Saturday, October 30, 2010

Projek Universiti Singapura di Balik Pulau-Pemerintah Pulau Pinang Tidak Melalui Kementerian Pengajian Tinggi?

Bila Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor merancang nak membina sebuah kampus baru UiTM di Semenyeh, Selangor, tanah milik YBK ingin dirampas atas alasan tak mebayar cukai tanah. Pelbagai alasan remeh dicari-contohnya seperti Laporan Tahunan yang mengandungi  Penyata Kewangan YBK yang disiarkan dalam internet setiap tahun pon dikatakan tak diserahkan kepada Kerajaan Negeri walaupon YBK sebenarnya tidak  perlu berbuat demikian kerana YBK tidak tertakluk di bawah bidangkuasa Kerjaan Negeri Selangor. Pembayaran cukai tanah oleh Kerajaan Melaka juga dihalang kerana sebab musabab yang hanya Kerajaan PR Selangor sahaja yang mengetahuinya.

Keadaan yang terbalik berlaku di Pulau Pinang, kononnya negeri yang berseh, telus dan cekap di bawah Kerajaan CAT "Khalifah  Wahhabi " LGE.

Tanah penduduk di Pondok Upeh Balik Pulau diwartakan tanpa pengetahuan dan sebarang rundingan dengan penduduk yang juga tuan tanah. Untuk makluman semua, sebarang pengambil alihan tanah perlu mendapat restu tuan punya tanah  dan penduduk mengenai soal pampasan kewangan (seperti mana mana negeri lain, semua isu sosial yang terkait dengan pengambil alihan tanah perlu di selesaikan sekaligus -isu sosial yang terkait seperti penempatan gantian, masjid gantian, persekolahan anak anak serta laluan alternatif perlu di ambil kira).

Proses rundingan dengan tuan tanah adalah prosedur yang perlu diikuti dalam Manual Prosedur Kerja Standard  atau  Standard Operating Procedure (SOP)  dan dijalankan oleh wakil Kerajaan Negeri melalui Perbicaraan Tanah  (Land Trial) dengan di hadiri oleh tuan punya tanah,peguam dan land surveyor yang dilantik oleh tuan tanah serta wakil dari Pejabat Tanah Dan Galian Negeri.

Ikuti isu pengambil alihan tanah serta pemwartaan tanah tanpa pengetahuan tuan punya tanah oleh Pemerintah  DAP Pulau Pinang yang menyalak kononnya telus, cekap dan amanah di bawah CAT dan kononya semuanya disiarkan online dalam portal pemerintah negeri  di petik dari  Utusan Malaysia edisi hari Sabtu 30 Oct di bawah-

Khaled ulas universiti baru di Pulau Pinang



KUALA LUMPUR 29 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi tidak menerima sebarang permohonan untuk menubuhkan sebuah universiti baru di Pulau Pinang yang melibatkan pengambilan tanah penduduk Melayu di Balik Pulau.


Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau juga tidak mengetahui tentang permohonan untuk menubuhkan universiti Singapura di negara ini.

"Setakat ini kita belum menerima sebarang permohonan daripada negara tersebut, jika ada, kita akan maklumkan perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan penubuhan sebuah universiti dari Singapura di atas tanah seluas kira-kira 40 hektar di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, seorang perwakilan dari Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad membangkitkan isu tentang tindakan kerajaan negeri yang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.

Muhamad Farid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong mahu Kerajaan Pusat memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan 'membuka' kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.

Antaranya pengambilan tanah seluas kira-kira 40 hektar di Balik Pulau untuk pembinaan sebuah universiti dari Singapura.

Baru-baru ini juga, 100 penduduk Kampung Genting berhimpun bagi membantah cadangan pengambilan tanah seluas 40 hektar di kampung mereka untuk pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Mereka marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri serta bertekad mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil.

Kerajaan Pulau Pinang dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk pembinaan sebuah IPT dan tujuan awam.

Pewartaan tersebut dikatakan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah pada 15 Ogos lalu.

2 comments:

Anonymous said...

Sebab LGE fikir dia sudah ada kuasa autonomi.

Anakbukitgantang said...

Dia lupa dalam Kanun Tanah Negara mewartakan sesuatu tanah perlu ada "kepentingan negara"

Walaupon dalam Kanun yang sama dikatakan Kerajaan Negeri mempunyai hak ke atas mineral, tanah dan air negeri, tapi jika atas kepentingan negara, maka semuanya boleh di veto oleh YDP Agong.

P/S ilmu yg Singapura ajar tak boleh diaplokasi di Malaya, Tanah Jawi ini