Showing posts with label ahli politik. Show all posts
Showing posts with label ahli politik. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

Barisan memenangi hati golongan kelas menengah - Analisa Pelabur ke atas PRU13

Ekonomi sesebuah negara ditentukan oleh fundamental basis. Di sini politik memainkan peranan. Sehubungan dengan itu penganalisa pelaburan telah membuat rumusan berdasarkan dapatan kajian mereka yang terkini.

1- Golongan profesional dan menengah Melayu telah kembali menyokong Barisan, terutama setelah BERSEH 3.0

2- Barisan disaran memenangi majority melebihi 137 kerusi Parlimen atau 58-64 % kerusi Parlimen  bagi meneruskan polisi sedia ada dan memastikan ekonomi Malaysia stabil

3-Penambahan undi sebanyak 2.3 juta dari  golongan muda didapati di DUN dan kawasan Parlimen Johor, Selangor dan Perak, tapi kajian mendalam mendapati bahawa kerusi kerusi tersebut telahpon jatuh ke tangan Pakatan dan tidak akan mempengaruhi undi keseluruhan

4- Kajian membuat 5 political scenario dengan perubahan besar ke atas polisi  dan sektor industri yang terbabit. Untuk makluman jika:

a) Senario C di mana Barisan menang 2/3 majority maka sektor yang akan bermanfaat ialah sektor Oil & Gas, Bank, Hartanah dan Media. Rakyat juga akan lega kerana tiada lagi perhimpunan haram yang merusuh.

b) Senario D di mana Pakatan menang nasehat penganalisa pelaburan JP Morgan supaya pelabur menjual semua saham dan menjauhkan diri dari suasana politik dan ekonomi yang  tidak menentu Sell and stay away, potential policy changes breed uncertainty.) Sektor yang akan mendapat keuntungan besar jika Pakatan menang adalah sektor perjudian (gaming seperti Genting) . Sementara sektor yang terkait dengan penglibatan etnik Cina seperti Pembinaan, Hartanah, Pengangkutan dan Saham (dan Unit Trust) akan mendapat bantuan Kerajaan Pakatan. (construction, property, transportation, gaming and stocks with Pakatan's Government link)

Baca analisa JP Morgan dalam bahasa Inggeris yang saya ambil dari Out Syed The Box SINI atau di bawah ini:

Investment Analyst's View GE13

I received this in the mail. I have truncated it and edited a few words. This is what some Investment Analysts are predicting. Note the words in red.

 
There is a disclaimer - "J.P. M***an does and seeks to do business with companies covered in its research reports. As a result, investors should be aware that the firm may have a conflict of interest that could affect the objectivity of this report. Investors should consider this report as only a single factor in making their investment decision."

The upcoming 13th General Elections (June/Sept possible) is the key market risk.

We have embarked on a joint-research with C****E, which provides independent research and analysis on political issues. Stay cautious pre elections, stick to apolitical names with growth/dividends.

C****E’s key conclusion: BN (ruling alliance) should win about 137 parliamentary seats, +/- 5%, a majority of between 58-64%.

Non-consensus views include:-

1) PM Najib will not be challenged from within so long as UMNO retains more than 78 seats,

2) Malay middle ground voters have swung in favour of BN, more so after Bersih 3.0 rally

3) market is concerned with the 2.3MM new registered voters who may vote against BN, but most of the new voters are registered in Johor, Selangor and Perak, where seats are already lost to the Opposition, where

4) More votes do not necessarily mean more seats for ... PR (opposition alliance).

Positive scenarios: C****E outlines five scenarios, J.P. Mo**an analyses market impact.

1Scenario A (BN wins 61% of seats, status quo),
2 Scenario B (BN wins >61% but short of a two thirds majority),
3 Scenario C (BN wins two thirds majority); all suggest policy continuity and an expected short term relief rally (big rally for outcome C). Sectors that benefit the most longer-term should include: Construction and Oil & Gas directly, and Banks, Property and Media indirectly. Top picks in these sectors include: IJM, Dialog, CIMB, IJM Land and Media Prima.    Neutral / negative scenarios: Scenario D (BN wins 50-61%). Negative for market if <55%.  55% to 61% (provided PM Najib is not challenged from within) neutral for market given policy continuity, hence similar picks as above. 
4 Scenario D (PR wins): Sell and stay away, potential policy changes breed uncertainty.  Most impacted sectors : construction, property, transportation, gaming and stocks with perceived government linkages. Key stocks affected include: Tenaga, YTL Power, MMC, Gamuda, IJM, WCT, MRCB.

Thursday, April 26, 2012

Melayu jumlah tertinggi mendaftar sebagai pengundi

Susulan keputusan tsunami dalam PRU12, orang Melayu telah sedar betapa pentingnya untuk menjadi suara penentu dalam sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Tambahan lagi hak orang Melayu sebagai probumi di Malaysia, hak Islam sebagai Ugama Persekutuan ( yang dinamai Malaysia) dan hak Raja Raja Melayu teruk diganyang musuh dalam dan luar negara sepanjang 4 tahun ini.
Terlalu biadab -bila ahli politik mempertikaikan Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan!


Ahli politik Melayu dari kumpulan Pakatan pula tak malu lagi untuk meniru upacara ibadah ugama lain -mereka tak takutkan kuffur-yang mereka cari ialah keredhaan rakan kongsi DAP dalam Pakatan

Meniru upacara ugama lain hukumnya  kuffur

Malah agenda jahat musuh luar negara untuk mengambil alih pemerintahan Islam Beraja di Malaysia semakin terserlah bila akhbar di "state control " di selatan tanah air turut menjalankan kempen untuk DAP di Malaysia.

Mungkin ini tanda tanda awal satu lagi tsunami akan berlaku. Baca laporan soal jawab di Dewan Rakyat yang dipetik Utusan
..................................

KUALA LUMPUR 25 April - Seramai 2,270,002 pengundi baru telah didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dengan orang Melayu mencatatkan jumlah tertinggi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 155,420 orang berdaftar pada 2008 manakala 279,270 pemilih (2009); 826,462 pemilih (2010) dan 1,008,850 pemilih pada tahun lalu.

Beliau berkata, bagi keempat-empat tahun berkenaan orang Melayu mencatatkan pendaftaran tertinggi, diikuti kaum Cina, India dan lain-lain kaum.

Untuk tahun 2008, seramai 82,309 pengundi Melayu atau 53 peratus mendaftar diikuti Cina (29.4 peratus) dan India (8.1 peratus).

Bagi 2009, jelasnya, seramai 187,828 pemilih atau 67.3 peratus ialah Melayu diikuti Cina (19.8 peratus) dan bumiputera Sarawak (4.8 peratus) manakala pada 2010, seramai 466,137 pemilih (56.4 peratus) adalah orang Melayu diikuti Cina (27 peratus) dan India (6.6 peratus).

‘‘Pada tahun lalu pula, seramai 611,498 pemilih atau 60.6 peratus terdiri daripada orang Melayu diikuti Cina (22 peratus) dan India (6.7 peratus)," katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Ng Fook Heng yang ingin tahu jumlah pengundi baru yang telah didaftarkan sejak 2008 mengikut kaum.

Vui Keong berkata, hak untuk mendaftar sebagai pengundi adalah hak warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam hal itu, kata beliau, pengundi tersebut mesti seorang warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun.

‘‘Sehubungan itu, adalah wajar jika kita melihat daripada perspektif yang lebih besar bagi keseluruhan rakyat dan bukan hanya menjurus kepada kaum semata-mata," katanya.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Fook Heng mengenai dakwaan sesetengah pihak terhadap tindakan memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain, beliau berkata, ia tidak dihalang dan terpulang kepada sesiapa untuk menukar pusat mengundi masing-masing

Wednesday, January 11, 2012

Sebab calon Barisan Nasional tidak diterima......

Setelah 4 tahun Pakatan memerintah beberapa negeri kerosakan ekonomi-sosial- ugama amat ketara. Rekod dan performance Barisan Nasional terbukti terulung dan tak dapat ditandingi dari segi pemerintahan yang telus dan cekap (good governance) dan menjaga kebajikan (social responsibility) kepada rakyat

Rakyat mengakui ketidak berkesanan Pakatan. Malah umat Islam melihat bahawa UMNO adalah lebih ikhlas berjuang mendaulatkan syiar Islam.  Bagaimanapon Barisan Nasional dilihat gagal membawa rakyat menyebelahinya.

Jentera Kerajaan dilihat telah bekerja keras. Tapi ada satu faktor yang membuatkan rakyat teragak dari terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.

Selain isu calon kitar semula (rujuk catatan di bawah) yang membawa kepada merosotnya undi Barisan Nasional pada PRU12 satu lagi faktor liabiliti ialah isu "Puan Perdana Menteri" (Mrs. Prime Minister)

" Oleh kerana itu DS Najib, UMNO, BN dan seluruh kepimpinan mereka haruslah terbuka dengan segala teguran rakyat mahupun pahit seperti jadam.


Faktor-faktor dalaman yang boleh melemahkan parti atau faktor yang boleh membuat rakyat hilang keyakinan harus segera dibuang.


Realitinya hari ini ialah faktor DS Rosmah dikira menjadi factor yang penting dan telah pun menyumbang kepada kelemahan kewibaawaan PM sendiri. Berbagai macam bisikan sudah didengar walaupun berbisik. Di kalangan pegawai-pegawai Kerajaan berbisik, pelajar U berdemo, makcik – mak long di kampong bercakap-cakap dan seluruh anggota masyarakat sudah berbunyi, hanya mahu dilayan atau tidak itu sahaja. Atau mahu disapu ke bawah karpet merah terserah.

Kalau nak jaga hati PM dan berangan-angan panjang untuk cari makan kita jangan layan dan kita semua diam sahaja. Akibatnya kita sama-sama tunggu keputusan PRU13 nanti apa akan jadi kalau tangan yang memangkah beralih haluan kalau tak beralih selera alhamdullillah kita selamat."-Merbok Times

Baca kupasan seterusnya di Merbok Times

........................................................................................

10 SEBAB UTAMA UNTUK DIJAUHI CALUN KITAR SEMULA


a) Penyebab kejatuhan Kerajaan BN di Kedah pada 2008

b) Amalan politik wang

c) Egoisik, elitis dan arroganistik

d) Bermuka-muka dengan pemimpin atasan

e) Melebihkan kekayaan peribadi

f) Memperalatkan rakyat

g) Depan rakyat cakap lain belakang rakyat bikin lain

h) Gagal membawa penyatuan UMNO dan rakyat

i) Gagal membawa pembaharuan

j) Mementingkan kroni

Monday, July 11, 2011

BERSIH-pandangan ikhlas seorang pakcik tua depan Sogo

Saya tahu bagaimana anggota (polis) bekerja, ada peraturannya. Itukah yang dipanggil BERSIH. Kau (pendemo BERSIH) bawa senjata YDP Agong pon takut, saya pon takut.




"Aku tak dapat pandang kiblat dengan duit engkau. Islam bertamadun di Malaysia (jadi) jangan dinyahtamadun (Islam). Aku hanya pengembara di dunia ini. Tak payah bagi duit pada aku. Aku hanya buat ini untuk Islam. "


Tuesday, February 8, 2011

Bila blogger PAS dan blogger UMNO "bersatu"

Dalam politik macam macam ada. Ada kesah cliche, kesah dalam kain yang mana kesemuanya dilondehkan bila "tepat" waktunya.

Seorang blogger PAS sudah menghubungi blogger UMNO dan kesah yang dilondehkan ialah kesah dalam kain pemimpin PAS. Blog ini sekali lagi  memetik sumber dari kickdefella mengenai seorang pemimpin PAS yang telah menaikkan kemarahan Husam Musa kerana berjumpa Datuk Mustafa Mohamad berkenaan bantuan kepada kawasan DUN Bachok, Kelantan. Maka skandal ADUN Perupok tersebut pernah dilondehkan oleh blogger   SINI  dan  SINI,

Tambah Kickdefella lagi, "Bagaimanapun di dalam kes blogger Husam mahu blogger superstar dari UMNO berkongsi maklumat tentang Dato’ Omar, saya kurang pasti sama ada Husam terlibat atau tidak. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, Husam yang  bijak itu dan mampu memberi arahan dalam pelbagai bentuk tanpa dilihat sebagai satu arahan "

Komen saya hanya satu, apabila urus tadbir negeri lemah dan hasil negeri  yang dijana kurang atau tiris kerana berlakunya rasuah dan kronisme, maka ADUN akan menjadi mangsa. Sebagai frontliner dalam pemberi perkhidmatan atas jenama party (dibaca di sini PAS) mereka tersepit kerana terpaksa terus memberi khidmat kepada rakyat.

Selain itu ADUN juga menjadi mangsa warlord sama ada di peringkat cawangan atau negeri. Dalam kes ini warlord yang dinyatakan jelas dalam petikan ayat dari blogger kickdefella.

Sama sama kita renungkan, mampukah sesebuah party mengurus tadbir negeri hanya dengan menjual janji?


Sunday, January 30, 2011

Tenang: BN Menang, doktor dan orang politik tak tenang!

Apakah aftermath dari PRK Tenang?


Amaran Allah melalui alam- Hujan lebat bila orang politik memainkan ayat al Quran dan membuat fatwa politik


Baca lanjut Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai penggunaan ayat al Quran oleh bukan Islam di majlis-fatwa


Amaran kepada profesion doktor- Sila patuhi kod etika kedoktoran. Jangan keluarkan Sijil Sakit palsu (MC) kepada penjawat awam. Doktor terutama yang berada di Klinik Kesihatan perlu mengetahui bahwa MC hanya boleh dikeluarkan tak melebihi 7 hari dan disambung lagi selama 7 hari berikutnya. Sebarang MC yang melebihi 7 hari perlu mendapat pengesahan doktor pakar!


Amaran kepada  penjawat awam yang aktif dalam politik- utamakan kerjaya anda. Jadikan kerjaya anda sebagai satu ibadah. Jika nak bercuti eloklah ambil Cuti Tanpa Gaji.



Doktor di Tenang tak tenang jika didatangi pesakit "kemurungan" yang mahukan MC
Normala diberitakan akan bawa diri ke Bollywood

Amaran kepada Jentera Pilihanraya- Jangan dedahkan aib orang . Nanti aib anda dilondehkan macam kes Din Puduraya di  screwkuat69.blogspot.com

Sunday, November 14, 2010

Apa Khabar YAng Berhormat



Assalamaulaikum Yang Berhormat,

Kini telah  2 tahun kami lantik Yang Berhormat jadi ADUN dan MP.

Ada YB yang dulunya pakai Proton dan tukar Harrier, BMW  dan Mercedes series terkini.

Ada YB yang dulunya satu isteri sekarang dah bertambah bini.

Ada dulu yang melancung dalam negeri sekarang dah pandai pergi oversea.

YB perempuan pula dulunya gelap dan kasar kulitnya sekarang dah putih gebu dan halus mulus kulitnya berkat collagen dan pelbagai suntikan. Isteri isteri YB juga bertambah cantik dan berseri seri..

Kami cuma nak janji YB lain kali kami tak UNDI.

Wednesday, November 3, 2010

Antara Wayang Cina, Main Puteri dan Janji Dajjal Ke "Syurga"

Assalammualaikum. Bismillah Hir Rahman Nir Rahim.

Cukuplah video dan gambar memperlihatkan agenda akhir zaman Dajjal serta agennya/ Wahhabi di sini saya paparkan.


Janji Ke "Syurga" Nik Aziz pada 21/8.2009


Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz


KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.


Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:


‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.


‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’


Pesanan Ulama Pondok Tok Guru Abdullah Samaah Dan Persatuan Ulama Pondok  Malaysia pula di sini



Kembalinya tokoh-tokoh ini ke rahmatullah telah memberi ruang dan peluang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat untuk kembali agresif dengan agenda pembaharuannya (Islam liberalisasi untuk mewahhabikan umat Islam di Malaysia). Maka tidak hairanlah Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa’amah, Madrasah An-Najmiah, Kg Geting, Tumpat, Kelantan telah meluahkan perasaannya yang mewakili suara hati guru-guru pondok di Kelantan bahawa [1]:-


“Penentangan saya terhadap kelompok (Wahhabi) ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam. Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh PAS sejak negara mencapai kemerdekaan, mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British, Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama (meliberalisasikan Islam supaya lebih Wahhabi yang mana menyamai ugama kaum Yahudi) perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.”


13. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dengan tegas mempertahankan pendiriannya tentang Sifat 20[2] dengan merujuk kepada beberapa buah kitab, khususnya kitab karangan Syed Sabiq[3] yang sealiran dengan manhaz Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim (Ibn Tamiyyah dihukum sesat dan kufur oleh Fatwa Al Azhar dan Majlis Fatwa Malaysia menghukum Wahhabi kufur). Pendapat ini turut disokong oleh Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin.[4] Maka tidak hairanlah, Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa’amah sepertimana yang pernah dilakukan rakan-rakan seperjuangan terdahulu, terpaksa tampil sebagai imam perang yang berjuang bagi membawa PAS Kelantan kembali ke landasan ASWJ walaupun beliau bukanlah ulama pondok yang terbaik untuk melakukannya – beliau dikenali ramai sebagai seorang yang kerah keng dan gedebe.[5] Perjuangan menentang pengaruh kaum muda dalam PAS turut berlaku di lain-lain negeri. Rujukan lanjut artikel ini di sini http://leekubo.blogspot.com/

Komen Penulis

Saya teringat Dajjal  di akhir zaman menawarkan syurga yang sebenarnya neraka di tangan kanan dan neraka yang sebenarnya syurga di tangan kirinya-Apakah kita sedang melihat representasi Dajjal oleh agen Dajjal / Fahaman Wahhabi disini?

Hadis berkenaan Dajjal disini -Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:


"Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:


"Sesungguhnya tidak ada fitnah(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir."


Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada ditengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.

Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.


"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."


"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurga sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."


Berkenaan BN yang di Fitnah sebagai sesat dan merosakkan umat Islam pula lihatlah gambar dan perhatikan perbedaan dan  perbandingan usaha BN/UMNO  membina ummah Islam yang sehat dan menjauhi najis dadah berbanding liberalisasi ugama yg menjauhkan umat Islam seperti dalam artikel di atas di negeri Perak, Penang, Selangor (yang dikuasai PAS dan PR)
DI LINK      http://www.youtube.com/watch?v=CDklDpN0HQE&feature=player_embedded             ATAU VIDEO DI BAWAH

Friday, April 9, 2010

Datuk Lau, MP Sibu Meninggal Dunia

Datuk Lau Heng Ding  (Robert Lau ), 68, dari parti komponen BN di Sarawak, SUPP meninggal dunia kerana barah di Hospital Selayang pagi tadi.

Datuk Lau mewakili kawasan parlimen Sibu, bandar ketiga terbesar ,selepas Kuching dan Miri di Sarawak. Mendiang juga ada Timbalan Menteri Pengangkutan.

Sarawak adalah negeri penerima royalty minyak. Telaga-telaga minyak didapati di persisiran pantai Miri dan Bintulu serta di atas tanah di Limbang. Bagaimanapon hasil utama Sibu adalah balak, perlancongan eko dan perdagangan.

Dalam PRU12 yang lalu, Datuk Robert Lau mengalahkan calon DAP dan PKR dengan majoriti selesa sebanyak 3,235 undi. Walaupon bandar Sibu mempunyai penduduk  Cina  yang ramai, penduduk ethnik Iban didapati di Kapit dan kawasan pendalaman.

Jika pembangkang  nak memainkan isu royalty minyak di Sarawak, buat habis masa sahaja.

Saturday, March 27, 2010

MIC, tolong jangan sabotaj kebangkitan BN/UMNO

Era kebangkitan PR telah berkubur bagai buih coca cola yang hilang buihnya. Ia berjaya dihentikan melalui kemenangan Singa lama Tan Sri Isa Bin Abdul Samad di Bagan Pinang.

Sekarang, setelah dilambung ombak, akhirnya BN dapat bernafas lega dengan pukulan padu dari team MP BEBAS di Parlimen. Dari cerita 916 Zahrain, sehinggalah ke Pengakuan Bersumpah RM 4 oleh makluk yang bergelar politikus sesumpah sehinggakan akhirnya hantu Altantuya berjaya dikuburkan dengan pendedahan  tawaran mengegarkan iman oleh Zul Kulim.

Sebagai rakyat yang cintakan negara, kami tak mahu minta banyak- cukuplah permintaan yang boleh dijustifikasikan;

Kami mahukan wakil MP /ADUN UMNO bagi kawasan yang majority penduduknya 60% ke atas.

Cukuplah selama ini kita di enjak  dan bertolak ansur dengan permintaan demi permintaan yang kurang "wajar" sehingga menyebabkan beberapa calon bukan Melayu kalah di kawasan yang mudah dimenangi sekiranya diletakkan calon Melayu.

Bukan rasis, tapi cukup jika dikatakan kami mahukan hak kami kembali!

Malah kajian Merdeka Centre menjelaskan bahawa dalam PRU12 yang lepas, orang Melayu mengundi asalkan calon Melayu tanpa mengira partai yang diwakili calon.

BN telah memberikan peluang kepada MIC malangnya Dato Palanivel kalah. Cukuplah peristiwa tersebut dan keputusan  PRK Bukit Selambau di Kedah menjadi benchmark!

Kami mahukan wira YBK Datuk Zainal Sakom jadi calon.

Ayuh, Selangor, kita bangkit!

Friday, March 19, 2010

siapa lari ikut Anwar ke London?

Heboh DS Anwar Ibrahim kena bantai di Parliament oleh DS Zahrain dengan pendedahan demi pendedahan....tentang cerita 916. Bukan emas 916 tapi MP yang dijangka melompat dari BN ke PR!


Disebalik euphoria rakyat Malaysia melihat "event of the year", dan rasa mereka dah berada dalam zon selamat , jangan lupa DS Anwar dah lama merancang nak beri speech di London.

Hmm kenapa London? Kenapa di tengah sidang Parliament? Siapa menunggu DS Anwar di kota London? GAP beritahu ada RPK di kota London. Apa agenda survival parti yang dibincang di kota London tu?


Soalan cepumas lain...MP Khaled Samad tak ikut ker? Ops atau orang baru yang setia dengan MP Khaled Samad dari Shah Alam dan merupakan Vice Chancellor di sebuah Universiti di kota itu  tak ikut  sekali ker?

VC sorang ni sejak dua menjak dilantik jadi VC Universiti tersebut khabarnya rajin pergi ke Jerman setiap 3 bulan sekali bersama MP kota kesayangannya. Saya minta Kementerian Pengajian Tinggi tolonglah siasat perkara ini. Atau mungkinkah di kementerian itu juga telah menyelinap masuknya orang-orang Anwar yang bertindak sebagai "sleeper"???

Tuesday, March 16, 2010

Kepulangan Ong Ka Ting Yang Dinantikan

Ong Ka Ting yang bersara dari politik akan kembali ke pesada politik tanah air.


Beliau secara gentleman mengaku bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti itu dalam PRU12 yang lepas dan melepaskan jawatanya dalam parti. Kali ini beliau akan bertanding semua untuk jawatan Presiden MCA sekaligus mencabar penggantinya Ong Tee Keat.

Awas, walaupun nama surname sama tapi mereka mempunyai approach yang berbeda dalam politik. Ong Ka Ting diharap dapat menyatukan kembali puak-puak yang berpecah sehingga menjadi 3 camp dalam MCA sekarang.


Di awal pemilihan Ong Tee Keat-Chua Soi Lek dalam kepimpinan tertinggi MCA ramai yang telah dapat menjangkakan suhu politik dalaman parti itu akan panas kerana kedua-duanya adalah hardliner.


Langkah ini adalah petanda positif sementelah usaha untuk menyelamatkan MCA dari terus tenggelam dalam politik dalaman sehingga hilang tumpuan menangani isu kegagalan parti itu meraih undi kaum Cina semasa PRU12 dulu. Usaha mengembalikan kredibiliti parti tersebut perlu terus dijalankan sebelum menjelmanya PRU13 biarpun ianya akan mengorbankan satu atau dua orang pemimpin kanan MCA.




Utusan Malaysia Online - Terkini

Thursday, March 11, 2010

Sidang DUN Perak akan mengetengahkan penyanyi berbakat!

Mahkamah Tinggi pada  9 Februari 2010 telah mengesahkan bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kader adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Sehubungan itu, Speaker Dato' Ganesan (speaker yang sah) akan memanggil persidangan Dun pada 30 Mac 2010 bersamaan hari Selasa.


Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat YB DS Nizar Jamaluddin telah membayangkan bahawa mereka tidak akan hadir ke persidangan kali ini kerana memboikot dan tidak mengiktiraf Menteri Besar Mahkamah dan juga tidak mengiktiraf Speaker Dato Ganesan.



Oleh yang demikian persidangan kali ini akan berjalan secara aman dan tanpa sebarang gangguan. Impak yang besar ialah kepada pihak pembangkang kesemua 28 Adun akan kehilangan kerusi masing-masing kerana tidak hadir sidang (tanpa sebab).

Jika ini benar-benar berlaku, ia menggambarkan keberanian pihak pembangkang. Satu PRK besar-besaran akan diadakan pada bulan April atau Mei. Kesemua kerusi milik Pas, Pkr dan Dap akan dipertandingkan semula ekoran daripada memboikot dewan pada 30 Mac 2010. TM menyeru kepada Umno dan BN Perak untuk bersiap sedia dari sekarang untuk merampas semua 28 kerusi milik pembangkang dalam Mega- PRK nanti,

Bagaimanapun, cerita boikot dewan ini hanya auta Nizar, Nga dan Ngeh sahaja. Dulu pun macam tu juga. Hujung-hujung datang juga, siap pakai baju istiadat. -DIpetik dari TAIPINGMALI

Nota Tambahan:

Mungkin akan ada penyanyi karoke di Sidang Dun Perak kali ini ?. Khabarnya politikus -penyanyi yang mempunyai bakat terpendam ini telahpun mendendangkan lagu Seroja dan lagu Xong Chi Fa Chai baru baru ini. Lihat video di bawah untuk mengetahui identiti penyanyi berbakat ini.

Monday, March 1, 2010

Politik "Bandwagon" Bahagian 1

Sebermula ceritera bandwagon adalah kenderaan yang selalu diperguna orang untuk mengangkut barang -barang dan manusia sebelum wujudnya kereta. Band wagon atau di kenali dengan nama kereta lembu sinonim dengan masyarakat perladangan baik di Malaysia, Nusantara malah semasa era wild-wild west di Amerika Syarikat.

Peri pentingnya bandwagon dalam sistem perhubungan dan pengangkutan di masa dulu telah mewujudkan satu peribahasa iaitu "To jump into the band wagon". Pada masa dulu jika seseorang terlepas satu bandwagon yang sedang bergerak untuk meninggalkan sesebuah bandar atau penempatan, maka mereka akan terpaksa menunggu bandwagon lain yang mungkin akan memakan masa beberapa hari, minggu atau bulan.

Pada masa kini "To Jump Into The Moving Bandwagon" bermaksud mengikuti arus semasa. Contohnya jika pada waktu tertentu heboh seseorang penulis menulis mengenai Isu A, maka berbondong-bondonglah penulis lain menulis isu yang sama dalam blogosphere.
................................................................
Perangkap  kesamarataan, keadilan dan kebebasan (liberalisme)

Sebermula dari PRK Kuala Terengganu sehinggalah ke Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau dll, bandwagon  (angin dan aura pada waktu itu)  lebih menyebelahi  pembangkang.

Sentimen yang dimainkan waktu itu seperti kronisme, nepotisme, rasuah, ketuanan Melayu, kesamarataan, keadilan, liberalisme, pluralisme ugama dan lain lain berjaya menarik perhatian umum.

Kejayaan ini diterjemahkan di peti undi yang memberi kelebihan undi dan kemenangan ke atas calon-calon dari parti Pakatan Rakyat. Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi membuat mereka begitu berani mengetengahkan konsep Middle Malaysia. Satu konsep sosio -ekonomi yang rapuh tanpa mengira peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia yang menetapkan bahawa ugama Islam adalah ugama rasmi negara, kontrak sosial dan hak bangsa Melayu sebagai bangsa pribumi dan majoriti di Malaysia serta kedaulatan Raja -Raja Melayu. Paling sedeh apabila ada manusia al kafirun yang sanggup menukar ayat suci Al Quran dengan Surah Aura dan disambut dengan laungan takbir oleh pemuda-pemuda yang kononnya pejuang ugama sebuah parti berlambangkan bulan!Nauzubillah!

Maka dengan ini saya ingin meyeru semua mereka yang masih mengaku berbangsa Melayu dan berugama Islam untuk kembali merenung...siapakah yang beriya-riya memperjuangkan slogan kesamarataan, keadilan dan kebebasan sehingga berani memijak bumi Iraq dan merosakkan rakyat di bumi tersebut jika tidak Uncle Sam dan sekutunya Zionist Israel?

Berhati -hati dengan slogan indah "kesamarataan, keadilan dan kebebasan" kerana ianya bakal menjerat generasi malaysia akan datang serta keturunan kalian ke arah menghumban ugama Islam dan nilai-nilai hidup Islam yang dibangunkan selama ini di Malaysia.

................................................
Robocop yang angkuh vs. Koh Tsu Koon

Tersebut lah kesah dalam al Quran tentang seorang budak kecil yang berjaya menewaskan pahlawan Palestine yag gagah dengan seketul batu kecil. Rupanya kesah yang tersebut dalam Al Quran dan Injil lama (Old Testament) berulang lagi dengan dalam sejarah Malaysia Moden.

Teringatlah saya era Tan Sri Koh Tsu Koon jadi KM di Pulau Pinang, beliau dicabar oleh DAP yang angkuh mengenai sifat lembut beliau yang tidak disukai etnik Cina. Kejadian ini berlaku semasa PRU10 pada tahun 2000.

Wujudlah idea membuat patung Robocop kononnnya untuk menyindir Tan Sri Koh yang kononnya berlembut sangat dengan Melayu yang mana adalah masih penduduk majority di Pulau Pinang.

Dengan berhemah Tan Sri Koh Tsu Koon menjawab, dia tak perlu berkeras, dasar yang dibuat adalah berhemah dan mengambilkira kepentingan semua kaum di Malaysia. (Untuk Nota pembaca DAP kalah teruk pada tahun 2000 , Karpal Singh dan LKS juga tewas di Pulau Pinang)

........................................................................................
Sekarang ini, trend telah berubah semejak dari Tan Sri Isa Samad- the hatrick player yang menyekat  kebangkitan PR ...sekarang ini politik bandwagon dah berubah arah!

Ahli politik berbondong bondong meninggalkan PR

The exodus begins

petikan dari The Book Of Exodus-Out Syed The Box

i. Nibong Tebal Member of Parliament Tan Tee Beng announced he has quit PKR.



ii. In February, Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim also quit PKR


iii. Tan's press conference on Monday was arranged by Kulim-Bandar Baru MP Zulkifli Noordin, which led to speculation that he too was quitting PKR to join Umno

iv. Former Penang Deputy Chief Minister I Mohammad Fairus Khairuddin (on Sunday), quit PKR.



v. on Monday, news portal The Malaysian Insider reported that former PKR secretary-general Datuk Salehuddin Hashim has quit the party.


vi. Last week, 77 PKR Youth members resigned from Anwar’s stronghold in Permatang Pauh to join Umno. Among them were the Guar Jering branch deputy Youth chief Fakhrul Che Umar and treasurer Hesabudin Md Isa.


vii. Bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meramalkan lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.



My question is this : wont this throw a spanner into the plan being rumoured about, to change the Government by 15th March 2010?


You know, get a block of MPs (BN, Pakatan etc) together and force Dato Seri Najib to resign as PM by 15th March. And who shall be the new PM after March 15th? (It cannot be Julius Caesar because Caesar was killed on the 15th of March. So for aspiring Caesars, beware the Ides of March). A gentleman from Kelantan is the subject of the rumour.

Rumour rumour in the halls, who is the fairest of them all?

Wednesday, January 13, 2010

Enakmen 1988 menyelamatkan umat Islam di Selangor dari terjerumus

Enakmen adalah pindaan undang undang di peringkat negeri. Di sini, undang undang yang dipinda adalah Undang undang Tubuh Negeri Selangor. Di peringkat negeri, pindaan Undang undang , dikenali sebagai "Enakmen", ke atas Undang-undang Tubuh Negeri dilakukan dengan persetujuan ahli DUN oleh Kerajaan BN yang memerintah dan diperkenan oleh Sultan Selangor. Diperingkat Persekutuan pula, sebarang pindaan akan di namakan "Pindaan" sebelum di wartakan setelah diperkenan Yang DiPertuan Agong.

Enakmen tahun 1988 bagi Negeri Selangor meluluskan kalimah "Allah" hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja.

Saya mengucapkan syukur banyak banyak ke hadrat Illahi, kerana sekarang terlihat sudah hikmahnya; apabila politik jadi kucar kacir pasca PRU12, enakmen dan undang undang tubuh negeri sesebuah negeri lah yang banyak menyelamatkan keadaan umat Islam dari terus melarat di negeri dan negara sendiri.

Bagaimanapun perkara ini adalah localised dan tidak menyeluruh kerana 4 negeri lagi tidak ada peruntukan tersebut. Keempat negeri ini adalah bekas negeri selat, bekas jajahan Borneo Utara atau negeri tidak beraja seperti Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (WP), Sabah dan Sarawak. Saya tidak risaukan WP kerana pindaan masih boleh dibuat kerana ianya di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.

Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa kerana diberikan ilham kepada pemimpin dulu dulu untuk menambahbaik mana mana undang undang di peringkat negeri supaya kesejahteraan umat Islam terjamin.


Soalnya sampai bila? Bilamana sesuatu negeri atau negara tidak mendapat kuasa mandat 2/3 majoriti dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, maka sebarang penambahbaikan undang-undang; iaitu akta baru, enakmen dan pindaan malah budget sukar untuk dilaksanakan. Peristiwa 14 Disember 2009 membuka mata semua rakyat di Malaysia bagaimana politik songsang menidakkan majoriti 2/3 parlimen ke atas parti yang memerintah bukan membawa penambahbaikan ke atas kesejahteraan rakyat, sebaliknya hampir membawa kucar kacir di negara ini.

Bayangkan keadaan negara bilamana tiada budget dapat diluluskan oleh KDN yang di amanahkan untuk menjaga kepentingan dan keselamatan awam dengan PDRM/Polis pada hari ii ditengah kegawatan isu kalimah Allah !

Kerajaan yang lemah adalah kerajaan yang mendapat simple majority semasa pilihanraya. Ketidakbolehan kerajaan hari ini untuk membuat "keputusan tegas demi kepentingan dan keamanan negara"yang banyak menyelamatkan dan mententeramkan keadaan Malaysia seperti era Tun Dr. Mahathir pada tahun 1997-2000 adalah akibat "gatal tangan" pengundi semasa PRU12 yang lalu yang nak merasa pucuk muda dari pemimpin politik yang pandai political marketing tetapi terbukti gagal dalam pentadbiran negeri!.

Kepada rakyat Malaysia,nasihat saya hanya satu,;- lihat, analisa dan catatkan "kesan dan akibat" dari " kegatalan tangan" nak rasa perubahan pemerintahan di peringkat nasional dan negeri semasa PRU12 hari ini!.

P/S kata orang bila si suami dah rasa pucuk muda, kepada isteri tua juga dia akan balik. Mana nak sama pucuk muda dengan cinta ikhlas isteri tua yang sama sama bersusah payah semasa muda.





Tuesday, December 29, 2009

Menyalahguna Amanah Simati -Tanah Wakaf

Isu tanah wakaf menjadi isu yang besar yang meletup-letup waktu terkini.

Dari tanah wakaf yang cuba diambilbalik untuk tujuan komersil di Pasir Panjang Pulau Pinang ke Tanah Perkuburan Islam di Batu Tiga Shah Alam yang "dirampas" secara menanam mayat bukan Islam di Selangor hingga ke penjualan Tanah Wakaf di Kelantan, negeri Serambi Mekah!

Lebih menyedihkan Tanah Wakaf yang diamanahkan oleh simati dijual pula oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Kelantan demi sekelumit keuntungan dunia.

Awal 2008 selepas PRU12 saya diberitakan bahawa penjawat awam di Kelantan "senang hati" kerana kerajaan Negeri kononya tidak campur tangan dalam pentadbiran Kerajaaan Negeri...soalnya betulkah penyataan tersebut?

Rupanya senang hati kerana bersekongkol menjual tanah wakaf yang dalam bidang kuasa Majlis Perbadaran Kota Bharu.

Padanlah ada waris terdekat TGNA yang tak ada kerja dah boleh beli kereta mewah jenama Honda ! Ada pula yang menjadikan tiket YB si abang sebagai tiket Ringgit Ka-sorga dengan membina rumah banglo mewah bewarna hijau di kampong di Kelantan.

Rupanya kemewahan melimpah ruah untuk anak-ipar-duai dan keluarag sebaik sahaja bergelar YB.

Menangislah orang Islam yang mewakafkan tanahnya untuk tujuan mendirikan masjid...nampaknya ulamak akhir zaman rupanya ular dalam semak!

Thursday, December 24, 2009

Harapan menjelang 10 Muharram.

10 Muharram pada tahun 2009 disambut dua kali, kali pertama pada 9 Januari dan kali kedua pada 26 Disember. 10 Muhharam memang diakui sebagai hari yang mulia bukan sahaja oleh umat Islam bahkan oleh kaum Yahudi. Yahudi menyambut 10 Muharram dengan berpuasa sebagai tanda syukur mereka kerana kaum Yahudi terselamat dari kekejaman Firaun.

Dikalangan umat Islam pula, kita disunatkan berpuasa pada 9 Muharram dan 10 Muharram sebagai membezakan puasa kita dengan puasa orang Yahudi.

Banyak peristiwa bersejarah berlaku pada 10 Muharram. Antaranya peristiwa menyayatkan hati yang berlaku di Karbala dan menyaksikan kewafatan cucunda Rasullullah S.A.W, Saidina Hussein.

Selain itu pada 10 Muharram juga diberitakan berlabuhnya bahtera Nabi Nuh setelah banjir besar. Pada tarikh yang sama juga Allah telah menerima taubat Nabi Adam dan menyembuhkan penyakit Nabi Ayub.

10 Muharram menandakan kemenangan perjuangan yang benar mengatasi yang bathil/jahat.

Alhamdulillah perjuangan para bloggers memberikan penjelasan dengan fakta yang betul kepada rakyat Malaysia telah menampakkan kejayaan.

Terbaharu laman web bloggers pro establishment telah diserang oleh hackers yang menjadikan blog Analisis Ringan Kumbang sebagai pengkalan untuk menyerang blog-blog lainnya.

Ini menandakan bahawa ada beberapa pihak yang tidak senang dengan perkembangan terkini.

Saya amat berharap semua rakan bloggers dapat teruskan tugas memberikan fakta yang benar kepada rakyat Malaysia. Tugas kita adalah untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia tidak disajikan dengan berita palsu dan dakyah musuh negara yang tujuannya hanya satu- untuk meruntuhkan segala kesenangan, kemajuan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia yang kita bina dan kecapi selama ini.

Semoga kedatangan 10 Muharram membawa sinar kemenangan kepada kita semua; Kemenangan yang benar ke atas yang bathil.

Monday, December 14, 2009

Bersatu untuk Era Kebangkitan Islam

2012 akan berlaku banjir besar atau proses pembersihan?


Saya tidak mahu komen lanjut mengenai pergolakan yang berlaku dalam PAS, PKR hatta Pakatan Rakyat sekarang. Semuanya ini bagi manusia yang sentiasa bermuhasabah diri adalah petunjuk dari Tuhan Sekelian Alam, Allah Ya Rabbul Alamin.

Bagi saya apa yang berlaku semasa PRU12 bukanlah semata-mata tsunami politik. Anehnya "Tsunami " dalam istilah biasa juga boleh diterjemah sebagai "Banjir Besar"

Sebenarnya dalam konteks yang lebih besar ialah "Proses Pembersihan" ke atas parti tunjang yang memimpin Negara Semenanjung Tanah Melayu sekarang.

Dan pergolakan apa yang berlaku sekarang ke atas saingan parti yang menjadi alternatif kepada bangsa Melayu atau yang bermula dengan ejaan "Mim" dalam huruf jawinya iaitu PAS juga sebenarnya adalah "Proses Pembersihan". Malah "Proses Pembersihan" ini juga adalah serampang dua mata kerana pada masa yang sama turut mengekang penularan fahaman Wahhabiyah yang ditunjangi oleh beberapa orang dalam parti tersebut seperti dalam beberapa blog di bawah ini


http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/ dan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/11/ulama-pondok-vs-nik-aziz.html dan


http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html dan


http://korban-demokrasi.blogspot.com/2009/11/1asri-asri-memfitnah-ulama-besar.html dan


http://bankwahabi.wordpress.com/2009/11/22/update-dari-blog-pejuang-pejuang-sunni/


Bahawa-sanya sekarang juga sedang berlaku proses pemurnian Tauhid ke atas Umat Islam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Benarlah kata orang di akhir zaman nanti akan wujud 73 cabang ugama Islam, dan berdoalah semoga kita ditempatkan ke dalam cabang ugama Islam yang benar dan tidak terpesong akidah akibat fahaman Wahhabiyah bersifat assobiyah (yang terlalu senang menghukum orang kafir/kufur/bidaah), Syiah , munafik dan sebagainya.

Peringatan ke atas bangsa "Mim" tadi...semoga mereka tahu dan sedar bahawa perjuangan bangsa "Mim" bukan setakat terhad kepada parti sahaja....malah tugas bangsa Mim tadi adalah untuk penyatuan Ummah Islam di sejagat!


Baca juga petikan blog saya yang terdahulu di sini


http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/11/lihat-dari-sudut-hikmah-apa-yang.html dan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/utusan-malaysia-online-kota.html dan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/ramalan-para-wali.html


Bila penyatuan ummah Islam di Malaysia dan Nusantara telah berlaku, barulah perjuangan menegakkan Daulah Islamiah dan sistem Khilafiah seluruh alam akan mudah....sebabnya ia telah ditakdirkan oleh Illahi sejak azali lagi!

Adapun bangsa Melayu atau "Mim" tadi mempunyai keistimewaan dan umum yang mengetahui sedar bahawa Semenanjung Tanah Melayu memang bergelar Semenanjung Emas atau The Golden Chersonesse dalam riwayat Latin kuno http://capiloton.blogspot.com/2009/04/ancient-name-of-malay-peninsula.html

Apapun klue nya saya dapatkan dari laman blog rakan saya disini iaitu penceritaan beliau mengenai kejadian yang berlaku selepas Banjir Besar.

Baca klue tersebut di sini

http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.html

atau dalam petikan di bawah ini:-


"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat" -ayat 33, surah ali-imran


Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya 'ahli rumah' atau 'ahlul bait' ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.

Kita telah mengetahui tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah) agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files
dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.

Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan 'family tree' para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud 'tinggi' atau 'atap' ini.

Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di tanah yang cukup tinggi.

Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah,
sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi yang telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa (tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh ayat 1)

Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian 'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga kembali.

......................................................................................

Apa tugas bangsa "Mim" Selanjutnya ?

Bersatulah terutama dalam isu ugama, maruah bangsa dan budaya!

Saya sudah jelak dengan gerakan menyahsensitifkan perkara berkenaan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia, pembinaan rumah Ibadah dan hak orang Melayu yang menjadi tunjang Perkara (153) dalam Perlembagaan Malaysia.

Mungkin pembaca boleh baca lebih lanjut di blog ini

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/12/tanda-tanda-kedatangan-penyelamat.html

Semoga Allah memberkati kita dalam perjuangan ini. WASSALAM.


Tuesday, December 8, 2009

Menilai tragedi KB Mall-Kegagalan Urus Tadbir (Good Governance) dan Keceluparan Manusia Menyalahkan Allah

Memang dari segi Good Governance banyak aspek yang boleh dibangkitkan seperti berikut:-

Bagi orang yang bergelumang dalam bidang pembinaan atau terlibat dalam pentadbiran sebuah PBT, memang ramai yang akan mengaitkan dengan bahan binaan yang sub-standard, pembinaan yang tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan dan bagaimana bangunan tersebut boleh mendapat Sijil Kelayan Menduduki (CF) dan lesen perniagaan?

Apakah PKINK sebuah subsidiary Kerajaan Negeri Kelantan tidak mengikut arahan yang jelas tertera dan telah direzabkan sekian lama di Parlimen iaitu Akta Parit, Jalan dan Bangunan ?

Bagaimana pula peranan Majlis Perbandaran Kota Bharu yang boleh membenarkan bangunan tersebut diduduki (maksudnya digunakan) sedangkan spesifikasi sub-standard tersebut tentunya GAGAL untuk diluluskan di peringkat perancangan?

Bagaimana pula pemaju iaitu PKINK boleh mendapat kelulusan lesen perniagaan sedangkan jelas defect bangunan tersebut dapat dikesan jauh lebih awal dengan plan submission (pelan submission ) semasa dalam peringkat perancangan dan pembangunan KB Mall?

Adakah kontraktor yang dianugerahkan kerja-kerja membangunkan struktur bangunan tersebut dibuat melalui proses tender? Apakah BEnar kontraktor tersebut Kontraktor Berdaftar dan TIDAK DISENARAI- HITAMKAN oleh CIDB dan subkontraktor kelas F pula berdaftar dan TIDAK DISENARAI- HITAMKAN oleh PKK? Apakah telus proses menyenaraikan KONTRAKTOR BERDAFTAR dengan CIDB cawangan Negeri Kelantan?

Dari segi Kewangan pula apakah Pekeliling Pembendaharaan Kerajaan Malaysia mengenai Perolehan dan prosedur tender dipatuhi? Adakah Penganugerahan Tender diberikan kepada Syarikat Yang Berjaya atau ada permainan wayang kulit di belakang?

Namun walau apapun alasan logika bahawasanya "dinding tersebut tidak menggunakan jeriji besi bagi memperkuatkan struktur dinding " dan "terlepas pandang" pula dari semakan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu, saya merasakan ada pihak lain yang perlu dipertangungjawabkan disini.............

Ya, ramai yang akan mengerti selepas hujah di atas bahawa walau apapon hasil sisasatan, tanggungjawab membenarkan orang awam menduduki dan menggunakan bangunan yang tidak selamat perlu diletakkan atas bahu mereka agensi/pihak yang bertanggungjawab. Sebelum siasatan dimulai, mungkin elok kiranya mereka yang terlibat dalam merancang, membangun, menilai dan menganugerahkan teder, mengeluarkan CF dan meluluskan lesen perniagaan dipertanggungjawabkan:-

1- Pemaju dan kontraktor- membina banguanan yang tidak mengikut kehendak peraturan dalam AKTA PARIT, JALAN DAN BANGUNAN

2-Pemaju- kerana (mungkin) Menganugerahkan Tender kepada kontraktor yang tidak berwibawa atau tidak mengikut prosedur dalam Pekeliling Perbendaharaan (Perolehan)

3-Majlis Perbandaran Kota Bharu kerana memberikan CF dan lesen perniagaan kepada bangunan yang TIDAK SELAMAT DIDUDUKI

4-Exco yang terlibat dan Kerajaan Negeri sendiri

Hari ini exco terlibat mengistiharkan KB Mall satu Bangunan yang selamat diduduki di sini http://www.mysinchew.com/node/32509

Soalnya, mampukan orang awam dibohongi? Adakah semangat jumud cintakan parti yang keterlaluan mampu menutup kecuaian manusia dan kegagalan urus -tadbir (bad governance) sesebuah Kerajaan Negeri?

.......................................................................................................

Act Of God atau Menyalahkan Allah atas kecuaian manusia/ kegagalan urus - tadbir Kerajaan Negeri?-Nauzubillah Hi Min Dzalik!

Ada pula yang mengatakan bahawa kemalangan "pelik" dan kematian yang menyusuli di KB Mall adalah ACT OF GOD!

Bagi saya ini manusia ini jelas lantang menyalahkan Allah sedangkan kemalangan ini boleh dielakkan jika semua langkah semasa perancangan dan pembinaan sebelum ianya diberikan sijil layak menduduki dan lesen perniagaan dititikberatkan!

Kitab Minhajul Abidin -Jalan Para Abid, karya Imam Abi Hamid Mohammad Al Ghazali (Imam Ghazali) mukasurat 100 - 106,

Dinyatakan antara 5 dosa sesama manusia adalah seperti berikut:-

1- mengambil harta orang

2-membunuh,walaupun secara tidak sengaja

3-menjatuhkan maruah orang

4-menjatuhkan kehormatan / merogol/ berzina/ meliwat sesama manusia

5-Menghukum seseorang kafir/kufur/bidaah

Apapun jika berlaku dosa yang 5 di atas, maka jalan untuk menebusnya adalah mengembalikan harta, memohon ampun dan bersedia menerima hukuman dari warisnya (qisas).

Sekali lalu di atas 5 perkara di atas, saya percaya pemimpin yang terlibat ini pernah melakukankan kesalahan tersebut atas sebab politik (political mileage)

Maka rayuan saya kepada pemimpin tersebut adalah untuk memohon ampun dan maaf ke atas ramai orang Islam yang telah cap kufur/kafir dan Bidaah. Adapun jika orang tersebut telah meninggal dunia dipohon sangat semua pemimpin dan pengikut parti berkenaan memohon ampun dan maaf dari warisnya (banyaknya satu Malaya)

Maaf jika saya katakan bahawa ngeri saya melihat apa yang berlaku adalah pembalikan tuduhan-tuduhan Tok Guru ke atas kesalahan sesama manusia.

Maaf sekali lagi jika kata kata ini menguris hati pemimpin berkenaan tapi sebagai orang Islam saya juga ingin mengingatkan para pemimpin dan penyokong taksub bahawa janganlah menyalahkan Allah dalam perkara ini.

Sebaiknya, ikutilah amalan dan keperibadian mulia Nabi-nabi silam hatta...........moyang kita Nabi Adam pun bertaubat 40 tahun lamanya kerana termakan hasutan memakan buah khuldi di syurga sehingga Baginda dan Saiyidah Hawa tercampak ke bumi ini, sedangkan kejadian tersebut sudah tertulis dalam Luh Mahfuz (takdir) Baginda dan isteri ditempatkan di bumi ini untuk melahirkan keturunan bagi menjadi khalifah di dunia................Pernahkan kita mendengar riwayat Nabi Adam menyalahkan Allah dengan "Act Of God"? Jawapannya tentu TIDAK!

Perkara paling akhir yang akan dilupuskan bagi mencapai tahap insan yang kamil adalah Ego. Pun begitu saya berdoa agar Semua orang, termasuklah diri saya ini bermuhasabah diri...................ingatlah siapalah kita berbanding ulama tersohor., apatah lagi betapa picisan ilmu kita dibandingkan dengan para nabi ..............kerdillah amalan ibadah kita di samping Nabi Muhammad, insan yang amat dicintai Allah.

Kembalilah kita menjadi insan yang diredhai! Bertaubatlah. Sesungguhnya kemalangan itu mungkin petunjuk dari Allah agar manusia yang angkuh sesama beringat, agar jangan lagi berbuat salah sesama manusia , apatah lagi mengecop seseorang kafir kerana berbeda pendapat pada perkara yang furuk ( cabang kecil dalam ugama Islam)








Thursday, December 3, 2009

Wanita-wanita agung dalam Islam

Saya terpanggil untuk berbicara topik ini. Bukan kerana seorang "mek Amalina" yang mempertahankan suami dan bapanya; yang mana di bawah Pekeliling Kerajaan Negeri Kelantan diminta dipanggil dengan gelaran "Tok Guru".

Tapi artikel ini ditulis dengan niat supaya kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Saya juga menyeru semua insan agar leburkan rasa ego, bangga, ujub, riak, bangga diri dan suka menyalahkan orang lain jika berlaku sesuatu peristiwa malang terhadap kita. Sebaiknya kita bermuhasabah diri, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian, mungkin kita telah berbuat salah terhadap Allah dan sesama manusia. Sebaiknya eloklah bertaubat, berdiam diri dan menyerahkan segala urusan kepada Allah agar diberikan penyelesaian yang terbaik bagi masalah getir yang kita lalui tersebut.

Benarlah kata orang, tutur kata dan tingkah laku seseorang, melambangkan budi pekertinya dan susur galur keturunannya.


Artikel yang akan saya siarkan dibawah ini hanyalah untuk mengingatkan kita bahawa kita semua adalah insan biasa dan sama darjatnya ke hadrat Illahi. Yang membezakan kita semua adalah kualiti dan kuantiti ibadah kita.

Dan ingatlah wahai insan yang bernama wanita........bahawa se gah dan se agung manapun nama ayahanda kita, adakah kita mampu benchmark diri kita seperti wanita-wanita agung dalam sejarah dan perjuangangan Islam dan manusia sejagat seperti Saiyidah Hawa, Mashitah, Mariam binti Imran bonda Nabi Isa, Saiyidah Hajar ibu yang tabah dan isteri kepada dua Nabi iaitu Nabi Ibrahim suaminya dan Nabi Ismail anaknya, Saiditina Khatijah yang rupawan, hartawan, budiman dan isteri yang amat dicintai oleh Baginda Rasulullah, Saiditina Aisyah yang cantik dan tinggi ilmu dan Saiditina Fatimah yang setia dan puteri Rasulullah yang amat dicintai ayahanda dan suaminya?

Dibawakan artikel tersebut untuk menjadi renungan kita semua...............


Susuri sejarah keagungan serikandi-serikandi Islam...Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi.

Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi. Bonda kepada Habil dan Qabil, serta Nabi Allah Shith a.s. ini berkorban segalanya demi perjuangan suaminya Adam a.s. Sayyidah Hawwa’ menyaksikan kisah sedih pengorbanan anaknya sendiri Habil yang mati dibunuh oleh saudara sendiri. Naluri keibuannya tidak dapat mengatasi keteguhan imannya kepada Allah swt walau pun anak-anaknya berbunuhan sesama sendiri.

Warisan keimanan ini diturunkan pula kepada wanita tukang sisir rambut anak Fir’aun; Mashitah. Seluruh keluarganya terkorban syahid di hadapan mata sendiri dan bayi di dalam dakapannya dikurniakan Allah keistimewaan bertutur. Ketenangan hati Mashitah melihat bayinya dicampakkan ke dalam kawah berisi minyak panas tidak dapat ditandingi oleh mana-mana ibu pun. Harum jenazahnya lantaran tempias imannya yang kental telah dipersaksikan di dalam peristiwa agung Israk dan Mi’raj ketika mana Nabi saw dibawa melintasi maqam as-Syahidah Mashitah.

Salasilah keimanan itu diteruskan pula apabila muncul seorang ibu yang sanggup ditinggalkan suami di tengah terik panas matahari lembah Bakkah bersama-sama anaknya yang tercinta. Sayyidah Hajar, bonda kepada nabi Allah Ismail a.s menyaksikan pengorbanan suaminya dan anaknya sendiri demi menjalankan perintah Allah yang disampaikan melalui mimpi sahaja. Hati ibu mana yang tidak hancur apabila anak yang dipelihara sehingga dewasa terpaksa pula dikorbankan. Namun keimanannya telah mencantumkan semula kepingan-kepingan hati itu dan menyuburkannya dengan ketenangan. Sejahteralah wahai Sayyidah Hajar atas pengorbananmu berlari antara Safa dan Marwa sehingga hari akhirat.

Wanita agung seterusnya muncul di zaman pemuda paling tampan diciptakan Allah swt. Sayyidah Zulaikha walaupun beliau terpesona dengan nafsu, keteguhan imannya telah membangkitkan semula maruahnya sehingga berada sebaris bersama-sama mujahidah yang lain. Wanita mulia ini telah ditakdirkan untuk menghadap Allah swt ketika khusyuknya dia menyembah Rabbul Izzati.

Maryam binti Imran. Gadis sunti keluarga Imran ini telah menggegarkan dunia dengan kelahiran anaknya tanpa berbapa. Nabi Allah Isa as dilahirkan dengan penuh kasih sayang dan dipelihara dengan penuh adab dan sopan. Walau pun menerima cercaan masyarakat, ibu mulia ini tetap teguh berpegang dengan imannya kepada Allah. Selain bayi Mashitah, bayi Maryam binti Imran jua diistimewakan dengan kebolehan bertutur semasa kecil. Kisahnya terpahat utuh di dalam lembaran al-Quran buat tatapan umat manusia. Setelah berkorban segalanya untuk perjuangan anak tercinta, akhirnya dia dijemput jua menemui Penciptanya ketika sedang beradu.

Warisan keimanan itu akhir tercurah kepada serikandi pertama Islam Sayyidatina Khadijahbinti Khuwailid. Dialah ibu kepada anakanda-anakanda Nabi Akhir Zaman saw. Dialah wanita pertama yang menyatakan keimanannya kepada Allah tika suaminya menyeru umat Quraisy kepada agama baru itu. Pengorbanannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun hatta Nabi seringkali teringatkan kekasih pertamanya itu. Dialah wanita yang menenangkan nabi Muhammad saw ketika Jibril as datang menyampaikan wahyu pertama. Dialah yang pertama meyerahkan hartanya untuk perjuangan Islam. Dan pemergiannya ke alam baqa ditangisi seluruh umat Islam sehingga kini.

Bergelar “Wanita Pertama Syahid Di Dalam Islam”, Sumayyah menerima penderitaan yang paling dahsyat untuk mempertahankan imannya. Lembing yang tajam menghunus telah memutuskan hayat wanita agung ini. Ammar bin Yasir, anaknya tercinta menatap penuh hiba pemergian ibunya ke alam abadi. Sumayyah telah meninggalkan contoh pengorbanan seorang wanita yang tiada tolok bandingnya seperti Syahidah Mashitah di zaman Musa as.

Sanggup berkorban nyawa dan meredah kegelapan malam ditambah pula dengan kesejukan pergunungan Thaur, beliau dengan tekad mendaki gunung Thaur dengan bekalan makanan terbeban di bahu. Kegigihan Asma’ binti Abu Bakr r.a. menjadi wanita solehah yang berjasa di dalam peristiwa Hijrah. Wanita mana yang sanggup meredah kegelapan malam ketika mana pemuka-pemuka Quraisy sedang giat mencari Nabi saw ketika itu. Wanita mana yang sanggup mendaki Bukit Thaur setinggi 2000 meter itu di tengah gelap malam tanpa peneman dengan bekalan yang sedia tersangkut di bahunya. Semuanya dilakukan oleh Asma’ kerana imanNya kepada Allah swt. Dialah yang bergelar “Pemilik 2 Tali Pinggang” kerana kain ikatan pinggangnya telah dikoyak dua untuk mengikat bekal makanan ke unta ayahanda dan Nabi saw sebelum mereka bergerak ke Madinah.

Adinda kepada Asma’ telah ditakdirkan menjadi wanita agung di zaman perjuangan Nabi saw. Dia menjadi contoh teladan seorang isteri yang mulia dan ummul mukminin yang agung. Sayyidatina Aishah binti Abu Bakr as-Siddiq. Nama yang harum sepanjang zaman. Kecantikan paras wajahnya telah disempurnakan dengan keindahan imannya. Isteri Nabi saw yang paling bertaqwa dan wara’ serta dalam ilmunya. Beliau menjadi rujukan para sahabat setelah pemergian Nabi saw. Kasihnya pada Nabi tiada tolok bandingan. Perjuangan dan pengorbanannya untuk Islam tiada tandingan. Wanita mulia bergelar “Ibu Orang-orang Yang Beriman”.

Beliau dijanjikan akan menjadi wanita pertama bertemu Nabi saw di syurga. Beliau adalah yang melihat perih jerih perjuangan Nabi saw dari awal sehingga wafatnya Nabi saw. Beliaulah yang paling dikasihi Nabi saw dari ahli keluarga Baginda. Beliaulah Sayyidah Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah saw. Puteri bongsu Nabi saw dan ibu kepada Sayyidina Hassan dan Hussein. Beliau merupakan isteri kepada Khalifah ar-Rasyidin keempat Sayyidina Ali karramallahu wajhah. Pengorbanan Fatimah dipersaksikan seluruh kaum muslimin dan menjadi teladan sepanjang zaman. Imannya tiada tandingan dan ilmunya tiada saingan.




Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/