Showing posts with label nik amalina nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik amalina nik aziz. Show all posts

Thursday, December 3, 2009

Wanita-wanita agung dalam Islam

Saya terpanggil untuk berbicara topik ini. Bukan kerana seorang "mek Amalina" yang mempertahankan suami dan bapanya; yang mana di bawah Pekeliling Kerajaan Negeri Kelantan diminta dipanggil dengan gelaran "Tok Guru".

Tapi artikel ini ditulis dengan niat supaya kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Saya juga menyeru semua insan agar leburkan rasa ego, bangga, ujub, riak, bangga diri dan suka menyalahkan orang lain jika berlaku sesuatu peristiwa malang terhadap kita. Sebaiknya kita bermuhasabah diri, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian, mungkin kita telah berbuat salah terhadap Allah dan sesama manusia. Sebaiknya eloklah bertaubat, berdiam diri dan menyerahkan segala urusan kepada Allah agar diberikan penyelesaian yang terbaik bagi masalah getir yang kita lalui tersebut.

Benarlah kata orang, tutur kata dan tingkah laku seseorang, melambangkan budi pekertinya dan susur galur keturunannya.


Artikel yang akan saya siarkan dibawah ini hanyalah untuk mengingatkan kita bahawa kita semua adalah insan biasa dan sama darjatnya ke hadrat Illahi. Yang membezakan kita semua adalah kualiti dan kuantiti ibadah kita.

Dan ingatlah wahai insan yang bernama wanita........bahawa se gah dan se agung manapun nama ayahanda kita, adakah kita mampu benchmark diri kita seperti wanita-wanita agung dalam sejarah dan perjuangangan Islam dan manusia sejagat seperti Saiyidah Hawa, Mashitah, Mariam binti Imran bonda Nabi Isa, Saiyidah Hajar ibu yang tabah dan isteri kepada dua Nabi iaitu Nabi Ibrahim suaminya dan Nabi Ismail anaknya, Saiditina Khatijah yang rupawan, hartawan, budiman dan isteri yang amat dicintai oleh Baginda Rasulullah, Saiditina Aisyah yang cantik dan tinggi ilmu dan Saiditina Fatimah yang setia dan puteri Rasulullah yang amat dicintai ayahanda dan suaminya?

Dibawakan artikel tersebut untuk menjadi renungan kita semua...............


Susuri sejarah keagungan serikandi-serikandi Islam...Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi.

Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi. Bonda kepada Habil dan Qabil, serta Nabi Allah Shith a.s. ini berkorban segalanya demi perjuangan suaminya Adam a.s. Sayyidah Hawwa’ menyaksikan kisah sedih pengorbanan anaknya sendiri Habil yang mati dibunuh oleh saudara sendiri. Naluri keibuannya tidak dapat mengatasi keteguhan imannya kepada Allah swt walau pun anak-anaknya berbunuhan sesama sendiri.

Warisan keimanan ini diturunkan pula kepada wanita tukang sisir rambut anak Fir’aun; Mashitah. Seluruh keluarganya terkorban syahid di hadapan mata sendiri dan bayi di dalam dakapannya dikurniakan Allah keistimewaan bertutur. Ketenangan hati Mashitah melihat bayinya dicampakkan ke dalam kawah berisi minyak panas tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ibu pun. Harum jenazahnya lantaran tempias imannya yang kental telah dipersaksikan di dalam peristiwa agung Israk dan Mi’raj ketika mana Nabi saw dibawa melintasi maqam as-Syahidah Mashitah.

Salasilah keimanan itu diteruskan pula apabila muncul seorang ibu yang sanggup ditinggalkan suami di tengah terik panas matahari lembah Bakkah bersama-sama anaknya yang tercinta. Sayyidah Hajar, bonda kepada nabi Allah Ismail a.s menyaksikan pengorbanan suaminya dan anaknya sendiri demi menjalankan perintah Allah yang disampaikan melalui mimpi sahaja. Hati ibu mana yang tidak hancur apabila anak yang dipelihara sehingga dewasa terpaksa pula dikorbankan. Namun keimanannya telah mencantumkan semula kepingan-kepingan hati itu dan menyuburkannya dengan ketenangan. Sejahteralah wahai Sayyidah Hajar atas pengorbananmu berlari antara Safa dan Marwa sehingga hari akhirat.

Wanita agung seterusnya muncul di zaman pemuda paling tampan diciptakan Allah swt. Sayyidah Zulaikha walaupun beliau terpesona dengan nafsu, keteguhan imannya telah membangkitkan semula maruahnya sehingga berada sebaris bersama-sama mujahidah yang lain. Wanita mulia ini telah ditakdirkan untuk menghadap Allah swt ketika khusyuknya dia menyembah Rabbul Izzati.

Maryam binti Imran. Gadis sunti keluarga Imran ini telah menggegarkan dunia dengan kelahiran anaknya tanpa berbapa. Nabi Allah Isa as dilahirkan dengan penuh kasih sayang dan dipelihara dengan penuh adab dan sopan. Walau pun menerima cercaan masyarakat, ibu mulia ini tetap teguh berpegang dengan imannya kepada Allah. Selain bayi Mashitah, bayi Maryam binti Imran jua diistimewakan dengan kebolehan bertutur semasa kecil. Kisahnya terpahat utuh di dalam lembaran al-Quran buat tatapan umat manusia. Setelah berkorban segalanya untuk perjuangan anak tercinta, akhirnya dia dijemput jua menemui Penciptanya ketika sedang beradu.

Warisan keimanan itu akhir tercurah kepada serikandi pertama Islam Sayyidatina Khadijahbinti Khuwailid. Dialah ibu kepada anakanda-anakanda Nabi Akhir Zaman saw. Dialah wanita pertama yang menyatakan keimanannya kepada Allah tika suaminya menyeru umat Quraisy kepada agama baru itu. Pengorbanannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun hatta Nabi seringkali teringatkan kekasih pertamanya itu. Dialah wanita yang menenangkan nabi Muhammad saw ketika Jibril as datang menyampaikan wahyu pertama. Dialah yang pertama meyerahkan hartanya untuk perjuangan Islam. Dan pemergiannya ke alam baqa ditangisi seluruh umat Islam sehingga kini.

Bergelar “Wanita Pertama Syahid Di Dalam Islam”, Sumayyah menerima penderitaan yang paling dahsyat untuk mempertahankan imannya. Lembing yang tajam menghunus telah memutuskan hayat wanita agung ini. Ammar bin Yasir, anaknya tercinta menatap penuh hiba pemergian ibunya ke alam abadi. Sumayyah telah meninggalkan contoh pengorbanan seorang wanita yang tiada tolok bandingnya seperti Syahidah Mashitah di zaman Musa as.

Sanggup berkorban nyawa dan meredah kegelapan malam ditambah pula dengan kesejukan pergunungan Thaur, beliau dengan tekad mendaki gunung Thaur dengan bekalan makanan terbeban di bahu. Kegigihan Asma’ binti Abu Bakr r.a. menjadi wanita solehah yang berjasa di dalam peristiwa Hijrah. Wanita mana yang sanggup meredah kegelapan malam ketika mana pemuka-pemuka Quraisy sedang giat mencari Nabi saw ketika itu. Wanita mana yang sanggup mendaki Bukit Thaur setinggi 2000 meter itu di tengah gelap malam tanpa peneman dengan bekalan yang sedia tersangkut di bahunya. Semuanya dilakukan oleh Asma’ kerana imanNya kepada Allah swt. Dialah yang bergelar “Pemilik 2 Tali Pinggang” kerana kain ikatan pinggangnya telah dikoyak dua untuk mengikat bekal makanan ke unta ayahanda dan Nabi saw sebelum mereka bergerak ke Madinah.

Adinda kepada Asma’ telah ditakdirkan menjadi wanita agung di zaman perjuangan Nabi saw. Dia menjadi contoh teladan seorang isteri yang mulia dan ummul mukminin yang agung. Sayyidatina Aishah binti Abu Bakr as-Siddiq. Nama yang harum sepanjang zaman. Kecantikan paras wajahnya telah disempurnakan dengan keindahan imannya. Isteri Nabi saw yang paling bertaqwa dan wara’ serta dalam ilmunya. Beliau menjadi rujukan para sahabat setelah pemergian Nabi saw. Kasihnya pada Nabi tiada tolok bandingan. Perjuangan dan pengorbanannya untuk Islam tiada tandingan. Wanita mulia bergelar “Ibu Orang-orang Yang Beriman”.

Beliau dijanjikan akan menjadi wanita pertama bertemu Nabi saw di syurga. Beliau adalah yang melihat perih jerih perjuangan Nabi saw dari awal sehingga wafatnya Nabi saw. Beliaulah yang paling dikasihi Nabi saw dari ahli keluarga Baginda. Beliaulah Sayyidah Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah saw. Puteri bongsu Nabi saw dan ibu kepada Sayyidina Hassan dan Hussein. Beliau merupakan isteri kepada Khalifah ar-Rasyidin keempat Sayyidina Ali karramallahu wajhah. Pengorbanan Fatimah dipersaksikan seluruh kaum muslimin dan menjadi teladan sepanjang zaman. Imannya tiada tandingan dan ilmunya tiada saingan.




Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

Monday, November 30, 2009

cinta, wanita dan politik

Jackie Kennedy-Onnasis-Semasa menjadi isteri President Kennedy beliau mendapat kuasa, semasa menjadi isteri Aristotle Onnasis beliau mendapat harta


Benar kata orang, cinta itu buta!

Tugas si isteri adalah untuk berada di samping suami tatkala si suami menghadapi kegetiran hidup.


Berapa ramai si isteri yang setia menanti di samping suami tercinta bila mana si suami menghadapi cubaan dalam kareer politik masing -masing

Sejarah moden takkan mudah lupa kesetiaan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton yang berdiri setia di samping suaminya Bill Clinton tatkala si suami bergelut dengan Presidential Impeachment Trial kerana skandal dengan pelatih White House Monica Lewinsky! Malah berkat kesabaran beliau, beliau dipilih menjadi Senator New York dan terkini Setiausaha Negara Amerika Syarikat di bawah Presiden Barrack Hussein Obama, iaitu bekas lawan beliau semasa persaingan memilih calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Demokrat.

Juga siapa boleh lupakan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat Jackie Kennedy yang bertindak untuk berdiam diri dan menampakkan kematangannya di mata media bilamana heboh suaminya didodoi dengan lagu Happy Birthday Mr. President nyanyian manja dan seksi oleh Marilyn Monroe.

Di Malaysia, Wan Azizah tetap setia dengan pelbagai karenah dan kes mahkamah yang melibatkan tuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim. Malah Wan Azizah memikul tabah tanggungjawab berat menubuhkan parti Keadilan semasa Anwar Ibrahim dalam penjara atas tuduhan liwat (yang juga melukakan hati beliau).


Dan yang terbaharu ialah Nik Amalina Nik Aziz, anak perempuan Menteri Besar Kelantan yang setia mempertahankan suaminya, Arif Fahmi dalam isu perlantikan beliau sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan! Tuduhan ini adalah sebahagian kecil dari beberapa pertuduhan lain dalam blog Kickdefella!


Benarlah kata orang cinta itu buta. Malah ada satu lagu klasik yang amat cocok dengan situasi ini iaitu Stand By Your Man!

Bagaimanapun setakat mana kesetian seorang isteri dan peranan yang harus dimainkan oleh isteri yang diuji kesetiannya di mata umum? Adakah si isteri perlu meluahkan segala gala rahsia rumah tangga, menunjukkan rasa kecintaan tak berbelah bahagi kepada suaminya di mata umum?


Berbaloikah pengorbanan si isteri dan tercemarkah maruah si isteri jika beliau berkongsi perasaan dan mempertahankan si suami di mata umum?

Mungkin lebih mudah diucapkan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi sebegini:-

"A wronged wife best defence is to suffer in silence and to maintain a regal public outlook to best garner public sympathy"

Hillary Clinton telah menggunapakai dengan jayanya cara ini bila berhadapan dengan krisis rumahtangga. Terbaharu isteri Senator John Edwards yang telah menggunapakai cara yang sama bila berhadapan dengan krisis rumahtangga , bila berita media ghairah menyiarkan kesah suaminya, seorang senator mempunyai hubungan sulit dengan wanita Mexico.

Dan sebagai imbalan kepada kesetiaannya berdiri di samping suami di mata umum, beliau menyatakan secara terbuka keinginannya agar suaminya menolak cadangan meneruskan rancangan sebagai Presidential candidate pada tahun 2008! Oh satu bayaran yang mahal untuk kesetiaan si isteri!

Sejarah telah membuktikan bahawa wanita yang menjadi isteri ahli politik mempunyai tahap "toleransi" yang tinggi berbanding wanita biasa dari segi menangani hubungan sulit atau bad governance si suami.

Adakah fenomena ini akibat hasil kepuasan kendiri terhadap harta, pangkat dan kedudukan tinggi yang melimpah ruah di depan mata sebagai isteri ahli politik selama ini? Maka adakah faktor ini yang menyebabkan wanita wanita tersebut sanggup menutup sebelah mata terhadap bad governance/hubungan sulit /skandal si suami? Apakah ada perjanjian disebalik tabir bagi "kesetiaan" yang tak berbelah bahagi bagi si isteri ahli politik ini?

Sama-sama kita fikirkan!