Serangan tersebut menghimpun semua ulama suk pro Wahhabi bukan sahaja ke atas tarekat Nasyabandi, tapi juga amalan Islam ASWJ asyariyah wal matudriyah yang lain seperti zikir, wirid, maulid dan berzanji.
Saya sangat hairan sebab UMNO menjadi kuat kerana penyokongnya Islam ASWJ. Tapi dalam hal ini Utusan meniru Harakah (lidah rasmi PAS) dengan mempromosi Wahhabi. Sedarkah PM Najib bahawa jika Wahhabi yang berkuasa jangan harap umat Islam yang patuh pada ugama akan menyokong UMNO lagi??
Sehubungan dengan itu ASWAJA mengeluarkan kenyataan akhbar di bawah
1.
ASWAJA
kecewa dengan tindakan Utusan Malaysia, Utusan Online yang menyiarkan artikel
kononnya mengenai kesesatan Tariqat tanpa mengambil rujukan pihak berautoriti
di negara ini. Nampaknya bagaikan ada agenda yang tersirat cuba dilakukan
wartawan Utusan dan menjadi persoalannya apakah beliau faham dengan pengertian
Tariqat dalam erti kata sebenarnya. Isu yang ditimbulkan ini boleh mencetuskan
perpecahan dalam kalangan umat Islam dan
mengelirukan umat Islam khususnya bagi yang tidak memahami Tariqat.
2. Utusan seharusnya bersikap ilmiah jika mahu membuat analisis pembongkaran dan
perlu mengambil pandangan dari ulama
muktabar yang mempunyai kepakaran dalam bab Tariqat seluruh dunia seperti
masyakih Azhar, Nahdatul Ulama dan Jilsah Negeri Sembilan dan bukannya
mengambil pandangan utama individ bermasalah seperti Maulana Asri yang
menyesatkan Imam Ibn Ishaq iaitu imam ilmu sejarah umat islam. Tidak cukup itu
beliau juga menyesatkan amalan tahlil arwah, menyesatkan amalan zikir
berjemaah, menyesatkan amalan maulid Nabi dan pernah menolak hadis mengenai
peristiwa ganjil semasa kelahiran Rasulullah SAW. Dalam hal ini beliau tak
layak untuk diangkat sebagai pakar hadis kerana beliau sendiri buta tentang
hadis
3. Dalam
hal ini timbul keraguan kenapa
penulis Utusan tidak membuat rujukan kepada pihak berautoriti agama seperti
JAKIM, MUFTI dan sebagainya. Malah, sebelum ini pun Majlis Fatwa sudah mengeluarkan
kenyataan dan membuat keputusan mengenai Tariqat dan sepatutnya ia tidak perlu
lagi dijadikan isu oleh Utusan Malaysia.
4. Jika
utusan merujuk fatwa jakim tentang Naqsyahbandi Haqqani. Sepatutnya Utusan
tidak mendahului JAKIM kerana JAKIM sendiri tidak menyatakan dengan ilmiah
kesestan tarekat Naqsyahbandi
5. Utusan sepatutnya lebih berhati-hati dalam berkomentar
tentang para habib. Contohnya Habib Syeikh sendiri menafikan beliau mengikut
haqqani. Adapun baiah yg kita nampak itu bukan baiah kesetiaan. Tetapi ia
adalah baiaah tabarruk. Ia berbeza dgn baiaah kesetiaan
6. Akibat menulis bersumberkan tokoh-tokoh pro-wahabi. Penulisan utusan dicemari dengan elemen fitnah yang
sekaligus merosakkan imej Islam dan mengelirukan umat Islam di negara ini
7. Sehubungan
dengan itu, ASWAJA menyeru pihak
berkuasa agama supaya bersuara bagi merungkai segala persoalan yang dibangkitkan
Utusan Malaysia, jika tidak ia akan mengakibatkan Tariqat terus dipandang
serong oleh golongan yang tidak berilmu dah memahaminya
.
Sekian Terima Kasih
Zamihan Mat Zin al-Ghari
Presiden ASWAJA (25 MEI 2015).
2 comments:
Isu tarekat ni mmg rumit, fikir cara wahabiyah, dipukal sesat semuanya hingga yg tak sesat pun disesatkan juga.
Saya pernah mendekati dan berjinak jinak dgn arqam sekitar awal tahun 80an. Membaca terbitan terbitannya, bersahabat dgn ahli ahlinya, ziarah ke markaznya, bahkan seorg dr pimpinannya pernah juga ziarah ke rumah. Cuma belum berbai'ah sahaja. Hinggalah saya membaca buku aurad muhammadiyah pegangan darul arqam sebelum ianya diharamkan, dan saya temui ungkapan ungkapan yg saya anggap menyesatkan. Sejak itu saya terus menjauhinya, bahkan jika saya dapati solat berjama'ah berimamkam ahli arqam, tidak saya makmumi solat berkenaan. Anggapan saya tidak silap bila kemudiannya arqam diharamkan.
Masalah dgn perkumpulan perkumpulan tarekat ni, hanya kita ketahui salahnya bila kita sudah jauh di dlmnya, yg jika tidak kuat iman dan ikhlasnya, dek taksub dan ego rasa benar sendiri dan rasa hebat sendiri, walau pun perwatakan luarannya tampak tawaddu' dan zuhud, segala salahnya akan terkaburi, dan sukar pula utk meninggalkannya, serta mengakui kesilapan yg telah bertahun tahun lamanya.
Sepengetahuan saya, imam imam kita, walau tidak memukal semua perkumpulan tarekat itu sesat, bahkan ada yg memandang baik sesetgh pengamalnya, mrk sendiri tidak pun terikat atau beramal dgn mana mana perkumpulan tarekat secara khusus.
So, bg saya yg kurang mendlm ilmunya ini, berpendirian, walau pun ada kenalan yg mengajak mengikuti tarekat tarekat tertentu, lebih selamat bg diri saya beramal dgn zikir zikir, wirid wirid yg ma'tsur sahaja, dan bnykkan membaca Al Quran. Yg itu pun, dek kesibukan duniawi tak teramalpun semuanya. Cumanya bg kita yg memahami konsep zikrullah ni, boleh sahaja kita zikrullah di mana mana sahaja dan bila pun, ketika berkerja, ketika menunggu, ketika memandu dsb.
Akhirnya, saya perturunkan pesanan Allah swt utk kita,
"Dan jgnlah engkau mengikuti apa yg engkau tidak mempunyai ilmu pengetahuan ttgnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan serta hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan atas apa yg dilakukannya." 17:36.
WaAllahu'alam !
Tarekat tak salah. Di Indonesia, negara Arab, Turky dan negara bekas USSR tarekat lah menyebakan umat Islam kuat. Sila rujuk 90 tarekat yg diiktiraf di Indonesia oleh Nadlatul Ulama
Begitu juga di Malaysia kita sudah ada Jabatan Mufti di Negeri Sembilan yang arif tentang tarekat . Johor juga sedang ebrgerak ke arah mengiktiraf tarekat muktabar.
Seperti yang diabngkitkan dalam artikel ASWAJA, penulis Utuisan sepatutnya bertanya kepada orang yang barautoriti bukannya ulama suk Wahhabi
Isu utama di sini ialah kefahaman Wahhabi yg cuba dibawa dalam arus media perdana seperti Utusan dan ia haruslah disekat sebelum menjadi parah
Umum lupa bahawa agen keganasan ISIS dan Al Qaeda bergerak atas fikrah Wahhabi.
Post a Comment