Showing posts with label ugama.. Show all posts
Showing posts with label ugama.. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Al Marhum Habib Munzir-perginya seorang ulama besar

Perginya seorang ulama yang disayangi Habib Munzir, pimpinan Majelis Rasulullah. Ribuan orang menghadiri majlis pemakaman beliau.



 
 
 
atau di link SINI
 
Namun ilmu yang beliau berikan tetap akan berkembang. Dikongsikan di sini amalan selawat Habib Munzir untuk bertemu baginda Rasulullah SAW dalam mimpi.
 
AMALAN SALAWAT AL-MARHUM HABIB MUNZIR
UNTUK BERTEMU DENGAN SAYYIDINA MUHAMMAD SAW

(1) Amalan Menurut Habib Munzir Al Musawa untuk dapat bertemu Rasulullah dalam mimpi. Bermula dari pertanyaan singkat ‘Bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan Rasulullah ?’. Berikut ini jawaban Habib Munzir.
...
(2) Mengenai berjumpa dengan Rasul saw adalah dengan merindukan Baginda saw dan memperbanyak amalan sunnah semampunya, dan memperbanyak shalawat. Baginda saw mencintai kita dan memperhatikan kita lebih dari ayah bonda kita. Baginda saw adalah ayah roh bagi semua ummatnya, maka roh kita tetap mudah berhubungan dengan roh Baginda saw, lewat mimpi misalnya, nah.. perkuat hubungan roh anda dengan roh Baginda saw dengan shalawat ini :

(3) ”Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa ‘ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur” (wahai Allah limpahkan shalawat pada Roh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur).

(4) Anda bisa saja jumpa dengan Rasul saw dalam mimpi, perbanyaklah shalawat, cintailah sunnah, dan perbanyaklah bersedekah pada anak yatim, dan baktilah pada ibunda jika masih ada, ini adalah amalan amalan yg sangat dicintai oleh Rasul saw, anda jangan tidur kecuali bibir anda terus bershalawat pada nabi saw, Baginda saw akan menjumpa anda, dan yakinlah..

(5) Saya (Habib Munzir) menyukai semua shalawat, dulu saya membaca 17 macam shalawat, diantaranya shalawat Syeikh Abdulqadir Al-Jailani yang panjangnya 13 halaman, namun kini saya membaca satu macam shalawat saja, yang diajarkan Rasul saw lewat mimpi pada saya, pendek saja iaitu :

(6) “ALLAHUMMA SHALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM“ shalawat ini saya baca 5.000X setiap harinya,

(7) Jika anda ingin membacanya silakan, saya ijazahkan pada anda, boleh membacanya 100X, 200X atau lebih atau berapa saja sekemampuan anda dan luasnya waktu, dan bisa dibaca sambil di mobil, di jalan, atau di manapun.

(8) Masalah mimpi Rasul saw, saya (Habib Munzir) pernah bermimpi beliau saw dan mengadukan banyaknya orang yang rindu dengan Baginda saw namun belum jumpa dalam mimpi, Baginda saw menutup wajahnya dan menangis, seraya berkata :

(9) Tiada yg memisahkanku dgn mereka selain tabir qudrat, dan mereka akan jumpa dengan ku kelak, Baginda saw sangat peduli dan rindu pada ummatnya, lebih lebih yang mencintai Baginda saw, dan telah teriwayatkan pada shahih Muslim bahawa Baginda saw bersabda : “Ummatku yang paling cinta padaku adalah yang hidup setelah aku wafat, dan mereka sangat mengidamkan jumpa dengan ku daripada harta dan keluarganya”.

Diposkan oleh Pencinta Sayyidina Muhammad Saw

Tuesday, April 3, 2012

Jadual Ziarah Dakwah Habib Ali Al Jifri di Malaysia

Friday, August 27, 2010

Tak Bolehkah Umat Islam Bersatu Dalam Isu Kafir Masuk Masjid Untuk Berpolitik?



Isu ahli politik bukan Islam masuk masjid untuk berpolitik menjadi jadi sejak PRU 12. Adakah ini istidraj untuk PAS dan ujian untuk umat Islam keseluruhannya?


Malah amat menyedihkan kerana teguran Baginda Sultan Selangor yang melarang masjid digunakan sebagai tempat berpolitik tidak diendahkan.


Umat Islam seluruh negara terlalu naif dan tidak mengetahui inilah sebenarnya Political PR excercise/usaha memenangi pengundi Melayu Islam oleh DAP! Bukankah ini politik dalam masjid namanya!

Alasan memberi derma!


Terkini MP Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk berpolitik di Surau Al Huda Kajang (Rujuk petikan GAP yang disiarkan sepenuhnya di bawah)...atas alasan menyampaikan sumbangan derma. Apakah tiada tempat di perkarangan masjid untuk didirikan khemah  bagi tujuan sebegitu? Malang seribu kali malang, MP berkenaan juga didapati tidak menutup aurat (rujuk gambar). Bandingkan dengan peristiwa sedeh di Ipoh di mana YB Hamidah dihalang dari masuk ke masjid, apakah  double standard yang diamalkan oleh PAS? Dalam hal ini, YB Hamidah seorang wanita yang menutup aurat dilarang memasuki masjid  di Ipoh tetapi wanita kafir yang tidak menutup aurat pula dialu-alukan berpolitik dan bertazkirah kononnya untuk  memberi derma di dalam masjid di Selangor yang jelas mentertawakan titah perintah DYMM Sultan Selangor!


Mungkin bagi mereka yang jumud menyokong PAS, perbuatan ini seolah tiada implikasi negatif. Mungkin mereka juga sudah terlalu taksub sehingga terlupa Allah pernah berfirman dalam kalamullah sebegini

Surah At Taubah ayat 28.



"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" 

Orang Yang Berhadas Masuk Masjid 


Dalam Isu orang kafir yang tentunya berhadas kerana tak mandi wajib kerana berjunub dan bersuci dari hadas besar selepas beristinjak masuk masjid boleh kita samakan dengan penerangan yang pernah diberikan oleh Pengarah JAIS bagi kes Dr. Xavier Jayakumar masuk masjid di Taman Sri Andalas. Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.



Beliau juga dipetik ingin mengambil tindakan kepada jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang kerana membenarkan exco kesihatan negeri Dr Xavier Jayakumar, juga ADUN Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu Ogos lalu.


"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.


"Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.

Dan yang ini petikan dari kitab karangan  kitab Mauizatul al mu'minin min ihya ulumiddin karangan Syeikh Muhammad Jamaluddin bersandarkan kepada karangan imam Al Ghazali. pendapat bernas rakan fb Silau Kilau dalam isu orang kafir (yang berhadas) masuk masjid di bawah:


 .... yang dipetik dari


"saya jawab tidak boleh atas seorang bukan mukmin berada dimimbar, ruang ibadat samaada surau atau masjid kerana mereka itu tidak berhadas kecil... atau besar.....apatah lagi beristinja.......kita sebagai umat islam ditekannkan kepada kebersihan apatah lagi kesuciaan........beribu2 tahun umat islam , kristian, yahudi mempunyai tempat ibadat masing2 dibaitul muqaadis......sapa berani kasi campur ikut sedap hati mereka?.......tak tau lah kalau lepas ni pas keluar fatwa dibolehkan atas nama "keadilan...



Baik saya menyatakan pendapat saya berdasarkan kitab Mauizatul al mu'minin min ihya ulumiddin karangan Syeikh Muhammad Jamaluddin bersandarkan kepada karangan imam Al Ghazali.


Tolong tuan cari bab adab bersuci (bab3) dan adab dimasjid (bab 17) kemungkaran dimasjid.


Kemudian soalan saya pula kepada tuan....sila lah beri keterangan kenapa dibolehkan seorang perempuan bukan muslim yg tidak menutup aurat dengan kemungkinan tidak berhadas kecil dan besar boleh berada di mimbar depan surau dan dibenarkan menyampaikan ceramah pada jemaah muslimin?....tolong berikan nas2nya dan bersandarkan kitab mana....hadis.....alquran....silakan tuan........"

rujukan lanjut perbincangan di sini http://www.facebook.com/profile.php?id=100000297026027&v=wall&story_fbid=147408041947220&ref=notif&notif_t=share_reply

.................................................

Petikan artikel dari GAP

22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.Ini satu penghinaan kepada umat Islam. Apakah sampai tiada langsung wakil rakyat Islam untuk dijemput ke surau tersebut? Apakah tiada tempat lain untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan hingga terdesak membawa masuk DAP memijak sejadah di saf pertama untuk memberi tazkirah? Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.


"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.

Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya. Pegangan DAP masih lagi ideologi sosialis.

Orang Islam tidak akan miskin jika DAP tidak beri bantuan dan sumbangan. Mereka sudah berkempen sampai dalam surau dan masjid untuk bertazkirah, memberi sumbangan dan meraih undi daripada orang Islam. Ingat, mereka ada agenda yang tersendiri. Jika orang Melayu tidak sokong DAP, nescaya DAP tidak akan boleh berkuasa.

DAP hanya mahu kuasa melalui undi orang Melayu. Hari ini mereka akan berlakon baik, bila berkuasa nanti terserlahlah sikap sebenar DAP. Berhati-hatilah bangsaku. Apa yang Khmer Rouge buat pada orang Islam di Kemboja perlu diambil iktibar.

-gap-

Monday, June 7, 2010

Pembunuhan Rakyat Palestin Disengajakan Untuk Satu Upacara Ritual?

Lihat saat ke 8.00 seterusnya mengenai ritual pembunuhan dan kaitannya dengan pembukaan "The Dark Gate" bagi membawa kepada satu matlamat- menyediakan keadaan politik dan masa yang sesuai bagi menyambut kedatangan Dajjal.

Keadaan politik merujuk kepada keadaan politik pasca 9/11 di mana umat Islam di iniayai semata mata kerana tag terrorist kerna kononnya terlibat dalam serangan di World Trade Centre. Apa yang kita tidak ketahui ialah serangan itu telah dirancang bagi memenuhi beberapa kehendak ritual satanik.




Oleh itu tidak hairanlah bahawa rakyat Palestine sengaja dibiarkan menderita dan dibunuh, atas alasan yang sama.

Bagi umat Islam, kita ada satu lagi "star gate" yang mana boleh melawan kuasa hitam itu.

Kuasa doa semasa kita bertawaf merupakan kuasa atau energy yang sangat ampuh. Malah Kaabah adalah energy point paling kuat di universe. Ini sesuai dengan riwayat kejadian Kaabah yang bertentangan dengan Baitul Makmur.

Lihat detail di saat 6.30 dan 7.30 seterusnya dalam video ini.




Apa peranan Wahhabi dalam memusnahkan energy point ini? Siapakah dibelakang penubuhan Wahhabi? Bagaimana nak mengenal Wahhabi? Apakah  partai yang mempunyai pemimpin asal yang berpendidikan dari madrasah yang telah diserap fahaman Wahhabi di Malaysia?...akan dibongkar selepas ini

Friday, April 23, 2010

Bahaya Pluralisme, Liberalisme dan Sekularisme Ugama




Dengar hujah songsang tokoh Pluralisme,Liberalisme dan Sekularisme Ugama di Indonesia Dr Siti Musdah Mulia, MA di Acara Mata Najwa.wmv

Apakah ugamapon perlu direformasi kerana Majlis Ugama (Indonesia) tidak demokratis?

Apakah penafsiran ugama (Islam) harus disesuaikan dengan keadaan semasa masyarakat agar mereka yang menyimpang dari ugama tidak dihukum sesat?


Sesungguhnya Allah tidak menahan ilmu dari manusia dengan cara merenggut tetapi dengan mewafatkan para ulama sehingga tidak lagi tersisa seorang alim. Dengan demikian orang-orang mengangkat pemimpin-pemimpin yang dungu lalu ditanya dan dia memberi fatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan. (Mutafaq'alaih)

Barangsiapa dimintai fatwa sedang dia tidak mengerti maka dosanya adalah atas orang yang memberi fatwa. (HR. Ahmad).


Yang paling aku takuti atas kamu sesudah aku tiada ialah orang munafik yang pandai bersilat lidah. (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)

Paling banyak orang munafik dari umatku ialah yang pandai bacaannya. (HR. Bukhari)

Awas jangan kita di Malaysia juga terjerat kerana sudah ada usaha untuk meliberalisasikan ugama dengan isu kalimah Allah dan sebagainya. Jangan sampai kita percaya bahawa mereka yang bertudung, berjubah atau berserban itu lebih berpengetahuan dalam ugama Islam kerana petahnya lidah, labohnya pakaian dan menggangotai parti yang berjenama Islamik.