Sewaktu Mukhriz Mahathir melawat Ustaz Azizan yang sedang sakit di hospital, Allahyarham Ustaz seakan mengetahui masanya hampir tiba. Ustaz Azizan bisikkan dengan perlahan kepada Mukhriz Mahathir yang baru menjawat jawatan Menteri Besar baru Kedah supaya diselesaikan masalah KUIN dan menjaga Kedah dengan baik.
Apakah pesan seorang ulama Islam ASWJ kepada MB baru yang juga Islam ASWJ agaknya? Kesah sedeh begaimana beliau dipinggirkan sendiri oleh puak PAS yang gilakan pangkat telah diceritakan sendiri oleh Sanusi Setiausaha Politik beliau dan pernah disiarkan dalam artikel terdahulu blog ini.
Apapon hari ini Mukhriz Mahathir sekali lagi mengulangi janji akan menunaikan AMANAH Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Berilah peluang kepada beliau dan Dr Suhaimi untuk berkhidmat kepada rakyat Sg Limau.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Dr Mahathir berkata pesanan
bekas Menteri Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak kepadanya supaya menjaga Kedah
sebaik mungkin, akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
"Apabila saya berjalan di merata tempat di DUN Sungai Limau dan berjumpa
ramai rakyat yang ada banyak isu berbangkit seperti rumah perlu dibaiki, surau,
jalan yang berlopak, maka saya teringat pesanan Allahyaram Tan Sri Azizan, bekas
menteri besar dan bekas Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau).
“Beliau pesan kepada saya supaya jaga Kedah baik-baik. Dengan saranan itu
maka saya sudah anggap tanggungjawab paling penting sebagai Menteri Besar dan
dibantu rakan-rakan Exco untuk selesaikan masalah rakyat satu persatu dalam masa
singkat," katanya di Yan.
Katanya bantuan dan sokongan daripada kerajaan Persekutuan membantu beliau
untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin.
Mukhriz berkata adalah menjadi harapannya supaya pengundi di DUN Sungai Limau
memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) kerana apabila penduduk kawasan itu
memilih wakil rakyat daripada BN, ia adalah daripada parti yang sama seperti
parti memerintah Kedah dan juga di peringkat Persekutuan.
"Saya yakin semua permasalahan yang mungkin timbul di DUN Sungai Limau akan
dapat diselesaikan secepat mungkin. Apabila tuan puan (pengundi) pilih seorang
wakil daripada kalangan BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, yakinlah di belakang beliau
adalah saya untuk pastikan sebarang isu berbangkit diberi perhatian
sewajarnya.
"Apabila tuan puan (pengundi) pergi pusat mengundi esok bolehlah sekiranya
beri peluang kepada kami tunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan yang memegang
amanah sebaik mungkin," kata Mukhriz (gambar).
Pada PRK DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi ditentang calon PAS Mohd Azam Abd
Samat.
PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Allahyarham Azizan, daripada
PAS, pada 26 Sept lepas. Azizan menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 1995. -
Bernama, November 3, 2013.