Saya mendapat undangan untuk satu majlis perkahwinan di Putrajaya. Biasanya majlis kemasyarakatan sebegini dibuat di Pusat Kejiranan (Dewan di Kompleks Kejiranan), tetapi penulis bertuah dapat ke “rumah orang kahwin”
Biasalah di tempat lain, kalau pembeli membeli rumah, perkara yang pertama dilakukan adalah menambah bilik, dapur dan lain-lain.
Tetapi di Putrajaya, semuanya dah tersedia, dari dapur basah (wet kitchen) hinggalah ke ampaian baju.
Biasalah di tempat lain, kalau pembeli membeli rumah, perkara yang pertama dilakukan adalah menambah bilik, dapur dan lain-lain.
Tetapi di Putrajaya, semuanya dah tersedia, dari dapur basah (wet kitchen) hinggalah ke ampaian baju.
Di Putrajaya, penguatkuasaan undang-undang bagi kerja-kerja kecil yang melibatkan ubahsuai dan binaan struktur kekal mahupun sementara dibuat dengan tegas.
Oleh itu, jarang kita dapati ada pemilik rumah yang membuat tambahan secara semberono. Jadi dimanakah para pemilik rumah Putrajaya meluahkan kesemua extra energy, extra money dan extra time yang ada?
Taman kecil yang indah
Jalan-jalan sepetang di Putrajaya dapat melihat pemilik rumah meluahkan perasaan di taman masing-masing. Bagaimanapun gambar-gambar ini ditangkap tanpa muka pemilik rumah.
Kebun kecil, sumber sayuran segar dari belakang rumah
Setakat membayar seringgit bagi sekampit chili atau 50 sen bagi segenggam daun daun limau purut, bagaimana kalau anda bawa barang barang segar yang sentiasa dibeli di pasar ke kebun anda? Perkara ini tidak mustahil.....Kebun kecil boleh dibuat dan ditanam dengan beberapa sayur sayur . Malah menanam sayur sayuran dalam pot atau dalam tanah yang dikhaskan di belakang rumah boleh bertindak sebagai buffer untuk menghadapi kenaikan harga sayur sayuran yang naik mendadak.
Bagi penghuni flat, sayur dan herba yang selalu diguna seperti serai, chili merah, chili padi , pandan, lengkuas, halia dan kunyit boleh ditanam dengan kemas di dalam pasu.
Bagaimanapun, seringkali kita lupa kebun sayur juga boleh dibuat landskap yang cantik. Lihatlah gambar ini, kebun sayur yang dilandskap dengan indah di lereng bukit
No comments:
Post a Comment