Saturday, August 28, 2010

tahniah, operasi penyusupan agen dan merosakkan umat Islam telah berjaya!

Lagi lagi cerita ahli politik berbangsa dan berugama asing "bertazkirah" berpolitik dalam masjid. Lagi lagi cerita yang berkait dengan PAS.

Buktinya di sini

http://selangorwave.blogspot.com/2010/08/perosak-rakyat-lagi-kafir-masuk-masjid.html
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/08/tak-bolehkah-umat-islam-bersatu-dalam.html

dan terkini Masjid di Selayang pula dicemari kesuciannya di sini

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fbumiyang.blogspot.com%2F2010%2F08%2Fbelum-reda-dengan-isu-taskirah-nie.html&h=eca3e

Sayang seribu kali sayang, kenapa umat Islam begitu naif dan tak mengetahui ISU SEBENAR dalam hal ini ialah usaha meliberalisasi ugama Islam. Sedeh amat sedeh kerana DALANG utama bukan lagi musuh nyata tapi umat Islam yang terang lagi bersuluh bertindak dalam musuh dalam selimut! Rujukan lanjut fenomena yang membimbangkan ini di sini http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.anwaraidc.com%2F2010%2F05%2Frm4-juta-harga-anwar-kuasai-pas.htmlSee&h=eca3e

Syukur kerana Sultan Selangor yang memerintah negeri telah bertindak tegas dan mengarahkan MAIS agar pengurusan Surau Al Huda diambil alih serta merta. Sehubungan itu, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)  mengambil alih pengurusan surau tersebut serta merta.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Ingatlah, ini bukan isu politik seperti yang ditepis oleh pengerusi Jawatankuasa Surau Al Huda, Kajang......tapi jauh lebih besar kerana satu persatu benchmark Islam dianjak ke belakang..atas nama liberalisasi, demokrasi dan keadilan (slogan Freemason!) Masehkan umat Islam leka diulit mimpi indah?

Lihat petalian dengan artikel yang diperturunkan  dibawah dan lihat apa yang terjadi sekarang...nampak tak persamaannya? Liberalisasi,demokrasi dan keadilan dalam  ugama, Erdogan dalam PAS dan apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini(perpecahan)...semoga Allah melindungi kita semua dan generasi akan datang dari "tersesat akidah dalam terang"

RM4 juta harga Anwar kuasai PAS


By aidc editor on May 3, 2010 11:17 AM/Oleh Pusaka Ayahanda


Saya pernah bersembang santai dengan seorang sahabat baik dari parti Pas selepas beberapa bulan DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sg Buloh. Saya menyatakan kepada beliau bahawa ada perancangan dari kem PKR untuk menyeludup masuk pakar strategist mereka kedalam Pas bagi membolehkan DS Anwar menguasai parti melayu kedua terbesar itu.

Namun sahabat saya langsung tak percaya malah meyakini bahawa Pas akan "dilindungi" dari anasir-anasir jahat dari luar. Pas yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang "suci dari sebarang kemungkaran" pasti akan terhindar dari sebarang maksiat dibawah kepimpinan Tuan Guru mereka iaitu Nik Aziz Nik Mat.


Tetapi selepas hampir 6 tahun berlalu, apa yang pernah saya nyatakan dulu ternyata benar. Bermula dari munculnya kumpulan berhaluan kiri Erdogan yang amat mengagumi pemikiran Anwar hinggalah timbulnya kekalutan blogger upahan RM 4 juta bagi menjatuhkan pemimpin negara, Pas kini memang benar telah dikuasai oleh ideologi Anwar Ibrahim.


Saya tak terkejut dengan pendedahan Syed Azidi @ Kickdefella tentang dana RM 4 juta oleh Pas bagi menjalankan kerja gerak saraf menjatuhkan Tun Lah. Ini merupakan gaya permainan politik Anwar sejak dia berada didalam Umno lagi. Namun didalam Pas, saya rasa Husam adalah orang yang berpotensi diamanahkan menjadi perantara kepada Anwar.




Husam yang merupakan anak didik Anwar sudah tentunya dilatih untuk menjadi seorang pemikir dan perancang didalam Pas dan dia telah berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang hingga begitu disayangi oleh Nik Aziz di Kelantan berbanding dengan exco-exco lain di negeri tersebut.

Kehadiran ramai "orang-orang Anwar" didalam Pas sepanjang 6 tahun kebelakangan ini telah banyak menimbulkan masalah didalam parti Pas itu sendiri. Semangat memperjuangkan undang-undang Islam Pas semakin luntur dan sedikit demi sedikit digantikan dengan Islam liberal sepertimana yang diamalkan oleh Anwar.


Begitu juga fungsi Majlis Syura Pas yang kian hilang taringnya. Dewan Ulamak mereka juga seolah-olah "dibisukan" dan dijadikan "tunggul kayu" didalam parti tersebut. Ini bagi memastikan ulamak-ulamak Pas yang berhaluan kanan tak mencampuri percaturan politik proksi-proksi Anwar didalam Pas.




Ini semua telah menyebabkan Pas kini terbahagi kepada beberapa kumpulan tertentu walaupun dibawah satu bumbung yang sama. Inilah yang sebenarnya perancangan Anwar Ibrahim untuk menjinakkan Pas. Inilah juga "masterpiece" politik Anwar yang dikenali sebagai konsep pecah dan perintah.




Jika kita mengimbas kembali dan meneliti sejarah politik Anwar didalam Umno, kita akan menyedari bahawa Anwar memang pakar didalam permainan politik pecah & perintah ini. Tak hairanlah jika dia berjaya mendaki puncak kariernya didalam Umno dalam tempoh masa yang singkat sahaja mengatasi semua "heavyweight" Umno yang lain.


Dan Malaysia bernasib baik kerana mempunyai pemimpin seperti Tun Mahathir yang mampu menafikan impian Anwar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara. Jika tidak, usahkan kata APCO, mungkin Jerussalem Post versi melayu akan dicetak di negara ini dibawah pemerintahan Anwar Ibrahim.

Kini nama dan imej Anwar Ibrahim membunga-bunga dikalangan jemaah dan kebanyakan pemimpin Pas terutamanya pemimpin muda mereka. Anwar telah berjaya menguasai Pas walaupun tidak pada keseluruhannya tetapi perancangannya jelas berhasil.




Pas kini tak mampu lagi bercakap mengenai undang-undang Islam malah slogan Pas sendiri kini tak lagi meletakkan nama Islam sebaliknya menceduk slogan dari negara Israel.


Ulamak-ulamak Pas juga tak mampu lagi bersuara apabila pemimpin-pemimpin DAP menghina Islam dan mempermainkan ayat Quran. Malah ulamak-ulamak Pas menyokong pula apabila ada pemimpin wanita DAP yang berzina dan berbogel. Mereka juga tak mampu bersuara apabila nama Allah diperkotak-katikkan oleh pihak kafir dan mereka juga tak mampu angkat muka dengan tindakan DAP memperlahankan seruan azan di Selangor.


Kesimpulannya, saya langsung tak berasa pelik dengan apa yang terjadi kepada Pas kebelakangan ini. Saya cuma akan rasa hairan jika Pas keluar dari Pakatan Rakyat sewaktu Anwar masih ada kerana bagi saya, Anwarlah yang menjadi "tali pengikat" diantara Pas dan DAP serta PKR didalam Pakatan Rakyat.




Saya yakin, jika "apa-apa terjadi" kepada Anwar didalam perbicaraan kes liwat keduanya selepas ini, Pakatan Rakyat pasti akan berkubur dan kerajaan perpaduan diantara Umno dan Pas mungkin akan wujud, InsyaAllah.

Dan yang ini pula Fatwa Al Azhar mengenai Orang Kafir Masuk yang diambil dari Islamonline.

Bolehkah non-Muslim Masuk Ke Masjid?


Soalan:


Apakah hukum dlm Islam jika non-Muslims memasuki masjid utk membuat baik-pulih/ubah-suai, menyampaikan ucapan, atau belajar lebih lanjut mengenai Islam?


Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid


Adalah ditegaskan yg Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslims. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yg boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yg bermanfaat dlm maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.


Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Fatwa, menjelaskan pandangan Fuqaha berkenaan hal ini seperti berikut:


Allah SWT berfirman, (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)


Allah SWT berfirman lagi, (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi…) (An-Nisaa’ 4: 43)


Berpandukan ayat-ayat ini, majority Fuqaha, termasuk mereka dari Mazhab Fiqah Maliki, Shafi`i dan yg lain, menegaskan yg musyrikin/penyembah berhala tidak dibenarkan utk memasuki Masjidil Haram di Makkah. Bagaimanapun, mereka berpendapat tidak salah kalau Orang Kristian dan Yahudi memasukinya. Mereka berpendapat hukum ini diguna-pakai kpd Masjidil Haram di Makkah juga kawasan persekitarannya. Abu Hanifah, bagaimanapun, berpendapat musyrikin/penyembah berhala boleh masuk ke Masjidil Haram di Makkah selagi dia tidak tinggal atau menetap disitu. Dia menafsirkan tidak suci sebagai kekotoran spiritual (syirik).


Utk masjid lain selain Masjidil Haram di Makkah, Fuqaha Madinah melarang non-Muslims dari memasuki masjid kerana non-Muslims dianggap oleh al- Qur’an sebagai tidak suci. Imam Ahmad diriwayatkan berkata mereka boleh masuk ke masjid dgn kebenaran Muslims. Ini disokong oleh riwayat yg Rasululllah (SAW) membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristians dari Najran dlm masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah (SAW) bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).”



Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yg Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) diikat dlm masjid.



Dlm Fath al-Bari, Ibn Hajar menyebut terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Fuqaha Hanafi memberikan kebenaran tanpa syarat sedangkan ulama Maliki dan al-Mazni diriwayatkan melarang nya langsung. Ulama Shafi`i membezakan antara Masjidil Haram dgn masjid lain. Terdapat satu pendapat yg kebenaran itu dihadkan kpd Ahli Kitab tetapi ini di bantah dgn kes Thamamah yg disebutkan di atas.


Sheikh M. S. Al-Munajjid, penceramah dan pengarang Islam dari Arab Saudi, menyatakan:


Adalah diharamkan kpd Muslims utk membenarkan sebarang non-Muslim utk masuk ke Al-Masjid Al-Haram di Makkah dan persekitarannya yg suci, kerana Allah berfirman: (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskinmaka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)


Berkenaan dgn masjid lain, beberapa Fuqaha Muslim berpendapat adalah dibenarkan kpd non-Muslims utk masuk ke dlm nya kerana tiada dalil utk menyebut keharaman perbuatan itu; yg lain berkata ia nya tidak dibenarkan, dgn qias kpd kes Al-Masjid Al-Haram.


Pandangan tepat ialah ia nya dibenarkan jika ia menepati matlamat Shari`ah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid utk mendengar sesuatu yg mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah tujuan cara Rasulullah (SAW) dlm hal ini; dia mengikat (tawanan baginda ) Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dlm masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini: mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah (SAW) utk melihat orang solat dan membaca al- Qur’an, dan sebagainy. (Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’)


Maka, jika non-Muslims memohon utk masuk ke masjid dgn tujuan utk melihat bagaimana Muslims bersolat, tiada salah dlm hal itu, selagi mereka tiada sesuatu yg boleh mencemarkan masjid itu, dan perempuan mereka tidak berpakaian menjolok mata, atau sebarang alasan lain yg menghalang mereka dari masuk ke masjid. Jadi mereka boleh masuk dan duduk di belakang Muslims utk melihat bagaimana mereka sembahyang.


Berdasarkan kpd Fatwa diatas , kita boleh katakan yg non-Muslim, termasuk Orang Kristians dan Yahudi, dibenarkan utk masuk ke masjid, tetapi mereka patut mentaati syarat berikut:



1- Non-Muslim dibenarkan utk masuk ke masjid – selain dari Masjidil Haram di Makkah – dgn kebenaran awal dari Muslim.


2- Mereka mesti ada alasan kukuh utk masuk ke masjid.


3- Mereka mesti menghormati kemuliaan masjid dan beringat yg itu ialah tempat suci utk beribadah.


4- Lelaki dan perempuan tidak dibenar membuka aurat semasa masuk ke masjid.



Berkenaan dgn hal baik-pulih/ubah-suai, Kita berpendapat yg Muslims mesti diberi keutamaan dlm melaksanakan kerja itu, melainkan jika ia sangat perlu utk meminta pertolongan dari non-Muslims. Ada keperluan yg memerlukan pertolongan dari mereka, terutamanya dlm hal berkaitan masjid.


Sumber: Can a non-Muslim Enter the Mosque? Islamonline

No comments: