latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Wednesday, September 15, 2010
Bila seluruh dunia dan cyberspace bersedeh dengan pembunuhan aruah Sosilawati, PAS bersikap tidak prihatin
Manakala akhbar The Star melaporkan pembunuhan kejam tersebut mendapat liputan dari beberapa negara termasuk United Kingdom, China, Hungary, Australia, Singapore, Canada dan banyak lagi http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/9/14/nation/20100914200550&sec=nation.
Malah beberapa orang meluahkan rasa kecewa dengan cara pembunuhan kejam tersebut berlaku di sini
"The murder case of Sosilawati was seriously disturbing. Murdered, burnt to ashes, ashes strewn at Morib beach. How morbid," posted Aiman Hamizah on Twitter.
A woman who tweets as khatijah said "something is rotten in the state of Malaysia. Credit to the police who worked through (Hari) Raya and al-Fatihah for Sosilawati".
Malah ada yang mengatakan si pembunuh adalah seorang psycho (gila) di sini
"Datuk Sosilawati's killer is a psycho freak. Are you trying to be the next mona fandey?" angry elytric tweeted.
Syukurlah, maseh ada kewarasan dan sikap bencikan keganasan dalam sanubari rakyat Malaysia.
Ini jelas berbeda dengan sikap acuh tidak acuh kepimpinan PAS dan ADUNnya dalam menangani kes pembunuhan kejam ini. Persoalananya, apakah PAS lebih pentingkan political mileage dan kerana pembunuhnya berbangsa India maka keadilan terhadap aruah Sosilawati dan rakan rakannya tidak mahu ditegakkan? Apakah kerana baru memegang tampok kuasa di 2 buah negeri yang majority Melayu Islam maka PAS mahu membuang pengundi Melayu Islam dan menidakkan perasaan dan kegusaran Melayu Islam demi menjaga hati DAP dan PKR?
Lihat dan bedakan reaksi kekecewaan rakyat Malaysia dengan reaksi kepimpinan PAS di sini http://twitter.com/docmarjan dan transkrip perbualannya di sini
Kenyataan Dr Lo lo dan rakan melalui twitter
"@AfiahHafiz Saya mnyebut sbb high profile case. Mmg byk kes pmbunuhan kejam, mcm2.stengah tu kita pn xde info. -about 13 hours ago via Twitter for BlackBerry® in reply to AfiahHafiz
.@AfiahHafiz Sape yg bleh lupakn kmatian altanTuya.sy kaitkn sbb mrk adalh wnita spt sy. Mrk mati dbunuh kejam dbumi msia.apa yg politiknya? -about 14 hours ago via Twitter for BlackBerry® in reply to AfiahHafiz
Altantuya Sosilawati wnita cantik muda mati dbunuh kejam dbumi Msia.sorang dletup sorang dbakar.bunuh wati ada motif?Bunuh Tuya Xde motif? "-about 15 hours ago via Twitter for BlackBerry® "
Jelas dalam tragedi PAS maseh cuba mendapatkan political mileage dengan mengaitkannya dengan kes Altantuya.
Kepada PAS pesanan saya- cukuplah politiking yang membawa perpecahan umat Melayu Islam dan terhakisnya hak hak kita sebagai orang Islam yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai rakyat pribumi, mengamalkan ugama rasmi negara (Islam) dan dilindungi hak keistemewaannya sebagai penduduk pribumi di Malaysia.
Tatkala seluruh dunia cyberspace boleh bersatu hati mengutuk pembunuhan kejam tersebut dan seluruh dunia memberi liputan kepada tragedi itu, PAS dilihat sebagai satu entiti yang hilang arah, tidak bertegas walaupon keganasan kemanusian telah berlaku kerana terlalu menjaga hati rakan dalam PR.-PETIKAN DARI KEDUA AKHBAR DI SIARKAN PENUH DI BAWAH UNTUK RUJUKAN
................................
News Straits Times
KUALA LUMPUR: Waves of sympathy and messages of condolences flooded cyberspace following news that cosmetics queen Datuk Sosilawati Lawiya and three others were murdered.
The micro-blogging site Twitter started buzzing late on Saturday night when users got wind that police had cordoned off a poultry farm and were ready to carry out excavation.
Many had prayed for the safe return of the four and hoped that unconfirmed reports of their deaths were unfounded.
But all hopes were dashed when police yesterday confirmed all four had been murdered.
Malaysians were shocked and outraged at the cold-blooded way Sosilawati, her lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, banker Noorhisham Mohammad and driver Kamarudin Shansudin were killed and how their bodies were disposed of.
"The murder case of Sosilawati was seriously disturbing. Murdered, burnt to ashes, ashes strewn at Morib beach. How morbid," posted Aiman Hamizah on Twitter.
A woman who tweets as khatijah said "something is rotten in the state of Malaysia. Credit to the police who worked through (Hari) Raya and al-Fatihah for Sosilawati".
Fellow Twitterer mistahasnul tweeted "whatever the truth is, Sosilawati is a tragic story of [sic] rag to riches to murder. Sad!" while others wanted those responsible to be brought to book.
"I hope those responsible for Sosilawati (will) be held accountable and punished. I really don't want to see a rerun of the Altantuya case," said user, witherthor.
The news of their deaths were tweeted and re-tweeted repeatedly, fuelling speculation on the "hows" and "whys".
Interestingly, some Twitterers compared the killings with the infamous Mona Fandey case.
"Datuk Sosilawati's killer is a psycho freak. Are you trying to be the next mona fandey?" angry elytric tweeted.
Coffee shop chatter was also abuzz with many speculating on the motives for the murders.
"Maybe someone was jealous of her success," said housewife Siti Aishah Abdullah.
Her teenage son Muhd Fairuz Muhd Ali believed it was a business deal gone wrong.
...........................
The STAR
PETALING JAYA: The murder of cosmetics millionaire Datuk Sosilawati Lawiya has attracted worldwide media attention.
Online searches produced news reports of the case translated into various languages and hosted on websites in China, Hungary, Australia, Singapore, Canada and many more.
Some websites, such as The Straits Times Singapore, provided comprehensive updates and findings of the case.
UK-based newspaper The Telegraph also provided coverage through its correspondent in neighbouring Bangkok.
Sosilawati, 47, and three others - her lawyer Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, CIMB Bank officer Noorhisham Mohammad, 38, and driver Kamaruddin Shansuddin, 44 - went missing on Aug 30 after visiting two brothers, both lawyers, over a land deal.
It was learnt that the founder of the Nouvelles Visage beauty line had engaged the lawyers' services to submit a tender for a piece of land in Bukit Jambul, Penang.
Read more: Killings spark cyberspace grief http://www.nst.com.my/nst/articles/4wavs/Article/index_html#ixzz0zXzc3oRD
Wednesday, June 10, 2009
PEMBUNUHAN UMAT ISLAM SELATAN THAILAND KETIKA SOLAT ISYAK DAN SERUAN PERPADUAN UMAT ISLAM SEJAGAT
Saya sedih dengan kejadian terbaharu pembunuhan jemaah Islam yang sedang solat di dalam masjid ketika isyak.
Lihat laporan di sini http://yeopperak.blogspot.com/2009/06/ditembak-didalam-masjid.html t atau di petikan artikel di bawah.
Sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bersatu. UMNO dan PAS boleh bersatu hati berpadu dengan mengambil tindakan memboikot produk pertanian Thailand.
Malah alternatif import beras, sayur -sayuran dll boleh didapati dari Vietnam yang juga produktif dalam agrobusiness.
Pada masa yang sama, pengguna juga mempunyai tanggungjawab bagi membantu Malaysia mengurangkan import sayur-sayuran dari negara luar. Tanah kosong di belakang rumah, ataupun ruang kosong di balkoni apartmen boleh dimanfaatkan dengan menanam sendiri beberapa sayur dan herba yang menjadi keperluan dalam masakan seharian. Rujuk artikel terdahulu saya di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/06/taman-taman-kecil-yang-indah.html
Begitu juga bagi perpaduan umat Islam sejagat, saya memohon UAE dan negara Arab lain untuk mencari negara alternatif bagi offshore farming yang sedang dirancang dan dalam peringkat akhir rundingan di Thailand. Rujuk artikel saya terdahulu di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/06/is-malaysia-ready-to-ensure-enough-food.html
Soalnya, kawasan yang nak dibangunkan untuk agrobusiness itu adalah di Thailand Selatan......jadi dengan kes pembunuhan yang mutakhir ke atas umat Islam disana, melabur bagi agrobusiness di Thailand Selatan seolah olah menyokong pembunuhan umat Islam.
Saya ingin menyeru UAE dan mana-mana negara Arab yang ingin membuat pelaburan di Thailand untuk " engage in constructive investment policy" ataupun mengenakan dasar Pelaburan Bersyarat. Syarat khas dalam pelaburan tersebut adalah memastikan pemerintah Thailand menghentikan pembunuhan kejam dan lain-lain tindakan yang menindas umat Islam di Selatan Thailand . Sebarang perbicaraan umat Islam atas tuduhan subversif di mahkamah sivil pula hendaklah adil dan saksama. Beberapa pemimpin masyarakat Islam seperti Surin Pitsuwan http://www.cfr.org/bios/9884/surin_pitsuwan.html , bekas Menteri Luar Thailand yang berpendidikan Harvard, atau panglima tentera Thailand Sonthi Boonyaratglin, yang berugama Islam http://en.wikipedia.org/wiki/Sonthi_Boonyaratglin wajar dimasukkan dalam perbincangan, supaya semua syarat -syarat pelaburan di Selatan Thailand adalah win-win situation bagi umat Islam dan juga pemerintah Thailand.
UAE dan negara Arab lain MASIH ADA PILIHAN, DI MALAYSIA, sebuah negara Islam. Agribusiness dan offshore farming masih boleh dibuat di negeri-negeri berteraskan pertanian di utara tanah air, pantai timur mahupun di Sabah mahupun Sarawak yang mana tenaga buruhnya masih murah.
Marilah kita sama-sama sedekahkan AL FATEHAH ke atas roh-roh orang Islam yang syahid dibunuh ketika sedang solat.
ARTIKEL PENUH BOLEH DIBACA DI SINI
Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya.
‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.
MARILAH KITA BERDOA SEMOGA NEGARA KITA SENTIASA AMAN DAN TIADA PERKARA SEPERTI INI BERLAKU DAN SAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA..AMIN...
Posted by yeopPERAK at 9:25:00 AM