Showing posts with label harakah. Show all posts
Showing posts with label harakah. Show all posts

Friday, May 29, 2015

Zaman Fitnah




Sesungguhnya apa yang dilakukan Utusan Malaysia selama
beberapa hari lepas bukanlah gerakan terpencil  malah ia
gerakan tersusun Wahhabi untuk memusnahkan akidah 
umat Islam di Malaysia  yang berpegang kepada Islam 
ASWJ.

Kini nafas lega dapat diberikan bila JAKIM dan Majlis Fatwa  
bersuara bahawa  tarekat itu diterima dan disiarkan
dalam akhbar Utusan Malaysia. Dengan tersiarnya
kenyataan   tersebut bermakna Laporan Khas Utusan 

Malaysia selama beberapa hari Utusan Malaysia bertaraf 

Sehubungan dengan itu marilah kita sama sama mendalami 
ilmu ugama supaya dapat mengelakkan fitnah .

Fitnah Agama; "Fitnah Diniyyah yakni fitnah agama sedang
berada diakhir zaman. Ada pihak yang mengajak kita jauh 
dari agama. Peranan kita untuk mengajak pula mereka dekat
pada Allah سبحانه وتعالى. Akan berlalu hari-hari ini dan hari-hari 
penuh fitnah dan masa-masa fitnah yang ada di dalamnya."

"Apa itu masa-masa Fitnah? Iaitu masa-masa sekarang,
 semacam ini manusia saling mengganggu, saling
 membunuh, menghalalkan darah Muslim satu sama lain
 karena perbezaan orientasi, politik, ataupun hal-hal Duniawi
 Lainnya."

"Barangsiapa di masa-masa Fitnah seperti sekarang itu dia 
tinggalkan fitnah ini, dan dia Fokus untuk istiqomah dalam 
beribadah dan berdakwah ke jalan Allah سبحانه وتعالى. Maka ia 
menyamai pahala Hijrah kepada Nabi Muhammad ﷺ."


"Beristiqomah dalam beribadah dan dakwah, menjauhi
 daripada tipu daya dunia, dan hal-hal yg bisa menipu daya 
kita untuk menempuh Jalan Keredhaan Allah سبحانه وتعالى, 
menjauhi dari Fitnah-Fitnah, Bala musibah, kerusakan, 
kekacuan yg terjadi di dunia ini maka kita tinggalkan."

"Terjadinya maraknya fitnah yang tengah terjadi, kesannya 
akan mengangkat derajat orang yg ber-iman. Agama ini
bukan datang dengan kekerasan tapi dengan ilmu.Cuba
 kamu sekalian perhatikan Al-Imam Jakfar As-Shodiq. Beliau
 mendidik anak Muridnya dengan ilmu. Menyibukkan masa 
dengan ilmu."

"Maka natijahnya muncul-lah imam-imam mazhab yg kita 
kenal sekarang ini. Dan dizaman beliau yakni imam Jakfar
 As-Shodiq dan para imam-imam mazhab juga terjadinya 
fitnah. Andai saja mereka larut didalam fitnah yang terjadi
dengan melibatkan diri didalam fitnah tersebut, maka tidak
akan kita kenal dari pemikiran-pemikiran mereka yang 
tertuang dalam berbagai disiplin ilmu."

"Bahkan dengan adanya majlis-majlis ilmu yang kita hadiri 
sekarang ini adalah berkah dari penjagaan diri mereka agar 
tidak larut didalam fitnah dan mereka hanya menyibukkan 
diri  dengan pengembangan ilmu. Menuntut ilmu."

"Jauhi fitnah. Jangan campur dalam urusan Fitnah dan
 keributan tersebut, jangan kita masuk dalam hal tersebut
. Cukuplah apa yg kita sudah kita miliki dalam ibadah 
kepada  Allah سبحانه وتعالى, kita fokus, istiqomah maka kita 
akan mendapatkan pahala Hijrah tersebut."

Daripada Al-Imam Al-Musnid Al-Allamah Al-Hafiz Al-Arifbillah
Syeikh Habib Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى

Tuesday, May 26, 2015

Bila Utusan Malaysia meniru Harakah

Sudah 4 hari serangan bertalu talu kumpulan penulis Wahhabi yang diketuai oleh Zulkifli Bakar ke atas golongan Islam ASWJ.



Serangan tersebut menghimpun semua ulama suk pro Wahhabi bukan sahaja ke atas tarekat Nasyabandi, tapi juga amalan Islam ASWJ asyariyah wal matudriyah yang lain seperti zikir, wirid, maulid  dan berzanji.

Saya sangat hairan sebab UMNO menjadi kuat kerana penyokongnya Islam ASWJ. Tapi dalam hal ini Utusan meniru Harakah (lidah rasmi PAS) dengan mempromosi Wahhabi. Sedarkah PM Najib bahawa jika Wahhabi yang berkuasa jangan harap umat Islam yang patuh pada ugama akan menyokong UMNO lagi??

Sehubungan dengan itu ASWAJA mengeluarkan kenyataan akhbar di bawah


1.     ASWAJA kecewa dengan tindakan Utusan Malaysia, Utusan Online yang menyiarkan artikel kononnya mengenai kesesatan Tariqat tanpa mengambil rujukan pihak berautoriti di negara ini. Nampaknya bagaikan ada agenda yang tersirat cuba dilakukan wartawan Utusan dan menjadi persoalannya apakah beliau faham dengan pengertian Tariqat dalam erti kata sebenarnya. Isu yang ditimbulkan ini boleh mencetuskan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan mengelirukan umat Islam khususnya bagi yang tidak memahami Tariqat.

2. Utusan seharusnya bersikap ilmiah jika mahu membuat analisis pembongkaran dan perlu mengambil pandangan dari ulama muktabar yang mempunyai kepakaran dalam bab Tariqat seluruh dunia seperti masyakih Azhar, Nahdatul Ulama dan Jilsah Negeri Sembilan dan bukannya mengambil pandangan utama individ bermasalah seperti Maulana Asri yang menyesatkan Imam Ibn Ishaq iaitu imam ilmu sejarah umat islam. Tidak cukup itu beliau juga menyesatkan amalan tahlil arwah, menyesatkan amalan zikir berjemaah, menyesatkan amalan maulid Nabi dan pernah menolak hadis mengenai peristiwa ganjil semasa kelahiran Rasulullah SAW. Dalam hal ini beliau tak layak untuk diangkat sebagai pakar hadis kerana beliau sendiri buta tentang hadis

3. Dalam hal ini timbul keraguan kenapa penulis Utusan tidak membuat rujukan kepada pihak berautoriti agama seperti JAKIM, MUFTI dan sebagainya. Malah, sebelum ini pun Majlis Fatwa sudah mengeluarkan kenyataan dan membuat keputusan mengenai Tariqat dan sepatutnya ia tidak perlu lagi dijadikan isu oleh Utusan Malaysia.

4. Jika utusan merujuk fatwa jakim tentang Naqsyahbandi Haqqani. Sepatutnya Utusan tidak mendahului JAKIM kerana JAKIM sendiri tidak menyatakan dengan ilmiah kesestan tarekat Naqsyahbandi

5. Utusan sepatutnya lebih berhati-hati dalam berkomentar tentang para habib. Contohnya Habib Syeikh sendiri menafikan beliau mengikut haqqani. Adapun baiah yg kita nampak itu bukan baiah kesetiaan. Tetapi ia adalah baiaah tabarruk. Ia berbeza dgn baiaah kesetiaan

6. Akibat menulis bersumberkan tokoh-tokoh pro-wahabi. Penulisan utusan dicemari dengan elemen fitnah yang sekaligus merosakkan imej Islam dan mengelirukan umat Islam di negara ini

7. Sehubungan dengan itu, ASWAJA menyeru pihak berkuasa agama supaya bersuara bagi merungkai segala persoalan yang dibangkitkan Utusan Malaysia, jika tidak ia akan mengakibatkan Tariqat terus dipandang serong oleh golongan yang tidak berilmu dah memahaminya

  . 
Sekian Terima Kasih

Zamihan Mat Zin al-Ghari

Presiden ASWAJA (25 MEI 2015).



Saturday, March 13, 2010

Kesah janda cantik dan seseorang di Harakah

Perjuangan yang ikhlas akan membuahkan kejayaan. Keihklasan berjuangan semata mata kerana Allah akan diberikan bantuan oleh Yang Maha Esa. Itulah kata -kata yang saya pegang tatkala menemui cabarn dalam perjuangan. 

Saya tertarik dengan konsep perjuangan PAS masa kini. Sudah nampak banyak yang seronok dengan ganjaran duniawi yang terbentang luas sementelah dah dapat tawan 5 negeri! Ada yag tambah kereta, ada yang tambah rumah, tak lupa juga MB MB yang dah tambah isteri sampai 3.

Dulu apabila melalui zaman kegetiran, ahli -ahli PAS pandai berjuang secara sukarela. Sejauh mana sukarela itu tidaklah pula dapat diukur dengan alat ukuran yang sesuai.

Apapon Allah senantiasa memberikan ujian kepada hambaNya .  Ujian yang diberikan adakalanya berbentuk kesukaran dan adakalanya berbentuk kesenangan.

Banyak hamba Allah yang berjaya melalui saat getri kesukaran semasa ujian diberikan. Tetapi banyak juga hamba Allah yang terlalai apabila ujian kesenangan diberikan oleh Allah kepadanya. Inilah namnya istidraj.

Kesah yang akan saya bentangkan dibawah adalah kesah benar.

Kesah ini diceritakan kepada saya oleh seorang ibu tunggal yang juga merupakan janda yang cantik. Biarlah saya namakan dia dengan  M sahaja.

M berusia dalam lewat 30-an. Kali pertama dia menjanda apabila suaminya meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Kali kedua dia bernikah dengan seorang ustaz yang sudah mempunyai seorang isteri. Bagimanapon panas tak sampai ke petang dan M rela bercerai dari di maki hamun oleh madunya setiap hari melalui sms. Ustaz pula tidak membela M malah menyorok belakang M bila diserang madu!

M seorang usahawan wanita yang sedang meningkat naik dan rajin menolong ibu tunggal yang lain. Pada suatu hari M menemankan seorang rakan yang juga ibu tunggal ke pejabat Harakah di KL. Tak perlulah saya ceritakan siapa yang ditermui tapi jawatannya di Harakah tersebut cukup besar. Tujuan mereka adalah untuk memungut derma bagi anak anak istimewa.

Terpandangkan sahaja M, yang empunya diri sudah jatuh cinta. Maka dia berusaha berkenalan dengan M.

M dengan selamba berkata " saya dah serik nak nikah dengan lelaki yang pakai ketayap. Sebab dalam ketayap ada ular"

Seterusnya, M berurusan dengan yang empunya diri beberapa kali atas urusan kerja. Setiap kali M datang, maka ketayap yang dipakai oleh yang empunya diri disorokkan dalam laci.

Soalannya- dimanakah keikhlasan perjuangan party? Adakah kerana seorang perempuan maka pakaian perjuangannya selama ini a-k-a ketayap dilemparkan? Berapa orangkah dalam party itu yang sanggup tinggalkan perjuangan untuk mencapai kesenangan duniawi? Fikirkan!

Sunday, January 3, 2010

Ketelusan fakta Harakah dan penjenamaan lidah rasmi PAS


Saya tertarik dengan etika bloggers yang digunapakai secara universal. Malah komen Panglima Perang Siber semasa memberi nasihat pada para bloggers baru-baru ini juga perlu diambil kira.

Dalam menulis blog, penyataan perlu disokong oleh fakta. Fakta yang digunakan perlu dipastikan betul. Penggunaan kata kata perlu baik dan komen sepatutnya neutral, atau menyediakan hujah pro dan kontra bagi sesuatu isu. Penilaian akhir ke atas sesuatu isu hanya boleh dibuat oleh pembaca.

Etika untuk bloggers ini bukan sahaja digunapakai oleh para bloggers tetapi menjadi garispanduan kepada semua yang ingin bergelar " journalist" , sama ada di media massa konvensional seperti akhbar atau media alternatif internet seperti blog, facebook dan twitter

.................................................................................

Kredibiliti dan penjenamaan blog

Dalam menulis, sekali kita tersalah beri fakta maka selamanya kredibiliti akan dipersoalkan. Bagi penulis individu atau akhbar yang sedang membina jenama, perkara paling malang sekali ialah apabila berlaku penyandaran fakta kepada perkara yang tak pasti ataupun salah sama sekali.

Untuk membina jenama mungkin mengambil masa bertahun-tahun seperti case study beberapa syarikat gergasi. Tetapi untuk memusnahkan kredibiliti dan jenama sesuatu syarikat hanya mengambil masa beberapa minit.

Jenama juga boleh musnah sekelip mata berdasarkan bagaimana sesuatu syarikat menguruskan krisis semasa berlakunya krisis (crisis management) .

Umum mengetahui bahawa syarikat Union Carbide di Bhopal, India lewat tahun 1990an terlibat dalam kebocoran gas yang menyebabkan kemalangan jiwa di kalangan pekerja dan penduduk sekitar. Namun Union Carbide mengambil langkah bijak dan membuat pembetulan persepsi syarikat dengan cepat. Union Carbide mengaku bertanggungjawab ke atas insiden tersebut dan menanggung kos gantirugi dan kos perubatan kepada pekerja dan penduduk yang terhidu gas beracun.

Malah semua stakeholder; tak kira pekerja, penduduk, shareholder dan aktivis masyarakat dimaklumkan mengenai perkembangan semasa. Tidak ada langsung news black-out. Ketelusan komunikasi dapat dilihat dari luar dan dalam syarikat Union Carbide.

Keputusan cepat mengaku bertangungjawab dan mengambil langkah positif agar insiden kemalangan jiwa kerana terhidu gas beracun tidak berulang lagi merupakan satu pengurusan krisis yang terbaik. Malah kes ini menjadi classic case study bagi mana mana pelajar peringkat Sarjana Perniagaan (MBA) untuk mempelajari mengenai penjenamaan, pengurusan krisis dan perhubungan industri.

................................................................................

Perbandingan pengurusan krisis (crisis management) dalam kes saman balak bernilai RM 800 juta di Kelantan dan peranan Harakah sebagai lidah rasmi PAS.

Dari blog Kickdefella, diberitakan fakta berikut;- bahawasanya,

1- Pembelian konsesi balak kepada syarikat Timbermine dibuat pada tahun 1964 oleh Menteri Besar PAS Datuk Ishak Lofti

2- Manakala pembatalan konsesi balak pula dibuat oleh Menteri Besar gabungan PAS-BN iaitu Datuk Muhammad Nasir, 10 tahun kemudian pada tahun 1974

3-Alasan pembatalan ialah kerana kawasan konsesi balak di kawasan Hulu Kelantan yang diberikan terlalu besar seolah olah menggadai Negeri Kelantan.

4-Kerajaan BN semasa pemerintahan Datuk Muhammad Yaakub telah berunding dengan syarikat konsesi balak supaya sebahagian tanah diberikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi projek KESEDAR. Sebagai pampasan sebanyak RM3.5 juta telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

5- Budget Tahunan seluruh Negeri Kelantan adalah RM 400 juta setahun. Kes saman ini melibatkan jumlah 2 tahun budget iaitu RM 800 juta!.

Soalnya di manakah Kerajaan Negeri Kelantan nak cari wang sebanyak itu! Kerajaan Negeri Kelantan dijangka Muflis! Malah komen pembaca juga dapat dilhat pada blog Kickdefella.

Maklumat lanjut mengenai sejarah konsesi balak, komen pembaca dan maklumat tambahan boleh didapati di link Kickdefella di sini http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/02/kelantan-akan-muflis/

dan link http://dongtalk.blogspot.com/2010/01/understanding-kelantan-rm800-million.html

...........................................................................

Iktibar dari peristiwa mempalsukan fakta oleh Harakah

Sementara itu usaha propaganda ala- diversion dengan menuduh Kerajaan BN bertanggungjawab pula dibuat dalam Harakah disini http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23944:rm800-juta-kelantan-warisi-kes-zaman-umnobn&catid=1:utama&Itemid=50

Sebagai seorang journalist Kickdefella telah ketengahkan fakta yang sebenar. Harakah pula cuba menuduh BN yang bertanggungjawab. Malangnya tuduhan ini nyata salah dan dapat disanggah oleh kebenaran fakta sejarah di pihak BN. Malah BN telah mengunakan fakta "PAS nak menggadai Negeri Kelantan melalui konsesi balak" sebagai isu pilihanraya pada tahun 1970an.

Harakah perlu bersikap neutral. Masanya telah tamat bagi Harakah untuk memfitnah dan menuduh kesalahan di pihak lain atas kepincanga tadbir urus Negeri Kelantan oleh PAS!.

Kebenaran ini pahit. Tetapi yang lagi pahit adalah imej Harakah yang telah tercemar kerana kerap mengeluarkan fakta yang salah bagi menyokong apa sahaja perjuangan songsang PAS.

Bagi parti PAS pula mengurus kejayaan selepas pilihanraya adalah lebih sukar dari memenangi pilihanraya itu sendiri. PAS perlu muhasabah diri dan membina kembali jenamanya yang sudah tercemar kerana kegagalan mengurus krisis (crisis management)
.