Saya mendapat beberapa pertanyaan mengenai tongkat yang digunakan dalam cerita wali dalam artikel terdahulu di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/04/minyak-di-brunei-kesah-teladan-untuk.html
Tongkat yang digunakan untuk memacak di bumi bagi mendapat rezeki kurnian Allah
Sejarah tongkat
Tongkat ini di katakan dihadiahkan Tok Ku Tuan Besar ayahanda Tok Ku Paloh semasa Pengiran ke Terengganu. Waktu itu Brunei telah kehabisan sumber akibat perang saudara yang memakan masa 10 tahun.
Tongkat ini digunakan Pengiran untuk memacak-macak di bumi dimana diyakini ada hasil bumi iaitu Petroleum, Bagaimanapon ianya disertai dengan amalan yang mengikuti syarie dan menggunakan doa dan dzikir dalam Al Quran. Orang yang memacakkan tongkat itu pula ialah orang yang alim dan warak. Diberitakan bahawa Sultan Brunei ketika itu telah menjemput sebanyak 7 orang alim ulama yang bertaraf wali untuk menetap dan beramal ibadah di negara tersebut ...
Hubungan Brunei-Terengganu
Sultan Brunei adalah dari juraian keturunan Ketua Wali 7 di Malaysia, iaitu Syeikh Jamaluddin Al Kubra. Baginda adalah keturunan Rasulullah (ahlul bayt) yang diberitakan singgah menetap seketika di beberapa tempat di Nusantara dari Champa dan Kelantan Tua (Bukit Panau dan Kampung yang ditenggelami air dan dikenali sebagai Danau Tok Uban) sebelum akhirnya menetap di Jawa, Indonesia.
Masjid Kampung Laut Kelantan-di bina oleh Syeikh Jamaludin Al Kubra
Makam Syeikh Jamaludian Al Kubra di Mojokerto, Jawa, Indonesia
Makam Syeikh Jamaludian Al Kubra di Mojokerto, Jawa, Indonesia
Dengan Izin Allah, doa para wali, penduduk Brunei dan Sultan yang senantiasa berpegang kepada ajaran Islam, maka terbukalah pintu rezeki dari perut bumi ......keluarnya emas hitam bagi Brunei pada tahun 1926, iaitu 15 tahun lamanya terlewat dari tarikh keluarnya emas hitam (petroleum) dari perut bumi di Miri , Sarawak.
Semoga Rakyat dan Sultan Kingdom of Brunei masih beriman dan bertaqwa ...
Seterusnya bersyukur dengan melimpahkan keberkatan itu tadi samada bentuk zakat atau sadakah kepada masayarakat sekitar dari Sabah dan Serawak selain dari Brunai sendiri termasuklah wilayah di bawah kesultanan Sulu yang lepas kerana mereka adalah persaudaraan Islam.
Sumber,
-Catatan Si Merah Silu
-The Brunei Post-sejarah minyak dijumpai di Brunei
-Suluk D'Borneo-gambar tongkat
-Catatan Belia Watan Waja mengenai Tok Ku Paloh dan keturunan Tok Ku Paloh di Terengganu
1 comment:
salam, menarik kisah ini..
Post a Comment