Monday, November 30, 2009

cinta, wanita dan politik

Jackie Kennedy-Onnasis-Semasa menjadi isteri President Kennedy beliau mendapat kuasa, semasa menjadi isteri Aristotle Onnasis beliau mendapat harta


Benar kata orang, cinta itu buta!

Tugas si isteri adalah untuk berada di samping suami tatkala si suami menghadapi kegetiran hidup.


Berapa ramai si isteri yang setia menanti di samping suami tercinta bila mana si suami menghadapi cubaan dalam kareer politik masing -masing

Sejarah moden takkan mudah lupa kesetiaan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton yang berdiri setia di samping suaminya Bill Clinton tatkala si suami bergelut dengan Presidential Impeachment Trial kerana skandal dengan pelatih White House Monica Lewinsky! Malah berkat kesabaran beliau, beliau dipilih menjadi Senator New York dan terkini Setiausaha Negara Amerika Syarikat di bawah Presiden Barrack Hussein Obama, iaitu bekas lawan beliau semasa persaingan memilih calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Demokrat.

Juga siapa boleh lupakan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat Jackie Kennedy yang bertindak untuk berdiam diri dan menampakkan kematangannya di mata media bilamana heboh suaminya didodoi dengan lagu Happy Birthday Mr. President nyanyian manja dan seksi oleh Marilyn Monroe.

Di Malaysia, Wan Azizah tetap setia dengan pelbagai karenah dan kes mahkamah yang melibatkan tuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim. Malah Wan Azizah memikul tabah tanggungjawab berat menubuhkan parti Keadilan semasa Anwar Ibrahim dalam penjara atas tuduhan liwat (yang juga melukakan hati beliau).


Dan yang terbaharu ialah Nik Amalina Nik Aziz, anak perempuan Menteri Besar Kelantan yang setia mempertahankan suaminya, Arif Fahmi dalam isu perlantikan beliau sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan! Tuduhan ini adalah sebahagian kecil dari beberapa pertuduhan lain dalam blog Kickdefella!


Benarlah kata orang cinta itu buta. Malah ada satu lagu klasik yang amat cocok dengan situasi ini iaitu Stand By Your Man!

Bagaimanapun setakat mana kesetian seorang isteri dan peranan yang harus dimainkan oleh isteri yang diuji kesetiannya di mata umum? Adakah si isteri perlu meluahkan segala gala rahsia rumah tangga, menunjukkan rasa kecintaan tak berbelah bahagi kepada suaminya di mata umum?


Berbaloikah pengorbanan si isteri dan tercemarkah maruah si isteri jika beliau berkongsi perasaan dan mempertahankan si suami di mata umum?

Mungkin lebih mudah diucapkan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi sebegini:-

"A wronged wife best defence is to suffer in silence and to maintain a regal public outlook to best garner public sympathy"

Hillary Clinton telah menggunapakai dengan jayanya cara ini bila berhadapan dengan krisis rumahtangga. Terbaharu isteri Senator John Edwards yang telah menggunapakai cara yang sama bila berhadapan dengan krisis rumahtangga , bila berita media ghairah menyiarkan kesah suaminya, seorang senator mempunyai hubungan sulit dengan wanita Mexico.

Dan sebagai imbalan kepada kesetiaannya berdiri di samping suami di mata umum, beliau menyatakan secara terbuka keinginannya agar suaminya menolak cadangan meneruskan rancangan sebagai Presidential candidate pada tahun 2008! Oh satu bayaran yang mahal untuk kesetiaan si isteri!

Sejarah telah membuktikan bahawa wanita yang menjadi isteri ahli politik mempunyai tahap "toleransi" yang tinggi berbanding wanita biasa dari segi menangani hubungan sulit atau bad governance si suami.

Adakah fenomena ini akibat hasil kepuasan kendiri terhadap harta, pangkat dan kedudukan tinggi yang melimpah ruah di depan mata sebagai isteri ahli politik selama ini? Maka adakah faktor ini yang menyebabkan wanita wanita tersebut sanggup menutup sebelah mata terhadap bad governance/hubungan sulit /skandal si suami? Apakah ada perjanjian disebalik tabir bagi "kesetiaan" yang tak berbelah bahagi bagi si isteri ahli politik ini?

Sama-sama kita fikirkan!

No comments: