Wednesday, June 10, 2009

PEMBUNUHAN UMAT ISLAM SELATAN THAILAND KETIKA SOLAT ISYAK DAN SERUAN PERPADUAN UMAT ISLAM SEJAGAT

Assalamualaikum,

Saya sedih dengan kejadian terbaharu pembunuhan jemaah Islam yang sedang solat di dalam masjid ketika isyak.

Lihat laporan di sini
http://yeopperak.blogspot.com/2009/06/ditembak-didalam-masjid.html t atau di petikan artikel di bawah.

Sudah tiba masanya umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia bersatu. UMNO dan PAS boleh bersatu hati berpadu dengan mengambil tindakan memboikot produk pertanian Thailand.

Malah alternatif import beras, sayur -sayuran dll boleh didapati dari Vietnam yang juga produktif dalam agrobusiness.

Pada masa yang sama, pengguna juga mempunyai tanggungjawab bagi membantu Malaysia mengurangkan import sayur-sayuran dari negara luar. Tanah kosong di belakang rumah, ataupun ruang kosong di balkoni apartmen boleh dimanfaatkan dengan menanam sendiri beberapa sayur dan herba yang menjadi keperluan dalam masakan seharian. Rujuk artikel terdahulu saya di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/06/taman-taman-kecil-yang-indah.html

Begitu juga bagi perpaduan umat Islam sejagat, saya memohon UAE dan negara Arab lain untuk mencari negara alternatif bagi offshore farming yang sedang dirancang dan dalam peringkat akhir rundingan di Thailand. Rujuk artikel saya terdahulu di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/06/is-malaysia-ready-to-ensure-enough-food.html


Soalnya, kawasan yang nak dibangunkan untuk agrobusiness itu adalah di Thailand Selatan......jadi dengan kes pembunuhan yang mutakhir ke atas umat Islam disana, melabur bagi agrobusiness di Thailand Selatan seolah olah menyokong pembunuhan umat Islam.

Saya ingin menyeru UAE dan mana-mana negara Arab yang ingin membuat pelaburan di Thailand untuk " engage in constructive investment policy" ataupun mengenakan dasar Pelaburan Bersyarat. Syarat khas dalam pelaburan tersebut adalah memastikan pemerintah Thailand menghentikan pembunuhan kejam dan lain-lain tindakan yang menindas umat Islam di Selatan Thailand . Sebarang perbicaraan umat Islam atas tuduhan subversif di mahkamah sivil pula hendaklah adil dan saksama. Beberapa pemimpin masyarakat Islam seperti Surin Pitsuwan http://www.cfr.org/bios/9884/surin_pitsuwan.html , bekas Menteri Luar Thailand yang berpendidikan Harvard, atau panglima tentera Thailand Sonthi Boonyaratglin, yang berugama Islam http://en.wikipedia.org/wiki/Sonthi_Boonyaratglin wajar dimasukkan dalam perbincangan, supaya semua syarat -syarat pelaburan di Selatan Thailand adalah win-win situation bagi umat Islam dan juga pemerintah Thailand.

UAE dan negara Arab lain MASIH ADA PILIHAN, DI MALAYSIA, sebuah negara Islam. Agribusiness dan offshore farming masih boleh dibuat di negeri-negeri berteraskan pertanian di utara tanah air, pantai timur mahupun di Sabah mahupun Sarawak yang mana tenaga buruhnya masih murah.


Marilah kita sama-sama sedekahkan AL FATEHAH ke atas roh-roh orang Islam yang syahid dibunuh ketika sedang solat.


ARTIKEL PENUH BOLEH DIBACA DI SINI


Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.


Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya.



‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.


MARILAH KITA BERDOA SEMOGA NEGARA KITA SENTIASA AMAN DAN TIADA PERKARA SEPERTI INI BERLAKU DAN SAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA..AMIN...
Posted by yeopPERAK at
9:25:00 AM


No comments: