH TAK SUKA

LUPA HIDUP AKAN MATI
LUPA HARTA AKAN PERGI
LUPA MUSIM AKAN BERGANTI
LUPA ILMU LUPA DIRI..

DARIPADA UNTAIAN UNGKAPAN YANG DIATAS, JELASLAH BETAPA BERAGAMNYA SIFAT YANG DIPANTANGKAN BAGI SEORANG PEMIMPIN. HAL INI MEMBUKTIKAN BETAPA CERMAT DAN HATI-HATINYA ORANG MELAYU MEMILIH PEMIMPINNYA, AGAR MEREKA BENAR2 MENDAPATKAN PEMIMPIN YANG SEMPURNA LAHIR BATINNYA. ORANG TUA2 MENGATAKAN, "APABILA TERSALAH PILIH, NEGERI ROSAK RAKYAT BERSELISIH"; ATAU DIKATAKAN, "BILA TERPILIH PEMIMPIN MENYALAH, DUNIA AKHIRAT MENANGGUNG SUSAH"; ATAU DIKATAKAN, "BILA TERPILIH PEMIMPIN BEBAL, DUSUN DAN NEGERI AKAN TERJUAL"; ATAU DIKATAKAN, "BILA TERPILIH PEMIMPIN CELAKA, DI SITULAH PUNCA MALAPETAKA"....

Sumber

BUKU TENAS EFFENDY PEMIMPIN DALAM UNGKAPAN MELAYU TERBITAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA

Kredit Datin Sharifah Fatimah Syed Zubir

Wednesday, October 23, 2013

Pesanan Allahyarham Tan Sri Azizan ...naseb baik kita (PAS) tak menang...


Pesanan Allahyarham Datuk Seri Azizan atau lebih mesra dikenali dengan nama Ustaz Azizan sejurus sebelum beliau meninggal dunia. Mungkin pesanan ini sangat kena pada tempatnya semasa PRK Sungai Limau Kedah.....

Luahan hati seorang Menteri Besar terhadap sikap PAS Kedah

Keratan ini adalah luahan sebenar Allahyarham Tan Sri Ust Azizan selepas Pas kalah pada PRU lalu yang ditulis oleh Setpol beliau(Sanusi) dalam blognya bagi mengambarkan apa yang akan terjadi jika Pas berjaya kekal mentadbir Kedah..

Banyak yang tersurat dah tersirat dalam artikel yg ditulis oleh Sanusi..

Dan disebabkan ini juga Allahyarham dikecam oleh penyokong Pas yang Pro Phahrolrazi..

Aku pernah menyiarkan kecaman yang dilakukan oleh penyokong Phahrolrazi terhadap tulisan Setpol dan Allahyarham lepas PRU lalu..





Memang berlakunya perang mulut antara penyokong Pro Ust Azizan dan Pro Phahrolrazi, sehingga ada diantara penyokong Pro Ust Azizan dipukul dihadapan kedainya..

Kemelut ini berlarutan sehingga sekarang walaupun Ust Azizan sudah meninggal..

Penduduk Sg Limau perlu ingat, jika memilih calon anak didik Ust Azizan sekalipun, belum tentu kemelut Pas di Kedah akan selesai..Banyak warlord warlord Pas akan main peranan mengatur segala bagai termasuk pentadbiran Pas di Sg Limau..

Kedah bukan lagi ditadbir oleh Pas, maka tidak akan ada pembanggunan akan dilakukan oleh Pas di Sungai Limau..

Sebaliknya BN akan terus memacu pembangunan di Dun Sungai Limau seperti apa yang ditulis dalam Aku Janji BN Kedah iaitu meneruskan Projek Zippy..

keratan artikel FMT " Azizan Lega Pas Kalah "


Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa merasa lega apabila PAS gagal mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) 5 Mei lalu.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Cuma bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar,”
kata Azizan kepada Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Sanusi, kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar itu.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan di kalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

Dalam artikel yang ditulis oleh Sanusi yang disiarkan sebuah akhbar tempatan dan blog, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.


“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah. Pergilah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa,” tulis Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.


Baca catatan yang ditulis oleh Sanusi Setpol Allahyarham Ust Azizan.


Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."


Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?

MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan.

Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' (Mukhriz) dua perkara, (1) pertama tentang KUIN dan (2) kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok"


Sumber

Medan Tempur Kedah

Kerana flood gate telah dibuka maka kalimah Allah di bawa sampai ke United Nation

MEMORANDUM GABUNGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ISLAM DI DALAM PROSES UPR (MuslimUPRo)

Selepas PRU12 Mac 2008, pemimpin Liberal PAS Khalid Samad merangkap MP Shah Alam dan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor sudah membuka pintu supaya Kalimah Allah digunapakai non Muslim.

Keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober  2013 nampaknya tidak meredakan hati umat Islam bila Kalimah Allah terus dibawa ke "Mahkamah Antarabangsa" melalui United Nations.

Mantan Menteri Amaran Dalam Negeri yang tak perform pula telah melakukan silap besar bila membenarkan kalimah Allah di bawa dan dibicarakan di Mahkamah Sivil. Sedehnya Menteri ini diangkat lagi jadi VP No 3 UMNO kerana kuasa persuasive sepupunya .

Penyundalan kalimah Allah dan ugama Islam tak berakhir di sini kerana anehnya beberapa pemimpin "Islam" PAS dan PKR terus menerus menjadi syaitan bisu dan akur di permainkan oleh DAP dan COMANGO yang menjalankan agenda agresif untuk memurtadkan umat Islam melalui kaedah contextualisation dengan penggunaan kalimah Allah, iaitu  satu modus operandi pemurtadan umat Islam yang sangat berjaya di Indonesia.




Tuntutan Comango sampai ke United Nations

Kenyataan NGO Islam  UPR ini dikeluarkan  pada 22 Oktober 2013M bersamaan 17 Dzulhijjah 1434H

Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia atau ringkasnya MuslimUPRo telah digagaskan sebagai salah satu usaha untuk memantau NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) dan pertubuhan-pertubuhan sekular-liberal yang menggunakan saluran Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) di Geneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013.

MuslimUPRo dan gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam yang disenaraikan di sini mengambil pendirian berikut:

Menginsafi kepentingan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa sebagai agama Persekutuan;

Menyedari bahawa cabaran-cabaran dunia pada hari ini ditandai gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism dan semakin menyesatkan ramai di kalangan umat Islam;

Memperakui hakikat Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat serta disegani sebagai sebuah Negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN), Negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) serta Negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN);

Menegaskan bahawa sebagai sebuah yang beragama Malaysia perlu bertegas di dalam mempertahankan kedudukan Islam serta tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan HAM yang ternyata bertentangan dengan prinsip-prinsip di dalam ajaran Islam.

Dengan latar belakang tersebut, kami berpandangan bahawa:

A. Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR atau ringkasnya COMANGO telah melakarkan tuntutan-tuntutan mereka tanpa menghormati kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah Negara Sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

B. Perbuatan COMANGO ini bertujuan untuk meletakkan apa saja dasar dan undang-undang yang digubal sama ada oleh Kerajaan atau Majlis-majlis Agama di bawa seliaan dan pemerhatian HRC UN.

C. Kerajaan perlu menjelaskan kepada HRC bahawa, sekalipun rakyat Negara ini terdiri daripada penganut berbagai agama dengan penganut agama Islam membentuk 60 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia, namun Negara Malaysia berkewajipan untuk memelihara Agama Islam pada semua masa.

D. Kealpaan perwakilan Negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara Agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam dalam berhadapan dengan berbagai tekanan antarabangsa dalam isu-isu hak kebebasan yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.

E. Tuntutan-tuntutan COMANGO yang berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia. Berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah yang utama iaitu Memelihara Agama, yang juga terkandung dalam Sumpah Yang DiPertuan Agong (Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan), Kerajaan perlu lebih serius menolak tuntutan-tuntutan sebegini –

i. Tuntutan yang bersifat provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”;

ii. Mempertikaikan keputusan mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir;

iii. Menuntut hak kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang;

iv. Tuntutan untuk menghapuskan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Negeri-negeri;

v. Memberikan persepsi buruk kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Agama di seluruh Negara dengan penggunaan label stereotaip media barat iaitu moral policing;

vi. Memberikan gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam;

vii. Tuntutan untuk mengiktiraf hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBT ;

viii. Membenarkan amalan seks songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabií itu sebagai perbuatan jenayah;

ix. Mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah.

x. Menuntut supaya Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang LGBT diterima oleh Malaysia;

xi. Menuntut diberhentikan serta merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi;

xii. Tuntutan untuk membenarkan buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism) diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala; menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa;

Justeru, MuslimUPRo mendesak Kerajaan supaya:

i. Bertegas dalam mempertahankan kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara dan menolak tuntutan-tuntutan COMANGO kepada HRC melalui proses UPR tersebut. Penegasan ini dilakukan berasaskan prinsip-prinsip kedaulatan Malaysia sebagai Negara Islam;

ii. Menghalang pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya dari terus-menerus mencabar institusi Raja-raja Melayu, institusi fatwa dan Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri serta institusi-institusi yang ditubuhkan di bawah peruntukan-peruntukan melindungi Islam sebagai agama Negara;

iii. Mengambil tindakan sewajarnya menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negara terhadap pihak COMANGO dan badan-badan seumpamanya apabila jelas terdapat usaha membuka ruang untuk melakukan kesalahan-kesalahan jenayah apabila tuntutan-tuntutan tersebut berlawanan dengan Enakmen-enakmen Negeri-negeri yang memperuntukkan undang-undang melindungi Islam;

iv. Menolak tuntutan COMANGO dan Badan-badan HAM dengan berasaskan kewajipan memelihara kedaulatan Islam sebagai Agama Negara;

v. Merundingi Majlis-Majlis Agama Islam dan Badan-badan Islam Bukan Kerajaan dalam mempertimbangkan pelbagai tuntutan yang menyentuh Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara.

vi. Bertegas menghalang COMANGO dari berurusan dengan mana-mana pihak sama ada dalam atau luar Negara kerana hanya segelintir (12 persatuan) yang sah sebagai NGO dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, manakala yang lainnya tidak berdaftar dan melakukan kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Pertubuhan;

vii. Mana-mana pihak yang berurusan dengan pertubuhan-pertubuhan tidak berdaftar ini turut melakukan kesalahan. Suara dan tuntutan mereka ini tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia, bahkan sebahagian dari peneraju pertubuhan tidak berdaftar ini telah beroperasi secara tidak sah selama tempoh mencecah puluhan tahun. Bahkan sebahagian dari mereka ini juga sengaja mewujudkan entiti perniagaan di bawah Pendaftar Syarikat dengan tujuan mendapat penyaluran dana asing untuk membiayai tuntutan jahat mereka untuk mengkhianati Agama Negara.

viii. Menyiasat sumber kewangan yang membiaya COMANGO untuk melakukan berbagai pengkhianatan terhadap kedaulatan Agama Islam sebagai Agama Negara;

Azril Mohd Amin – Ketua Delegasi MuslimUPRo ke Geneva, Switzerland 

MuslimUPRo adalah dianggotai oleh Pertubuhan-pertubuhan Islam dan Umat Islam utama termasuk Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), JATI, Majlis Amal Islami Malaysia, IKATAN, PERKIM, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), PEMBINA, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PERMIM, JATI, PERKID, PERKASA, PROMUSLIM, JAM”IYYAH, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), ISSI Malaysia, GABUNGAN Pulau Pinang, PINTA, Majlis Ittihad Ummah, Persatuan Ummah Cemerlang Malaysia, Khalifah Institute, Persatuan Nur Alamiyyah, Pertubuhan Anak Watan Malaysia (WATAN).