Friday, November 27, 2009

Selangor perlu belajar dari kesah Emperor Meiji vs. Empress Dowager

3 dekad di bawah pemerintahan Empress CiXi (1869-1909) dan Dasar Pintu Tertutup telah menyebabkan China lemah dan keruntuhan pemerintahan Beraja di China.


Emperor Meiji Jepun (1863-1912) memulakan Era Perindustrian di Jepun melalui Dasar Pintu Terbuka Jepun - akhirnya mengatasi China sebagai Kuasa Besar Di Timur

Teringat kesah klasik ini bila mendengar Selangor dah keluarkan circular mengharamkan pegawai Kerajaan Negeri dari mengikuti Kursus Biro Tata Negara.

Ehmm pengalaman saya yang mengikuti kursus BTN dua kali amat memberangsangkan, boleh menjana jati diri dan ketahanan mental, fizikal dan spiritual.

....................................................................................................................

Jenis Latihan dalam kursus Biro Tata Negara (BTN)

Bagi saya kursus BTN kali pertama yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran adalah yang terbaik. Kursus tersebut ada bahagian teori dan praktikal. Bagi bahagian teori kami belajar mengenai sistem pentadbiran dan perundangan negara, perlembangaan Malaysia dan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.

Bagi menguatkan ketahanan fizikal ,minda dan spiritual bakal guru KPLI yang bakal ditempatkan di pendalaman Sarawak dan Sabah, maka diberikan kursus praktikal latihan membina semangat, kursus praktikal ala komando dan kami diberikan squad leader yang memang askar simpanan ROTU.


Apapun kesan utama kursus tersebut ialah bakal guru memang lebih bersedia untuk berkhidmat kepada negara, tak takut nak redah hutan, tak menjadikan alasan tiada kemudahan sebagai alasan untuk tidak berkhidmat...maknanya betul betul meningkatkan ketahanan dan jati diri seseorang. Malah selepas kursus tersebut, saya tak teragak agak meredah hujan tanpa payung, boleh menyiapkan tugasan dalam adverse condition dan mempunyai ketahanan spiritual dan mental yang kuat, alhamdulillah.....sebab dah merasai midnight jungle trekking dan kena tinggal dalam hutan sorang sorang masa solo camping.

.........................................................................................


Dasar Pintu Terbuka Emperor Meiji Jepun vs. Dasar Pintu Tertutup Empress Dowager China

Balik kepada topik asal, umum mengetahui bahawa Jepun adalah lebih maju dari China.


Tentu pembaca pelik kerana pada zaman Renaisance di Eropah, China terkenal sebagai Kuasa Besar Perdagangan di Timur. Negara tersebut terkenal mewah dengan sutera, mangkuk tembikar dan teh. Kenapa kemewahan tersebut tidak berkekalan. Pada era ke berapa Jepun mulai mengatasi China sebagai sebagai Kuasa Besar Di Timur?


Sebenarnya tindakan Emperor Meiji membuka pintu / pelabuhan negara ke kuasa asing telah menjana pembaharuan kepada Jepun. Emperor Meiji yang bijak telah menggabungkan nilai nilai Keperwiraan Shogun ke dalam blueprint pembangunan Jepun. Malah rakyat Jepun bersemangat untuk memodenkan negara mereka dengan membina jalan keretapi, kapal laut, kilang.......dan bermulalah era perindustrian Jepun di tahun tahun 1868-1912. Jasa dan foresight Emperor Meiji amat dikagumi, malah baginda hanya berusia 15 tahun ketika mula naik takhta pada tahun 1868!
http://rds.yahoo.com/_ylt=A0oGkw9Aow5LaF0B.GZXNyoA;_
ylu=X3oDMTEzb3A3dW04BHNlYwNzcgRwb3MDMQRjb2xvA3NrMQR2dGlkA0
Y5NDVfMTQ1/SIG=11cmvomiq/EXP=1259336896/**http%3a//meijiemperor.net/

---------------------------------------------------------------------------

3 dekat pemerentahan Empress Dowager CI-XI di China (1860-1909)

Pada masa yang hampir sama, seorang gundek kelas kedua berbangsa Manchu, bernama Ci-Xi, dibawa masuk istana ketika berusia 12 tahun. Bagaimanapun gundek kelas kedua ini berjaya menawan hati Emperor waktu itu, dan naik pangkat menjadi gundek utama dan seterusnya permaisuri Emperor Hseng-Feng. Baginda dilaporkan amat cintakan wang dan kuasa, serta menggunakan kelemahan musuh untuk mencapai maksudnya ( sounds really familiar!) Baginda juga dilaporkan anti Barat dan mengamalkan Dasar Pintu Tertutup.


3 dekad pemerintahan di bawah Empress Dowager Ci-Xi telah membawa ketidak stabilan. Permainan Politik Istana yang ganas telah menyebabkan penderitaan di kalangan rakyat jelata . Akhirnya rasa kecewa rakyat diluahkan melalui Pemberontakan TaiPing...dan berakhirnya era pemerintahan Beraja Manchu yang diganti dengan Pemerintahan Kuo Min Tang.
http://rds.yahoo.com/_ylt=A0oGkmFtqA5LwCUBwLRXNyoA;_
ylu=X3oDMTEzMnFpajh0BHNlYwNzcgRwb3MDMwRjb2xvA3Nr
MQR2dGlkA0Y5NDVfMTQ1/SIG=12199kpkc/EXP=1259338221/**http%3a//en.wikipedia.org/wiki/Empress%2520Cixi


.........................................................................................

Pengajaran dari kesah Silam

Seperti China, Selangor boleh mengamalkan Dasar Pintu Tertutup tapi lihatlah kesan dan akibat seperti yang dialami oleh China.

Seperti China, Selangor tidak dapat mengabui mata rakyat hatta menghalang rakyat dari mendapatkan ilmu dan berita melalui saluran alternatif.................tambahan sekarang dunia tanpa sempadan dan maklumat boleh didapati melalui internet, televisyen, radio, twitter.......................... dunia ilmu sekarang tanpa sempadan (borderless world)


Seperti mana mana negara Timur waktu itu, golongan elit mula menghantar anak anak mereka ke Barat untuk menimba Ilmu....pemerintahan Kuo Min Tang yang berjaya selepas Revolusi Tai-Ping diterajui oleh orang orang yang berpendidikan tinggi dari Barat...........Selangor tidak boleh menghalang anak negeri dari keluar belajar ke negara lain atau ke negeri lain!


Alangkah pelik sebab Tun Dr Mahathir telah memulakan Dasar Pandang Ke Timur dengan mencontohi Jepun dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara tersebut., maka di era pemerintahan Tun bermula dengan pesatnya pembangunan fizikal dan kemewahan rakyat di Malaysia........tapi sayang seribu kali sayang MB Khalid seorang lulusan Ekonomi tak dapat nak membezakan yang baik dari yang buruk , kerana ... di Selangor pula memulakan Dasar Pandang Ke Zaman Feudal China.........umum mengetahui kesan dan akibat buruk dari dasar tersebut.

Dasar menghalang Pegawai Kerajaan Negeri Selangor adalah satu langkah ke belakang bagi negeri Selangor. Efeknya akan dapat dilihat bilamana pegawai Kerajaan Negeri tiada jati diri, tiada ketahanan mental, spiritual dan fizikal untuk menjalankan tugas..sindrom utamanya ialah bila para pegawai ini mengelat nak turun padang......... dan gagal mengatasi masalah rakyat


Adakah kebetulan juga, yang menerajui Dasar Kembali Ke Zaman Feudal China aka Dasar Tutup Pintu (ke atas semua maklumat bukan sahaja kursus BTN) juga diterajui oleh seorang perempuan Bernama YB Halimah? Mungkin YB Halimah telah belajar dari Empress Dowager Ci Xi bagaimana nak memporak perandakan aset utama Negeri Selangor- modal insan!


2 Tahun rakyat Selangor di bawah pemerintahan kuku besi Pakatan Rakyat, masihkan ini kerajaan pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia amnya dan Selangor khususnya?



No comments: