latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Tuesday, February 26, 2013
Saturday, October 30, 2010
Projek Universiti Singapura di Balik Pulau-Pemerintah Pulau Pinang Tidak Melalui Kementerian Pengajian Tinggi?
Keadaan yang terbalik berlaku di Pulau Pinang, kononnya negeri yang berseh, telus dan cekap di bawah Kerajaan CAT "Khalifah Wahhabi " LGE.
Tanah penduduk di Pondok Upeh Balik Pulau diwartakan tanpa pengetahuan dan sebarang rundingan dengan penduduk yang juga tuan tanah. Untuk makluman semua, sebarang pengambil alihan tanah perlu mendapat restu tuan punya tanah dan penduduk mengenai soal pampasan kewangan (seperti mana mana negeri lain, semua isu sosial yang terkait dengan pengambil alihan tanah perlu di selesaikan sekaligus -isu sosial yang terkait seperti penempatan gantian, masjid gantian, persekolahan anak anak serta laluan alternatif perlu di ambil kira).
Proses rundingan dengan tuan tanah adalah prosedur yang perlu diikuti dalam Manual Prosedur Kerja Standard atau Standard Operating Procedure (SOP) dan dijalankan oleh wakil Kerajaan Negeri melalui Perbicaraan Tanah (Land Trial) dengan di hadiri oleh tuan punya tanah,peguam dan land surveyor yang dilantik oleh tuan tanah serta wakil dari Pejabat Tanah Dan Galian Negeri.
Ikuti isu pengambil alihan tanah serta pemwartaan tanah tanpa pengetahuan tuan punya tanah oleh Pemerintah DAP Pulau Pinang yang menyalak kononnya telus, cekap dan amanah di bawah CAT dan kononya semuanya disiarkan online dalam portal pemerintah negeri di petik dari Utusan Malaysia edisi hari Sabtu 30 Oct di bawah-
Khaled ulas universiti baru di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi tidak menerima sebarang permohonan untuk menubuhkan sebuah universiti baru di Pulau Pinang yang melibatkan pengambilan tanah penduduk Melayu di Balik Pulau.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau juga tidak mengetahui tentang permohonan untuk menubuhkan universiti Singapura di negara ini.
"Setakat ini kita belum menerima sebarang permohonan daripada negara tersebut, jika ada, kita akan maklumkan perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan penubuhan sebuah universiti dari Singapura di atas tanah seluas kira-kira 40 hektar di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, seorang perwakilan dari Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad membangkitkan isu tentang tindakan kerajaan negeri yang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.
Muhamad Farid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong mahu Kerajaan Pusat memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan 'membuka' kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.
Antaranya pengambilan tanah seluas kira-kira 40 hektar di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti dari Singapura.
Baru-baru ini juga, 100 penduduk Kampung Genting berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).
Mereka marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri serta bertekad mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil.
Kerajaan Pulau Pinang dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah IPT dan tujuan awam.
Pewartaan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu.
Sunday, November 29, 2009
kesah anak gadis pingitan yang bisu, pekak dan tuli
Kesah ini saya baca dalam salah satu riwayat Wali Songo (jika tak silap saya) bagaimana seorang ulama dijodohkan dengan anak gadis pingitan seorang ulama tersohor yang lainnya.
Al Kesah satu hari sedang seorang pemuda yang alim berjalan dipinggir sungai maka ternampak olehnya satu buah (buah pauh/mempelam) yang sedang dihanyutkan air. Disebabkan pemuda tersebut tidak menjumpai makanan setelah berhari hari penat mengembara dan berasa amat lapar, maka pemuda tersebut mengambil buah pauh tersebut dan memakannya.
Setelah makan, timbullah ilham dan berkatalah hati kecil pemuda tersebut bahawa mengambil harta orag tanpa izin adalah salah. Timbul rasa bersalah di hati kecil pemuda tersebut......lalu pemuda alim dan jujur tersebut menyusuri hulu sungai untuk meminta maaf kepada tuan punya pokok buah pauh tersebut.
Beberapa hari perjalanan, maka pemuda itu tiba di satu tempat terpencil di hulu sungai dan dijumpainya seorang alim yang duduk menyendiri bersama keluarganya. Orang alim tersebut bercucuk tanam, menanam berjenis jenis buah dan tanaman lainnya dalam kebunnya yang sederhana besarnya bagi memastikan keluarganya boleh berdikari tanpa bantuan luar di tempat yang terpencil.
Pemuda yang alim dan jujur itu memohon maaf kepada tuan punya kebun sambil mengaku telah memakan buah pauh yang jatuh ke dalam sungai. Orang alim tersebut bersetuju memaafkan pemuda terseut dengan satu syarat!
Sebagai hukuman kepada perbuatannya, pemuda tersebut dikehendaki menikah dengan anak gadis pingitannya yang bisu, buta dan tuli! Pemuda tersebut pasrah dan bertakwa kepada Allah memohon yang terbaik.
Keesokan harinya selepas majlis pernikahan, pemuda tersebut meluru kepada mertuanya dan bertanya:
Ayahandaku, kenapakan isteriku dikatakan bisu, buta dan tuli? Sedangkan beliau adalah wanita yang paling cantik, bijak dan tinggi nilai budinya.
Bapa mentua yang alim tersenyum sambil menjawab;
Anak gadisku bisu kerana tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang buruk, buta kerana tidak pernah melihat maksiat, dan tuli kerana tidak pernah mendengar kata-kata nista atau maki hamun.
Bandingkan nilai hidup dan kata -kata yang keluar dari mulut seorang anak seorang ulama zaman dulu kala dengan kata-kata anak perempuan seorang Tok Guru (serta pegangan hidup-adakah ada rasa bersalah kerana ambil harta syarikat, amalkan kronisme ,bersetuju menerima rasuah dan melemparkan tuduhan? ) dalam ruangan komen Surat Dari Nik Amalina Nik Aziz dalam blog Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/27/surat-daripada-nik-amalina-nik-abdul-aziz/
Tuesday, November 10, 2009
Dr Asri jangan ceburi politik
Ada makna yang tersirat disebaliknya!
Dalam ke adaan sekarang, mana mana parti politik yang menenrima beliau akan jelas menampakkan pekund di dada tentang dasar Wahhabi friendly parti tersebut
Umum mengetahui bahawa Wahhabi menghukum bidaah dan kufur bagi perkara perkara yang bukan furuk (cabang ugama)
Umum juga mengetahui bahawa Wahhabi menganggap diri mereka sahaja menjalani Islam sebenar dan menghukum kafir mahzab ahlul sunnah wal jamaah
Umum mengetahui bahawa perkara yang Wahhabi hukum sebagai bidaah adalah perkara yang di ambil dalam ayat yang setengah (tak lengkap) hukuman ke atas Kawaridj
Umum menegetahui bahawa Wahhabi adalah neo Kawaridj
Baca di link yang disediakan, fahami permasalahan sebenar Wahhabi dan ketahuilah ada kewajaran besar kenapa Dr MAZA sebenarnya tidak wajar sertai politik dalam posting sebelumnya dan Utusan Malaysia Online - Terkini
Wednesday, September 30, 2009
katastropi sana sini dan DAPSY masih kedekut nak kongsi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang!
Apa yang menarik ianya melibatkan 4 unsur alam iaitu api ( kebakaran hutan), air (tsunami dan banjir), angin(taufan) dan tanah (gempabumi)
Tempat dan masa berlakunya bencana alam ini juga ada menariknya, kerana kebanyakannya berlaku selepas Julai 22, iaitu selepas gerhana matahari terpanjang abad ini.
Dibawah ditunjukkan pattern bencana alam dan keterlibatan 4 unsur alam tersebut.
- Air - Tsunami(akibat gempabumi) dan banjir di Samoa,
- Tanah-gempabumi di Taiwan, India, Saudi Arabia, Venezuella, Albania, Indonesia
- Api ( hutan terbakar) di Australia, Canada, Greece
- Angin- Filipina, Vietnam
Pada tahun ini banyak sungguh bencana alam. Adakah ini tanda yang diturunkan Allah untuk memberitahu bahawa bumi ini sudah tua? Adakah ianya juga untuk mengingatkan manusia agar sentiasa merendah diri kepada kuasa yang lebih besar?
Malang sekali masih ada manusia yang mendiami bumi ini masih angkuh dan sombong, dan tak mahu mendengar nasihat dan enggan berkongsi kuasa.
Jika Sabah mengamalkan sistem pusingan selama 2 tahun bagi Ketua Menterinya, maka kenapa DAPSY begitu angkuh dan tak mahu berkongsi kuasa dengan komponen PR yang lain?
Sedarkah DAP bahawa naiknya parti itu ke pesada politik Malaysia hatta sokongan orang Melayu?
Mungkin kerana dah enak dibuai angin, maka parti itu ingin terus memegang tampok kuasa di Pulau Mutiara.
Orang tua tua yang lebih berpengalaman dalam ilmu alam mengatakan bahawa angin sepoi sepoi bahasa ini amat berbahaya kerana kelembutannya boleh mengabui mata kerana ianya adalah prelude kepada angin kencang yang dipanggil ribut taufan. Ribut Taufan ini akan membawa musibah banjir kepada tempat yang dilanda angin badai tersebut.
Adalah badai taufan dan air mata banjir bakal melanda parti komponen PR kerana sikap tidak berkompromi DAP?