Showing posts with label tsunami bencana alam. Show all posts
Showing posts with label tsunami bencana alam. Show all posts

Monday, March 21, 2011

Bencana silih berganti-apakah manusia lupa Allah Maha Berkuasa?

Lama saya memerhati keadaan sebelum saya memberikan sebarang komen.


Dan akhirnya bila saya terlihat pola bencana alam vs pola bencana akibat tangan manusia, saya amat terkejut.

Pola itu jelas membuktikan bahawa Allah menjaga dan memudahkan tugas hambaNya yang berjuang mempertahankan ugama Islam.

Surah At Taubah Ayat 20
"Orang yang beriman dan berjihad ke jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka adalah orang yang memperolehi kemenangan"

Mungkin juga Surah Al Anfaal Ayat 54 ini dijadikan peringatan yang baik ke atas musuh Islam/Tangan Tangan Ghaib yang memusnahkan umat Islam dan menghancurkan negara Islam

Surah Al Anfaal Ayat 54
"  (Keadaan mereka) serupa seperti keadaan pengikut Firaun dan orang -orang sebelum mereka. Mereka mendustakan ayat auat TuhanNya, maka kami mebinasakan mereka disebabkan oleh dosa-dosanya dan kami tenggelamkan Firaun dan pengikut-pengikutnya kerana mereka orang yang zalim"                          "


Lihat pola tersebut di bawah

1-Bencana manusia dalam bentuk rusuhan "kebangkitan suara rakyat "yang mengakibatkan kematian dan tumbangnya penguasaan ulama  Islam ASWJ di negara di Tunisia dan Mesir (Rusuhan tersebut disokong dana  Kongress Amerika Syarikat)

Tak lama kemudian bencana alam banjir besar di Australia dan gempabumi di New Zealand!

Kemudian berlaku pula gempabumi, tsunami dan kebocoran radiasi akibat kerosakan logi nuklear di Jepun!.



Angin yang membawa radioaktif dari Fukushima sedang bergerak keluar dari Tokyo dan dijangka sampai ke Eropah dalam masa seminggu
 Maklumat yang saya terima pada waktu ini angin yang membawa bahan radiaoktif dari Jepun  http://www.cnbc.com/id/42082658/ ,  japan_nuclear_risk  dan 660worl.com/article. Angin yang membawa radioaktif tersebut akan sampai ke Eropah dalam masa seminggu. Apakah ianya tidak memudaratkan seperti kata artikel 660worl.com/article. Apakah media massa menyatakan kesemua detail mengenai radioaktif tersebut?

Kenapa angin bertiup ke arah Eropah?

Baru semalam dunia dikejutkan dengan berita Libya yang cuba melawan rusuhan "kebangkitan suara rakyat" yang ditaja Tangan Tangan Ghaib telah dibom oleh tentera NATO yang diketuai Peranchis.

Kita saksikan seterusnya apakah radiasi tersebut akan membawa ke Amageddon di Eropah di kawasan Mediterranean seperti yang dinyatakan oleh Maulana Syeikh Nazim dalam petikan di posting saya terdahulu mengenai pesanan Maulana Syeikh Nazim, Spriritual Leader Tarekat Nasyabandiyah  pesanan-syeikh-nazim-berkenaan-bencana.



“Wahai Manusia, datanglah kepada Islam:aslam taslam/ berserahlah kepada Islam dan selamatkanlah diri kamu. Sesiapa yang menjaga arahan syurga akan selamat di sini dan di Akhirat atau Aku akan menghantarkan kepada kamu pelbagai kutukan dan sumpahan untuk mengambil kamu!” Bangsa Cyprus salah satu yang meninggalkan agama mereka, mereka tidak menjaga agama Islam! Mereka melakukan semua hal-hal yang salah, semua hal-hal yang kotor! Saya memberi amaran kepada mereka bahawa mungkin saya akan meninggalkan negara ini dan mungkin negara ini akan diambil daripada Turki dan Greek. Masuklah ke dalam Islam, jagalah tatakarma kamu yang Allah busanakan kepada kamu, jangan jadi manusia yang kotor. Kamu mesti keluar dari tempat-tempat kotor atau Tsunami akan datang kepada kamu juga! Jangan katakan ia hanya datang dari lautan, tidak, daripada dalam juga ia boleh datang. Langit mungkin akan menjadikan pulau kamu berada di bawah laut!

sambungan

"  Jika apa sahaja berlaku melalui Laut Mediterranean, ia bermaksud Armageddon...., kiamat akan tiba tidak lama lagi!  "

Wallahualam.

Thursday, March 17, 2011

Pesanan Syeikh Nazim berkenaan bencana alam di Jepun

Manusia di zaman moden ini angkuh. Seringkali bencana alam diturunkan untuk mengingatkan manusia ada kuasa yang lebih besar iaitu kuasa Allah. Bahawa alam dan segala yang ada disini mempunyai empunya dan mengikut perintahNya. Ikutilah pesanan Maulana Syeikh Nazim pemimpin spriritual Nasyabandi mengenai Jepun, Pulau Cyprus, Laut Mediterranean, dan peringatan untuk manusia sejagat agar sentiasa bersiap siaga dan  beringat.

" Maulana Shaykh Nazim


11 Mac 2011, Lefke, Cyprus

Bismillahir Rahmanir Rahim

Allahu Akbar Allahu Akbar la ilaha illAllah, Allahu Akbar wa lillahil hamd..alfu salat alfu salam ala Sayydil awwalina wal aklhirin habibil Rabbil alamin, Sayyidil awalina wal akhirin..ya Sayyidi ya Rasulallah ishfa lana.. Audhu billahi minash shaitanir rajim, Bismillahir Rahmanir Rahim. Subhansin Sultansin ya Rabb. Maha Suci Engkau, Engkaulah Sultan Ya Tuhan!

Wahai manusia, pengunjung-pengunjung kami dari barat ke timur, dari utara ke selatan. Kami memohon kemuliaan Penutup Para Nabi dari Tuhan Syurgawi, Pencipta kami, kerana kita berada pada titik tersebut, jika kita berjalan di atasnya, kita akan terjerumus ke dalam neraka! Tiada satu pun yang dapat memberhentikannya, tapi selama mana kita diciptakan sebagai khalifah, pembantu, di planet ini, selama itulah kita mempunyai tanggungjawab. Dan sesiapa yang mempunyai tanggungjawab akan dipersoal, mereka akan disoal, “ Apa yang telah kamu lakukan? Apa yang telah kamu pelajari? Apa yang kamu tahu?”. Kita akan disoal kerana kita mempunyai tanggungjawab dan kita adalah semulia-mulia makhluk yang diciptakan, dan Allah Taala telah membusanai manusia dengan kemuliaan yang sangat tinggi yang bahkan Para Malaikat pun tidak mencapainya. Apabila Allah Taala menyatakan kepada penghuni syurga, kepada Para Malaikat, bahawa, “Aku akan mencipta sesuatu, yang menunjuk atau membawa ciptaan yang baru dalam kewujudan, yang baru. Dan Aku akan membusanai mereka dengan kemuliaan yang tinggi, dan Aku akan menjadikan mereka sebagai khalifah di Bumi.” Dan Para Malaikat berfikir bahawa kemuliaan yang tinggi adalah milik mereka. Dan Allah Taala telah mengatakan, “ Aku membawa sesuatu perkara yang lain yang sampai sekarang tidak ada yang mengetahui. Aku membawa mereka dan Aku membusanai mereka dengan sebuah kemuliaan yang tidak ada satu pun dari kalangan kamu yang mencapai kemuliaan itu.”

Kita mesti kenal diri kita sendiri. Kita harus bertanya, “Siapakah aku?” Tetapi maaf kerana terpaksa mengatakan bahawa semua manusia pada hari ini tidak tertarik untuk mengenal dan mengetahui tentang diri mereka sendiri. Mereka berfikir bahawa mereka diciptakan hanya untuk berseronok dengan diri mereka melalui hal-hal keduniaan. Saya minta maaf untuk menyatakan ini, tetapi ini adalah hakikat yang sebenarnya, bahawa manusia tidak pernah tertarik pada diri mereka sendiri. Mereka melihat sekeliling mereka, di bawah tapak kaki mereka, apakah ia atau kepala mereka, apakah itu, tetapi tidak ada seorang pun yang tertarik terhadap diri mereka sendiri. Tidak ada seorang pun yang berkata, “Siapakah aku?” Itu adalah kesilapan terbesar manusia, meninggalkan diri mereka sendiri, dan lari jauh dari diri sendiri. Manusia lari daripada hakikat kejadian mereka. Lari jauh. Kenapa? Kenapa kamu tidak tertarik untuk mengenali siapakah diri kamu? Saya pada mulanya tiada dalam kewujudan, kemudian dikeluarkan daripada rahim ibu saya. Saya tidak tahu apa-apa. Dan selepas beberapa ketika saya cuba untuk keluar dan dengan banyaknya kesakitan datang pada ibu saya sehingga saya keluar. Siapa yang menciptakan saya di dalam rahim ibu saya? Bagaimana saya keluar? Saya masuk ke dalam rahim sebagai sel, satu sel..bagaimana saya menjadi manusia lengkap dengan segala-galanya dan meminta dan menjadikan ibu saya keluarkan saya? Dia (ibu) sangat gembira dengan saya berada di dalam. Tetapi saya ridak gembira dengan menendang pintu untuk dibuka. Saya keluar. Cukup di sini! Saya mesti keluar! Allahu Akbar..Allahu Akbar. Kita keluar, menangis, menangis….”

Siapakah itu? Siapakah yang menciptakan saya dan kesemua orang juga, yang datang dengan cara yang sama? Tidak pernah fikirkannya? Dan tanpa kehendak saya, saya dari hari ke hari membesar, membesar, tetapi tumbesaran saya mencapai pada satu titik dan kemudian berhenti. Apabila saya mencapai 1 ½ meter atau 2 meter, tetapi selepas itu tumbesaran saya terhenti. Siapa yang menjadikan saya untuk tidak membesar lagi?” Lailaha illallah. Manusia mabuk, manusia mabuk. Tidak pernah menggunakan pemikiran mereka. Kemudian pemahaman mereka semakin meluas, lagi dan lagi, dan mereka akan mengetahui tentang segala-galanya tetapi mereka terkecuali. Mereka cuba untuk mengetahui segalanya, tetapi mereka lupa. “Siapa yang menjadikan saya dan saya membesar, membesar dan kemudian semakin ke bawah, ke bawah dan satu hari nanti saya akan habis, tamat. Saya tidak lagi bernafas, saya tidak lagi melihat, saya tidak lagi makan atau minum, saya tidak lagi bekerja, saya tidak lagi melihat apa-apa.” Hal-hal ini, mereka tidak lagi memikirkannya. Tiga juta atau lima juta orang dan kamu tidak dapat mencari apapun kecuali segelintir manusia yang memikirkannya dan semua orang tidak pernah berfikir. Lailaha illallah.

Wahai manusia, Tuhan Syugawi baru sahaja menyampaikan kepada kami sesuatu untuk memikirkan tentang permulaan dan pengakhiran kami. Dan dunia kita mempunyai permulaan dan ia tidak seperti seratus tahun atau seribu tahun yang lalu, dunia kita berubah, bergerak, berubah, dan tidak ada seorang pun yang bertanya apa yang telah terjadi kepada dunia. Terlalu banyak peristiwa yang tidak diketahui dan tidak dijangka yang akan datang, dan manusia sekarang seperti mabuk, alpa dengan teknologi mereka. Mereka berfikir bahawa teknologi sudah cukup untuk mereka atau jangkaan terakhir bagi mereka untuk mengawal segala-galanya melalui teknologi, kerana mereka adalah orang-orang yang mabuk. Teknologi tidak boleh diarahkan dengan kekuatan kita, dan ia mempunyai had. Selepas had tersebut, sangat mustahil untuk bergerak setapak lebih daripada itu. Kita berada di dalamnya sekarang. Wahai manusia, kita akan pergi ke dunia yang lain. Seperti kita berada di dalam dunia yang tidak diketahui dan kemudian datang ke sini, manusia, kesemua mereka, akan pergi ke tempat lain yang tidak diketahui. Itu adalah ilmu yang Tuhan Syurgawi, Pencipta kita memilih orang-orang tertentu untuk mengajar kita tentang apa yang akan berlaku kepada manusia, secara individual atau secara awam. Tetapi sekarang manusia mengejar teknologi dan mereka sangat gembira dan sangat bangga. Mereka berfikir bahawa teknologi sudah cukup bagi mereka dan segala-galanya.

Saya fikir bahawa setiap orang pada hari ini mendengar hal yang besar telah terjadi di Timur Jauh iaitu sebuah gempa bumi dan juga tsunami. Kaca itu yang mereka cipta (tv), menunjukkan kepada semua bangsa, kepada manusia, bahawa mereka nampak dan melihat gelombang yang besar daripada samudera, lautan melanda Jepun dan sangat banyak negara mengambilnya melalui teknologi mereka. Teknologi tidak pernah melakukan apa-apa, dan ianya lenyap. Saya bertanya, sebagai manusia yang bangga, dengan teknologi dan bom-bom kamu, dengan kamu mempunyai seratus atau seribu kuasa nuklear, bolehkah kamu memberhentikannya? Di mana masyarakat Eropah dan Amerika yang sangat bangga, itu berlaku di Timur Jauh, di Jepun, apakah titik tertinggi kuasa kamu, hanya menunjukkan kepada kamu yang kuasa kamu bukanlah apa-apa! “Jika saya memerintahkan untuk menggerakkan lautan ke atas kamu, dalam masa 24 jam, bukan sahaja Jepun atau tempat-tempat yang lain, Tsunami tersebut boleh meliputi 5 benua. Kesemua mereka akan dilanda.” Ini adalah sangat penting. Tuhan Syurgawi mahu menunjukkan kepada makhluk-Nya yang terdiri daripada manusia. “Jika Aku mahu mengambil engkau, Aku akan mengambil engkau. Itu adalah hal yang sangat mudah, Tsunami. Aku juga boleh memerintahkan sebuah lagi untuk engkau juga, tidak dengan menggunakan penghuni langit, daripada engkau Aku memerintahkan seseorang dari kalangan kamu semua untuk menendang dunia ini seperti bola sepak dan ia akan lenyap, musnah.”

Wahai manusia! Ke marilah dan dengar dan pelajarilah perintah-perintah langit dan turutilah undang-undang syurga yang Tuhan Syurgawi, Pencipta kamu, sampaikan kepada kamu atau satu hari nanti benua-benua tenggelam ke bawah atau Tsunami akan meninggi dan melanda kesemua mereka. Marhaban! Selamat datang! Jepun adalah negara teknologi nombor satu dan rakyatnya, pengikut-pengikutnya telah diambil. Dan undang-undang suci telah sampai kepada saya, dan saya hamba yang lemah memberi amaran kepada semua bangsa, dan saya juga memberi amaran kepada Gadafi, Tarwani, Syaitani, Jinni…jaga adab kamu, jaga keterbatasan kamu, dan jadilah hamba yang merendah diri! Jangan menjerit dengan suara yang lantang. Jaga adab kamu! Allah memerintahkan kamu untuk menjaga hamba-hamba-Nya, dan dia tidak melakukan yang terbaik kepada bangsanya untuk melakukan yang terbaik buat mereka. Dia cuba untuk melakukan hal-hal buruk bagi saudara-saudaranya, dan dia telah melakukan yang terbaik untuk dirinya sendiri, bukan untuk bangsanya, dan bangsanya bangkit mengatakan, “Kami tidak suka kepada kamu!” dan sangat banyak negara sekarang melalui Tunisia, Algeria, Mesir, melalui Iraq, melalui Turki…dan sangat banyak tirani mengatakan, “Aku tidak sukakan engkau,” dan mengancam. Jaga batasan kamu! Jangan berkata, kami boleh berhentikannya, Tsunami, dan bahkan seorang sahaja (Wali Allah) boleh menenggelamkan China di bawah beberapa Tsunami. Jangan katakan, kami sejuta, dua juta orang, mereka boleh mengambil sehingga tiada seorang pun di sana.

Wahai manusia, bahawa amaran dari langit, berkata, “Wahai Manusia, datanglah kepada Islam:aslam taslam/ berserahlah kepada Islam dan selamatkanlah diri kamu. Sesiapa yang menjaga arahan syurga akan selamat di sini dan di Akhirat atau Aku akan menghantarkan kepada kamu pelbagai kutukan dan sumpahan untuk mengambil kamu!” Bangsa Cyprus salah satu yang meninggalkan agama mereka, mereka tidak menjaga agama Islam! Mereka melakukan semua hal-hal yang salah, semua hal-hal yang kotor! Saya memberi amaran kepada mereka bahawa mungkin saya akan meninggalkan negara ini dan mungkin negara ini akan diambil daripada Turki dan Greek. Masuklah ke dalam Islam, jagalah tatakarma kamu yang Allah busanakan kepada kamu, jangan jadi manusia yang kotor. Kamu mesti keluar dari tempat-tempat kotor atau Tsunami akan datang kepada kamu juga! Jangan katakan ia hanya datang dari lautan, tidak, daripada dalam juga ia boleh datang. Langit mungkin akan menjadikan pulau kamu berada di bawah laut! Jika mereka tidak melakukan itu, saya telah diperintahkan untuk meninggalkan Cyprus dan pergi ke tempat yang belum diketahui, dan apakah yang akan datang kepada mereka. Ini adalah untuk Bangsa Cypriot dan Greek, kerana mereka melakukan hal-hal yang dibenci. Mudah-mudahan Allah mengampuni saya, kerana dosa-dosa saya mungkin akan membawa mereka kepada kutukan. Saya harus pergi jauh.

Wahai manusia, sekarang kita telah sampai pada keterbatasan, had kehidupan manusia di atas planet ini dan sangat banyak tanda-tanda yang datang. Saya gembira dengan darwish-darwish kami, murid-murid, pengikut-pengikut kami dan di sana ada juga amaran untuk mereka. Jika apa sahaja berlaku melalui Laut Mediterranean, ia bermaksud Armageddon, kiamat akan tiba tidak lama lagi! Sesiapa yang hendak datang ke sini, mereka harus melihat pada keadaan. Dan jika mereka datang, 3 hari untuk berziarah, cukup. Tinggal di rumah kamu. Kamu mesti lihat jika sesuai untuk berziarah ke sini. Jangan berniat untuk berada di sini lebih daripada 3 hari. Kamu mesti menjaga rumah kamu, anak-anak kamu, keluarga kamu, dan kamu mesti membimbing mereka. 3 hari untuk beziarah ke sini, kemudia kamu mesti pergi kerana mungkin keadaan di sini tidak baik untuk kamu, datang dan jangan pergi atau mungkin kamu akan tenggelam ke bawah dan tidak naik ke atas lagi. 3 hari sahaja untuk berziarah ke sini, kerana apabila Armageddon bermula, tidak ada lagi kapal, tidak ada lagi pesawat untuk tinggalkan pulau ini untuk balik ke tempat kamu.

Ini adalah perintah yang baru untuk orang-orang syurgawi untuk membangunkan kamu. Jagalah diri kamu bersama keluarga kamu, dengan anak-anak kamu. Dan cubalah untuk berada di desa-desa, luar bandar kerana bandar-bandar besar berada di bawah paras bahaya yang sangat besar. Tempat yang selamat hanya di luar bandar. Bandar-bandar besar berada di bawah paras bahaya yang amat tinggi. Jagalah ia. Sehingga hari ini, saya masih menyambut, orang-orang boleh datang untuk berada di sini. Tetapi selepas malam tadi saya telah diperintahkan untuk memberitahu kepada saudara-saudara kita daripada negara-negara lain untuk lihat pada keadaan, kerana selepas satu jam kemungkinan ia selesai: tiada lagi kapal, tiada lagi pesawat. Jika perlu, 3 hari dan kamu habis, kamu mesti pergi untuk bersama keluarga kamu. Tawbah Ya Rabbi! Tawbah Ya Rabbi! Tawbah Ya Rabbi! Fatihah!

Jangan membazir, simpan sesuatu sekurang-sekurangnya ia cukup bagi kamu untuk 40 hari. Jangan membazir, jangan membazir. Pembaziran akan membawa manusia kepada bebanan yang berat, semoga Allah mengampuni kita bagi kemuliaan Pengkhatam Para Nabi SAW. Selawat dan salam ke atas Baginda. Fatihah!

Tuesday, November 9, 2010

Kegemilangan BN dicacatkan dengan berita 3 pegawai kerajaan digantung tugas!

Ada beberapa tajuk berita yang menarik perhatian dan menunjukkan kesungguhan Kerajaan Pusat/UMNO/BN menolong rakyat di saat bencana di sini JAWATANKUASA BENCANA ALAM,   BANTUAN JPM DAN KORPORAT,   BANTUAN AGENSI PUSAT dan  BANTUAN KERAJAAN MELAKA,

Dan yang ini pula menceritakan perihal kegagalan Kerajaan PR Selangor  menarik pelabur luar membangunkan kawasan industri terutama di kawasan luar bandar TIADA STATISTIK PELABUR BAGI PEMBANGUNAN KAWASAN INDUSTRI OLEH KERAJAAN PR SELANGOR


Bagaimanapun kegemilangan BN dicacatkan dengan kegagalan menyelamatkan tiga orang (3)  pegawai Kerajaan yang merupakan tulang belakang pentadbiran Kerajaan Pusat yang difitnah. Ketiga tiga mereka iaitu Hanim (Penolong Pengarah BTN Wilayah Persekutuan, Pengetua di Kedah dan Pengetua di Johor) telah digantung tugas dan diletakkan dalam sistem pool  PEGAWAI KERAJAAN DIGANTUNG TUGAS

Nampaknya strategi  STRATEGY BLUE OCEAN        DS Najib memakan diri dan terdapat konsep yang di hijack dalam 1Malaysia  . DS Najib masih   terlalu mengambil hati puak lain sehingga sasaran pengundi asal UMNO seperti di PEGAWAI KERAJAAN DIGANTUNG TUGAS dilupakan

Monday, November 8, 2010

SUKARELAWAN DI PERLUKAN-MISI BANTUAN MANGSA BANJIR KE KEDAH

Dijemput hadir ke majlis pelepasan konvoi bantuan Sukarelawan BN utk misi bantuan banjir ke utara yg disempurnakan oleh YB Dato Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pd ketetapan berikut

Pendaftaran Sukarelawan dan penyaluran bantuan makanan/minuman/pakaian/ubat


Tarikh 8hb Nov (Isnin- hari ini)
Jam 1 ptg
Tempat Tingkat 4 PWTC

Sukarelawan boleh daftar bersama Skuad Penyelamat Sukarelawan BN bolehlah berhubung serta maklum apa-apa perkembangan boleh maklum kepada:

Nombor Kontak

Zakaria Dullah(Oya) - 0137679000,
Roslee Kapar - 0122427222,
Amryn Malek - 0122343086,
Hairul Ismail(Jen)- 0197125115
Shahnor Samsudin - 0196660777
Fazlie MNasir - 0133053444


Kalau sesiapa berminat dengan Skuad Penyelamat Sukarelawan BN, boleh call no telefon di atas!
sila talipon

Salurkan Bantuan Mankana/minuman/pakaian/ubat kepada alamat ini 

Kak Rahmah di 0123062105 atau hantar ke rumah beliau di

No 36 Jln Setiabistari Bkt D'sara. 

Dijemput hadir ke majlis pelepasan konvoi bantuan Sukarelawan BN utk misi bantuan banjir ke utara yg disempurnakan oleh YB Dato Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pd 8hb Nov, jam 1 ptg di Tingkat 4 PWTC dan kepada sesiapa ingin bersama Skuad Penyelamat Sukarelawan BN bolehlah berhubung serta maklum apa-apa perkembangan boleh maklum kepada NO TELEFON DI ATAS:


Sementara itu, kita yang sentiasa ikhlas boleh segerakan bantuan dengan membantu Bulan Sabit Merah yang sedang mengumpul barang untuk diberi kepada mangsa banjir Kedah. Berikut adalah barang2 yang diperlukan:


1) Biscuits
2) Susu
3) Air botol/air mineral/air 100 Plus untuk mangsa cirit birit
4) Makanan kering/Maggi,makanan dalam tin seperti jagung whole kernel, sardin, beras,susu tepung untuk bayi, kopi, teh, gula, susu dalam tin, susu UHT
5) Kain Batik
6) Kain Pelikat
7) Kain selimut
8) Pakaian bersih boleh dipakai lagi-awas jangan ada yg berikan coli dan seluar dalam terpakai macam kes 5 tahun lepas di Kedah juga!
9) Dll. (seluar dalam pakai buang, tuala wanita, pampers utk bayi, pampers untuk orang tua, wet ones, tuala mandi, tudung, ubat panadol , solution rehidrasi (UNTUK MANGSA CIRIT BIRIT)

Sila talipon Kak Rahmah di 0123062105 atau hantar ke rumah beliau di no 36 Jln Setiabistari Bkt D'sara Lagi cepat lagi baik

Monday, December 14, 2009

Bersatu untuk Era Kebangkitan Islam

2012 akan berlaku banjir besar atau proses pembersihan?


Saya tidak mahu komen lanjut mengenai pergolakan yang berlaku dalam PAS, PKR hatta Pakatan Rakyat sekarang. Semuanya ini bagi manusia yang sentiasa bermuhasabah diri adalah petunjuk dari Tuhan Sekelian Alam, Allah Ya Rabbul Alamin.

Bagi saya apa yang berlaku semasa PRU12 bukanlah semata-mata tsunami politik. Anehnya "Tsunami " dalam istilah biasa juga boleh diterjemah sebagai "Banjir Besar"

Sebenarnya dalam konteks yang lebih besar ialah "Proses Pembersihan" ke atas parti tunjang yang memimpin Negara Semenanjung Tanah Melayu sekarang.

Dan pergolakan apa yang berlaku sekarang ke atas saingan parti yang menjadi alternatif kepada bangsa Melayu atau yang bermula dengan ejaan "Mim" dalam huruf jawinya iaitu PAS juga sebenarnya adalah "Proses Pembersihan". Malah "Proses Pembersihan" ini juga adalah serampang dua mata kerana pada masa yang sama turut mengekang penularan fahaman Wahhabiyah yang ditunjangi oleh beberapa orang dalam parti tersebut seperti dalam beberapa blog di bawah ini


http://khazanah-salafiyyah.blogspot.com/ dan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/11/ulama-pondok-vs-nik-aziz.html dan


http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html dan


http://korban-demokrasi.blogspot.com/2009/11/1asri-asri-memfitnah-ulama-besar.html dan


http://bankwahabi.wordpress.com/2009/11/22/update-dari-blog-pejuang-pejuang-sunni/


Bahawa-sanya sekarang juga sedang berlaku proses pemurnian Tauhid ke atas Umat Islam fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Benarlah kata orang di akhir zaman nanti akan wujud 73 cabang ugama Islam, dan berdoalah semoga kita ditempatkan ke dalam cabang ugama Islam yang benar dan tidak terpesong akidah akibat fahaman Wahhabiyah bersifat assobiyah (yang terlalu senang menghukum orang kafir/kufur/bidaah), Syiah , munafik dan sebagainya.

Peringatan ke atas bangsa "Mim" tadi...semoga mereka tahu dan sedar bahawa perjuangan bangsa "Mim" bukan setakat terhad kepada parti sahaja....malah tugas bangsa Mim tadi adalah untuk penyatuan Ummah Islam di sejagat!


Baca juga petikan blog saya yang terdahulu di sini


http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/11/lihat-dari-sudut-hikmah-apa-yang.html dan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/utusan-malaysia-online-kota.html dan

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/09/ramalan-para-wali.html


Bila penyatuan ummah Islam di Malaysia dan Nusantara telah berlaku, barulah perjuangan menegakkan Daulah Islamiah dan sistem Khilafiah seluruh alam akan mudah....sebabnya ia telah ditakdirkan oleh Illahi sejak azali lagi!

Adapun bangsa Melayu atau "Mim" tadi mempunyai keistimewaan dan umum yang mengetahui sedar bahawa Semenanjung Tanah Melayu memang bergelar Semenanjung Emas atau The Golden Chersonesse dalam riwayat Latin kuno http://capiloton.blogspot.com/2009/04/ancient-name-of-malay-peninsula.html

Apapun klue nya saya dapatkan dari laman blog rakan saya disini iaitu penceritaan beliau mengenai kejadian yang berlaku selepas Banjir Besar.

Baca klue tersebut di sini

http://nusanaga.blogspot.com/2009/12/bangsa-mim-tak-hilang-di-dunia-siri-4.html

atau dalam petikan di bawah ini:-


"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat" -ayat 33, surah ali-imran


Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya 'ahli rumah' atau 'ahlul bait' ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.

Kita telah mengetahui tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah) agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files
dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.

Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan 'family tree' para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud 'tinggi' atau 'atap' ini.

Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di tanah yang cukup tinggi.

Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah,
sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi yang telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa (tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh ayat 1)

Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian 'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga kembali.

......................................................................................

Apa tugas bangsa "Mim" Selanjutnya ?

Bersatulah terutama dalam isu ugama, maruah bangsa dan budaya!

Saya sudah jelak dengan gerakan menyahsensitifkan perkara berkenaan ugama Islam sebagai ugama rasmi Malaysia, pembinaan rumah Ibadah dan hak orang Melayu yang menjadi tunjang Perkara (153) dalam Perlembagaan Malaysia.

Mungkin pembaca boleh baca lebih lanjut di blog ini

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/12/tanda-tanda-kedatangan-penyelamat.html

Semoga Allah memberkati kita dalam perjuangan ini. WASSALAM.


Wednesday, September 30, 2009

katastropi sana sini dan DAPSY masih kedekut nak kongsi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang!

Saya meneliti beberapa file bencana alam di merata dunia pada tahun 2009.

Apa yang menarik ianya melibatkan 4 unsur alam iaitu api ( kebakaran hutan), air (tsunami dan banjir), angin(taufan) dan tanah (gempabumi)

Tempat dan masa berlakunya bencana alam ini juga ada menariknya, kerana kebanyakannya berlaku selepas Julai 22, iaitu selepas gerhana matahari terpanjang abad ini.

Dibawah ditunjukkan pattern bencana alam dan keterlibatan 4 unsur alam tersebut.

  1. Air - Tsunami(akibat gempabumi) dan banjir di Samoa,
  2. Tanah-gempabumi di Taiwan, India, Saudi Arabia, Venezuella, Albania, Indonesia
  3. Api ( hutan terbakar) di Australia, Canada, Greece
  4. Angin- Filipina, Vietnam

Pada tahun ini banyak sungguh bencana alam. Adakah ini tanda yang diturunkan Allah untuk memberitahu bahawa bumi ini sudah tua? Adakah ianya juga untuk mengingatkan manusia agar sentiasa merendah diri kepada kuasa yang lebih besar?

Malang sekali masih ada manusia yang mendiami bumi ini masih angkuh dan sombong, dan tak mahu mendengar nasihat dan enggan berkongsi kuasa.

Jika Sabah mengamalkan sistem pusingan selama 2 tahun bagi Ketua Menterinya, maka kenapa DAPSY begitu angkuh dan tak mahu berkongsi kuasa dengan komponen PR yang lain?

Sedarkah DAP bahawa naiknya parti itu ke pesada politik Malaysia hatta sokongan orang Melayu?

Mungkin kerana dah enak dibuai angin, maka parti itu ingin terus memegang tampok kuasa di Pulau Mutiara.

Orang tua tua yang lebih berpengalaman dalam ilmu alam mengatakan bahawa angin sepoi sepoi bahasa ini amat berbahaya kerana kelembutannya boleh mengabui mata kerana ianya adalah prelude kepada angin kencang yang dipanggil ribut taufan. Ribut Taufan ini akan membawa musibah banjir kepada tempat yang dilanda angin badai tersebut.

Adalah badai taufan dan air mata banjir bakal melanda parti komponen PR kerana sikap tidak berkompromi DAP?