Wednesday, September 30, 2009

katastropi sana sini dan DAPSY masih kedekut nak kongsi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang!

Saya meneliti beberapa file bencana alam di merata dunia pada tahun 2009.

Apa yang menarik ianya melibatkan 4 unsur alam iaitu api ( kebakaran hutan), air (tsunami dan banjir), angin(taufan) dan tanah (gempabumi)

Tempat dan masa berlakunya bencana alam ini juga ada menariknya, kerana kebanyakannya berlaku selepas Julai 22, iaitu selepas gerhana matahari terpanjang abad ini.

Dibawah ditunjukkan pattern bencana alam dan keterlibatan 4 unsur alam tersebut.

  1. Air - Tsunami(akibat gempabumi) dan banjir di Samoa,
  2. Tanah-gempabumi di Taiwan, India, Saudi Arabia, Venezuella, Albania, Indonesia
  3. Api ( hutan terbakar) di Australia, Canada, Greece
  4. Angin- Filipina, Vietnam

Pada tahun ini banyak sungguh bencana alam. Adakah ini tanda yang diturunkan Allah untuk memberitahu bahawa bumi ini sudah tua? Adakah ianya juga untuk mengingatkan manusia agar sentiasa merendah diri kepada kuasa yang lebih besar?

Malang sekali masih ada manusia yang mendiami bumi ini masih angkuh dan sombong, dan tak mahu mendengar nasihat dan enggan berkongsi kuasa.

Jika Sabah mengamalkan sistem pusingan selama 2 tahun bagi Ketua Menterinya, maka kenapa DAPSY begitu angkuh dan tak mahu berkongsi kuasa dengan komponen PR yang lain?

Sedarkah DAP bahawa naiknya parti itu ke pesada politik Malaysia hatta sokongan orang Melayu?

Mungkin kerana dah enak dibuai angin, maka parti itu ingin terus memegang tampok kuasa di Pulau Mutiara.

Orang tua tua yang lebih berpengalaman dalam ilmu alam mengatakan bahawa angin sepoi sepoi bahasa ini amat berbahaya kerana kelembutannya boleh mengabui mata kerana ianya adalah prelude kepada angin kencang yang dipanggil ribut taufan. Ribut Taufan ini akan membawa musibah banjir kepada tempat yang dilanda angin badai tersebut.

Adalah badai taufan dan air mata banjir bakal melanda parti komponen PR kerana sikap tidak berkompromi DAP?

4 comments:

anakbukitgantang said...

pagi ini dapat berita badai taufan tempias taufan ketsana melanda negeri ck siti wan kembang.......masyaAllah, banyaknyer petunjuk Allah, manusia manusia nagkuh masih tak mahu sedar lagi.....

Taminsari said...

Salam...saya dah link kan blog puan dgn blog saya..

www.belantan.blogspot.com

salam perjuangan

Anakbukitgantang said...

Terima kasih Taminsari

Unknown said...

salam, bro, yusmadi sabar le dulu, LGE dan kroni DAP tak kenyang lagi, tanah bukit di Penang belum habis sapu untuk buat kondo dan banglow, aku percaya bilasemua dah licin baru le dia setuju jawatan KM digilirkan.

aleh2 aku tengok PKR macam minta sedekah pula.

akai ada ka.