Showing posts with label arahtuju politik malaysia. Show all posts
Showing posts with label arahtuju politik malaysia. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Pengajaran dari Sarawak- hakikat politik bipolar di Malaysia kini

Berikutan keputusan pilianraya Negeri Sarawak yang menunjukkan trend bipolar, iaitu Melayu dan Pribumi bersatu  dan terus setia menyokong kerajaan negeri yang memerintah (walaupon banyak hak pribumi ditarek balik lebih dari di Semenanjung kerana nak memenangkan hati orang Cina) dan orang Cina yang diberi keutamaan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, politik ekonomi dan sosial negeri Sarawak tapi makin hebat menyokong pembangkang kerana matlamat Cina-raya, maka PERKASA mewakili kaum Melayu dan Pribumi Sarawak MENUNTUT balik hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutaan dan pernah dijuangkan dengan gigih oleh Ketua Menteri Sarawak yang pertama Stephen Kalong Ningkan.

Hak tersebut termasuk perlindungan yang sewajarnya diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam ekonomi (LAD dan PKK-hak kontraktor bumiputera dengan penubuhan Pusat Khidmat Kontraktor dna LAD  yang khas memberi projek kepada kontraktor kelas F), dalam pendidikan
(dengan kemasukan mudah pelajar pribumi Sarawak ke dalam IPTA).

Sewajarnya tuntutan PERKASA Sarawak dalam bidang ekonomi dipertimbangkan kerana  hak pengagihan kekayaan negeri/negara telah dibuat dalam dasar Afirmatif DEB dan DEN. BagaimanaPon di Sarawak pelaksanaannnya tidak berjaya kerana selama ini Kerajaan Negeri telah mengutamakan kaum Cina. Oleh itu cara terbaik mengimbanginya ialah melaksanakan kembali dasar afirmatif yang telah menjadi polisi negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berkenaan dengan hak pribumi memasuki IPTA (university) dengan lebih mudah ia telah dilaksanakan di Canada dan Malaysia. Umum mengetahui kelayakan masuk university di Ontario, British Columbia dan Montreal, iaitu  province yang maju ialah setelah lulus dengan cemerlang dalam Grade 13. Tapi bagi negeri Prairie seperti Alberta dan Saskatchewan kelayakan masuk unvesity ialah satu tahap lebih rendah pada Grade 12. Ini membolehkan pelajar yang menghadapi kekangan perhubungan dan kemudahan mendapat pendidikan asas tahun terakhir di university sendiri! Sarawak dan Sabah sebagai negeri yang luas dan menghadapi kekangan sistem jaringan jalanraya wajar dimudahkan kemasukan ke university . Dan di Malaysia sendiri telah terdiri maktab dan pusat matrikulasi bagi persediaan pra university. Sewajarnya bilangan pelajar dari Sarawak dan Sabah ditambah di pusat matrikulasi ini!

Adalah diharap pelasanaan dan PEMANTAUAN dasar Afirmati di duan negerii ni dapat memangkin pengagihan kekayaan neger dan negera yan lebih SAKSAMA dan ADIL!

Petikan kenyatan PERKASA Sarawak
------------------------------------------
PERKASA Negeri Sarawak amat bersedih dan kecewa kerana pengorbanan kaum pribuumi (Bumiputera) Sarawak yang telah selama ini bertolak ansur utk membenarkan "Gagasan Transformasi 1 Malaysia" di jayakan walaupun telah membenam hak keistimewaan Pribumi untuk disamaratakan dengan kaum bukan Bumiputera.




Sebagai contoh yang mudah, baru2 ini Kerajaan telah menarik balik Peruntukan Pengecualian "Liquidated Acertained Damages (LAD)" untuk kontraktor kaum Bumiputera yang telah dimansuhkan tanpa berunding oleh Kementerian Kewangan.



Kerajaan pula mengikut telunjuk tuntutan ahli korporat kaum Cina untuk menghapus peranan pokok Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) tidak lama lagi. Padahal itu sahaja yang tinggal untuk menjaga kepentingan kontraktor Bumiputera walaupun telah tegas di tentang hebat oleh Kesatuan2 Bumiputera.



Nampaknya majoriti besar pengundi kaum Cina hanya memperalatkan pemimpin2 BN mereka untuk mengambil kesempatan terhadap keiklasan Kerajaan BN asalkan mreka dapat menuntut hak kesamarataan dengan kaum Bumiputera.



Padahal "JELAS dan TERBUKTI" kaum Cina telah menolak BARISAN NASIONAL dan Gagasan Transformasi 1Malaysia yang diilhamkan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada Pilihanraya DUN ke 10.



Saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merangkap Yang Di Pertua Perkasa Cawangan Sarawak ingin mendesak Kerajaan BN Pusat dan Negeri supaya memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan Bumiputera mengikut petuntukan Perlembagaan Malaysia.

Jangan keterlaluan "melayan tuntutan kaum Cina" yang sanggup membalas "SUSU dengan TUBA".

Semenjak PERKASA dilancarkan di Sarawak ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian Negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini.

Pakatan Rakyat lebih2 lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kami Pribumi Sarawak menidakan semua tuntutan Kaum Cina.

Inilah al Kisah keputusan Pilihanraya DUN Sarawak ke 10 yang PRIBUMI ibaratkan seperti "membela buaya yang dalam kekeyangan pun akan mengigit tuannya".

Oleh demikian PERKASA SARAWAK memohon supaya Pribumi Sarawak harus diberi semua tuntutan Mereka seperti berikut:-

1. Mengembalikan Hak Keistimewaan Bumiputera yang Termaktub didalam Perlembagaan Malaysia yang di antaranya adalah:-


i) Kerajaan BN Pusat dan Negeri hendaklah "Mengkhaskan satu dasar khusus utk Bumiputera Sarawak Dan Sabah sbg satu "Tindakan Affirmatif" yg lebih berkesan mengantikan "Dasar Ekonomi Baru" supaya segera dapat meningkatkan Ekonomi Bumiputera dgn perlu dipantau Kesatuan2 Bumiputera.

ii) Merealisasikan Hak Kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam utk bebas mengamalkan Agama mereka sama seperti mereka yang juga akan menghormati Agama Islam sbg Agama Rasmi Negara.



2. Menuntut supaya semua Rakyat Prbumi perlu menikmati Kemudahan Asas seperti Api, Air dan Klinik.

3. Menuntut Biasiswa Automatik kpd anak2 bumiputera di Sarawak dan Sabah yg mencapai kelulusan minima utk memasuki Kolej Dan Universiti.

4. Memberi kelonggaran khusus kpd Kaum Bumiputera utk memasuki IPTA dalam semua Jurusan kritikal.

5. Mempastikan pengagihan Projek dan Kontrak kpd Kontraktor dan Syarikat bumiputera dilakukan dgn telus dan berkesan dgn membenarkan Kesatuan2 memantaunya.



Barisan Nasional harus kekalkan Simpanan Tetapnya ("Fixed Deposit") Di Sarawak yg tidak boleh sesiapa lagi menganggu gugat atau mempertikaikannya.



Perkasa mengucapkan " Syabas dan Tahniah" kepada PRIBUMI SARAWAK dan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak dibawah kepimpinan YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib bin Mahmud dan Barisan Wakil Rakyatnya yang telah memenangi DUN masing2 dengan Cemerlangnya.



Semoga Allah merahmati Pemimpin dan Rakyat Pribumi Negeri Sarawak utk terus Maju Kehadapan. Terima Kasih



Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari

Naib Presiden Perkasa merangkap

Yang Di Pertua,

Pertubuhan Pribumi Perkasa Cawangan Negeri Sarawak.
 
Sumber- The Unspinners

Monday, December 27, 2010

Antara Ascott dan Piala Suzuki

Gambar melengkapkan cerita. Cerita perlumbaan stamina dan pertunjukan tenaga kuat sama ada haiwan atau manusia. Di gelanggang itu juga gambar menceritakan kebangggaan manusian mengenai kekuasaan  dan kekayaan wang atau ragam.

Di Royal Ascott Horse Race manusia berlumba lumba memakai topi dan pakaian macam burung gagak. Di perlawananan bola Malaysia vs. Indonesia Piala AFF Suzuki semalam saya juga dapat melihat raham yang sama.

Lihatlah gambar di bawah 

 



Joan Collins juga ke Ascott.....Rozita Che Wan tak ke Piala Suzuki?

Ego besar, topi besar




Hiasan muka untuk  "war cry"


Topi tinggi , ego tinggi?




Apapon tahniah untuk Malaysia yang menang semalam.

Saturday, August 28, 2010

Mengimbas kembali Teori 18 Tahun menjelang 31 Ogos

Ada beberapa sebab saya mengimbas kembali Teori 18 Tahun Tan Sri Sanusi Junid. Bukan teorinya yang menjadi kebetulan berlaku setiap 18 tahun, tapi ada suratan takdir yang tersurat dan tersirat yang perlu di ketahui oleh anak bangsa.

Tan Sri Sanusi adalah seorang pemikir dan perpandangan tajam. Sementelah lagi beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang Ke 53. Oleh itu wajarlah sesuatu yang jadi lipatan sejarah dibuka supaya generasi muda dapat memahami sejarah penubuhan UMNO, sejarah penubuhan PAS dan keterlibatan Hj Fuad dengan British dalam penubuhan PAS, sejarah Pattani dan kemusnahan kawasan berpopulasi tinggi Melayu di Selatan Thai (yang dulunya adalah Kerajaan Melayu Islam Pattani) trend undi semasa dan cabaran Melayu Islam akan datang.

Selain penulisan Tan Sri Sanusi Junid, saya akan masukkan juga Sejarah Kerajaan Reman  di Hulu Perak dalam keluaran akan datang bagi pencerahan sejarah generasi muda.

http://sanusijunid.blogspot.com/2010/02/teori-18-tahun.html

MENGIMBAS KEMBALI ANGKA 18


GPMS - SINGA PERJUANGAN BANGSA


1. Pada hari Sabtu 13 Februari, 2010 saya telah dijemput ke satu kursus untuk pemimpin-pemimpin baru GPMS, dari seluruh negara, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Perjumpaan bermula pada pukul 2.45 petang. Walau pun tahun ini dinamakan tahun baru harimau untuk orang-orang China tetapi GPMS telah memilih gelaran 'Singa Perjuangan Bangsa' untuk pemimpin dan ahli organisasi mereka.

MELAYU DIGUGAT DAN DIGIGIT

2. Setelah selesai menyanyi lagu GPMS Presiden GPMS telah menyampaikan ucapan aluan dan selepasnya saya dijemput untuk berucap atas tajuk 'Melayu Digugat dan Digigit'. Persoalan yang harus saya huraikan ialah mengenai bagaimanakah singa perjuangan bangsa ini harus bertindak bila bangsanya telah digugat dan digigit.

MAYC TIDAK DAPAT MEMBANTU

3. Keadaan majlis ini berbeza dengan majlis MAYC Wilayah Persekutuan yang saya hadiri pada petang 6 Februari, 2010 di Pusat Kecemerlangan Rakan Muda, Komplek Belia, Kg. Pandan. Majlis ini diberi tajuk 'Bicara Tokoh'. Pemimpin-pemimpin muda MAYC ini ingin mengetahui sejarah gemilang perjuangan MAYC di masa silam kerana MAYC yang baru kini masih di peringkat penubuhan sementara MAYC lama pula mengikut undang-undang, tidak ada lagi, kerana lima tahun berturut-turut MAYC tidak mengadakan mesyuarat agungnya; dan mereka yang masih mengaku sebagai pemimpin-pemimpinnya, walau pun sebenarnya sudah tidak sah lagi, sedang sibuk memikirkan cara memfaraidkan harta pusaka persatuan sementara persatuan mati tanpa kubur. Begitulah gambarannya. Oleh itu, MAYC sebagai sebuah pertubuhan kini tidak mungkin boleh turut membantu GPMS jika bangsa Melayu sudah tergugat dan digigit.

JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN


4. Sebenarnya tidak ada orang yang berani menggugat dan menggigit bangsa Melayu kecualilah orang-orang Melayu sendiri memaksa dirinya supaya digugat dan digigit.

DUA PEMIMPIN BELIA JADI PERDANA MENTERI

5. Allah s.w.t. telah mentakdirkan dua tokoh belia menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia, seorang dari MAYC, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi Naib Presiden MAYC, dan seorang lagi lagi dari GPMS iaitu Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Hampir ada yang ketiga dari ABIM.


6. Saya perhatikan perbezaan yang ketara antara kedua orang tokoh ini. Tun Dr. Mahathir kekal dengan kawan-kawannya yang seangkatan dalam belia dan sedarjah dengannya di sekolah menengah dan di universiti. Beliau terus berkawan dengan Presiden MAYC ke 2 Allahyarham Tunku Abdullah, iaitu kawannya di waktu dalam MAYC, malahan yang memecat beliau dari MAYC pun beliau kekalkan sebagai kawan. Tun Dr. Mahathir juga rapat dengan kawan-kawan dalam SAHOCA dan setiap tahun ada pertemuan dengan doktor-doktor yang belajar dengannya di Universiti Malaya, Singapura. Malahan kawan-kawan lama Tun Dr. Mahathir lebih mempengaruhinya dari anggota keluarganya sendiri. Jika ada anggota keluarga yang mempengaruhi beliau itu adalah pengaruh kerana ilmu yang ada pada mereka dan jawatan yang mereka perolehi sendiri, seperti Tun Dr. Ismail Mohd Ali, Gabenor Bank Negara dan Gen (B) Hashim Mohd Ali yang naik dalam tentera atas kemampuannya sendiri.

7. Tun Abdullah sebaliknya lebih dipengaruhi oleh anggota keluarga, khususnya anak dan menantu, dan lebih dipengaruhi oleh kawan-kawan menantunya yang hanya rapat dengannya setelah beliau naik menjadi Perdana Menteri. Ramai kawan-kawannya, termasuk dari kalangan GPMS, yang kecewa kerana tidak dapat menegurnya atau mendekatinya bila dia di atas. Memanglah ada orang-orang GPMS yang naik di zamannya dan mujurlah ada mereka kerana mereka inilah yang telah menunjukkan ketinggian budi mereka dengan memberi anugerah-anugerah doktor kehormat, dari universiti yang mereka pimpin, kepadanya, apabila beliau sudah turun dari jawatan. Anuegerah-anugerah ini walau bagaimana pun sukar untuk mengimbangi kegagalan kepimpinannya.


KAWAN BARU ANWAR IBRAHIM

8. Dato' Seri Anwar Ibrahim juga saya kira akan selamat jika dia terus mendekati kawan-kawan lama beliau, di dalam ABIM, bila dia hampir sampai ke peringkat atas sekali. Malangnya dia ada kawan-kawan baru seperti Nallakaruppan, Azmin. Azizan, Saiful dan Wolfowitz yang tidak pernah menjadi ahli ABIM.

SIKAP TERHADAP UGAMA

9. Seperkara lagi saya perhatikan ialah hubungan 3 tokoh ini dengan ugama. Tun Dr. Mahathir tidak berpendidikan ugama tetapi bertambah mendekati ugama dengan bertambah tinggi kedudukannya. Tun Abdullah berpendidikan ugama tetapi tidak memperjuangkan ugama dalam hidupnya dan terlalu berani memperkenalkan pendekatan baru Islam Hadhari hanya untuk menawan hati Barat. Dato' Seri Anwar tidak berpendidikan ugama, tetapi memperjuangkan ugama di masa mudanya, tetapi terus berubah menjadi bertambah sekular dengan bertambah tinggi pangkat yang dinaikinya.

ARISTOTLE DIBUKTIKAN SALAH

10. Saya telah ceritakan kepada pemimpin-pemimpin GPMS sejarah pergolakan dalam negara dari segi demografi dan isu-isu perpecahan berikutnya yang membawa kepada kelemahan politik orang-orang Melayu. Mengikut Aristotle, 'It is impossible to have political power without economic power' ( adalah mustahil memiliki kuasa politik tanpa kuasa ekonomi ). Orang Melayu telah membuktikan bahawa Aristotle itu boleh salah dalam pendapatnya, kerana Melayu ada kuasa politik tanpa kuasa ekonomi.

TEORI 18 TAHUN

11. Dalam Mesyuarat Agung MAYC ke 34 pada tahun 1988, iaitu 22 tahun yang lalu saya telah memperkenalkan kepada sekitar 2,000 orang ahli perwakilan MAYC teori 18 tahun. Teori ini saya sedari setelah saya membuat perkiraan melihat tarikh-tarikh peristiwa penting dalam negara dan sekitar Tenggara Asia setelah UMNO diharamkan pada tahun 1987, iaitu pada tahun sebelum ucapan ini disampaikan. Ketepatan anggaran tahun ini berbeza 1 atau 2 tahun dari tahun yang dipilih.

1897


12. Dari sebelum tahun 1897 saya dapati ada pergolakan berlaku di Selatan Thailand. Pihak British mengetahui bahawa pergolakan ini berlaku kerana penduduk Weng, Yala, Narathiwat dan Pattani di Selatan Thailand sebenarnya dari rumpun Melayu dan tidak selesa di bawah pemerintahan Thai. Walau bagaimana pun raja Melayu di Utara Semenanjung Malaysia tidak merasa bimbang jika wilayah di Selatan Thailand ini menjadi sebahagian dari negerinya maka kedudukan raja akan terancam. Oleh itu pada tahun 1897 ke empat wilayah di Selatan Thailand menjadi sebahagian dari Thailand. Ini bererti peluang untuk menambahkan penduduk Melayu di Semenanjung Malaya telah terkendala buat selama-lamanya.

13. Dari 1897 pihak British sibuk mempengaruhi raja-raja Melayu untuk menerima penasihat bagai pemerintahan negeri. Johore adalah negeri terakhir menerima seorang penasihat pada tahun 1914. Dengan penerimaan ini maka pada tahun 1915 genaplah 18 tahun dari tahun 1897 proses penaklukan negeri-negeri Melayu dilakukan dengan cara terhormat tanpa disedari.

1915

14. Mulai tahun 1915 pihak penasihat British telah memperkenalkan bendera berasingan bagi setiap negeri, lagu negeri yang berlainan, menamakan rakyat bagi setiap negeri berkaitan dengan nama negeri masing-masing. Orang Melayu pada waktu itu memanggil diri mereka bukan lagi sebagai orang Melayu tetapi sebagai orang Perlis, orang Penang, orang Perak, orang Kelantan, orang Johor, orang Selangor, orang Melaka dan lain-lain.

15. Mulai tahun 1915 negeri-negeri Melayu telah mula menerima pendatang atau imigran dari China dan India kerana masalah politik dan desakan ekonomi di negara masing-masing. Walau bagaimana pun pendatang China dan India ini tidak datang dengan cara yang dirancang oleh British. Oleh kerana pendatang dari India dan China di waktu ini ialah sebagai imigran ekonomi atau 'economics immigrant' maka apabila dunia dilanda oleh krisis ekonomi pada tahun 1929 maka majoriti dari mereka telah kembali ke negara masing-masing.


1933


16. 18 tahun dari tahun 1915 iaitu pada tahun 1933 pihak British telah mengizinkan imigran dari China dan India datang kembali ke Malaysia dengan cara yang terancang. Orang-orang China telah dipelihara oleh British, antara lain, sebagai pemborong kecil dan pekedai-pekedai runcit untuk menyalurkan hasil keluaran industri pengguna di Britain melalui pemborong-pembekal yang besar-besar sebagai 'trading houses' milik penjajah British. Orang-orang India pula, antara lain, dibawa ke Malaya sebagai buruh di estet-estet milik British; dan The Chartered Bank yang pada waktu itu menghadapi masalah meminjamkan wang kepada pengguna dan peniaga kecil Melayu telah membawa ceti ke Malaya sebagai orang tengah dalam urusan pinjaman wang.


KESEDARAN BARU KERANA KEMARAAN JEPUN

17. Sejarah berlalu dan dalam Perang Dunia Kedua pihak Jepun telah mengalahkan British di Malaya dan Belanda di Indonesia. Satu kesedaran baru telah timbul di kalangan pemimpin dan ulama Melayu atas kemungkinan penjajah British dan Belanda dikalahkan oleh satu kuasa negara bukan Eropah iaitu negara Jepun dari Asia. Pelajar-pelajar Melayu yang pulang dari Timur Tengah juga begitu bersemangat kerana kebangkitan gerakan kemerdekaan di negara-negara Islam lebih-lebih melihat kejayaan Jerman yang turut disokong oleh Turki.


18. Bila Jerman dan Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pertubuhan-pertubuhan politik Melayu telah pun siap tumbuh seperti cendawan di dunia Melayu. Pihak Soekarno dan Hatta memimpin usaha memerdekakan Indonesia. Mereka berhasrat menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya. Wadah yang mulanya hampir gagal kerana hasrat Belanda untuk memerdekakan Aceh akhirnya telah terbendung kerana penerimaan Aceh ke atas konsep Melayu Raya yang dijanjikan oleh Soekarno dan Hatta akan berlandaskan syari'at Islam.


19. Kerana keghairahan menang dalam Perang Dunia Kedua pihak British berhasrat untuk menjadikan Malaya sebuah koloni British yang lebih mantap seperti New Zealand, Australia dan Canada. Wadah Malayan Union telah diperkenalkan. Di bawah Malayan Union taraf raja-raja Melayu diperhinakan ke taraf yang hampir sama dengan penghulu mukim. Penghinaan ini tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu.

MENENTANG GAGASAN MALAYAN UNION

20. Dari 1 hingga 4 Mac, 1946 satu Kongres Melayu telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Keputusan dibuat untuk menentang Malayan Union. Pada 1 April, 1946 Malayan Union telah ditubuhkan dengan perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Union of Malaya yang pertama. Sebuah komiti telah ditubuhkan untuk merancang tentangan terhadap Malayan Union yang terdiri dari wakil-wakil berikut:

Johor - Dato' Onn Jaafar - Pengerusi

Tuan Syed Alwi Al Hadi


Selangor - Encik Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaaba )

Dato' Hamzah bin Abdullah

Perak - Dato' Panglima Bukit Gantang

Kedah - Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Perlis - Encik Salleh bin Othman

Kelantan - Dato' Nik Ahmad Kamil


P. Pinang - Dato' Ibrahim bin Mahmud

Pahang - Encik Yope Muhiddin

Singapura - Encik Rahim Ibrahim

PKMM - Encik Ibrahim Kasim



PENUBUHAN UMNO


21. Dari 11 hingga 12 Mei, 1946 satu lagi perjumpaan telah diadakan di Istana Johore di Johor Bharu yang telah memutuskan supaya UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan dan bukan setakat menentang Malayan Union sebagaimana keputusan Kongres Melayu pertama di Sultan Sulaiman Kelab. Semua pertubuhan dan persatuan Melayu telah mengambil keputusan untuk dibubarkan kecuali Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang terikat kepada janji dengan Soekarno-Hatta supaya Malaya hanya akan menerima kemerdekaan melalui Melayu Raya. PKMM telah keluar dari pakatan menubuhkan UMNO.

1951


22. 18 tahun dari tahun 1933 iaitu pada tahun 1951 berlaku lagi perpecahan di dalam UMNO dengan berhentinya Dato' Onn Jaafar dan berlaku perebutan kuasa untuk jawatan Ketua UMNO. Yang bertanding untuk jawatan ini ialah:

Tunku Abdul Rahman Putra

(Cadangan oleh Encik Bahaman bin Shamsudin) 57 undi


Haji Ahmad Fuad Hassan (Yang menubuhkan PAS)


(Cadangan oleh Dato' Onn Jaafar) 11 undi

23. Haji Ahmad Fuad telah dikalahkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan 46 undi. Calon-calon lain yang kalah ialah C. M. Yusof yang dicadangkan oleh Raja Ayob bin Raja Bot dan Encik Tajuddin bin Uda Isa. Encik Mustapha Hussein dari PKMM, yang telah memasuki UMNO walau pun PKMM menarik diri, telah menarik diri dari bertanding.

PKMM DIHARAMKAN


24. Apabila PKMM diharamkan tiga buah parti tunjangan baru telah ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin PKMM, iaitu (1) Parti Melayu Semenanjung ( PMS ) dipimpin oleh Bung Kahar sebagai Ketua dan Bung Isa sebagai Setiausaha Agungnya; (2) Parti Islam Se Malaya ( Pa - Alif - Sin = PAS ) di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al Helmi dan (3) Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) pimpinan Ahmad Boestamam. Bung Kahar, Dr. Buhanuddin dan Ahmad Boestamam ketiga-tiganya berketurunan dari Indonesia. PMS membantah pemberian kerakyatan yang berleluasa kepada bukan Melayu, PAS menentang kemerdekaan kerana tidak mewujudkan negara Islam dan PSRM menentang kemerdekaan kerana ianya ciptaan kapitalis. Gabungan idea PMS, PAS dan PSRM merupakan NASAKOM ala Malaya.


25. Agak aneh juga kerana yang mengusahakan penubuhan PAS ialah Haji Ahmad Fuad setelah beliau dikalahkan oleh Tunku Abdul Rahman, dalam pertandingan untuk menjadi ketua UMNO, tetapi beliau sendiri tidak pernah menjadi ahli PAS, sebaliknya dilantik oleh pihak British untuk menjadi Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.


KEMERDEKAAN

26. Umno dan sekutunya, MCA dan MIC, dalam Parti Perikatan telah berjaya memimpin Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Bersekali dengan perjanjian kemerdekaan telah ditandatangani juga Perjanjian Keselamatan di mana penjajah British berjanji untuk kembali mentadbir Malaya seandainya berlaku huru-hara antara kaum dalam masa 10 tahun sehingga 31 Ogos, 1967.


27. British mengetahui bahawa pemerintahan Malaya boleh aman, dan tidak akan berlaku huru-hara, jika UMNO kuat kerana didukung oleh orang-orang Melayu. Jika UMNO lemah dan kurang mendapat sokongan orang-orang Melayu maka keamanan negara boleh terancam. Keadaan yang melemahkan politik orang-orang Melayu telah muncul pada tahun 1962 apabila PAS mengkafirkan UMNO.



28. Tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 tidak menambah kekuatan politik orang-orang Melayu. Malahan fokas terhadap masalah orang-orang Melayu bertambah kurang apabila Malaysia yang baru ditubuhkan mula menghadapi konfrontasi dari Indonesia. Dalam Pilihanraya Umum 1964 kekuatan UMNO telah jelas menurun. Kesan dari perpecahan bangsa Melayu dengan isu pengkafiran ini memakan masa untuk dirasai. Malahan Majlis Raja-Raja Melayu telah mengharamkan fatwa Dewan Ulama PAS yang mengkafirkan UMNO itu kerana sudah meramalkan kesannya sebaik sahaja fatwa dibuat pada tahun 1962.(komen penulis- sifat mujassimah /fahaman kaum muda/Wahhabi)


1969


29. Rupa-rupanya kesan fatwa PAS pada tahun 1962 itu telah memberi kesan dalam Pilihanraya Umum 1969 iaitu 18 tahun setelah tahun 1951. Tingkah laku DAP setelah mengetahui keputusan pilihanraya ini sungguh menghina orang-orang Melayu. Mereka merasakan negara Malaya ini sudah menjadi milik mereka sahaja. Rusuhan kaum telah berlaku lantaran keputusan ini. Adalah jelas bahawa kelemahan politik orang-orang Melayu, sebagaimana diketahui oleh penjajah British, menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Malangnya bagi penjajah British kerana rusuhan kaum ini berlaku dua tahun setelah tamat perjanjian keselamatan yang ditandatangani di waktu Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

BARISAN NASIONAL DITUBUHKAN


30. Apabila maruah Melayu terancam barulah pemimpin-pemimpin politik Melayu bersatu semula di dalam Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdul Razak. Tetapi lambat laun pemimpin-pemimpin Melayu menjadi selesa semula. Akibatnya PAS terkeluar dari Barisan Nasional di zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri.

31. Bila Tun Dr. Mahathir mengambil alih kepimpinan negara, menggantikan Tun Hussein Onn yang bersara setelah menjalani pembedahan jantung, berlakulah pertandingan antara Tun Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang secara otomatik memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Tun Musa menang kerana jentera Tun Dr. Mahathir memihak kepadanya.


ANWAR MENJADI AHLI UMNO


32. Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli UMNO apabila Tun Dr. Mahathir mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Walaupun usaha untuk melemahkan kedudukan Anwar di dalam ABIM, untuk dia mahu menjadi ahli UMNO, telah diusahakan oleh jentera Tun Dr. Mahathir tetapi yang mempercepatkan Anwar masuk ke dalam UMNO ialah dengan usaha Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Harun Idris, Dato' Ibrahim Ali dan Ustaz Osman Bakar Kampung Gajah. Dayausaha Tengku Razaleigh ini adalah dengan harapan Anwar akan menyokongnya dalam pusingan kedua beliau menentang Tun Musa untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ternyata, sebagaimana yang diramalkan oleh Tun Dr. Mahathir, Dato' Seri Anwar menyokong Tun Musa dalam pusingan kedua bertanding dengan Tengku Razaleigh.

MUSA MENENTANG MAHATHIR

33. Kerana cemburunya terhadap Dato' Seri Anwar lantaran merasakan, jika terlalu lama menunggu, kepimpinan negara akan diserah oleh Tun Mahathir kepada Anwar, maka Tun Musa telah meletak jawatan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Tun Mahathir menerima perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menyerahkan kepada Majlis Tertinggi untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Majlis tertinggi menolak rancangan mengadakan Mesyuarat Agung Khas untuk meminta Tun Musa menarik balik perletakan jawatannya tetapi bersetuju dengan permintaan wakil UMNO Johor, dalam Majlis Tertinggi, supaya satu rombongan dihantar ke London untuk merayu Tun Musa menarik balik perletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

34. Penarikan balik perletakan jawatan Timbalan Presiden UMNO oleh Tun Musa tidak bererti beliau juga menjadi Timbalan Perdana Menteri semula. Perletakan jawatan dari menjadi Timbalan Perdana Menteri telah diterima oleh Perdana Menteri kerana perlantikan Timbalan Perdana Menteri adalah atas budi bicara Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir telah melantik Tun Ghafar Baba menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tun Musa Hitam.


1987


TENGKU RAZALEIGH MENENTANG TUN DR. MAHATHIR


35. Dalam Perhimpunan Agung UMNO berikutnya pada tahun 1987 (18 tahun dari 1969) Tengku Razaleigh telah menentang Tun Dr. Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO. Beliau beregu, dalam Team B, dengan Tun Musa yang bertanding mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden yang masih disandangnya. Tun Ghafar telah mengalahkan Tun Musa dengan 40 undi dan Tengku Razaleigh telah dikalahkan oleh Tun Dr. Mahathir. Berikutnya UMNO telah diheret ke mahkamah oleh 11 orang ahli dengan sokongan Team B. UMNO telah diharamkan dan UMNO Baru telah ditubuhkan.



36. Tengku Razaleigh telah menajakan parti Semangat 46 yang telah didaftarkan pada 3 Jun, 1989. Dalam Pilihanraya Umum 1990 Parti Semangat 46 telah berkerjasama dengan DAP dan Parti Rakyat dalam Gagasan Rakyat dan berkerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ) dengan parti-parti Islam PAS, BERJASA dan HAMIM. APU berjaya 100% di Kelantan ( 24 ADUN PAS dan 15 ADUN S46 ).

ANWAR MENENTANG GHAFAR


37. Di waktu Dato' Seri Anwar Ibrahim memasuki UMNO pada awal 80an beliau direstui oleh beberapa tokoh sahaja di dalam ABIM tetapi difahamkan beliau telah memberi bayangan kepada kawan-kawannya dalam WAMY bahawa beliau akan mengambil alih kuasa sebagai Perdana Menteri dalam masa 10 tahun.

Antara yang mengungkit janji ini setelah 10 tahun berlalu pada tahun 1992 ialah seorang ulama dari Sudan bernama Hasan Thurabi. Tidak hairanlah jika pada tahun 1993 Dato' Seri Anwar telah mengorak langkah untuk menentang Tun Ghafar Baba dan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO darinya.



38. Setelah melihat arus pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO tidak memihak kepadanya Tun Ghafar Baba telah menarik diri dari mempertahankan jawatannya dan Dato' Seri Anwar telah menang tanpa bertanding dan menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993.


SEMANGAT 46 DIBUBARKAN


39. Sejak Pilihanraya Umum 1990 sehingga Pilihanraya Umum 1995 hubungan S46 dengan DAP menjadi renggang dan pakatan di dalam APU menjadi retak. Prestasi S46 dalam Pilihanraya Umum 1995 sungguh mengecewakan sehingga Dato' Rais Yatim, Timbalan Presiden S46 telah menerima kekalahan. Pada bulan May, 1996 Parti S46 telah dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali kepada UMNO.


ANWAR DIPECAT

40. Dato' Seri Anwar telah memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hingga 1998 apabila belia dipecat dari kedua jawatan itu kerana kesalahan rasuah dan liwat.


41. Waktu Dato' Seri Anwar di dalam penjara Parti Keadilan Rakyat telah ditubuh dan didaftarkan pada 4 April, 1999. Dalam Pilihanraya Umum 1999 Parti Keadilan Rakyat, sebagai anggota dalam pakatan Barisan Alternatif bersama PAS dan DAP, telah menang satu kerusi sahaja di Permatang Pauh yang ditandingi oleh Dati Seri Wan Azizah Presiden Parti. Pada 5 Julai, 2002 satu Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani untuk menyatukan PSRM dengan Parti Keadilan Rakyat.

42. Memandang semua kepada perkembangan ini saya meramalkan 18 tahun dari tahun 1987 iaitu pada tahun 2005 kedudukan politik orang Melayu akan sesungguhnya menjadi terancam.

HARAPAN CERAH MENJADI GELAP


43. Pada tahun 2003 Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil alih kepimpinan negara. Dalam satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin GPMS saya dengan sinisnya telah dicabar sama ada saya akan gembira jika ramalan saya atas punahnya kuasa Melayu betul berlaku sebagaimana yang saya ramalkan. Saya menjawab, 'tidak ada dalam saluran darah saya setitik pun darah yang mendurhaka kepada UMNO atau kepada Melayu'. Saya menegaskan teori 18 tahun ini hanya satu amaran untuk semua cuba menghindarkan berlaku apa yang mungkin berlaku.


2005


44. Alhamdulillah pada tahun 2004 Barisan Nasional mendapat keputusan yang cukup meyakinkan. Dengan keputusan cemerlang Pilihanraya Umum 2004 ini terbuktilah teori 18 tahun yang seharusnya memberi gambaran buruk pada tahun 2005 kerana 1987 + 18 = 2005 terbuktilah sudah dapat dibantutkan. Malangnya, dengan keputusan durjana Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, akibat dari peranan anak dan menantu, teori 18 menghantui semula. Tahun berikutnya bagi Teori 18 tahun ialah 2005 + 18 = 2023. Tahun ini ialah 10 tahun selepas pilihanraya yang akan datang yang wajib diadakan pada atau sebelum tahun 2013. Bagaimanakah prestasi BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 pada tahun 2013.

DI MANAKAH SILAPNYA KITA?


45. Kini saya berdepan sekali lagi dengan pemimpin-pemimpin GPMS. Sudah tentu soalannya ialah 'Di manakah silapnya kita?'


46. Kesilapan kita ialah kerana kita sudah menyimpang jauh dari nilai-nilai murni seperti amanah, berani, disiplin, rajin dan setia iaitu sifat-sifat terpuji yang sepatutnya ada pada orang-orang yang berugama Islam. Sifat-sifat inilah yang diketengahkan dalam semangat Bushido orang-orang Jepun, semangat Hwarang orang-orang Korea, semangat Jin Qing orang-orang China, dan semangat Muru'ah orang-orang Arab. Bila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946 dan raja-raja kita diturunkan taraf ke tahap penghulu mukim, kita merasa terhina kerana maruah kita dijatuhkan. Bila kita kalah banyak kerusi dalam Pilihanraya Umum 1969 sehingga kita merasa terhina apabila diminta menyerahkan pemerintahan Negeri Selangor kepada DAP, maka tanpa UMNO menjadi lebih Islam perjuangannya, dan tanpa bertambah semangat nasionalisma pada PAS, UMNO dan PAS dapat duduk bersama di dalam Barisan Nasional walaupun selama 7 tahun sebelumnya UMNO tersinggung kerana dikafirkan oleh PAS. Tetapi pemimpin UMNO tidak merasa terhina walaupun lebih banyak kekalahan kerusi dalam Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 daripada yang diterima pada tahun 1969. Kerana kita sudah menjadi penakut maka kita terima kekalahan tanpa merasa malu dan terhina. Kita bersalah kerana sudah menjadi bangsa penakut.

Thursday, August 19, 2010

Daulat Tuanku Sultan Selangor-Fatwa Menentang Fahaman Wahhabi di Selangor

Daulat Tuanku! Sultan Selangor selaku  Ketua Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu bagi negeri Selangor telah berkenan untuk meluluskan Fatwa Menentang Kefahaman Wahhabi bagi diwartakan dan dikuatkuasakan dinegeri Baginda. Perkara ini tidak terkait dengan  politik di Selangor. Sila baca Fatwa Mentang Fahaman Wahhabi selanjutnya di bawah.

Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti berikut:



i - Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan)kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:


a. Allah bermuka dan bertangan.


b. Allah duduk bersila di atas arasy.


c. Allah berada di langit.


d. Allah bertubuh serupa nur.


I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah WalJamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kalidiserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.


ii - Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul ituberi'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusiahanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)


Sekian, Wassalam.


"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"


Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)


Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)b/p: Mufti Negeri Selangor



sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=421287268670&id=1549068064&ref=mfSee More
 

Friday, February 19, 2010

Pampasan tanah di ayer kuning dijadikan isu-benarkah laporan harakah?

HARAKAH bagaikan mendapat satu loteri yang besar mengenai isu 15 hektar kebun musnah di Air Kuning, kawasan Dun Changkat Jering.

Bagaimanapun Harakah tersalah tulis dengan menyatakan jentera Gamuda telah digunakan untuk memusnahkan tanaman dan rumah di situ.Memang betul tanah tersebut telah lama diteroka, permohonan untuk menjadi hak milik telah lama dibuat tetapi oleh kerana tanah tersebut termasuk dalam projek pembangunan maka permohonan tidak diluluskan.



Namun peneroka tetap berharap dan terus berdegil dan enggan berpindah. Isu ini juga telah menyebabkan BN kehilangan banyak undi dalam dua PRU yang lalu.Peneroka bukan sahaja daripada penduduk tempatan, tetapi ada juga orang luar seperti Kelantan, Kedah dan lain-lain yang berkerja dan bermastautin di sini. Sebelum ini ramai diantara mereka sudah pun mendapat tanah-tanah di tempat lain seperti Kpg Pak Dollah, Kurnia Jaya dan Kpg Potong Pinang, Kg Paya, Pinang Sebatang dan banyak lagi. Mereka adalah dari golongan yang ingin dan gemar mengumpul geran tanah.


Di mana saja ada program meneroka tanah kerajaan , merekalah yang pantas mengambil peluang, Letak semua nama anak menantu, cucu cicit. Bila di sebut Gamuda bermakna tanah tersebut adalah dibawah projek landasan rel berkembar yang sedang rancak berjalan sekarang.


Gamuda telah memberi saguhati kepada penghuni sejumlah RM8,000 seorang untuk sebuah rumah atau 2 tahun sewaan rumah. Jumlah itu satu nilai yang standard dalam kaedah yang
digunapakai. Mengikut undang-undang tanah yang telah dibentang dan diluluskan oleh parlimen sewaktu Tun Ghafar menjadi TPM sesebuah tanah yang akan ditebus guna untuk pembangunan, kerajaan tidak boleh menunggu lama.

Jika pemilik tidak berpuas hati mereka boleh bawa kes ke mahkamah, bagaimana penilaian dan bayaran ganti rugi tetap dibuat oleh kerajaan.Jadi isu tanah kebun yang seluar 15 hektar ini
tidak perlu dijadikan bahan politik murahan Pas. Pas kehabisan modal. projek rel kembar pun buat isu...


Excerpt dari Taipingmali Pautan pada catatan ini


..........................................................................
Ulasan ABG

Pengalaman saya sebagai pegawai tadbir di Lebuhraya Malaysia dulu samasa mewakili LLM bagi Land Trial, precursor kepada pembayaran pampasan tanah ke atas tuan tanah dan orang yg bermukim secara haram di atas tanah kerajaan semasa projek lebuhraya utara selatan (PLUS).

Dalam kes ini jelas mereka bukan tuan tanah- mereka adalah peneroka atau dipanggil penghuni tanah haram.

Walaupon begitu undang-undang Malaysia dalam Kanun Tanah Negara amat prihatin terhadap penghuni tanah haram/land tenant walaupon mereka menduduki tanah tersebut secara haram kerana mereka juga berhak mendapat pampasan berdasarkan kepada jenis dan luas bangunan yang dirobohkan dan jenis tanaman yang ditanam.

Mungkin sudah tiba masanya para pembaca membaca sendiri kanun Tanah Negara/National Land Code dan menilai sendiri dakwaan palsu pembangkang

Prinsip hidup ABG- sampaikan berita yang benar walaupon sedikit/walaupon ianya pahit

Saturday, February 13, 2010

Peranan Raja Makin Terasa bila dua puak bertelagah pendapat..........





Sementelah saya menulis mengenai sejarah yang selama ini tersimpan dalam lipatan sejarah, maka terjumpa saya beberapa artikel mengenai peranan raja-raja melayu menjaga kedaulatan negara di masa silam.

Di masa silam, peranan raja bukan sahaja memerintah, tapi mereka juga mengetuai angkatan tentera menentang penjajah. Artikel ini saya petik dari sebuah forum mengenai peranan putera (Sultan Alauddin ) mengetuai bala tentera Melaka menghadapi Portugis pada tahun 1511.

Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi ingin saya ingatkan pembaca institusi Beraja adalah satu institusi yang bebas dari politik (above politics) di negara ini.


Saya ingin mengingatkan pembaca semua kepada Bersumpah dengan Iman yang dilaksanakan oleh Kebawah DYMM Sultan Johor yang Ke 5 baru baru ini.


Intipati sumpahnya nya menyatakan kesediaan seorang insan -dalam Islam -insan bermaksud hamba Allah yang senantiasa tawaduk, zuhud dan melaksanakan perintah Allah (Sebagai Sultan) untuk melaksanakan tugasan baginda dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab seperti berikut:-

Bahawa adalah saya, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada masa memegang jawatan Pemangku Raja bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dan segala takluknya bersumpah dengan iman bahawa saya mengaku akan memerintah dengan adil saksama dan timbang rasa kepada semua rakyat dan penduduk-penduduk negeri Johor dan saya bersumpah dan mengaku akan memelihara dan menghormatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang kuat dengan Undang-undang Tuboh Kerajaan Johor dan juga Undang-undang Negeri,"


Perlu diingatkan bahawa Iman adalah percaya kepada Allah, Malaikat dan perkara ghaib,Al Quran, Rasul dan Nabi, Qadar dan Qadar serta Hari Akhirat .......jadi maksud bersumpah dengan iman merujuk kepada bersumpah dengan nama Allah dan segala kebesaranNya.


Apapon peranan raja raja Melayu sudah semakin diperlukan masa kini, bagi merungkai permasalahan kerana mereka bersifat neutral dan memegang tanggung jawab yang besar ke atas ugama , bangsa dan negara...dengan adanya camportangan Raja Raja Melayu harapnya tidak ada lagi puak puak yang berani mencabar artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Negara , artikel 11(4) yang menghalang penyebaran ugama lain dikalangan orang Islam artikel (153) Akta yang sama yang memartabatkan kedudukan Melayu sebagai bangsa pribumi, artikel (159) yang meletakkan peranan YDP Agong dan Raja Raja Melayu sebagai tunggak pemerintahan negeri dan negara serta lain lain lagi yang menjadi intipati kontrak perjanjian sosial yang makin dilupakn di Malaysia. Baca ulasan seterusnya disini

http://al-ghari.blogspot.com/2010/02/atasi-segera-isu-kalimah.html

atau petikan dari artikel yang sama disini

Raja-Raja Melayu beri jaminan pertahankan kedaulatan, kesucian Islam sebagai agama rasmiKUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam dan mempertahankan kedaulatan serta kesuciannya Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain.Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-220 selama dua hari di Istana Negara semalam juga menjelaskan isu penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan, baru-baru ini perlu ditangani segera bagi memastikan ia tidak menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.
Serentak itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum permintaan, surat dan memorandum pelbagai pertubuhan dan individu Islam yang menzahirkan rasa dukacita mereka mengenai penterjemahan perkataan God kepada Allah.Menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam, penterjemahan itu banyak menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam."Isu ini jika tidak ditangani segera akan menggugat kesucian agama Islam dan berkemungkinan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam negeri."Raja-Raja Melayu bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara tanpa mengetepikan hak dan kebebasan beragama kaum lain. Raja-raja Melayu memberi jaminan untuk memenuhi tanggungjawab melindungi kesucian dan status agama Islam," kata kenyataan itu.Raja-Raja Melayu juga berpandangan sebarang perbuatan yang merosakkan rumah ibadat adalah perbuatan provokatif yang amat membahayakan dan tidak harus dibenarkan berlaku sama sekali."Perbuatan khianat yang didorong oleh emosi wajib dihentikan kerana tidak direstui, malah ditegah daripada dilakukan oleh semua agama. Perbuatan itu jenayah yang perlu dibendung secara tegas dan segera," katanya.
Raja-Raja Melayu turut merakamkan penghargaan kepada polis yang bertindak secara profesional bagi mengawal keadaan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.Raja-Raja Melayu amat memahami tugas berat yang terpaksa mereka hadapi dan menyeru agar usaha pasukan keselamatan mengawal ketenteraman awam diberikan sokongan sepenuhnya.Selain itu, Raja-Raja Melayu mengambil maklum isu penggunaan istilah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly sedang di peringkat pertimbangan Mahkamah Rayuan.Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini yang dipengerusikan Sultan Perak Tuanku Azlan Shah turut membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan serta pelantikan hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. - Bernama
Sumber :
Berita Harian
Posted by Zamihan Mat Zin AL-GHARI at 8:25 PM









Sunday, January 31, 2010

Peringatan kepada orang Melayu Islam

Apalah erti kemenangan jika tidak membawa kebenaran. Tidak mengapa menerima kekalahan selagi kita dalam Kebenaran. ...Apabila orang lain buat salah, bukan sahaja orang itu dicerca dan dihina, maka dipalitkan kesalahan itu kepada partinya..bila Allah takdirkan terbongkar kesalahan kepada individu sesebuah parti ..maka ianya dikatakan kesalahan individu....Bacalah seterusnya entry menarik ini dalam link di bawah

http://www.facebook.com/note.php?note_id=215515355705&id=100000472480691&ref=mf

Dengan Ehsan MQTK Cawangan Putrajaya

Friday, December 25, 2009

Ulasan Tun Dr. Mahathir mengenai Penubuhan Suruhanjaya DiRaja

Begitu tinggi nilai budi Tun yang berbesar hati untuk merelakan buku biadap "Malaysian Maverick, Mahathir in Turbulance Time " karya Phillip Wain disebarkan. Malah Tun sempat meninggalkan ulasan di blog Che Det bagi menjawab desakan biadap Lim Kit Siang untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja.


"If the Malaysia Government is witholding the book, I would request the book to be relased forthwith. I am not in need of the Government protection".

Jelas Tun bukan sahaja anak jantan, tapi seorang negarawan!

Amat berbeza sekali dengan seorang pemimpin yang "lari" bersembunyi di Kedutaan Turki konon bimbangkan bayang-bayang sendiri!

Baca ulasan Tun Dr Mahathir, negarawan ulung di sini

FORM%20ROYAL%20PROBE%20ON%20DR%20M%27S%20SQUANDERING

Tuesday, December 15, 2009

Strategi Tangani Penagihan Dadah di Kalangan Belia Melayu

Golongan sasaran kempen tangani penagihan dadah telah dikenalpasti. Rujuk petikan Utusan Malaysia di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Seeloknya strategi tangani belia menagih dadah pula hendaklah diperluaskan kepada penyediaan peluang pekerjaan atau menyediakan dana mikrofinance ( pinjaman kewangan tidak melebihi RM 10,000) seperti Bank Grameen di Bangladesh http://www.grameen-info.org/ kepada belia yang keciciran alam persekolahan, (school drop out), mereka yang mempunyai masalah keluarga (anak-anak mangsa poligami/ pernikahan sembunyi, anak-anak dari keluarga yang dipelihara oleh ibu tunggal, anak-anak mangsa penceraian, sumbang muhrim, ibu bapa penagih dadah) dan mereka yang mengalami kemiskinan tegar.


Elok juga Wang Ehsan yang dijanjikan untuk rakyat Kelantan disalurkan untuk tujuan murni ini. Sebaiknya juga limpahan wang tersebut dikongsi bersama oleh rakyat negeri yang tidak mendapat Wang Ehsan (Terengganu sudah ada Wang Ehsan) tetapi mendiami di sepanjang Pantai Timur seperti Pahang dan Johor supaya sama adil.

Justifikasinya ialah Telaga Minyak yang dicarigali berada di kawasan Perairan Malaysia, bukannya dalam kawasan Perairan Kelantan. Seeloknya Wang Ehsan tersebut dikongsi oleh semua pihak. Rezeki dari Allah hendaklah ditadbir urus dengan sebaiknya.

Utusan Malaysia Online - Selatan

Monday, November 30, 2009

cinta, wanita dan politik

Jackie Kennedy-Onnasis-Semasa menjadi isteri President Kennedy beliau mendapat kuasa, semasa menjadi isteri Aristotle Onnasis beliau mendapat harta


Benar kata orang, cinta itu buta!

Tugas si isteri adalah untuk berada di samping suami tatkala si suami menghadapi kegetiran hidup.


Berapa ramai si isteri yang setia menanti di samping suami tercinta bila mana si suami menghadapi cubaan dalam kareer politik masing -masing

Sejarah moden takkan mudah lupa kesetiaan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton yang berdiri setia di samping suaminya Bill Clinton tatkala si suami bergelut dengan Presidential Impeachment Trial kerana skandal dengan pelatih White House Monica Lewinsky! Malah berkat kesabaran beliau, beliau dipilih menjadi Senator New York dan terkini Setiausaha Negara Amerika Syarikat di bawah Presiden Barrack Hussein Obama, iaitu bekas lawan beliau semasa persaingan memilih calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Demokrat.

Juga siapa boleh lupakan bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat Jackie Kennedy yang bertindak untuk berdiam diri dan menampakkan kematangannya di mata media bilamana heboh suaminya didodoi dengan lagu Happy Birthday Mr. President nyanyian manja dan seksi oleh Marilyn Monroe.

Di Malaysia, Wan Azizah tetap setia dengan pelbagai karenah dan kes mahkamah yang melibatkan tuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim. Malah Wan Azizah memikul tabah tanggungjawab berat menubuhkan parti Keadilan semasa Anwar Ibrahim dalam penjara atas tuduhan liwat (yang juga melukakan hati beliau).


Dan yang terbaharu ialah Nik Amalina Nik Aziz, anak perempuan Menteri Besar Kelantan yang setia mempertahankan suaminya, Arif Fahmi dalam isu perlantikan beliau sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan! Tuduhan ini adalah sebahagian kecil dari beberapa pertuduhan lain dalam blog Kickdefella!


Benarlah kata orang cinta itu buta. Malah ada satu lagu klasik yang amat cocok dengan situasi ini iaitu Stand By Your Man!

Bagaimanapun setakat mana kesetian seorang isteri dan peranan yang harus dimainkan oleh isteri yang diuji kesetiannya di mata umum? Adakah si isteri perlu meluahkan segala gala rahsia rumah tangga, menunjukkan rasa kecintaan tak berbelah bahagi kepada suaminya di mata umum?


Berbaloikah pengorbanan si isteri dan tercemarkah maruah si isteri jika beliau berkongsi perasaan dan mempertahankan si suami di mata umum?

Mungkin lebih mudah diucapkan dalam bahasa Inggeris yang berbunyi sebegini:-

"A wronged wife best defence is to suffer in silence and to maintain a regal public outlook to best garner public sympathy"

Hillary Clinton telah menggunapakai dengan jayanya cara ini bila berhadapan dengan krisis rumahtangga. Terbaharu isteri Senator John Edwards yang telah menggunapakai cara yang sama bila berhadapan dengan krisis rumahtangga , bila berita media ghairah menyiarkan kesah suaminya, seorang senator mempunyai hubungan sulit dengan wanita Mexico.

Dan sebagai imbalan kepada kesetiaannya berdiri di samping suami di mata umum, beliau menyatakan secara terbuka keinginannya agar suaminya menolak cadangan meneruskan rancangan sebagai Presidential candidate pada tahun 2008! Oh satu bayaran yang mahal untuk kesetiaan si isteri!

Sejarah telah membuktikan bahawa wanita yang menjadi isteri ahli politik mempunyai tahap "toleransi" yang tinggi berbanding wanita biasa dari segi menangani hubungan sulit atau bad governance si suami.

Adakah fenomena ini akibat hasil kepuasan kendiri terhadap harta, pangkat dan kedudukan tinggi yang melimpah ruah di depan mata sebagai isteri ahli politik selama ini? Maka adakah faktor ini yang menyebabkan wanita wanita tersebut sanggup menutup sebelah mata terhadap bad governance/hubungan sulit /skandal si suami? Apakah ada perjanjian disebalik tabir bagi "kesetiaan" yang tak berbelah bahagi bagi si isteri ahli politik ini?

Sama-sama kita fikirkan!

Saturday, November 21, 2009

rezeki dari Allah hendaklah ditadbir urus dengan sebaik mungkin

Isu minyak di luar persisiran pantai Kelantan terus menghantui orang orang yang tamak haloba

Petronas sebagai sebuah syarikat minyak negara telah mentadbir urus dengan sebaik mungkin sumber minyak negara.

Petronas telah berlaku adil dengan memberikan royalti minyak kepada negeri negeri yang berhak mendapat royalti iaitu Sabah dan Sarawak. Ini kerana di Sarawak, telaga minyak digali pada persisiran pantai iaitu di Baram Delta ( di Miri) dan Bintulu . Malah seluruh dunia mengetahui bahawa Baram Delta adalah pengeluar minyak utama di dunia. Begitu juga dunia mengenali Bintulu Light Oil yang digunakan dalam engin jet kapalterbang kerana minyaknya amat berkualiti tinggi akibat kandungan sulfurnya amat rendah.....

Begitu juga sejajar dengan dasar dasar Akta Petroleum Negara, bagi negeri negeri yang telaga minyaknya tersasar jauh dari persisiran pantai dan tak layak dapat wang royalty, diberi juga wang ehsan..untuk memajukan negeri. Negeri yang jatuh dalam kategori ini adalah Terengganu dan baru baru ini Kelantan


Negeri ini diberikan juga wang ehsan walaupon telaga minyaknya didapati melebihi 3 batu nautika dari pesisiran pantai
....................................................................................................................

Kewajiban menguruskan dengan baik amanah rezeki yang dikurniakan Allah.

Baru baru ini heboh mengenai Kelantan yang mahukan wang royalty bukannya wang ehsan. Soalan utama layakkah Kelantan dapat wang royalty?

Jika ditanya pakar undang undang sekalipon Kelantan tak layak dapat wang royalty berdasarkan faktor di atas

Mungkin yang jadi kemarahan beberapa pihak pentadbiran tertinggi negeri Kelantan adalah kerana wang ehsan tersebut tidak dapat terus ke dalam poket mereka.

Umum mengetahui bahawa wang ehsan tersebut disalurkan melalui Kementerian Luar Bandar dan Desa untuk memajukan kemudahan infrastruktur (bazaar, rumah rakyat termiskin, jalan, klinik, sekolah ) dan pembangunan modal insan rakyat negeri Kelantan (program tadika KEMAS, program kesihatan rakyat menentang HIV/AIDS, penagihan dadah, keruntuhan moral, perbelanjaan asrama untuk anak yatim, program ibu tunggal, program pemulihan pelajar bermasalah, program bagi siswazah menganggur) dapat dilaksanakan dan dinikmati rakyat Kelantan secara terus.

Sudah cukuplah amanah rezeki yang diberikan melalui hasil balak Kelantan dipunggah dan dinikmati oleh kroni tertentu kepimpinan tertinggi negeri Kelantan. Kini sudah tiba giliran rakyat termiskin menikmati rezeki yang datangnya dari rahmat Allah.

Langkah pemberian wang ehsan untuk disampaikan secara terus kepada rakyat ini adalah langkah bijak kerana wang ehsan diberikan kerana rahmat Allah dan dizahirkan secara fizikal melalui ehsan kepimpinan DS Najib. Oleh itu wajar ianya ditadbir urus secara amanah dan jujur oleh setiap yang bergelar "insan".

Oleh itu saya amat berharap rakyat Kelantan nampak kewajaran memberikan wang ehsan ini melalui kementerian terbabit.

...........................................................................................................................................

seterusnya saya akan sambung dengan cerita sedeh dari Petronas dan kewajaran menghargai wang ehsan dan rezeki Allah ini kerana ianya pengorbanan pegawai -pegawai Petronas....Al Fatehah untuk rakan saya Allahyarham Mohamad Bin Mohamad Aris, pegawai Petronas yang meninggal dunia di Eritria dan pegawai Petronas lain yang meninggal dunia dalam menjalankan tugas untuk ugama, bangsa dan negara.

Friday, November 6, 2009

Khas Untuk Wanita Bekerjaya

Bagi wanita bekerjaya, suami bukanlah batu loncatan ke arah kehidupan lebih baik.

Namun sebagai wanita, naluri wanita yang ingin dibelai akan menyebabkan anda berada dalam situasi dilema jika berada dalam keadaan wanita ini.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Islam terlebih dulu mengenalkan premarital agreement atau taklik. Taklik pula bukan terhad kepada menghukum ke atas isteri yang nusyuz atau menghukum ke atas suami yang curang.

Bacalah terjemahan undang-undang Keluarga Islam dibawah bagi menjaga aset anda jika sedang dilamun cinta...kesedaran undang-undang akan melindungi hak anda di suatu hari kelak :)


Utusan Malaysia Online - Keluarga

Tuesday, November 3, 2009

Lihat dari sudut hikmah apa yang berlaku dalam PAS dan penahanan Dr Asri

Lewat ini terlalu banyak berita yang masuk, namun tak sempat dikomen oleh penulis. Bagaimanapun ada hikmahnya kerana dari situ, rupanya ada jaringan dan kaitan antara sesuatu peristiwa yang terjadi dengan peristiwa lain. Seolah - olah Allah ingin memberi petunjuk kepada hambaNya yang sering berdoa agar diberikan petunjuk ke arah jalan yang benar, jalan addin yang diredhai Allah.


......................................................................................

Mengenai penahanan Datuk Asri (MAZA)



Saya pernah terbaca dalam ruangan bicara MAZA tentang doanya yang memohon Allah agar tidak menjadikan lidahnya kelu sehingga tak dapat berkata-kata, agar akalnya tidak tumpul dan agar tangannya tidak kekok bila memegang kalam.



Mungkin sebenarnya doa beliau telah dimakbulkan Allah. Bagaimanapun hambaNya yang terpilih akan senantiasa diuji, kerana ujian menaikkan martabat seseorang. Mungkin juga Allah ingin menyucikannnya kerana ada tugas yang lebih penting yang akan di bawa oleh MAZA.



Oleh itu nasihat saya kepada MAZA agar muhasabah diri, dan jika fahaman atau amalan yang dibawa menyebabkan MAZA ditahan oleh JAIS, maka berjumpalah dengan alim ulama yang arif untuk membetulkan mana mana yang patut.



Saya difahamkan bahawa beberapa alim ulama sudah bersedia untuk berbicara secara intektual dengan MAZA, bagaimanapun usaha murni itu dipatahkan oleh JAIS yang menahan MAZA dan menyebabkan isu ini di gembar gemburkan.



MAZA banyak jasanya dalam usaha menyatupadukan umat Islam di Malaysia, mungkin ada peranan dan bahagian yang lebih besar yang diperuntukkan Allah kepada MAZA di kemudian hari kelak, setelah selesai isu ini.



..............................................................................................

PAS tidak maksum dan ada ancaman besar dalam PAS-iaitu fahaman Wahhabi



Umum mengetahui bahawa institusi pondok di Kelantan tidak mendapat sokongan dari kepimpinan PAS kelantan. Disebabkan segala urusan ugama Islam adalah di bawah Kerajaan Kelantan yang memerintah, maka senang dikatakan kepimpinan PAS Kelantan tidak senang dengan institusi pondok yang banyak melahirkan ulama terkenal di nusantara.


Terbaharu, usaha menempatkan orang PAS dalam institusi ini berjaya bilamana KUIS diketuai oleh Johari Baharum. Siapa orang ini dan apa peranannya, apa kaiatnnya dengan PAS dan Wahhabi boleh dibaca dalam artikel Melayu Lupa Lagi-Institusi Pondok Di Bawah Pemerhatian PAS.


Menyedihkan, menurut artikel itu lagi bila beberapa kertas kerja yang dibentang dalam sebuah seminar di sebuah IPT di Selangor jelas menunjukkan fahaman waahabi dan cuba menyamakan dengan fahaman Imam Syafie kita.



Rujuk sini
http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html

Menurut artikel itu lagi, 2 tokoh lain dalam PAS iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang juga adalah Wahhabi berdasarkan tindak tanduk mereka mengkafirkan orang Islam dan menyamakan Allah dengan sifat manusia iaitu samseng dan mencarut. Ini jelas amat bertentangan dengan sifat 20 Allah yang mana kita pelajari dan dijadikan pegangan Tauhid umat Islam.

.............................................................................................

Benteras Fahaman Wahhabi tanpa mengira parti

Oleh itu saya ingin menyeru semua umat Islam agar bertenang. Ambil peristiwa ini sebagai iktibar. Kepada semua Jabatan Ugama Negeri saya meminta supaya tindakan di ambil ke atas semua ular-mak termasuk mereka di dalam PAS tanpa mengira parti!

...................................................................................................

Apa kaitan kebangkitan Islam dengan batu bersurat di Terengganu?

Islam di akhir zaman diberitakan akan bangkit dari Malaysia. Walaupun Kelantan terkenal dengan institusi pondoknya yang telah melahirkan banyak ulama terbilang tapi Batu bersurat yang diberitakan ditulis oleh seorang alim terletak di Terengganu.

Kejadian beberapa hari ini membuatkan saya terfikir...adakah Terengganu yang akan dipilih sebagai negeri penggerak kebangkitan ugama Islam di MALAYSIA dan Nusantara?

Fikir fikirkan kenapa Terengganu yang dipilih dan bukannya Kelantan. Mungkin bagi mereka yang punya matahati telah dapat petunjuk dari beberapa peristiwa yang berlaku ke atas umat Islam dan PAS lewat ini mengenai perkara tersebut?


Monday, October 12, 2009

kerendahan diri dan keihklasan perjuangan mencairkan ego pengundi

Presiden Amerika Syarika sejurus dimaklumkan mengenai pemilihan beliau sebagai pemenang hadiah Nobel bagi Keamanan berkata:

" I am very surprised and deeply humbled ......"

Tan Sri Isa walaupun ditohmah pelbagai isu, tetap merendah diri dan ikhlas menawarkan khidmat beliau.

Akhirnya DUN Bagan Pinang berjaya dipertahankan oleh BN. Malah majoriti kemenangan BN kali ini lebih besar dari PRU12

Kesimpulannya, kerendahan diri dan keikhlasan perjuangan masih menjadi formula berkesan bagi mencairkan hati hatta pengundi tegar.


P/S- Buatlah kenduri kesyukuran dan majlis tahlil doa selamat, panjatlah doa ke hadrat Illahi semoga Malaysia kekal aman dan sejahtera.

Jangan lupa jemputlah kami.......

Friday, October 9, 2009

Isu Wahhabi merentasi parti : wahhabi, kwaridj dan hukum menghukum umat Islam lain sebagai kafir

Bukan MAZA saja Wahhabi

Tokoh Wahhabi di Malaysia merentasi parti!


Hari ini sibuk orang mengatakan mengenai fahaman Wahhabi. Sebenarnya isu dasar dalam Wahhabi ialah hukum wahhabi itu sendiri yang terlalu lekas mengatakan amalan Wahhabi sahaja Islam sebenar, amalan lain adalah bidaah dan kufur.

Maka saya membuat beberapa carian dalam internet mengenai Wahhabi, Kwaridj dan Hukum mengkafirkan orang Islam.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Wahhabi adalah neo Kwaridj (Kwaridj baru). Mengenai hukum menghukum orang Islam lain sebagai kafir adalah hukuman tersebut akan berbalik ke atas si penuduh.


Bahawa- sanya isu fahaman Wahhabi ini merentasi kepartian dan dimulakan oleh sebuah parti yang kononnya menjuangkan Islam dan telah menghukum penentangnya dari sebuah parti yang memerintah sebagai kafir di tahun 1980-an sehingga sekarang juga perlu ditangani oleh Majlis Ugama dan Majlis Raja-raja supaya dapat mengelakkan pemesongan akidah dan perpecahan umat Islam di Malaysia

Semoga apa yang berlaku hari ini ke atas umat Islam di Malaysia menjadi petunjuk dari Yang Maha Esa, dan jangan mudah menghukum orang lain kafir dan jangan menisbahkan sifat Allah dengan sifat-sifat manusia.

Bahawa Wahhabi adalah Neo Kwaridj di ambil dari blog ini

http://al-ghari.blogspot.com/2008/07/wahhabiyyah-adalah-khawarij.html

Seorang tokoh ulamak terkenal mazhab al-Hanafi. Iaitu Imam Allamah Ibn Abidin di dalam hasyiahnya menegaskan bahawasanya Muhammad Ben Abdul Wahhab dan para pengikutnya sebagai khawarij pada zaman ini.
Buktinya :كما وقع في زماننا في أتباع عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين, وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة, لكنهم اعتقدوا أنهم المسلمون وأن من خالفهم مشركون, ” واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم ” عساكر المسلمين ” عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف. إ.هـ.

Maksudnya: Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Di Zaman Kita.

“…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini pada pengikut Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka menisbahkan diri mereka kepada mazhab al-Hanbali tetapi mereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka (Najd) dan askar Muslimin berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H…”

Kesimpulan :
1) Fahaman Wahhabiyyah difatwakan sebagai fahaman khawarij oleh al-Imam Ibn ‘Abidin disebabkan mereka khuruj (keluar) dari mentaati pemerintahan Islam (Turki Uthmaniyyah) dan melancarkan peperangan terhadap khilafah.
2) Mereka digelar Khawarij kerana mereka menganggap diri mereka Islam yang sebenar. Manakala umat Islam lain dianggap sebagai ahli dhalal, ahli bid’ah @ musyrik. Na’uzubillah.
3) al-Wahhabiyyah sealiran dengan Khawarij apabila selalu gemar mengkafir @ menyesatkan umat Islam hanya semata-mata khilaf dalam perkara furuk. Nau’zubillah.
4) Golongan al-Wahhabiyyah bertanggungjawab sepenuhnya dalam membunuh ulamak dan umat Islam. Menyokong mereka bererti menyokong pemberontakan terhadap daulah Khilafah Uthmaniyyah, menyokong pembunuhan ulamak dan umat Islam.
5) Kenyataan ini adalah jelas. Ia tidak boleh dibeli, ditukar atau diubah dengan royalti minyak atau wang ringgit saudi.
Semoga kita semua diselamatkan Allah dari fitnah Najd dan kejahatan yang terbit dari tanduk syaitan. Aamiin.
http://al-ghari.blogspot.com/
Dikirim dalam Pandangan Ulama', Siapa Wahabi

................................................................................................................
Bahawa Isu Wahhabi ini mendapat sokongan dari beberapa NGO dan pertubuhan Islam di ambil dari blog ini

http://jomfaham.blogspot.com/2009/11/isu-dr-asri-antara-yang-hak-dan-yang.html

Terkini : 6.45 petang 8/11/2009

Sahabat saya (abang lan) meminta mengulas mengenai isu ini. Di dalam akhbar heboh menceritakan mengenai penangkapan Dr Asri oleh JAIS kerana memberikan ceramah atau kuliah agama tanpa tauliah dan sebelum kejadian itu pula terdapat memorandum yang dihantar oleh NGO Islam yang ditandatangani antaranya oleh :

Badan-Badan Bukan Kerajaan Yang Menyokong Memorandum ini
1. Persatuan Pegawai-Pegawai Syariah Malaysia
2. Yayasan Sofa Negeri Sembilan
3. Yayasan Jenderami
4. Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)
5. Persatuan Peguam Syarie Malysia
6. Persatuan Peguam Muslim Malaysia
7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
8. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
9. Jemaah Islah malaysia (JIM)
10. Persatuan Ulamak Malaysia
11. Yayasan Paksi Kedah
12. Persatuan Ulamak Kedah
13. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)Mengenai tauliah ada juga yang bertanya, mengapa mengajar agama perlu ada tauliah ? Bagi saya Islam mengajar kita kaedah : mencegah lebih baik dari merawat, dan ia adalah sebahagian dari usaha jabatan-jabatan agama untuk menjaga kemaslahatan ammah. Ia bagi mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya mengajar ajaran yang menyeleweng walaupun atas dasar beliau ada PhD sekalipun atau bekas mufti.* Setelah saya memeriksa di Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, rupa-rupanya Negeri Perlis juga menjalankan tindakan yang sama terhadap mereka yang tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama.
Iaitu :
"KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 NEGERI (Perlis)":-Bilangan: 29 Seksyen: 33- Kesalahan: MENGAJAR AGAMA TANPA KEBENARAN:- Hukuman: Denda RM1,000 @ Penjara 6 bulan @ kedua-duanya Bil: 30 Seksyen: 34*- MENGAJAR @ MENJALANKAN SESUATU ISTIADAT YANG BERTENTANGAN DENGAN HUKUM SYARAK YANG DIAMALKAN DI NEGERI PERLIS
Hukuman: Denda RM5,000 @ Penjara 3 tahun @ kedua-duanya* Boleh tangkap tanpa waran[dinukil dari http://islam.perlis.gov.my/index_files/penguatkuasa.htm ]Persoalan : Semasa Dr Asri menjadi mufti di Perlis beliau juga pernah menghalang tiga tokoh Ulama Mazhab Syafie dari Yaman untuk memberikan ceramah tanpa tauliah. Oleh itu, mengapa Dr Asri sendiri tidak dapat mengikut undang-undang di negeri lain pula ?Zaman ini, ramai yang mengaku pendokong al Quran dan sunnah tetapi salah ajaran. Malahan ada yang mentafsirkan al Quran mengikut aqal sendiri seperti laman blog yang merbahaya ini : http://manatuhanallah.blogspot.com/. Sekiranya dibenarkan siapa sahaja mengajar tanpa tauliah yang khusus, Ayah Pin, Anti Hadith, Ajaran Kahfi pun boleh menyampaikan fahaman mereka. Maka apa akan jadi pada pemahaman rakyat jelata ?Jadi sementelahan hanya mendengar banyak pihak yang menyokong Dr Asri, mengapa pula kita tidak mendengar penjelasan JAIS mengenai penahanan beliau ?Bagi mereka yang sudah banyak mendengar penjelasan dari Dr Asri mengenai memorandum yang dihantar oleh NGO Islam di youtube.
Maka saya juga ingin mengajak mereka yang benar-benar inginkan kebenaran agar menilai pula pandangan sisi lain mengenai Dr Asri selama ini.
Sila Klik :1. Hakikat Sebuah Kebenaran : Tugas Membela Mufti Yang Difitnah 2. Wahai Dr Asri Tolong Jangan Memperlekehkan Ulamak3. Sheikh Nuruddin Al Banjari Menjawab Isu Hadith Musalsal Bil Musafahah Yang Dibangkitkan Oleh Dr Asri4. Belajar Menyelidik Sebelum Terima Bulat-bulat Dan Menghukum5. Tanggapan Kembara Ilmu Ke India - DR MAZA6. Mereka (Kristian) Hendak Menggunakan Kalimah ALlah ?7. Sanggahan Pengikut Imam Abu Hasan Al Asy'ari Terhadap Dakwaan Dr Asri8. Komen Terhadap Artikel Islam : Antara Nas Dan Pendapat Tokoh9. Komen Terhadap Artikel "Islam Antara Nas Dan Pendapat Tokoh" (Dr Asri)10. Dr Asri Perlu Ditakdibkan (diperadabkan) - Ketua Pengarah Jakim11. 'Krisis' Agama Rugikan Umat 12. Asri Wajar Ditahan, Tidak Ikut Undang-undang14. Sultan Tegas Isu Tauliah Ceramah15. Mufti Pahang Sokong Tindakan Jais16. Soal Jawab Agama : Perbezaan Furu' Bukan Pemecah Belah17. Isu Dr Asri : PGSM Pertahan Memorandum, Tiada Permohonan Maaf18. Tauliah Elak Penyelewengan19. Memahami Isu Penangkapan Dr Asri20. Dr Asri Mungkir Janji21. Bukti Dr Asri Pernah Menghalang Ulamak Menyampaikan Ilmu Di Perlis Semasa Menjadi Mufti
Isu ini masih belum selesai, dan saya dapati Dr Asri meraih simpati oleh ramai tokoh politik malahan juga ilmuwan agama. Walaubagaimanapun, saya percaya yang hak tetap akan datang, dan yang batil akan padam jua.Semoga terbukalah minda dan mata hati. Nilaikan dengan neraca kebenaran, bukan dengan taksub dan taqlid buta.Begitulah, bila dahulu perlekehkan ulamak lain, perlekehkan mufti lain. Mungkin ALlah nak tunjukkan sesuatu pada Dr Asri.
Mengapa akhirnya perlu ditunjuk Ijazah itu..

Mengapa ada memorandum sehingga seramai itu NGO yang membuatnya.
Mengapa didedahkan akhirnya siapa Dr Asri
Mengapa dirinya dilihat menguasai suratkhabar
Ditunjukkan juga siapa yang mahu berfikir, dan siapa yang hanya menerima sahaja membuta tuli.
Mengapa beliau perlu mempertahankan dirinya,
Mengapa mufti juga menegur
Mengapa orang awam pun menunjukkan bukti kesalahannya
Mengapa juga ramai yang menyokong di dalamnya adalah parti politik semata-mata bahkan SIS yang diketahui adalah amat memusuhi al Quran dan Hadith. Sehingga pernah menyatakan Al Quran perlu ditafsirkan semula.
Cantik teguran ALlah itu, buat dia, buat kita semua.p/s: dalam berbicara isu yang masih hangat ini, jangan dilupa ada perkara yang lebih besar Umat Islam di Malaysia yang perlu diutamakan.Saya membenarkan kepada sahabat yang lain yang mencari kebenaran agar dapat disebarluaskan pendedahan di dalam artikel ini. JazakumuLlah.

.........................................................................................................................................
Dr. Asri bukan satu satunya pemimpin Wahhabi di Malaysia. Selain Dr Asri, TG Haji Hadi, TG Nik Aziz dan Jamil Mat (KUIS) adalah tokoh Wahhabi di Malaysia seperti tertulis dalam artikel ini

http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html

petikan dari artikel tersebut

USAHA JAHAT MENGHILANGKAN TARING INSTITUSI PONDOK

Peranan institusi pondok sebagai medium menyampaikan agama Islam yang sebenar kepada masyarakat dengan menitik-beratkan asas-asas agama (fardhu A’in) yang bermula dengan penerangan akidah yang sahih, mensucikan Allah daripada sebarang sifat makhluk, menentang mana-mana ajaran yang bercanggah dengan Islam seperti Muktazilah, Mujassimah, Khawarij, Wahhabiyah, Ibn Taymiyah, Syiah, Ayah Pin, Ajaran Tarikat Yang Sesat, Ajaran Kahar dan sebagainya meresahkan dan menjadi kegelisahan kepada Golongan Al-Wahhabiyah di dalam organisasi PAS secara khususnya. Ini adalah kerana sesetengah ajaran-ajaran ini sudah pun hidup subur dan mekar di dalam PAS bertunjangkan slogan indah “Perjuangan Islam”.

Pelbagai cara sudah pun nampak kelihatan jelas di mata orang ramai apabila ramai daripada tokoh-tokoh pondok disingkirkan daripada terlibat secara langsung di dalam PAS. Ini adalah kerana beralasan bahawa mereka sudah ada tokoh professional mereka sendiri yang terdiri daripada lulusan universiti tempatan dan juga lulusan luar Negara khususnya daripada Saudi. Oleh itu, mereka berani menteranjangkan institusi pondok dewasa ini, kerana kekuatan mereka dari segi bilangan, kewangan dan pengaruh politik pada tempat yang selesa.

GERAKAN WAHHABI PAS MENGHAPUSKAN INSTITUSI PONDOK

Akibat kecuaian Ibu bapa dan kerajaan Malaysia sendiri membenarkan pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di universiti luar Negara seperti Universiti [Islam] Madinah di Madinah, Jami’ah Abu Bakar di Pakistan yang sememangnya sebuah tempat mengilangkan pendakyah-pendakyah al-Wahhabiyah dan Al-Mujassimah menyebabkan ramai pelajar yang tamat pengajian daripada sana dan pulang ke tanahair menentang habis-habisan Ahlus Sunnah Wal-Jamaah Di Pondok-Pondok. Hasilnya, mereka pulang ke tanahair dengan suatu azam menyebarkan ajaran itu dengan pelbagai cara dalam pelbagai saluran samada melalui penulisan, pengajaran, berkecimpung dalam politik, dan sebagainya.

Timbullah orang seperti ;

ABDUL HADI AWANG ALMUJASSIM AL-WAHHABI
DR NAJIB
JOHARI MAT

Di antara punca lain, yang menyebabkan berlaku kemerosotan sistem pondok ialah amalan menuntut ilmu daripada guru-guru secara bersanad yang dipertahankan oleh institusi sekolah pondok selama ini sudah semakin berkurangan di samping sebab-sebab lain yang menjadi punca cabangan kenapa sistem ini diterajang oleh golongan Al-Wahhabiyah dan Al-Qutubiyyah.

MENGGUNAKAN PEMIKIRAN SYED QUTB DI DALAM PONDOK

Di tanahair kita, pendedahan terhadap pemikiran Syed Qutb yang sebenar, bahaya pergerakannya, pengkafiran Imam Hasan Al-Banna padanya, dan pembongkaran kesesatan-kesesatan yang dibawa oleh Syed Qutb kurang mendapat pendedahan di sisi masyarakat Islam hatta di sisi guru-guru pondok itu sendiri kerana mereka bersangka baik dengan mereka yang kononnya membawa slogan Islam dan melaung-laungkannya ke sana ke mari.
Padahal mereka seperti kata orang melayu “Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar.” Oleh itu, kita dapati walaupun ramai di kalangan ulama’ Pondok yang menentang golongan wahhabiyah tetapi mereka masih lagi tertanya-tanya dan keliru dengan pemikiran Syed Qutb yang menjadi asas kepada penubuhan PAS.
InsyaAllah pada keluaran akan datang penulis akan membongkar jenayah ilmiyah Syed Qutb ini, dan bagaimana PAS meletakkan manhaj Syed Qutb sebagai dasar dalam perlembagaan parti dengan izin dan bantuan daripada Allah Ta’ala.
..................................................................................................................................
Berikut pula adalah bukti seorang lagi pemimpin yang menisbahkan Allah dengan sifat -sifat manusia (ciri Wahhabi)

http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/abdul-hadi-awang-al-wahhabi-menisbahkan.html

BERKATA ABDUL HADI AWANG ( PRESIDEN PAS ) :

"..Beliau telah..beliau [Ibn Taymiyah Al-Harrany] dan pengikut-pengikutnya menentang sekeras-kerasnya mereka yang mentakwil ayat-ayat yang mutasyabihat..ayat-ayat yang mutasyabihat..ayat-ayat yang di antaranya menyamakan tuhan dengan makhluk tuhan ( يد الله ) tangan tuhan.."

Dia berkata lagi :"..Fis samak tuhan duk di atas langit tidakkah tuhan duk bertempat? ini termasuk dalam Hadis yang mutasyabahat..jadi golongan salaf mengatakan paka zohir Hadis.. langit langitlah tapi dok sama dengan makhluk tok sama dengan bulan dan bintang.. tok sama..
"..KITA TAK MAMPU NAK FIKIR..NAK FIKIR..TANGAN-TANGAN..TANGAN TAK SAMA DENGAN TANGAN MANUSIA..tangan..tangan menatang tangan makhluk tak sama..mata mata tak sama dengan mata makhluk.." Intaha.PENJELASAN ;
Al-Yad
Ayat-ayat Al-Yadd di dalam al-Qur’an
Definisi Al-Yad menurut bahasa Arab
Al-Yadd menurut pandangan Muhaddtsin
Al-Yadd menurut pandangan Mufassirin .
Al-Yadd menurut kacamata Imam Al-Razi

Ulasan.
Sifat Al-Yad
Al-Yadd merupakan sifat dzatiyah, Khabariyah yang terdapat di dalam al-Qur’an, berikut penulis senaraikan sebahagian ayat-ayat sifat Al-Yad yang terdapat di dalam Al-Qur’an.Ayat-ayat sifat Al-Yadd di dalam al-Qur’an[1]:a)
Fiman Allah Taala : Surah Al-Fath (48) Ayat 10
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

b) Firman Allah Taala : Surah Al-Maidah (05)Ayat 64
وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

c) Firman Allah Taala : Surah Al-Imran ( 03 )Ayat 73
وَلَا تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَنْ تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَى هُدَى اللَّهِ أَنْ يُؤْتَى أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِنْدَ رَبِّكُمْ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

d) Firman Allah Ta’ala ; Surah Sad ( 38 ) Ayat 75
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ

Definisi Al-Yad Menurut Bahasa ArabAl-Yadd menurut lisan ’Arab[2] adalah Atraf al-Asabi’ ila al-Katif (bermaksud hujung jari hingga ke bahu). Manakala mengikut apa yang telah ditulis oleh Ibn Hajar Al-Asqolany di dalam kitabnya Fath al-Bari[3], kalimah al-Yadd diertikan kepada beberapa maksud sehingga mencapai dua puluh lima makna diklasifikasikan dalam bentuk Hakikat Wa Al-Majaz, antaranya seperti berikut:i) Al-Jarihah (Anggota tubuh badan)ii) Al-Quwwah [4] (kekuatan).
Firman Allah Taala :Surah Sad (38) Ayat :17
اصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَاذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُودَ ذَا الْأَيْدِ إِنَّهُ أَوَّابٌ

iii) Al-Mulk ( Kekuasaan) Firman Allah Taala :Surah al-Imran (03) Ayat 73
قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

iv) Al-’Ahd (Perjanjian) Firman Allah Taala Surah Al-Fath (48) Ayat 10
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

v) Al-Ni’mah wa al-Qudrah.[5]Firman Allah Taala,surah Sad (38) ayat (75 )
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ

vi) Al-Zill ,Firman Allah Taala,Surah al-Taubah (09)Ayat(29)
قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّى يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ

vii) Al-Sultan
viii) Al-Ta’ah
ix) Al-Jama’ah
x) Al-Tariq
xi) Al-Tafarruq
xii) Al-Hifz[6]
xiii) Al-Qaus a’laha
xiv) Yad al-Saif Maqbadah
xv) Yad al-Rahyi ’aud al-Qabid
xvi) Janah al-Tair
xvii) Al-Muddah
xviii) Al-Ibtida’
xix) Ya al-Saub
xx) Ya al-Shai’ amamahu
xxi) Al-Taqah[7]
xxii) Al-Naqd

Imam al-Raghib al-Asfahani [8]menyokong pandangan yang diutarakan Imam Ibn Hajar lalu melakukan sedikit penambahan dengan menyebut al-Yadd juga boleh di maksudkan dengan kemusnahan (al-Muhlakat).
Firman Allah Ta’ala :
يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ وَعْدًا عَلَيْنَا إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ[9]

Melalui takrifan yang dikemukakan oleh lbn Mandhur, Ibn Hajar Al-Asqolany dan Al-Raghib Al-Asfahani, Kalimah al-Yadd boleh difahami melalui maksud hakikat dan majaz (Kiasan). Menerusi kalimah tersebut, terdapat pelbagai makna yang tersirat disebalik maksud yang ingin disampaikan melalui satu perkataan dengan pergantungan kepada maksud yang ingin disampaikan oleh sesuatu ayat.
Al-Yadd Menurut kaca mata muhadditsin (Pakar Hadis)
Berikut disenaraikan antara pendapat dan pandangan muhadditsin berkaitan sifat ;a) Ibn al- Jauzi dalam karyanya berpendapat[10] :”Ayat tersebut telah diturunkan kepada golongan Yahudi yang datang bertanyakan soalan berkaitan dengan sifat Allah Ta’ala.
”Wahai Muhammad sifatkan kepada kami tuhan kamu? Lalu Nabi Muhammad menjawab :Bagaimana harus aku sifatkan Tuhan pencipta alam yang telah menjadikan langit dan bumi,
maka Nabi Muhammad mengemukakan Ayat-ayat al-Qur’an sebagai hujah termasuklah ayat yang mengandungi kalimah al-Yadd........seterusnya beliau membuat ulasan dengan pendapatnya:
”Ayat yang dinyatakan Nabi menerusi ayat tersebut adalah sebagai Qudratnya.
”b) Imam Ibn Hajar Al-Asqolany meriwayatkan dari Ibn Battal katanya :”Biyadayya dalam ayat tersebut merupakan Sifat Zat bagi Allah s.w.t dan bukanya jarihatain (anggota tubuh sebagimana makhluk), khilaf dengan apa yang dianuti golongan Mushyabbihah, cukup sekadar kita menidakkan kalam mereka dengan mengemukakan makna biyadayya : bi al-Qudrah” [11]
Al-Yadd Menurut Pandangan Mufassirin .
Berikut disenaraikan pandangan Mufassirin yang membicarakan masalah al-Yadd :a) Al-Hafiz Muhammad Ibn Jarir al-Tabari mentakwil Firman Allah Ta’ala :
i) Ayat 73 : Surah al-Imran (03)
وَلَا تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَنْ تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَى هُدَى اللَّهِ أَنْ يُؤْتَى أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِنْدَ رَبِّكُمْ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Sifat al-Yadd ditakwil kepada maksud al-Qudrah wa al-Mulk[12]. intahaii)
Ayat 47 : Surah Al-Zariyat (51)
وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ
Sifat al-Yadd ditakwil kepada maksud bi al-Quwwah[13].Intaha
Al-Thaa’labi menerusi karya tafsirnya,Jawahir al-Hisan fi Tafsir al-Qur’an [16],juga mentakwil ayat 75 dari Surah Sad dengan pendapat :” Bi Yadayya dalam firman Allah adalah perumpamaan terhadap kudrat dan kekuatan”. Intaha.AL-YADD MENURUT KACAMATA IMAM AL-RAZIAl-Razi semasa berinteraksi dengan ayat sifat al-Yadd, telah mentakwil ayat tersebut kepada beberapa makna yang selayaknya dengan Allah s.w.t, bersesuaian dengan konsep tanzih.
Beliau dengan tegasnya menolak al-Sifatiyyah yang menyatakan Al-Yadd itu sebagai tangan Allah.
Ayat-ayat tersebut wajib ditakwil kepada makna majazi (Kiasan).Menurut beliau terdapat beberapa makna majazi menerusi sifat al-Yadd yang layak ditentukan maknanya (takwil) terhadap ayat-ayat tersebut antaranya :
a) Al-Qudrah (Kuasa)[17].Firman Allah Ta’ala :
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا .
”Makna perkataan (يَدُ اللَّهِ) difahami dengan makna Qudrah Allah . Qudrah merupakan suatu sifat yang Qadim, wajib bagi zat yang Wajib Al-Wujud (Allah), maka wajib ia memiliki dan menguasai pada setiap yang ia miliki”[18]. Intaha.
Menurut beliau lagi :”Qudrah adalah sifat yang mana zat yang bersifat qudrah boleh menjadikan dan boleh mewujudkan sesuatu yang mumkin (makluk). Contohnya Kewujudan Nabi Adam merupakan sesuatu yang mumkim , yang tergolong di dalam kuasa dan kudratnya.
Bagi menjelaskan pendapat yang dikemukakan, beliau menggunakan hujah ketinggian Bahasa Arab itu sendiri serta sokonngan dalil ’akli akal untuk menyokong dakwaan beliau antaranya.
1. يد السلطان فوق يد الرعيةZahirnya bermaksud: Tangan Sultan itu di atas tangan rakyat. Ini adalah bukan makna sebenar ibarat ini bahkan Maknanya : KUASA SULTAN ITU MENGATASI KUASA RAKYAT.
2. هذه البلدة في يد أمير و إن كان أمير مقطوع اليدMaksudnya zahirnya : Negeri ini ditangan Sultan, meskipun Sultan itu tangannya sudah terpotong. Makna Sebenarnya ; NEGERI INI DIBAWAH PEMERINTAHAN SULTAN.
3. فلان في يده الأمر , والنهي , والحل , والعقد , والمراد ماذكرناهMaksudnya Zahirnya : Si pulan itu di tangannya terletak perintah, larangan, menghuraikan dan melantik. Yad di sini bukan bermakna anggota tetapi kuasanya menyeluruh untuk melaksana, melarang, memecat, melantik.b) Nikmat.i) Firman Allah Taala :
وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ[19]
ii) Firman Allah Taala:
قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ [20]
Menurut beliau :”Adapun makna yadd pada ayat di atas adalah bermaksud nikmat Allah. Ayat ini adalah antara ayat-ayat yang diturunkan kepada kaum yahudi yang menggatakan nikmat Allah itu tersekat dan tidak sampai kepada mereka. Maka Allah menjawab dengan menerangkan sebenarnya nikmat Allah itu adalah terbuka kepada mereka, Malah mereka banyak menerima nikmat-nikmat Allah. Nikmat merupakan salah satu daripada makna majazi, bersesuaian dengan kalimah al-Yadd, kerana kebiasaanya alat untuk memberi sesuatu nikmat adalah dengan menggunakan tangan. Perkara ini diklasifikasikan sebagai menyebut sebab tetapi makna yang dihajati adalah musabab.
إطلاق الإسم السبب على المسبب
Menurut beliau lagi,”Jika ayat-ayat sifat yang mutasyhabihat tidak ditakwil, maka sudah pasti ayat-ayat tersebut memberi maksud, Allah itu berada di atas ‘Arash dan tanganya berada di bumi. Perkara ini adalah mustahil pada sifat Allah s.w.t”.intaha
Ulasan.
Ayat sifat al-Yadd yang disebut dalam al-Qur’an diklasifikasikan sebagai ayat-ayat yang kabur maksudnya (mutasyhabihat) .
Menerusi zahir lafaznya ayat tersebut menggambarkan Allah s.w..t memiliki sifat al-Yadd yang sama sebagaimana yang dimiliki makhluk. Justeru majoriti ulamak Ahl Sunnah cuba menghuraikan maksud sebenar yang ingin disampaikan al-Qur’an menerusi kalimah tersebut. Huraian yang dilakukan oleh ulamak terbabit kebanyakkannya menjurus kepada takwil tafsili.
Menurut Imam al-Razi, takwil adalah cara yang terbaik bagi mentanzihkan Allah dari sebarang bentuk persamaan, justeru beliau memilih untuk mentakwil ayat-ayat sifat tersebut dengan makna kuasa dan nikmat bersesuaian dengan kehendak ayat.
Erti kiasan yang dipilih beliau adalah selari dan dibenarkan ilmu bahasa, malah ianya tidak menyimpang dari ketentuan syarak yang telah memenuhi syarat-syarat takwil.

Adapun mereka yang berpegang dengan zahir ayat mutasyabihat seperti yang dilakukan oleh Abdul Hadi Awang Al-Mujassim dan menyelewengkannya terhadap Al-Quran dan Al-Hadis mengikut kepala sendiri tidak lain n tidak bukan melainkan ia menunjukkan kedangkalannya dalam Bahasa Arab yang amat membimbangkan.
Berkata Imam Ar-Rifaie Al-Kabir, seorang sufi yang agung ;
وصونوا عقائدكم من التمسك بظاهر ما تشابه من الكتاب والسنة لأن ذلك من أصول الكفر
” Peliharalah Akidah-Akidah Kalian Daripada Berpegang Dengan Zahir Ayat Dan Hadis Mutashabihat Kerana Yang Demikian Itu Adalah Asal Kekufuran”.

FOOTNOTE ;
[1] Selain ayat-ayat yang disenaraikan di atas,ayat sifat al-Yadd telah dikenalpasti terhadap ayat ayat seperti berikut : Surah Al-Zumar (39)Ayat 68,Surah Al-Maidah (05)Ayat 64, Surah Al-Zariyat (51) Ayat 47dan Surah Al-Anbia’ (21)Ayat 104.[2] Ibn Mandhur,j : 15,h 419[3] Ibn Hajar al-’Asqalani (1418H/1997M)Op cit ,j : 13 ,h : 379-383[4] Ibn Mazur,Op Cit, j :15 ,h : 423,Lihat juga Imam al-Munazzah ’Abd Rahman al-Jauzi (1992) Daf’u Shubhah al-Tashbih bi Akaffu al-Tanzih,Syaykh Hassan Saqqaf (tah)Jordan ,Dar Imam al-Nawawi,c : 2, h : 115-116[5] Ibid,h : 115[6] Al-Suyuthi,Sharh al-Suyuthi ’Ala Sunan al-Nasai (1986)Syaykh ‘Abd Fattah Abu Ghadah,C : 2,Halab, Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah,j : 7, h : 94[7] Ibn Manzur,Op Cit,j : 3,h : 81[8]Al-Raghib al-Asfahani,(1961)Al-Mufradat,Muhammad Sayyid al-Kilani (Tah)Kaherah,Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa awladihi,h550,Lihat juga Muhammad bin Ya’kub al-Fairuzabadi,(1413H/1993)Al-Qamus al-Muhit,Ustaz Muhammad Na’im al-’Arqasusi(Tah), Bayrut, Muassasah al-Risalah,C : 3,h : 1736[9] Surah al-Anbi’a (09)Ayat(104)[10] Ibn Al-Jauzi,Op Cit,h : 211[11] Ibn Hajar al-’Asqalani,(1418H/1997M),j :13,h : 481[12] Al-Tabari,Opcit,j 3 ,h : 316[13] Ibid[14] Al-Syawkani,Op Cit,j :[15] Surah Sad ( 38 ) Ayat 75[16] Abd Rahman Bin Muhammad bin Makhluf al-Tha’alabi,Jawahir al-Hisan fi Tafsir al-Qur’an,Bayrut, Muassasah al-’Alami li al-Matbua’at, j : 4, h : 45[17] Al-Razi,Op Cit,j 27,h : 87[18] Surah Al-Fath (48) Ayat 10.[19] Surah Al-Maidah (05)Ayat 64[20] Ibid