Sunday, November 29, 2009

kesah anak gadis pingitan yang bisu, pekak dan tuli

Saya melihat polemik politik semasa Kelantan, kesah anak perempuan Tok Guru dan teringatkan kesah ini.

Kesah ini saya baca dalam salah satu riwayat Wali Songo (jika tak silap saya) bagaimana seorang ulama dijodohkan dengan anak gadis pingitan seorang ulama tersohor yang lainnya.

Al Kesah satu hari sedang seorang pemuda yang alim berjalan dipinggir sungai maka ternampak olehnya satu buah (buah pauh/mempelam) yang sedang dihanyutkan air. Disebabkan pemuda tersebut tidak menjumpai makanan setelah berhari hari penat mengembara dan berasa amat lapar, maka pemuda tersebut mengambil buah pauh tersebut dan memakannya.

Setelah makan, timbullah ilham dan berkatalah hati kecil pemuda tersebut bahawa mengambil harta orag tanpa izin adalah salah. Timbul rasa bersalah di hati kecil pemuda tersebut......lalu pemuda alim dan jujur tersebut menyusuri hulu sungai untuk meminta maaf kepada tuan punya pokok buah pauh tersebut.

Beberapa hari perjalanan, maka pemuda itu tiba di satu tempat terpencil di hulu sungai dan dijumpainya seorang alim yang duduk menyendiri bersama keluarganya. Orang alim tersebut bercucuk tanam, menanam berjenis jenis buah dan tanaman lainnya dalam kebunnya yang sederhana besarnya bagi memastikan keluarganya boleh berdikari tanpa bantuan luar di tempat yang terpencil.

Pemuda yang alim dan jujur itu memohon maaf kepada tuan punya kebun sambil mengaku telah memakan buah pauh yang jatuh ke dalam sungai. Orang alim tersebut bersetuju memaafkan pemuda terseut dengan satu syarat!

Sebagai hukuman kepada perbuatannya, pemuda tersebut dikehendaki menikah dengan anak gadis pingitannya yang bisu, buta dan tuli! Pemuda tersebut pasrah dan bertakwa kepada Allah memohon yang terbaik.

Keesokan harinya selepas majlis pernikahan, pemuda tersebut meluru kepada mertuanya dan bertanya:

Ayahandaku, kenapakan isteriku dikatakan bisu, buta dan tuli? Sedangkan beliau adalah wanita yang paling cantik, bijak dan tinggi nilai budinya.

Bapa mentua yang alim tersenyum sambil menjawab;

Anak gadisku bisu kerana tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang buruk, buta kerana tidak pernah melihat maksiat, dan tuli kerana tidak pernah mendengar kata-kata nista atau maki hamun.


Bandingkan nilai hidup dan kata -kata yang keluar dari mulut seorang anak seorang ulama zaman dulu kala dengan kata-kata anak perempuan seorang Tok Guru (serta pegangan hidup-adakah ada rasa bersalah kerana ambil harta syarikat, amalkan kronisme ,bersetuju menerima rasuah dan melemparkan tuduhan? ) dalam ruangan komen Surat Dari Nik Amalina Nik Aziz dalam blog Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/27/surat-daripada-nik-amalina-nik-abdul-aziz/

No comments: